JAMINAN PAS UNTUK BANGSANYA IALAH AL-QUR'AN DAN SUNNAH
>> Selasa, Februari 22, 2011
Tiada apa jaminan yang hendak dibrikan PAS kepada kebangkitan bangsanya Melayu melainkan Al-Qur'an dan Sunnah. Inilah Jaminan PAS dalam Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS. Pas tidak menjaminkan bangsanya dengan projek dan kemewahan harta negara tetapi meletakkan jaminan itu untuk semua manusia kembali tunduk dan patuh kepada Allah dan Rasul.
Inilah qada' Allah yang azali iaitu semua makhluk mestilah tunduk dan patuh kepada Allah. Justeru dengan itu maka PAS mengajak seluruh masyarakat diilmukan dengan Al-Qur'an dan Sunnah. Tugas dan tanggungjawb mereka yang sedar untuk mengilmukan masyarakat supaya masyarakat tidak terus dibodohkan oleh UMNO-BN yang ada pad hari ini.
JK Pemandu JPM menyatakan bahawa negara akan muflis pada 2019, tetapi kenapa harga getah kini melambung tinggi? Ada penoreh getah terpaksa dibantu oleh RELA untuk mengelakkan kecurian. Negara akan muflis 2019 tetapi kenapa harga kelapa sawit melambung tinggi? Adalah diyakini apabila UMNO-BN menang dalam PRU 13 harga komiditi ini getah dan sawit akan merudum turun. Inilah bentuk penipuan UMNO-BN yang dihancurkan.
Cukup-Cukup le. Masyarakat mesti diselamatkan dari bentuk penipuan dan diperbodohkan oleh UMNO-BN. Hanya dengan Al-Qur'an dan Sunnah manusia tidak akan tertipu.
JAUHI BN. KEJAHATANNYA SUDAH TERSERLAH. DOSA-DOSA UMNO BN JUGA SUDAH TERSERLAH.
0 komen:
Catat Ulasan