#1

BENARKAH UMNO+PAS=MELAYU+ISLAM?

>> Khamis, Januari 13, 2011

UMNO akan terus main isu kaum.  Aziz Deraman kolumnis Sinar beri pandangan
UMNO+PAS=MELAYU+ISLAM

Inilah permainan UMNO.  Siapakah Aziz Deraman? Bekas Pengarah DBP. Orang Kelantan.  Mungkin atas pagar, mungkin condong pada UMNO.  Formula Aziz Deraman

UMNO+PAS - formula ini sama macam 1 + a. ianya tiada jawaban.  Sama juga UMNO+PAS juga tiada jawaban.  Orang sastera tak tahu matematik gamaknya.  UMNO + yang macam UMNO seperti UMNO Melaka, UMNO Perak yang seperti ini mungkin dapat dicampurkan.  sebab asasnya UMNO.

PAS perjuangannya adalah Islam. Tidak mungkin dapat dicampurkan dengan perjuangan yang berasaskan bangsa.  Justeru tidak mungkin dapat bersama perjuangan Islam dengan nasionalisme.

Hasilnya juga adalah kabur.  Melayu + Islam.  Ini lagi karut.  Melayu lebih utama dari Islam atau Islam yang besar dari bangsa.  Aziz Deraman guna Melayu (rujuknya adalah bangsa) yang ini lagi berat.  Ketuanan bangsa tiada dalam Islam.  Yang ada dalam Islam ialah ketuanan Al-Qur'an dan Sunnah Nabi Muhammad saw.  Inilah kakalutan hari ini.

Isu kaum akan terus dimainkan oleh UMNO, Penyokong UMNO dan Simpatisan UMNO.  UMNO selalu bertanya  kenapa PAS tak mahu bekerjasama dengan UMNO.  Jawapan UMNO adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu.

JAUHI UMNO KERANA UMNO ADALAH PERKAUMAN

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP