#1

REGIM ZALIM HUSNI TUMBANG, UMNO BILA LE AGAKNYA

>> Sabtu, Februari 12, 2011

Egyptians celebrate the news of the resignation of President Hosni Mubarak

AKHIRNYA regim zalim husni mubarak tumbang di tangan rakyatnya sendiri.  Kebangkitan rakyat sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi.  Apabila daripada Dataran Tahrir para demonstrasi mahu berarak ke Istana Presiden, Husni Mubarak mengambil tindakan untuk melarikan diri.

Orang UMNO sampai bila pun tidak dapat memahami kenapa orang arab mesir bangkit menentang pemimpinnya.  Husni Mubarak orang arab, rakyat mesir juga orang arab.  Kenapa arab dengan arab berlawan.  Orang UMNO tak akan faham kerana pemikiran politik orang UMNO adalah bersifat perkauman.  UMNO akan memastikan bahawa hanya Melayu yang akan berkuasa.  Tak kira sama ada Melayu yang rasuah atau tidak.  Yang penting bagi UMNO ialah Melayu.  Inilah pemikiran politik yang bersifat dengan pemikiran bangsanya sahaja.

Itu sebab Melayu masih selesa menerima beras sekampit, kain pelekat, biskut, kopi-tea, kemudiannya mengundi UMNO-BN. Melayu tak kira pemimpin yang rasuah atau tidak,  pembunuh atau tidak,  ikut agama atau tidak, atau apa sahaja asalkan bangsanya maka ia akan diundi oleh Melayu.

Sedangkan politik tinggi yang berlaku di Mesir ialah politik menuntut keadilan dan kebenaran.  Inilah yang sepatutnya diikuti oleh bangsa Melayu.  Semoga berubahlah wahai bangsaku!!!!

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP