#1

UMNO PENGHANCUR BANGSA - RUMAH PUNGUT ANAK LUAR NIKAH DAN SEKOLAH HAMIL

>> Khamis, Ogos 05, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 143

UMNO PENGHANCUR BANGSA
BINA RUMAH PUNGUT ANAK LUAR NIKAH 
DAN SEKOLAH HAMIL

   Allah berfirman dalam surah Nur ayat 2


Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Chinese
淫婦和奸夫,你們應當各打一百鞭。你們不要為憐憫他倆而減免真主的刑罰,如果你們確信真主和末日。叫一伙信士,監視他倆的受刑。 
Tamil
விபசாரியும், விபசாரனும் இவ் விருவரில் ஒவ்வொருவரையும் நூறு கசையடி அடியுங்கள்; மெய்யாகவே, நீங்கள் அல்லாஹ்வின் மீதும், இறுதி நாள் மீதும் ஈமான் கொண்டவர்களாக இருந்தால். அல்லாஹ்வின் சட்டத்(தை நிறைவேற்றுவ)தில், அவ்விருவர் மீதும் உங்களுக்கு இரக்கம் ஏற்பட வேண்டாம்; இன்னும் அவ்விருவரின் வேதனையையும் முஃமின்களில் ஒரு கூட்டத்தார் (நேரில்) பார்க்கட்டும்.

Inilah hukuman dalam Islam terhadap penzina.  Islam meletakkan hukum pada penzina.  Hukum penzina ialah

1)  penzina bujang - sebat 100 x


2)  penzina sudah kahwin - rejam sampai mati

    UMNO lawan hukum Allah.  Penzina pada pandangan UMNO bebas dan tidak dihukum.  Inilah kedurjanaan UMNO.  Malahan UMNO mencadangkan 


1)     membina rumah pungut anak luar nikah
2)     sekolah untuk mereka yang hamil

Kedua-dua cadangan ini adalah cadangan yang bertentangan dengan Islam.  Cadangan UMNO ini akan menggalakkan perzinaan.  UMNO suruh orang melayu berzina kemudian serahkan anak tersebut kepada rumah pungut anak luar nikah.  Inilah cadangan daripada UMNO yang hendak menghancurkan akhlak umat Islam.

Yang terbaru untuk menghadapi zina ini UMNO mencadangkan dibina sekolah yang khas untuk penzina yang hamil.  Tidak cukup kah dengan rumah pemulihan yang berselerak di seluruh negara?  UMNO nak bina lagi sekolah khas untuk para penzina.

Wahai orang melayu jangan undi calon UMNO-BN.  Mengundi calon UMNO-BN bermakna anda mengekalkan UMNO-BN terus menentang hukum Allah.  Mengundi UMNO-BN bermakna anda memberi ruang kepada UMNO-BN mengemukakan cadangan yang menghancurkan umat.  TOLAK UMNO-BN.

Wahai orang melayu ubah undi anda kepada Pakatan Rakyat (PAS, KEADILAN, DAP) untuk perubahan.  Rakyat Malaysia memerlukan perubahan.  Perubahan kepada kemurnian hidup dengan peraturan dari Yang Maha Adil. 

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP