#1

PENGEDARAN BUBUR LAMBUK CHEMOR

>> Selasa, Ogos 31, 2010

PENGEDARAN BUBUR LAMBUK CHEMOR
31/8/10 * PUSAT TARBIYAH PAS CHEMOR


    Terdapat berbagai kalangan yang datang mengambil bubur lambuk daripada PAS Chemor

Antara kaum cina yang hadir

penduduk sekitar Pusat tarbiyah PAS Chemor

Pak Saleh turut hadir


 Bubur lambuk terus di letakkan dalam bakul motor oleh Ust Wan

Ust Wan menyerahkan bubur lambuk

 



Read more...

BUBUR LAMBUK - GOTONG ROYONG MEMBUAT DAN MENGEDAR

BUBUR LAMBUK - GOTONG ROYONG DAN MENGEDAR
31/8/10 * PUSAT TARBIYAH PAS CHEMOR

   Sebanyak 5 periuk besar bubur lambuk di masak.  Ia diedarkan keseluruh Tambun.  Termasuk kawasan edaran ialah kawasan Chemor di sebelah petang.  Yang makan bubur lambuk bukan sahaja yang berpuasa termasuk orang cina dan india.

Pengarah Gotong Royong Bubur Lambuk

Ustaz Wan bersama pasukan Klebang Restu

Ust Wan membantu pasukan Tengku Husin

Read more...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 53

Read more...

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN BERSAMA DGN DS NIZAR

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN BERSAMA DGN DS NIZAR
30/8/10 * PUSAT TARBIYAH PAS PEKAN CHEMOR

ANTARA penerima ialah
1)  5 keluarga Cina daripada Kuala Kuang
2)  4 keluarga India daripada Klebang Jaya
3)  19 keluarga daripada Melayu










Read more...

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DS NIZAR

>> Isnin, Ogos 30, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN CERAMAH PERDANA PR

SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN PR


30/8/10 # PUSAT TARBIYAH PAS CHEMOR

TENTATIF PROGRAM

6.00 PTG      -     PENYAMPAIAN BANTUAN FAKIR MISKIN SEMUA KAUM
7.28               -    MAJLIS BERBUKA PUASA
                      -    SOLAT MAGHRIB DAN TAZKIRAH

                      -    SOLAT ISYA DAN TARAWEH

                      -    CERAMAH PERDANA OLEH PIMPINAN
                           PAKATAN RAKYAT

DATANG DAN SEBARKAN

GAMBAR PERSIAPAN PROGRAM YANG DIRAKAM SEMALAM

Read more...

SOLAT TARAWEH DAN TAZKIRAH DI MADAH

SOLAT TARAWEH DAN TAZKIRAH DI MADAH
29/8/10

     Solat isya dimulakan dengan di imamkan oleh seorang hafiz.  kemudian solat taraweh dan selepas taraweh 4 rakaat tazkirah dimulakan.  Antara pengisian tazkirah adalah

1)   Kenapa Al-Qur'an diturunkan - untuk membina kehidupan berkualiti
2)   Kenapa ibadah puasa diwajibkan - untuk membina kehidupan berkualiti
3)   Kenapa mesti ada pemimpin bertaqwa - untuk membina kehidupan berkualiti
4)   Kenapa Allah memaksa sesuatu kepada manusia - untuk memberi kebaikan
5)  Semua amalan adalah untuk kehidupan akhirat





Read more...

UMNO TAK HABIS MAIN ISU AGAMA YANG DIFATWAKAN OLEH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

>> Ahad, Ogos 29, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 161

APA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN MENGENAI
ORANG KAFIR MASUK MASJID


BILA DIGAZETKAN FATWA : 1 MAC 2010

FATWA ORANG KAFIR MASUK MASJID - HARUS

MASJID NEGERI/NEGARA YANG PELANCONG KAFIR MASUK, ANTARANYA
1)      MASJID PUTRAJAYA
2)      MASJID TAMAN TAMADUN ISLAM TERENGGANU
3)      MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR

Kalau UMNO beriya sangat dengan Islam maka tutup masjid sebagai tempat lawatan pelancong. UMNO tak mengaji, jahil.  UMNO buat laporan polis.  Itu kerja UMNO

JAUHI UMNO MEREKA JAHIL AGAMA.  JANGAN UNDI CALON UMNO DALAM PRU 13 KERANA MEREKA JAHIL AGAMA.

UNDI CALON PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13 YANG BERUSAHA MEMBAWA KESEJAHTERAAN UMAT.  INI YANG BERLAKU DI PP, SELANGOR, KEDAH DAN KELANTAN.  

NEGERI YANG DITADBIR UMNO-BN HANGPA DAPAT APA?

Read more...

MAJLIS TAZKIRAH SURAU AKHLAKIAH JLN MASYARAKAT, KG TG HUSIN HUJUNG

MAJLIS SOLAT TARAWEH DAN TAZKIRAH
SURAU AKHLAKIAH JLN MASYARAKAT

28/8/10

    Majlis solat taraweh diimamkan oleh ustaz wan.  Selesai daripada taraweh, tazkirah berlangsung.  Antara pengisian tazkirah

1)    Kenapa penurunan Al-Qur'an - pembinaan kehidupan yang bertaqwa
2)    kenapa difardhukan puasa - untuk pembinaan kehidupan bertaqwa
3)    Sistem penilaian Allah - Taqwa dan bukan berdasarkan jasa






Read more...

TAZKIRAH RAMADHAN 15 - UMNO TAK PEDULI DENGAN QURAN

>> Jumaat, Ogos 27, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 160

UMNO TAK PEDULI DENGAN AL-QURAN


Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".

     Allah Taala berfirman dalam surah Al-Furqan.  Yang dirakam Allah ialah aduan Rasullullah saw tentang sifat manusia dan umat Nabi muhammad saw yang tidak mengambil berat tentang hal-ehwal Al-Qur'an.  Ayat ini jelas dituju kepada manusia yang melawan Al-Qur'an.

     UMNO adalah kerajaan yang bukan sekadar lalai tetapi melawan isi kandungan Al-Qur'an.  UMNO menentang hukum Allah (hudud/Qisas),  UMNO menentang sistem pendidikan Islam (pendidikan di Malaysia - Sekular),  UMNO menentang sistem perniagaan yang dihalalkan  Islam (UMNO tegakkan sistem Riba, menentang wang dinar Kelantan)

    JAUHI UMNO. UMNO PENENTANG AL-QUR'AN. JANGAN UNDI CALON UMNO DALAM PRU 13.

Read more...

MAJLIS TARAWEH DAN TAZKIRAH MASJID LAMA TAMBUN

MAJLIS TARAWEH DAN TAZKIRAH MASJID LAMA TAMBUN
26/8/10

     Majlis dimulakan dengan solat sunat taraweh.  Selepas itu majlis tazkirah dibuat.  Antara pengisian

1)    Kenapa Al-Qur'an diturunkan
2)    Kenapa Allah taala mewajibkan puasa
3)    Kenapa sudah 50 tahun berpuasa masih menentang Al-Qur'an
4)    Kenapa perlu masuk syurga dan kaedah







Read more...

TAZKIRAH RAMADHAN 15 - AKIBAT UMNO TAK MENGAJI

>> Khamis, Ogos 26, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 160

AKIBAT UMNO TAK MENGAJI



Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan". (Fatir 37)



Oleh kerana pemimpin UMNO tak mengaji di masjid dan surau atau tempat lain maka datanglah pelbagai kemusnahan pada hari ini.  UMNO menghapus majlis pengajian di masjid dan surau.  UMNO tak mahu dengar tazkirah Ramadhan.  UMNO hanya buat solat sunat taraweh.  Bila tazkirah,  UMNO cabut.  Ini bermakna UMNO memang tak suka pada Islam.

    Inilah perangai ahli UMNO.  Bila tak dengar mengaji maka perkara yang benar akan dilat salah oleh UMNO.  UMNO hanya mahu perkara yang sunat shj.  Perkara yang dapat membangkitkan kesedaran, UMNO benci.  Sedangkan itulah kehendak Islam.

    Puasa membina TAQWA.  Al-Qur'an juga membina TAQWA.  Kedua-duanya ada keselarasan dan sebati.  UMNO hanya hendak puasa tapi memisahkan kehendak keseluruhan TAQWA dari Al-Qur'an.

    JAUHI UMNO.  UMNO BENCI AL-QUR'AN.  JANGAN UNDI CALON UMNO DALAM PRU 13.

    UNDI ANDA DALAM PRU 13 ADALAH UNTUK PAKATAN RAKYAT UNTUK KESEJAHTERAAN UMAT.  INILAH YANG BERLAKU DI KELANTAN, KEDAH, PP, DAN SELANGOR

Read more...

USTAZ HAZLAN SEMAKIN PULIH

USTAZ HAZLAN SEMAKIN PULIH

    Saya sempat menziarahi Ust Hazlan di Wad 241 Ipoh Specialist Center jam 5.25 ptg semalam (25/8.10) Gembira saya dengan anugerah Allah bahawa kesihatan seorang pendakwah gigih, Ust Hazlan dipulihkan Allah.  Ketika saya ada disitu Ustaz Hazlan memperkenalkan saya kepada Doktor yang merawatnya dan beliau menasihati doktor "Doktor kalau nak selamat kena ikut Islam, dan ulama".    Saya menyapa Ust Hazlan "kalau rupa ini enta akan sihat cepat".  Teman-teman dan sahabat zairahlah Ust Hazlan

Read more...

UMNO MENUNJUKKAN TAK KETAHUANNYA - DOA UNTUK ORANG KAFIR

>> Rabu, Ogos 25, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 159

UMNO MENUNJUKKAN TAK KETAHUANNYA DALAM BAB
DOA UNTUK ORANG KAFIR DALAM SIRAH NABI MUHAMMAD SAW

    Ada atau tidak Nabi Muhammad saw berdoa kepada yang kafir?  Jawabnya sekurang-kurangnya 3 tempat Nabi Muhammad saw berdoa kepada orang kafir

1)    Abu Talib - Bapak Saudara Nabi

      Abu Talib adalah bapak saudara Nabi yang kafir.  Nabi Muhammad saw duduk dan bergelumang dengan Abu Talib.  Ketika Abu Talib hendak mati maka Nabi Muhammad saw mentalkinkan Abu Talib dengan syahadah.  Bukankah ini suatu doa.  Tak cukup dengan itu setelah keengganan Abu Talib mengucap syahadah, Nabi Muhammad saw merentang tali dan memohon supaya Abu Talib memegang tali itu dan Baginda akan bersaksi di hadapan Allah nanti di Mahsyar.  Bukankah itu juga suatu doa?  UMNO memang tak baca sirah Nabi Muhammad saw.

2)   Doa untuk penduduk Taif yang kafir

     Penduduk Taif didakwah oleh Nabi Muhammad saw dan Zaid.  Nabi Muhammad saw dan Zaid berdakwah dengan mengetuk pintu setiap rumah penduduk Taif dan mengajak mereka untuk memasuki Islam.  Namun setelah 3 hari Nabi Muhammad saw berbuat demikian, ketua JKKK Taif menangkap Nabi Muhammad saw dan Zaid dan menghalau mereka daripada Taif.  Nabi Muhammad saw dan Zaid dibaling batu sehingga Nabi Muhammad saw luka.  Setelah itu Nabi singgah si suatu pohon dan berdoa untuk penduduk Taif yang kafir.     UMNO memang tak baca sirah.

3)    Doa Nabi Muhammad saw kepada Allah agar diselamatkan Islam antara dua Umar

     Secara khusus Nabi Muhammad saw memohon kepada Allah dengan menyebut nama dua Umar iaitu Saidina Umar Al-Khatab dan Umar (Abu Jahal).  Allah Taala mendatangkan kepada Nabi Muhammad saw Saidina Umar Al-Khatab dan Islam maju dengan kehadiran Saidina Umar.  Nabi Muhammad saw menyebut nama.  maka apakah salah menyebut nama Lim Guan Eng.  Inilah yang UMNO tak faham.


    
Apa yang UMNO buat?  Solat hajat untuk kemenangan YB Kamalanathan (Hulu Selangor).  Oooo ini tak pe.  UMNO buat semua halal.  Inilah rupa kekalutan hari ini.

    JAUHI UMNO KERANA UMNO TAK FAHAM SUNNAH.  JANGAN UNDI CALON BN DAN UMNO DALAM PRU 13

    UNDILAH CALON PR DALAM PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN UMAT.  INI YANG SEDANG BERLAKU DI KELANTAN, KEDAH, PP DAN SELANGOR

Read more...

MAJLIS TAZKIRAH SURAU KHALIDIAH, SERI KINTA

MAJLIS TAZKIRAH DI SURAU KHALIDIAH
24/8/10

Majlis Tazkirah diadakan sebaik selepas taraweh dan witir.  Antara pengisian

1)   Kenapa puasa?  Kenapa Al-Qur'an diturunkan?
2)   Doa kepada orang kafir dalam sirah nabi Muhammad saw
3)   Persiapan untuk masuk syurga dan kehidupan akhirat








Read more...

TAZKIRAH RAMADHAN 14 - UMNO TOLAK HUJAH NYATA AL-QUR'AN

>> Selasa, Ogos 24, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 159

UMNO MENOLAK HUJAH NYATA DARI AL-QUR'AN

     Allah Taala berfirman dalam surah Yasin 1-4.


Yaa, Siin. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus, Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).

Dalam 4 ayat ini Allah nak menerangkan

1.     Yasin - hanya Allah sahaja yang mengetahui maknanya.  Perkataan ini tidak digunakan oleh manusia.

2.    Al-Qur'an - Kitab Allah kepada Nabi Muhammad saw dan seluruh umat manusia.  Sesiapa yang menolak Al-Qur'an sesungguhnya dia itu telah kafir.  Dalam Al-Qur'an terdapat banyak hikmah.  Antara hikmah besar Al-Qur'an ialah ia panduan yang menyelamatkan manusia untuk kehidupan di dunia hingga akhirat.

3.     Nabi Muhammad saw adalah antara senarai nabi dan Rasul yang dikasihi Allah.  Perjuangannya diberi penghormatan oleh Allah sebagai Rasul Ulul Azmi.  Nabi Muhammad saw memimpin manusia hingga hari Kiamat.  Nabi Muhammad saw menunjukkan jalan yang benar.  Semua sunnah Nabi Muhammad saw adalah benar dan mestilah diikuti oleh umat manusia.

4.    Inilah jalan yang lurus.  Jalan yang ditunjuki oleh Nabi Muhammad saw adalah jalan yang lurus.  Jalan ini sesuai dengan fitrah manusia.  Manusia dengan fitrah agama mahukan kebenaran, kejujuran, keikhlasan, ketelusan, keadilan, kemakmuran, menjauhi penindasan, menjauhi kezaliman, menjauhi kemaksiatan.  Inilah nilai yang dibawa Rasullullah saw

     Berdasarkan huraian di atas, apakah ada pada UMNO.  UMNO suka kezaliman (ISA).  UMNO suka kepada penindasan (naikkan harga barang).  UMNO suka kepada kemaksiatan (sekolah mengandung). UMNO suka kepada rezeki haram (luluskan judi, rasuah, komisen),  UMNO suka kaut kekayaan negara (kronisme).  BUDAYA UMNO JAHAT DAN MUNGKAR YANG BERTENTANGAN DENGAN AL-QUR'AN. JAUHI UMNO.

   UNDILAH PAKATAN UNTUK KEMAKMURAN MASYARAKAT. INI DIBUKTIKAN DI KELANTAN, PP, KEDAH DAN SELANGOR.  NEGERI YANG SEDANG MENGIKUTI DAN MENTERJEMAH BUDAYA AL-QUR'AN KEPADA REALITI KEHIDUPANUNDI CALON PR DALAM PRU 13

Read more...

MAJLIS TARAWEH DAN TAZKIRAH MERU 2B

MAJLIS TARAWEH DAN TAZKIRAH MERU 2B
23 OGOS 2010

     Majlis dimulakan dengan solat taraweh.  Selepas itu tazkirah oleh Us Wan. Antara pengisian

1)   taqwa - pengertian dan takrif
2)   Al-Qur'an diturunkan untuk membina TAQWA
3)   Perbandingan antara TAQWA DAN SYAITAN. Penceritaan Saidina Bilal miskin yang masuk syurga.
Penceritaan 9 orang Islam zaman nabi berhijrah tapi mereka tak mahu berhijrah bersama Nabi Muhammad saw
4)   Persiapan dalam usaha memasuki syurga

Read more...

TAZKIRAH RAMDHAN 13 PENURUNAN AL-QUR'AN - UMNO LAWAN SEPERTI QURAISH LAWAN

>> Isnin, Ogos 23, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 157

PENURUNAN AL-QUR'AN - UMNO LAWAN AL-QUR'AN
SEPERTI QURAISH LAWAN

    Dalam Surah Al-Qadr ayat 1 Allah Taala menceritakan hal penurunan Al-Qur'an


Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

     Dalam ayat ini Allah Taala membuat penegasan kaedah penurunan Al-Qur'an iaitu pada malam Al-Qadr.  Dari Luh Mahfuz Allah Taala menurunkan sekali gus ke langit yang paling bawah pada malam Al-Qadr (Lailatul Qadr).  Dari langit yang paling rendah ini kepada Nabi Muhammad saw selama 23 tahun atau ada ulama menyatakan 22 tahun 2 bulan 22 hari.

    Bangsa Quraish menentang penurunan Al-Qur'an.  Macam mana mereka menentang penurunan Al-Qur'an?  Contoh mereka mengatakan kepada Nabi Muhammad saw

1)   Nabi Muhammad saw dihina (UMNO hina PAS)

2)   Nabi Muhammad saw dikatakan tidak membawa kemajuan
(UMNO kata kalau PAS memerintah tidak ada kemajuan, yang boleh membawa kemajuan hanya UMNO shj)

3)   Pengikut Nabi Muhammad saw di azab 
(Ahli PAS yang bekerja ditukar tempat kerja yang jauh Sabah-Sarawak)

      Begitulah penentangan Quraish terhadap Nabi Muhammad saw.  UMNO juga menentang penurunan Al-Qur'an dengan meletakkan negatif terhadap perjuangan Islam. Nabi ditentang oleh Quraish.  PAS ditentang oleh UMNO.  Quraish menentang Al-Qur'an. UMNO juga menentang Al-Qur'an,

    JAUHI UMNO.  UMNO MENENTANG AL-QUR'AN. JANGAN UNDI CALON UMNO DALAM PRU 13

    UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN UMAT.  INI YANG SEDANG BERLAKU DI KELANTAN, KEDAH, PP DAN SELANGOR

Read more...

MAJLIS TARAWEH DAN TAZKIRAH SURAU SG TAPAH

MAJLIS TARAWEH DAN TAZKIRAH SURAU SG TAPAH
22/8/10

     Majlis solat taraweh di imamkan oleh Ust Firdaus daripada Kempuchea.  Kemudian majlis tazkirah dibuat oleh Ust Wan.  Antara pengisian

1)    Kenapa berpuasa
2)    Takrif Al-Qur'an oleh para ulama
3)    bagaimana Al-Qur'an di amalkan
4)    Persiapan kehidupan akhirat

Read more...

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN DAN TAZKIRAH SEBELUM BERBUKA PUASA

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN DAN TAZKIRAH SEBELUM BERBUKA PUASA
LOKASI : KLEBANG PRIMA
TARIKH 22 OGOS 2010

     Majlis dimulakan dengan tahlil dan doa.  Tahlil dan doa dipimpin oleh Ust Mohd Shuaib.  Kemudian Majlis Tazkirah dibuat oleh Ust Wan.  Pengisian

1)  kenapa berpuasa
2)  Kenapa Al-Qur'an diturunkan
3)  Macamana Al-Qur'an di praktis dalam kehidupan

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP