#1

YANG TAK NAK ISLAM (UMNO) DAN NAK ISLAM (PAS) AKAN TERUS BERTARUNG

>> Isnin, Januari 31, 2011

Allah dengan segala kekuasaannya boleh sahaja menghapuskan segala bentuk kebatilan.  Ini sudah dilakukan oleh Allah sendiri terhadap kaum 'Ad, kaum Thamud, kaum Fir'aun, kaum Namrud dan lain-lain kaum dalam alam ini.  Namun Allah mengekalkan kebatilan adalah sebagai ujian dalam kehidupan manusia.  Allah taala hendak memilih siapakah di kalangan manusia ini yang benar-benar beriman kepadaNya.

Dalam surah Al-Mulk ayat 2 bermaksud " Iaitu yang menciptakan maut dan kehidupan untuk menguji manusia siapakah yang lebih baik amalannya kepada Allah"

Apakah pilihan yang ada pad manusia?  Yang baik akan dibalas oleh Allah dengan pahala, yang memilih kejahatan dan menentang Allah akan di balas oleh Allah dengan dosa dan azab.  Dimanakah tempat anda di akhirat sekiranya memilih kebaikan yang diredai Allah, PAS  (Al-Qur'an dan Sunnah)?  Sudah pasti tempatnya ialah di syurga dan nikmat Allah.  Sekiranya anda memilih nilai jahat dan menentang hukum Allah, BN sudah pasti tempat orang yang memberi undi kepada BN ialah neraka.

Ada yang berhujah PAS pun kerjasama dengan DAP.  Apa beza kerjasama PAS dengan kerjasama BN.  Kerjasama dalam PAS ialah tidak menentang hukum Allah.  Perjuangan PAS dari Al-Qur'an dan Sunnah.  Dalam pilihanraya DUN Tenang, DAP sudah menunjukkan sikap terhadap Islam bahawa yang bukan muhim tidak boleh bersalam.  DAP sudah mula menerima nilai-nilai yang ada dalam Islam.

BN bekerjasama dengan komponen lain ialah untuk menentang hukum Allah.  Dalam pilihanraya DUN Tenang, Presiden MCA jelas menentang nilai Islam.  Beliau tidak boleh menerima nilai bahawa bukan muhrim tidak boleh bersalam dalam Islam. Malahan beliau menentang nilai ini walaupun Mufti Perak menyuruh Presiden MCA memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam.

Inilah perbezaan jelas dalam pilihanraya DUN Tenang.  DAP berusaha menerima Islam manakala MCA semakin jauh dari Islam.  DAP menerima Islam kerana komponennya adalah PAS.  MCA semakin menolak Islam kerana komponennya ialah UMNO yang sekular.  Kalau nilai salam sahaja MCA tidak boleh terima maka apakah hukum Allah boleh diterima oleh MCA?  Fikir-fikirkan wahai penyokong UMNO-BN.  Apakah pilihan anda berada dalam UMNO adalah tepat dan wajar.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP