#1

UMNO PENGKHIANAT KEPADA NEGARA

>> Rabu, Ogos 04, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 142

UMNO PENGKHIANAT KEPADA NEGARA

      Nabi Muhammad saw bersabda "mencintai tanahair adalah sebahagian daripada iman".  Orang yang beriman tetapi tidak mencintai negaranya maka tidak sempurna imannya kepada Allah.  Allah melepaskan ikatan dengannya.  Tidak hairan inilah bala yang diterima UMNO.

     Kerajaan UMNO-BN ini telah memerintah hampir 53 tahun. Dalam tempoh pemerintahan tersebut UMNO-BN telah menyerahkan sebahagian daripada wilayah pemerintahan Malaysia kepada bangsa lain.  Antaranya

1)      Penyerahan Singapura (1963).  Dibuat dengan penuh tertib.  Dibuat suatu enakmen dalam Parlimen.  Dibahas dalam Parlimen.  Tunku Abd Rahman akhirnya merayu kepada seluruh ahli Parlimen Malaysia pada ketika itu menerima perpisahan wilayah Singapura daripada Malaysia.  Inilah kerja pengkhianatan UMNO

2)     Penyerahan Batu putih (2006) kepada Singapura.  Setelah tidak dapat lagi berbahas dan berhujah dalam mahkamah the Haque Belanda maka Malaysia sekali lagi menyerahkan wilayah pemerintahannya kepada Singapura.  Peguam negara di ketuai oleh Gani Patail hanya pandai membuat fitnah dan tidak pandai berhujah.  Singapura menyimpan segala dokumen tentang Pulau Batu putih sedangkan Malaysia semua dokumen akan dihapuskan setiap 7 tahun.  Mala Malaysia tiada hujah bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Malaysia.  Inilah kerja pengkhianatan UMNO.  Kerja jahat ini dibuat zaman Pak Lah Presiden UMNO

3)    Penyerahan  tanah milik KTMB kepada Singapura (2010).  Zaman Najib UMNO sekali lagi membuat penyerahan tanah kepada Singapura melalui tanah milik KTMB sedangkan dalam kontrak perjanjian tanah ini masih milik Malaysia.  Kenapa malaysia tidak pertahankan?  Inilah persoalan pengkhianatan UMNO terhadap negara.  Masih percayakah anda kepada UMNO?

4)    Penyerahan dua blok minyak L & M milik Malaysia kepada Brunei (2010).  Sekali lagi UMNO zaman najib membuat penyerahan milik negara kepada orang lain.  Kali ini dengan tanpa diketahui.  Sepatutnya mesti ada persetujuan daripada

1)    Dewan Undangan Negeri Sarawak. DUN Sarawak mesti meluluskan usul penyerahan.
2)    Parlimen Malaysia juga tidak tahu.

     Penyerahan ini hanya dibincangkan di peringkat Kabinet Malaysia.  Inilah kerja-kerja pengkhianatan UMNO.  Dua telaga minyak ini mengikut Pengerusi Petronas, Dr Mahathir bernilai RM320 juta.  Nilai sebanyak ini diserah oleh UMNO kepada Brunei yang kaya.  Dah serah dua telaga minyak ini Malaysia mengatakan bahawa Ekonomi Malaysia kukuh.  Bulan lalu naik barang.  Kalau ekonomi kukuh takkan barang keperluan naik.  Inilah pengkhianatan UMNO-BN terhadap negara.  Percayakah lagi anda kepada UMNO?

  UNDI CALON UMNO DALAM PRU 13 BERMAKNA ANDA MAHU UMNO MENERUSKAN KERJA-KERJA PENGKHIANATANNYA.

   UNDI CALON PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13 BERMAKNA ANDA MAHUKAN PERUBAHAN.  UNDILAH UNTUK PERUBAHAN.  SEGERA KITA MUZIUMKAN UMNO DIATAS KERJA-KERJA PENGKHIANATANNYA

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP