#1

BEZA WALA DAN TAHALLUF

>> Isnin, Februari 21, 2011

Apakah beza antara wala (memberi kepatuhan) dengan tahalluf siyasi (persefahaman politik)

wala - memberi kepatuhan.  Islam tidak sama sekali membenarkan orang yang beriman untuk memberi wala kepada orang kafir.  Itu sebab apabila datang wawaran daripada orang kafoir quraisy kepada Nabi Muhammad saw berkongsi penyembahan maka perkongsian ini ditolak Nabi Muhammad saw.  Tidak dibenarkan sama sekali orang kafir menentukan bentuk penyembahan orang yang beriman.  Begitu juga dengan lain-lain hal yang sudah jelas dalam sunnah Nabi Muhammad saw.

Tahalluf siyasi - kerjasama politik.  Bekerjasama dalam hal yang ada kepentingan bersama seperti menjatuhkan kerajaan yang zalim, berusaha untuk melaksanakan keadilan dan menegakkan kebenaran.  Tindakan ini tiada kaitan dengan bentuk penyembahan.

Nabi Muhammad saw telah bekerjasama dengan orang Yahudi Madinah (kafir) untuk mempertahankan Madinah daripada diserang oleh orang Quraisy.  Salahkah PAS hari ini bertahalluf siyasi dengan DAP, PKR untuk menjatuhkan kezaliman UMNO?  Sendiri mau jawab.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP