BENARKAH DALAM AL-QUR'AN DIBENARKAN PERKAUMAN (UMNO-KETUANAN MELAYU)
>> Selasa, Januari 18, 2011
Betapa dangkalnya ilmu yang ada mereka yang mengaku Melayu-Islam. Rujuk surah Ar-Ra'd makna ayat "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri". Kaum dalam ayat ini jelas merujuk kepada bangsa yang sudah sesat. Kesesatan yang ada pada sesuatu hanya akan pulih bila kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah.
Ada pengikut UMNO menyatakan bahawa ayat ini jelas membenarkan perjuangan Ketuanan Melayu. Inilah masalah dalam UMNO. Kontek fahaman ayat dibuat berdasarkan kepada hawa nafsu. Penafsiran ayat Al-Qur'an menstilah berdasarkan sunnah kerana Nabi muhammad saw sahaja yang selayaknya menafsirkan Al-Qur'an.
Bangsa arab yang sebegitu tidak bertamadun ditukar oleh Allah menjkadi pemimpin kepada tamadun dunia kerana mengikuti Al-Qur'an.Ikut Al-Qur'an sahaja akan datang kemuliaan. Syariaat Islam membenarkan
1. mempertahankan agama
2. mempertahankan nyawa
3. mempertahankan keturunan - bagaimana mendapatkan zuriat yang baik - pernikahan
4. mempertahankan aqal
5. mempertahankan harta
Dalam konteks ayat surah Ar-Ra'd tiada perkauman. Begitu juga tentang syariat juga Islam tidak mengamalkan perkauman. Ada sahabat Nabi yang bernama
Salman Al-Farisi - dari Parsi
Abu Dzar Ghifari - Bani Ghifari
Abu Hurairah - Bani taif
Semua mereka bersatu bersama panji Islam. UMNO sampai Al-Qur'an pun nak di perkaumkan. Nas yang bukan nas perkauman dikatakan perkauman. Begitulah usaha UMNO nak mengabsahkan perjuangan mereka yang sudah tidak laku dan tidak mendapat sambutan rakyat. Tinggalkan UMNO
1 komen:
Mungkin yang baca surah Ar-Ra'd bermula dengan - ALMARI agaknya. Tu yang terjemahan dia lari sikit... bukan Alif Lam Mim Ra
Catat Ulasan