#1

CINTAI LAH NABI MUHAMMAD UNTUK KE SYURGA ALLAH

>> Khamis, Februari 17, 2011

Sempena dengan kedatangan Maulid Nabi Muhammad saw, kami mengajak seluruh umat Islam mencintai Nabi Muhammad saw sehingga menjadi kekasih utama dalam kehidupan.

Sifat kekasih - buat hanya yang disuruh.  Yang tidak mahu dan dibenci kekasih akan dihindarkan.  Sebagai kekasih kepada Nabi Muhammad saw maka yang disuruh Nabi Muhammad saw sahaja yang dibuat.  Yang dibenci oleh Nabi Muhammad saw sudah pasti dijauhi.  Kenapa sesuatu perkara dibuat maka sudah pasti kekasihnya yang menyuruhnya.  Kenapa sesuatu perkara dijauhi maka sudah pasti kerana kekasihnya tidak menyukainya.  Inilah cinta yang telah diterjemah oleh seluruh para sahabat Nabi Muhammad saw.

Ada juga yang mencintai Nabi Muhammad saw.  Tetapi cinta mereka membawa ke neraka.  Abu Lahab sangat sayang p[ada Nabi Muhammad saw.  Tetapi Abu Lahab dihumban oleh Allah ke neraka.  Kenapa  Abu Lahab ke neraka?
1.   Melawan Nabi Muhammad saw dan syariat yang dibawa Nabi Muhammad saw
2.   Menentang Nabi Muhammad saw dengan mengatakan kepada Nabi Muhammad saw sebagai pemecah belah masyarakat
3.   Abu Lahab menuduh Nabi Muhammad saw membawa ajaran baru
Ini adalah antara kesesatan Abu Lahab yang membawanya ke neraka.  Sedangkan yang paling seronok dengan kelahiran Nabi Muhammad saw ialah Abu Lahab.

UMNO macam mana?  Cinta pada Nabi seperti sahabat atau seperti ABU Lahab?  Jauhi UMNO.  Mereka adalah spesis dari Abu Lahab yang menentang Al-Qur'an dan Sunnah.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP