#1

UMNO DIPERINGAT OLEH SULTAN KEDAH

>> Isnin, Januari 17, 2011

SULTAN KEDAH bertitah jangan seret Sultan ke kancah politik.  Demikianlah peringatan Sultan Kedah kepada UMNO.  Ini jelas dalam isu Perak dan Selangor Sultan terus digunakan oleh UMNO untuk meraih sokongan politik dari rakyat.

UMNO seperti biasa terus menggunakan 3 isu yang berkaitan dengan institusi raja, perkauman dan agama.  UMNO sudah tidak ada isu lagi.  Isu azan perlahan atau kuat juga dimainkan oleh UMNO.  Zaman UMNO kuat tak timbul isu kuat azan atau tidak.  namun apabila UMNO sudah terdesak maka isu azan turut juga dimainkan oleh UMNO.  Sekiranya UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan negara maka sudah pasti isu azan kuat diluar tidak menjadi perkara yang diisukan.

Begitu juga kecenderungan yang sudah jelas dilihat oleh Sultan Kedah bahawa UMNO Kedah juga turut akan menggunakan institusi raja untuk meraih sokongan politik bangsa Melayu.  Pada tahun 1993 UMNO mengubah kekebalan raja dan menghapuskannya.  KIni UMNO sudah terdesak.  Strategi UMNO kini sudah makan tuan.  Bila pula Sultan menjadi ketua eksekutif negeri?  Yang menjadi ketua eksekutif Negeri ialah MB.  Tetapi UMNO yang terdesak tidak kira depan siapa sahaja dan siapa sahaja yang mereka boleh gunakan akan tetap mereka gunakan.

JAUHI UMNO.  UMNO PERKAUMAN, UMNO MENGGUNAKAN AGAMA DAN UMNO MENGUNAKAN INSTITUSI RAJA UNTUK MERAIH SOKONGAN DARIPADA RAKYAT

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP