#1

NABI MUHAMMAD SAW BEBASKAN DIRI DARI KETUANAN ARAB, UMNO MACAMANA?

>> Isnin, Februari 07, 2011

12 Rabi'u;awal tarikh umat Islam menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad saw.  Peribadi hebt yang mengungguli semua zaman hidup manusia.  Manusia yang dicintai Allah.

Pda ketika Nabi Muhammad lahir budaya Arab adalah bersifat jahiliyah.  Tanam anak hidup-hidup adalah kemuncak tamadun arab yang memusnahkan kemanusiaannya.  Selain dari itu pelbagai khurafat seperti bunyi burung hantu, ancak dan tepung tawar dan lain-lain adalah juga budaya orang arab.

Namun tidak ada satu hadis nabi pun yang meraikan perbuatan yang bertentangan dengan nilai yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.  Nabi Muhammad saw tidak pernah mengiktiraf perbuatan menanam anak perempuan hidup-hidup.  Nabi Muhammad saw tidak pernah mengiktiraf perbuatan jahiliyah Abu Lahab dan Abu Jahal.

Kalau Nabi Muhammad saw tidak pernah mengiktiraf Abu Jahal dan Abu Lahab maka bagaimanakah orang melayu mengiktiraf perbuatan jahat para pemimpinnya?  Rasuah bertentangan dengan Islam.  Allah murka terhadap orang yang memberi dan menerima rasuah.  Kenapa melayu masih menyokong pemimpin yang rasuah? Menutup aurat adalah wajib,  banyak isteri pemimpin UMNO yang tidak menutup aurat, kenapa orang melayu masih menyokong pemimpin UMNO?

Wahai orang UMNO sekiranya kamu adalah pengikut Nabi Muhammad saw maka segeralah bebaskan diri anda dari perkauman Melayu kerana Nabi Muhammad sendiri tidak pernah mengiktiraf apa yang dilakukan oleh Abu jahal dan Abu Lahab

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP