ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 82
UMNO BERKITAB BUKAN DENGAN AL-QUR'AN
Allah Taala berfirman dalam Al-Qur'an surah Al-Baqarah 1-2
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Chinese
艾 列弗,倆目,米目。 這部經,其中毫無可疑,是敬畏者的向導。 Tamil
அலிஃப், லாம், மீ;ம்.இது, (அல்லாஹ்வின்) திரு வேதமாகும்;, இதில் எத்தகைய சந்தேகமும் இல்லை, பயபக்தியுடையோருக்கு (இது) நேர்வழிகாட்டியாகும். (2:1-2)
Ayat ini dengan jelas mencirikan manusia yang memegang dengan Al-Qur'an adalah yang bertaqwa. Yang hendak mengikut Al-Qur'an ialah mereka yang bertaqwa. Mereka yang tidak bertaqwa tidak tergolong dalam golongan ini.
Orang yang bertaqwa itu sentiasa mengikut perintah Al-Qur'an. Patuh dan taat dengan perintah Al-Qur'an. Mendekati Al-Qur'an. Bertadabbur dengan Al-Qur'an. Berusaha untuk melaksanakan perintah Al-Qur'an walau di mana sahaja mereka berada. Jauh sekali dari m enentang Al-Qur'an. Itu sebab Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud
"Redha kepada maksiat - maksiatun (melakukan maksiat)" atau
"Redha kepada kufur - kufrun (jadi kufur)"
UMNO kitab panduan hidup ahli UMNO bukanlah Al-Qur'an. UMNO lawan perintah Al-Qur'an. UMNO tak mahu hukum Allah. UMNO halalkan judi, arak, rasuah, anak luar nikah dan bermacam-macam lagi. Semua perkara yang diharamkan Allah dihalalkan UMNO
AL-QUR'AN UMNO
Judi-haram Judi - halal
arak - haram Arak - halal
rasuah - haram rasuah -halal
anak luar nikah- haram anak luar nikah - halal
pergaulan bebas -haram pergaulan bebas - halal
tak bertudung - haram tak bertudung - halal
UMNO juga mengharamkan perkara yang dihalalkan Allah. Berpolitik Islam dalam masjid, pengharaman tulisan jawi, UMNO tak mahu kepada majlis pengajian di masjid, UMNO berkempen isteri satu suami satu sedangkan Islam menghalalkan poligami, UMNO mengamalkan perkauman sempit, dan lain-lain lagi.
AL-QUR'AN UMNO
berpolitik Islam - halal berpolitik Islam - haram
buat pengajian di masjid - halal buat pengajian di masjid - haram
bertudung - halal bertudung - haram
tulisan jawi - halal tulisan jawi - haram
Islam syumul - halal Islam syumul - haram (terpisah)
Oleh yang demikian bezanya penghayatan Al-Qur'an UMNO maka kitab pedoman orang UMNO bukan lagi Al-Qur'an. UMNO pakai kitab dan pedoman lain dari Al-Qur'an. Wahai ahli UMNO sedarlah pemimpin kamu telah menyeleweng dari Al-Qur'an. Keluarlah dari UMNO dan mari mengikut Islam yang sebenar. Keluarlah dari UMNO dan segelah isi borang PAS.
Read more...