#1

TAZKIRAH RAMADHAN 5 - UMNO TAK PAHAM MAKNA TAQWA DAN HUKUMNYA

>> Khamis, Ogos 12, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 150

UMNO TAK PAHAM MAKNA TAQWA DAN HUKUMNYA

Marilah buat perbandingan tentang sesuatu hukum Allah.  Tidak ada suatu hukum Allah yang berdiri dengan sendiri.  Ia adalah berkait antara satu dengan lain.  Sebagai contoh solat
1)    bergantung dengan wudu' - sah ke atau tidak
2)    persiapan solat - kain menutup aurat apakah dari rezeki yang halal? 
3)    solat-  ikut tertib atau tidak

     Oleh yang demikian nak menentukan suatu solat diterima Allah atau tidak maka banyak bergantung dengan perkara yang sangat hampir dengannya. Wudu tidak sah maka solat tak sah.  Persiapan solat iaitu membeli kain dengan duit hasil judi sampai bila pun solat tidak sah.  wudu sah dan persiapan solat dari sumber rezeki yang halal tapi tertib solat tidak diikuti maka solat tidak sah.

    Inilah yang UMNO tak faham.  Yang di paham UMNO kalau puasa terus dapat taqwa.  Apakah ada keserasian antara taqwa dengan perkara dibawah

1)     Rasuah - rasuah adalah hawa nafsu.  Rasuah adalah bertentangan dengan taqwa. UMNO parti rasuah.  Maka apakah orang UMNO yang puasa itu mendapat taqwa dengan menyokong dan memberi undi kepada pemimpin yang korup dan rasuah?

2)     ISA - akta zalim yang ikut hawa nafsu.  UMNO parti yang mengadakan ISA.  Orang UMNO sokong ISA, maka  apakah dengan menyokong kezaliman akan mendatangkan taqwa?

3)     Perzinaan -  ia adalah hawa nafsu.  UMNO tak nak hukum Allah. Malahan UMNO buat sekolah hamil.  Tak cukup dengan Rumah Pemulihan UMNO buat lagi sekolah hamil hasil perzinaan.  UMNO lawan hukum Allah.  Maka apakah dengan lawan hukum Allah maka akan timbul kasih sayang dengan Allah?

     Kalau tanya orang UMNO ada ke taqwa, maka jawapannya tetap UMNO bertaqwa walaupun menyokong rasuah, perasuah dan lain-lain.

     Sebenarnya tiada lah taqwa kalau sudah bersama dengan kebatilan.  Itulah UMNO.  Solat orang UMNO itu nampaknya macam sah tetapi kain pelekatnya dibeli daripada wang rasuah.  Terimakah solat itu disisi Allah?  Soalan yang sama juga Menjadikah taqwa di kalangan orang UMNO?  Yang berada di keliling orang UMNO adalah kemungkaran? Jawab sendiri.  Sendiri mau jawab.

     UMNO mesti ditinggalkan.  Calon UMNO jangan diberi undi dalam PRU 13.

     UNDI calon PR dalam PRU 13.  PR mahu mengagihkan kemewahan negeri kepada Rakyat.  Ini yang berlaku di Kelantan, Kedah, PP dan Selangor.  Segera buat perubahan dan undi anda.
.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP