#1

UMNO MENUNJUKKAN TAK KETAHUANNYA - DOA UNTUK ORANG KAFIR

>> Rabu, Ogos 25, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 159

UMNO MENUNJUKKAN TAK KETAHUANNYA DALAM BAB
DOA UNTUK ORANG KAFIR DALAM SIRAH NABI MUHAMMAD SAW

    Ada atau tidak Nabi Muhammad saw berdoa kepada yang kafir?  Jawabnya sekurang-kurangnya 3 tempat Nabi Muhammad saw berdoa kepada orang kafir

1)    Abu Talib - Bapak Saudara Nabi

      Abu Talib adalah bapak saudara Nabi yang kafir.  Nabi Muhammad saw duduk dan bergelumang dengan Abu Talib.  Ketika Abu Talib hendak mati maka Nabi Muhammad saw mentalkinkan Abu Talib dengan syahadah.  Bukankah ini suatu doa.  Tak cukup dengan itu setelah keengganan Abu Talib mengucap syahadah, Nabi Muhammad saw merentang tali dan memohon supaya Abu Talib memegang tali itu dan Baginda akan bersaksi di hadapan Allah nanti di Mahsyar.  Bukankah itu juga suatu doa?  UMNO memang tak baca sirah Nabi Muhammad saw.

2)   Doa untuk penduduk Taif yang kafir

     Penduduk Taif didakwah oleh Nabi Muhammad saw dan Zaid.  Nabi Muhammad saw dan Zaid berdakwah dengan mengetuk pintu setiap rumah penduduk Taif dan mengajak mereka untuk memasuki Islam.  Namun setelah 3 hari Nabi Muhammad saw berbuat demikian, ketua JKKK Taif menangkap Nabi Muhammad saw dan Zaid dan menghalau mereka daripada Taif.  Nabi Muhammad saw dan Zaid dibaling batu sehingga Nabi Muhammad saw luka.  Setelah itu Nabi singgah si suatu pohon dan berdoa untuk penduduk Taif yang kafir.     UMNO memang tak baca sirah.

3)    Doa Nabi Muhammad saw kepada Allah agar diselamatkan Islam antara dua Umar

     Secara khusus Nabi Muhammad saw memohon kepada Allah dengan menyebut nama dua Umar iaitu Saidina Umar Al-Khatab dan Umar (Abu Jahal).  Allah Taala mendatangkan kepada Nabi Muhammad saw Saidina Umar Al-Khatab dan Islam maju dengan kehadiran Saidina Umar.  Nabi Muhammad saw menyebut nama.  maka apakah salah menyebut nama Lim Guan Eng.  Inilah yang UMNO tak faham.


    
Apa yang UMNO buat?  Solat hajat untuk kemenangan YB Kamalanathan (Hulu Selangor).  Oooo ini tak pe.  UMNO buat semua halal.  Inilah rupa kekalutan hari ini.

    JAUHI UMNO KERANA UMNO TAK FAHAM SUNNAH.  JANGAN UNDI CALON BN DAN UMNO DALAM PRU 13

    UNDILAH CALON PR DALAM PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN UMAT.  INI YANG SEDANG BERLAKU DI KELANTAN, KEDAH, PP DAN SELANGOR

1 komen:

surau al-falah pandan jaya 9 September 2010 pada 12:29 PG  

Salam terlebih dahulu saya ingin bertanya adakah Rasullullah berdoa seorang diri atau pun semasa beliau membaca khutbah dan kalau tak silap saya doa bila sebut doa ada bermacam macam ragam semasa kita berdoa dan intisarinya adalah kita harus berdoa untuk kesejahteraan kaum kafir yang menjadi pemimpin negeri

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP