#1

UMNO YANG BATIL DAN PAS YANG HAK

>> Rabu, Februari 02, 2011

Semua amalan yang berasaskan agama akan dihitung oleh Allah.  Yang dikatakan amalan itu adalah dibuat pasa ketika sedar dan bukan pada ketika tidur.  Nabi Muhammad saw menyebut dalam satu hadis yang bermaksud "Diangkat qalam (tulisan kebaikan oleh Malaikat Raqib dan tulisan kejahatan oleh Malaikat atid) di 3 tempat iaitu 1. tidur 2 kanak-kanak 3 gila."  Tiada catatan kebaikan dan kejahatan pada manusia yang beriman pada ketika tidur.  Maka mengundi dibuat dan dilaksanakan pada ketika sedar.  Bila dibuat pada ketika sedar maka ia akan dicatat oleh para malaikat dan nantinya akan dihisab dan ditanya oleh Allah di akhirat "kenapa kamu mengundi parti ini"

Perbuatan masuk tandas juga dibuat pada ketika sedar.  Sekiranya perbuatan ini dibuat berdasarkan sunnah Nabi Muhammad saw maka ia juga akan diberi pahala oleh Allah.  Sunnah Nabi Muhammad saw membimbing manusia yang beriman masuk tandas iaitu masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan.  Belum masuk dan keluar tandas dengan doa. Lagilah diberi pahala oleh Allah.  Masuk tandas dan keluar tandas sahaja diberi pahala maka apakah mengundi tidak diberi pahala oleh Allah.

Perbuatan mengundi ada asas agama.  Makna mengundi berdasarkan asas agama ialah mengundi kepada parti yang hendak menegakkan agama, hukum Allah, kebenaran dan keadilan.  Mengundi parti yang hendak menjaga kebajikan rakyat, mengundi parti yang bebas daripada rasuah,  mengundi parti yang hendak menegakkan keadilan, mengundi parti yang hendak menegakkan kebenaran.  Mengundi parti ini adalah asas agama dan diberi pahala oleh Allah.  Parti yang seperti ini adalah PAS dan Pakatan Rakyat.

Perbuatan mengundi berasaskan bangsa.  Makna mengundi berasaskan bangsa ialah memilih pemimpin berdasarkan bangsa.  Parti yang diundinya mengamalkan rasuah, itu belakang kira.  Yang penting undinya adalah untuk pemimpin bangsa melayu. Isteri pemimpin tidak bertudung, itu juga belakang kira.  Yang penting yang diundinya adalah suaminya yang berbangsa melayu.  Pemimpin yang diundinya mengambil komisyen jual kapal RM500 juta, itu juga tidak penting.  Asalkan parti pemimpin yang diundi adalah bangsa melayu.  Pemimpin yang diundi menekan rakyat dengan kenaikan harga barangan, dihujahnya bahawa kenaikan barangan adalah perlu dan pemimpin yang diundinya juga adalah bangsanya iaitu bangsa melayu.  Pemikiran politik adalah berasaskan bangsa.  Parti yang dimaksudkan ialah UMNO dan BN

Inilah perbezaan antara mengundi UMNO dan PAS.  Berubahlah wahai orang melayu yang beriman.  Buktikan Kelantan yang diperintah PAS terlibat dengan rasuah.  Mengundilah wahai bangsa melayu dengan iman kepada Allah.  Jangan berhujah sama sahaja.  Kalau mengundi manapun sama sahaja, maka apakah masuk-keluar tandas dengan ikut sunnah sama sahaja dengan masuk-keluar tandas tak ikut sunnah atau makan yang dimulai dengan bismillah sama dengan makan yang tidak dimulai dengan bismillah, samakah pasangan yang bernikah ikut cara Islam dengan pasangan yang berzina dulu baru bernikah.  Kalau jawapan semuanya adalah tidak sama, maka mengundi UMNO dengan mengundi PAS juga adalah tidak sama.  SELAMATKANLAH KEHIDUPAN AKHIRAT ANDA

  

1 komen:

joecharlie 6 Februari 2011 pada 8:33 PG  

kalau air nak solat pon BERKARAT dah jadi macam air Mustakmal lak?,, masjid sebiji pong taklarat BUAT, apake jadah nak undi PAS?

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP