#1

TAZKIRAH RAMADHAN 1- UMNO AJAR UMAT ISLAM HANYA PUASA SAHAJA

>> Ahad, Ogos 08, 2010


RAMADHAN KAREEM - TAZKIRAH 1
PERINGATAN DALAM MELAKSANAKAN
IBADAH RAMADHAN



Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al Baqarah ayat 183)



     Dalam Al-Qur'an Allah meletakkan tanggungjawab yang sangat jelas terhadap orang yang beriman iaitu melaksanakan ibadah puasa.  Dalam yang di atas jelas Allah Taala meletakkan perkataan kutiba yang membawa makna diwajibkan keatas kamu.  Lalu manusia yang beriman pun melaksanakan ibadah ini engan tekun.  Dalam Al-Qur'an ada 13 perkataan kutiba yang merupakan kewajipan tetap dan general order kepada seluruh umat manusia yang beriman kepada Allah.  Antaranya

Kutiba alaikum mul Qisas -  diwajibkan atas kamu hukum Qisas 
Kutiba alaikum mus Siyam - diwajibkan atas kamu berpuasa
Kutiba alaikum mul Qital - diwajibkan atas kamu berperang atas nama mempertahankan Islam
Kutiba alaikum Idza Hadara ahadaku mul maut - diwajibkan atas kamu mengadakan wasiat apabila menghadiri kematian
    Jelas bahawa umat islam mahu sahaja mengambil kewajipan puasa tetapi meninggalkan kewajipan Qisas dan kewajipan berperang.  Seolah-olah dalam menyambut Ramadhan ia adalah satu-satunya kewajipan dalam Islam.  Tiada lagi kewajipan lain.  Inilah yang diajarkan oleh penjajah kepada umat Islam.
   Kewajipan jihad untuk menegakkan hukum Allah seperti tiada dalam Islam.  Kewajipan jihad untuk mempertahankan Islam juga seperti tiada dalam Islam.  Semua ini dikongkong oleh pemerintah dan kerajaan yang ada. Hingga umat Islam sudah menganggap hanya ada kewajipan puasa sahaja dalam Islam.  Sedangkan arahan kutiba adalah sama pada hukum Allah dan melaksanakan jihad mempertahankan Islam.  

    Begitulah yang dilakukan oleh UMNO.  Media disekat daripada menyatakan kebenaran.  Forum Perdana yang disiarkan oleh TV juga menjurus perbincangan hanya untuk melaksanakan suruhan puasa.  Manakala panel yang membicarakan hal yang lebih syumul seperti melaksanakan Qisas atau jihad maka panel akan digam oleh UMNO.  iNILAH PENENTANGAN YANG DIBUAT OLEH UMNO DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA.  Ini kerana UMNO memisahkan agama dari kehidupan.  UMNO hanya memahamkan suatu juzu' daripada Islam kepada umat.  Puasa tidak akan mengancam UMNO.  Manakala Qisas dan jihad akan mengancam UMNO.  Maka faham Qisas adalah wajib dan jihad adalah wajib mestilah segera dihapuskan.  Oleh kerana UMNO menentang Qisas dan Jihad maka UMNO mestilah ditentang, dilawan dan dikalahkan.
Maka berubahlah menjadi Melayu Islam yang mahu mempertahankan Al-Qur'an dan Sunnah.  Melayu Islam akan mengundi parti Islam dalam PRU 13 untuk menegakkan Qisas dan jihad


Read more...

UMNO MENENTANG MELAYU YANG ISLAM

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
GAHAM KETUANAN MELAYU 146

UMNO MENENTANG MELAYU YANG ISLAM


Sekali lagi surah hujurat ayat 13 jadikan dalil.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

     Islam membentuk manusia yang mahukan taqwa.  Taqwa pula mestilah kepada Allah.  Asas penilaian manusia yang dibentuk Islam ialah taqwa.  Bentuk penilaian yang berasaskan bangsa, pingat, pangkat, darjat sudah lama ditolak Islam.

    UMNO meletakkan bahawa penilaian manusia berasaskan pangkat, pingat dan derjat.  Jelas pendekatan penilaian UMNO bertentangan dengan Islam.Itu sebab selama-lamanya orang Cina dan India dalam BN tidak berminat dengan Islam sebab berbeza penilaian daripada Islam.

    Melayu mestilah diletakkan dengan kehendak Islam.  Diikat kehidupan orang Melayu dengan Islam.  Nilai-nilai Islam akan terus mewarnai kehidupan orang Melayu.  Orang melayu yang seperti ini dikatakan Melayu Islam.  Melayu Islam akan mempertahankan ketuanan Al-Qur'an dan Sunnah.  Nilai kebenaran akan terus ditegakkan.  Nilai kebathilan akan terus ditolak dalam kehidupan orang Melayu Islam.  Politik yang ditegakkan oleh Melayu Islam ialah politik kebenaran dan keadilan.  Melayu Islam akan menentang ISA dan lain-lain akta yang zalim.

    Mufti tak nak Melayu Islam.  Mufti nak Melayu Melayu.  Itu sebab perpaduan mufti berdasarkan bangsa dan bukan Islam.

    Marilah segera Melayu di Islamkan.  Melayu mesti menjadi Melayu Islam.  Jangan jadi Melayu-Melayu.
  Orang Melayu Islam mestilah tidak mengundi calon Melayu-Melayu.  TOLAK MEREKA DALAM PRU 13.  KUMPULAN MELAYU-MELAYU (UMNO) HENDAKLAH DIHENTIKAN KEZALIMANNYA. BAGAIMANA?  JANGAN LAGI UNDI CALON UMNO DALAM PRU 13

Read more...

MELAYU UMNO ADLAH MELAYU-MELAYU, JAUHI MENJADI MELAYU-MLAYU

>> Sabtu, Ogos 07, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 145

MELAYU UMNO ADALAH MELAYU-MELAYU


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 
Chinese
眾人啊!我確已從一男一女創造你們,我使你們成為許多民族和宗教,以便你們互相認識。在真主看來,你們中最尊貴者,是你們中最敬畏者。真主確是全知的,確是徹知的。
Tamil 
மனிதர்களே! நிச்சயமாக நாம் உங்களை ஓர் ஆண், ஒரு பெண்ணிலிருந்தே படைத்தோம்; நீங்கள் ஒருவரை ஒருவர் அறிந்து கொள்ளும் பொருட்டு. பின்னர், உங்களைக் கிளைகளாகவும், கோத்திரங்களாகவும் ஆக்கினோம்; (ஆகவே) உங்களில் எவர் மிகவும் பயபக்தியுடையவராக இருக்கின்றாரோ, அவர்தாம் அல்லாஹ்விடத்தில், நிச்சயமாக மிக்க கண்ணியமானவர். நிச்சயமாக அல்லாஹ் நன்கறிபவன், (யாவற்றையும் சூழந்து) தெரிந்தவன்.


     Dalam surah Al-Hujurat ayat ke 13 Allah Taala berfirman untuk manusia tahu apakah keutamaan di sisi Allah.  Keutamaan disisi Allah ialah taqwa tanpa mengira apakah bangsa manusia itu.

     Ada satu bangsa dalam dunia bernama bangsa Melayu.  Duduk di bumi bernama Malaysia.  Bangsa ini mengutamakan bangsanya Melayu dengan asas Melayu atau Melayu-Melayu.  Yang di pertahankan ialah nilai dalam ketuanan Melayu. Antara faham ketuanan Melayu ialah rasuah.  Itulah UMNO.

     Melayu dalam golongan ini akan terus menyokong apa sahaja yang didatangkan oleh pemimpin UMNO ini.  Tak kira pemimpin itu mengamalkan rasuah atau menentang Islam.  Pengikut parti ini UMNO akan ikut walau apa pun yang berlaku.  Pengikut UMNO menyokong pemimpin UMNO secara membabi buta.

    UMNO menjahanamkan bangsanya sendiri.  UMNO memimpin bangsanya ikut hawa nafsu.  Percampuran antara lelaki dan perempuan dibenarkan.  Sehingga melahirkan anak tidak akan diapa-apakan.  janji angan buang anak.  Lahir anak maka ada rumah pungut anak.  Isteri budak mengandung maka ada sekolah bagi mereka yang hamil.  Inilah kerja UMNO.

    JAUHI DARI MENJADI PENYOKONG PARTI UMNO.  IA SESAT LAGI MENYESATKAN.  UNDI UMNO BERMAKNA MEMBENARKAN UMNO MENERUSKAN PERKARA-PERKARA YANG DIZALIMI iSLAM.  SELAMATKAN UMNO DENGAN KESELURUHAN ORANG MELAYU-MELAYU TIDAK MENGUNDI CALON UMNO DALAM PRU 13

Read more...

UMNO PENIPU DALAM PILIHANRAYA

>> Jumaat, Ogos 06, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 144

UMNO PENIPU DALAM PILIHANRAYA

     Pilihanraya telah berjalan sebanyak 12 kali.  Dari 12 kali jelas kelihatan bahawa SPR adalah komponen daripada UMNO-BN.

     SPR semestinya adalah badan yang indipenden.  Tidak memihak.  Sekarang SPR tidak boleh begitu kerana ia diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.  Bila diletakkan di bawah JPM maka SPR kena ikut cakap ketuanya PM.  Oleh itu ia tidak bebas.

    SPR turut mengambil beberapa tindakan dalam proses Pilihanraya secara jelas menunjukkan unsur penipuan.  Contoh undi pos.  Undi pos di laksanakan dahulu tetapi dihitung paling lewat.  Kenapa ini berlaku?  Sepatutnya sebelum undian orang awam jumlah undi dari undi pos telah diketahui.  Namun ini tak berlaku.  Inilah kerja jahat UMNO. 

      Undi hantu pula.  Mengapa diberi laluan kepada pengundi hantu? Ejaan nama dimanupulasi.  sebagai contoh Jamaludin boleh jadi 3 iaitu

 1)   Jamaludin (ejaan sebenar)
2)    Jamaluddin
3)    Jamaldin

    Inilah penipuan-penipuan yang dibuat oleh SPR?  Inilah kerja jahat UMNO-BN.  Itu sebab manipulasi ini kan terus berleluasa. 

    Belum lagi aduan pengundi di Pilihanraya kecil Hulu Selangor yang nama mereka dipindahkan tanpa kebenaran ke Parlimen lain.  Terlalu banyak penyelewengan.

Oleh yang demikian, untuk lebih telus SPR mestilah terus bertanggungjawab kepada Parlimen.  Barulah SPR bebas dari sebarang permintaan daripada UMNO-BN.
Undi UMNO-BN bermakna mengekalkan kezaliman UMNO-BN.  Undilah Pakatan Rakyat untuk perubahan yang lebih progresif demi masa depan Malaysia

Read more...

UMNO PENGHANCUR BANGSA - RUMAH PUNGUT ANAK LUAR NIKAH DAN SEKOLAH HAMIL

>> Khamis, Ogos 05, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 143

UMNO PENGHANCUR BANGSA
BINA RUMAH PUNGUT ANAK LUAR NIKAH 
DAN SEKOLAH HAMIL

   Allah berfirman dalam surah Nur ayat 2


Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Chinese
淫婦和奸夫,你們應當各打一百鞭。你們不要為憐憫他倆而減免真主的刑罰,如果你們確信真主和末日。叫一伙信士,監視他倆的受刑。 
Tamil
விபசாரியும், விபசாரனும் இவ் விருவரில் ஒவ்வொருவரையும் நூறு கசையடி அடியுங்கள்; மெய்யாகவே, நீங்கள் அல்லாஹ்வின் மீதும், இறுதி நாள் மீதும் ஈமான் கொண்டவர்களாக இருந்தால். அல்லாஹ்வின் சட்டத்(தை நிறைவேற்றுவ)தில், அவ்விருவர் மீதும் உங்களுக்கு இரக்கம் ஏற்பட வேண்டாம்; இன்னும் அவ்விருவரின் வேதனையையும் முஃமின்களில் ஒரு கூட்டத்தார் (நேரில்) பார்க்கட்டும்.

Inilah hukuman dalam Islam terhadap penzina.  Islam meletakkan hukum pada penzina.  Hukum penzina ialah

1)  penzina bujang - sebat 100 x


2)  penzina sudah kahwin - rejam sampai mati

    UMNO lawan hukum Allah.  Penzina pada pandangan UMNO bebas dan tidak dihukum.  Inilah kedurjanaan UMNO.  Malahan UMNO mencadangkan 


1)     membina rumah pungut anak luar nikah
2)     sekolah untuk mereka yang hamil

Kedua-dua cadangan ini adalah cadangan yang bertentangan dengan Islam.  Cadangan UMNO ini akan menggalakkan perzinaan.  UMNO suruh orang melayu berzina kemudian serahkan anak tersebut kepada rumah pungut anak luar nikah.  Inilah cadangan daripada UMNO yang hendak menghancurkan akhlak umat Islam.

Yang terbaru untuk menghadapi zina ini UMNO mencadangkan dibina sekolah yang khas untuk penzina yang hamil.  Tidak cukup kah dengan rumah pemulihan yang berselerak di seluruh negara?  UMNO nak bina lagi sekolah khas untuk para penzina.

Wahai orang melayu jangan undi calon UMNO-BN.  Mengundi calon UMNO-BN bermakna anda mengekalkan UMNO-BN terus menentang hukum Allah.  Mengundi UMNO-BN bermakna anda memberi ruang kepada UMNO-BN mengemukakan cadangan yang menghancurkan umat.  TOLAK UMNO-BN.

Wahai orang melayu ubah undi anda kepada Pakatan Rakyat (PAS, KEADILAN, DAP) untuk perubahan.  Rakyat Malaysia memerlukan perubahan.  Perubahan kepada kemurnian hidup dengan peraturan dari Yang Maha Adil. 

Read more...

UMNO PENGKHIANAT KEPADA NEGARA

>> Rabu, Ogos 04, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 142

UMNO PENGKHIANAT KEPADA NEGARA

      Nabi Muhammad saw bersabda "mencintai tanahair adalah sebahagian daripada iman".  Orang yang beriman tetapi tidak mencintai negaranya maka tidak sempurna imannya kepada Allah.  Allah melepaskan ikatan dengannya.  Tidak hairan inilah bala yang diterima UMNO.

     Kerajaan UMNO-BN ini telah memerintah hampir 53 tahun. Dalam tempoh pemerintahan tersebut UMNO-BN telah menyerahkan sebahagian daripada wilayah pemerintahan Malaysia kepada bangsa lain.  Antaranya

1)      Penyerahan Singapura (1963).  Dibuat dengan penuh tertib.  Dibuat suatu enakmen dalam Parlimen.  Dibahas dalam Parlimen.  Tunku Abd Rahman akhirnya merayu kepada seluruh ahli Parlimen Malaysia pada ketika itu menerima perpisahan wilayah Singapura daripada Malaysia.  Inilah kerja pengkhianatan UMNO

2)     Penyerahan Batu putih (2006) kepada Singapura.  Setelah tidak dapat lagi berbahas dan berhujah dalam mahkamah the Haque Belanda maka Malaysia sekali lagi menyerahkan wilayah pemerintahannya kepada Singapura.  Peguam negara di ketuai oleh Gani Patail hanya pandai membuat fitnah dan tidak pandai berhujah.  Singapura menyimpan segala dokumen tentang Pulau Batu putih sedangkan Malaysia semua dokumen akan dihapuskan setiap 7 tahun.  Mala Malaysia tiada hujah bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Malaysia.  Inilah kerja pengkhianatan UMNO.  Kerja jahat ini dibuat zaman Pak Lah Presiden UMNO

3)    Penyerahan  tanah milik KTMB kepada Singapura (2010).  Zaman Najib UMNO sekali lagi membuat penyerahan tanah kepada Singapura melalui tanah milik KTMB sedangkan dalam kontrak perjanjian tanah ini masih milik Malaysia.  Kenapa malaysia tidak pertahankan?  Inilah persoalan pengkhianatan UMNO terhadap negara.  Masih percayakah anda kepada UMNO?

4)    Penyerahan dua blok minyak L & M milik Malaysia kepada Brunei (2010).  Sekali lagi UMNO zaman najib membuat penyerahan milik negara kepada orang lain.  Kali ini dengan tanpa diketahui.  Sepatutnya mesti ada persetujuan daripada

1)    Dewan Undangan Negeri Sarawak. DUN Sarawak mesti meluluskan usul penyerahan.
2)    Parlimen Malaysia juga tidak tahu.

     Penyerahan ini hanya dibincangkan di peringkat Kabinet Malaysia.  Inilah kerja-kerja pengkhianatan UMNO.  Dua telaga minyak ini mengikut Pengerusi Petronas, Dr Mahathir bernilai RM320 juta.  Nilai sebanyak ini diserah oleh UMNO kepada Brunei yang kaya.  Dah serah dua telaga minyak ini Malaysia mengatakan bahawa Ekonomi Malaysia kukuh.  Bulan lalu naik barang.  Kalau ekonomi kukuh takkan barang keperluan naik.  Inilah pengkhianatan UMNO-BN terhadap negara.  Percayakah lagi anda kepada UMNO?

  UNDI CALON UMNO DALAM PRU 13 BERMAKNA ANDA MAHU UMNO MENERUSKAN KERJA-KERJA PENGKHIANATANNYA.

   UNDI CALON PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13 BERMAKNA ANDA MAHUKAN PERUBAHAN.  UNDILAH UNTUK PERUBAHAN.  SEGERA KITA MUZIUMKAN UMNO DIATAS KERJA-KERJA PENGKHIANATANNYA

Read more...

UMNO PENGKHIANAT BAHASA MELAYU

>> Selasa, Ogos 03, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 141

UMNO PENGKHIANAT BAHASA MELAYU

KES 1 PENGAJARAN PPSMI

 UMNO kata dia pejuang bahasa.  Macam mana dengan PPSMI?  Dalam sejarah ada UMNO menjadi penderhaka kepada bahasa melayu sendiri iaitu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.  UMNO tak mahu Bahasa Melayu.  UMNO penderhaka kepada Bahasa Melayu sendiri. 

Pada ketika kerajaan nak menguatkuasakan pengajaran Sains dan Matematik (1993) , pemimpin-pemimpin UMNO kata mereka bersetuju.  Antara kata pemimpin UMNO ialah  "ini adalah cara kerajaan untuk memajukan rakyat".  Kata pemimpin UMNO lagi "rakyat kena bersikap terbuka menerima perubahan yang hendak dilakukan kerajaan".  Apabila kerajaan hendak memansuhkan pengajaran Sains dan matematik dalam BI tahun 2012 (itupun belum tentu lagi, "subject to changerable") pemimpin UMNO jugalah berkata kami bersetuju supaya kerajaan memansuhkan PPSMI".  INILAH KERJA UMNO YANG JAHAT. UMNO TIDAK KONSISTEN DALAM ISU BAHASA.  TERDEDAH UMNO UNTUK MENJADI PENDERHAKA KEPADA BAHASA BANGSANYA SENDIRI.

KES 2 : TAKRIF MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN, NAMA UMNO DALAM BHS INGGERIS

 Dalam Perlembagaan Malaysia fasal 160 menyatakan yang dikatakan Melayu ialah
1)   berbahasa dengan bahasa melayu
2)   berbudaya dengan budaya orang melayu
3)   beragama Islam

dari fakta diatas, UMNO sendiri namanya adalah Bahasa Inggeris.  Layakkah UMNO dikatakan pejuang bahasa? Nama UMNO sendiri dalam bahasa inggeris.  Udah le UMNO, memang kamu penderhaka kepada bahasa melayu itu sendiri.

Fikir-fikirkan. saya tidak nak menyambung hujah.  kalau hal yang sangat asas nama UMNO tak nak berubah wajarkan UMNO dikatakan pejuang bahasa?  Sudah pasti tidak melainkan UMNO adalah penderhaka terhadap bahasanya sendiri.

Justeru kalau undi calon UMNO dalam PRU 13 maka ini akan meneruskan penderhakaan UMNO terhadap bahasa,

UNDI Pakatan Rakyat yang siap untuk mengembalikan kegemilangan Bahasa Melayu.  Orang Melayu mestilah mengundi PAKATAN RAKYAT (PAS, KEADILAN, DAP)  untuk perubahan

Read more...

UMNO PENDERHAKA EKONOMI BANGSA

>> Isnin, Ogos 02, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 140

UMNO PENDERHAKA EKONOMI BANGSA

    Telah lama berjalan kerana kerajaan ini adalah diketuai UMNO-BN.  Penderhakaan UMNO-BN terhadap ekonomi bangsa sangat jelas.  Terbukti bahawa

1.     Dasar Ekonomi Baru (69-99) pencapaian pegangan ekuiti bumiputra ialah sekitar 19.8%.
2.    Dasar Pembangunan Nasional (2000) meneruskan dasar pengagihan ekonomi ikut kroni UMNO-BN
3.    Dasar ekonomi Buku Hijau (2003) juga meneruskan pengagihan ekonomi ikut kroni UMNO-BN
4.    Model Ekonomi Baru (2010) juga meneruskan pengagihan ekonomi ikut kroni UMNO-BN

    Pernyataan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) jelas menunjukkan bahawa pegangan ekuiti ekonomi bangsa Melayu ialah kekal dengan angka 19.8 %.  Inilah penderhakaan UMNO terhadap bangsa melayu.  Mengekalkan ekonomi pada tahap yang rendah.

    Ini dibuktikan lagi dengan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia mengikut bangsa. 

Pendapatan isi rumah bangsa cina RM 3,500 - RM 5,000
Pendapatan isi rumah bangsa India RM 2,500 - RM 3,500
Pendapatan isi rumah bangsa Melayu RM1,500 - RM 2,500

UMNO memimpin Malaysia 53 tahun lamanya telah gagal membangun ekonomi bangsanya sendiri.  Inilah penderhakaan UMNO terhadap ekonomi bangsa.  Kerana apa ini berlaku?  Antara sebabnya ialah

1. apabila kroni UMNO dapat sesuatu projek mega maka projek tersebut di subkan kepada kontraktor cina.  Sehinggakan ada suatu tanggapan bahawa kontraktor cina tak perlu bersusah memperolehi projek atau tender kerajaan kerana mereka tahu kroni UMNO itu akan memberi kontrak tersebut kepada kontraktor cina.  Ini juga penderhakaan UMNO terhadap ekonomi bangsa.

2.   Projek kerajaan adalah tender langsung dan tidak terbuka.  Tender langsung adalah untuk kroni UMNO.  Ini juga adalah penderhakaan UMNO terhadap ekonomi bangsa.  Kontraktor yang menyokong Pakatan Rakyat tak dapat.  UMNO berhujah mereka bagi juga.  Daripada 10 projek hanya 1 projek yang diberikan kepada kontraktor yang menyokong PR.  Itu heboh satu alam.

3.   Melantik kontraktor yang sudah gagal.  Kontraktor yang membina Stadium Al-Mizan di Terengganu Darul Runtuh.  Stadium yang dibina kontraktor ini RUNTUH.  UMNO-BN LANTIK PULA KONTRAKTOR YANG SAMA BAGI MEMBINA ISTANA NEGARA YANG BARU.  KOS PEMBINAAN MENINGKAT.  DARI RM650 JUTA KE RM 800 JUTA. INILAH PENDERHAKAAN UMNO TERHADAP EKONOMI BANGSA MELAYU.

   Apakah anda percaya lagi terhadap UMNO-BN?  Mahu undi lagi calon UMNO-BN dalam Pilihanraya Umum ke -13 nanti?  Semua ini memerlukan perubahan.

 Undi anda bermakna sekiranya anda memberi undi kepada calon UMNO-BN maka anda mengekalkan penderhakaan UMNO-BN terhadap ekonomi bangsa.

UNDI ANDA UNTUK PAKATAN RAKYAT (PAS, KEADILAN, DAP) BERMAKNA ANDA MAHUKAN PERUBAHAN.  UNDI UNTUK PERUBAHAN DALAM PILIHANRAYA KE-13.

Read more...

UMNO PENDERHAKA AGAMA

>> Ahad, Ogos 01, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 139

UMNO PENDERHAKA AGAMA

Allah Taala mengiktiraf hanya Islam.  Selain daripada Islam maka Allah Taala tolak.  Nama orang yang menentang Islam juga diabadikan oleh Al-Qur'an.  Nama yang disebut oleh Allah yang menentang Islam  dan para Nabi ialah

Abu Lahab menentang Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw

Firauan dan Qarun menentang Nabi Musa dan agama yang di bawa Nabi Musa.

Itu sebab nama Abu Lahab di kekal Allah dalam surah Al Masad.  Allah Taala berfirman


Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. - Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. 

Jasa Abu lahab banyak, antaranya

1)    suka dengan kelahiran Nabi Muhammad
2)    membincang nama yang nak diberikan kepada Nabi Muhammad saw
3)    memberi ibu susu yang pertama kepada nabi Muhammad saw
4)    membuat pengisytiharan di Mekah dalam usaha mencari ibu susu yang kedua

Tetapi sekarang Abu Lahab berada di mana?  Abu Lahab berada dalam neraka.   Jasa yang banyak terhadap Nabi Muhammad apakah tidak dikira Allah?  Semua usaha dan jasa Abu Lahab hancur kerana menentang Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw

Bukankah UMNO juga banyak jasa?  UMNO-BN buat jalan raya, universiti, balairaya, dewan orang ramai, rumah PPRT? DAN BERMACAM-MACAM LAGI.  Maka adakah usaha dan jasa ini akan dikira disisi Allah kalau UMNO-BN lawan hukum Allah,  UMNO-BN tak mahu hukum Allah?  Selamatkan diri anda wahai orang Melayu yang menyokong UMNO.  Belum terlambat.

    Maka segeralah meninggalkan UMNO-BN?  Tidak mengundi calon UMNO dalam PRU ke 13 nanti bermakna menghentikan kezaliman UMNO.  Marilah seluruh orang Melayu tidak mengundi UMNO-BN kerana mahu menghentikan kezaliman UMNO-BN.  Seluruh undi orang Melayu adalah kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke - 13. AMIN

Read more...

PERCAYAKAH LAGI ORANG MELAYU PADA UMNO-BN?

>> Sabtu, Julai 31, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 138

PERCAYAKAH LAGI ANDA PADA UMNO-BN?

MAHUKAH LAGI ORANG MELAYU MENGUNDI UMNO-BN?

MENTERI UMNO-BN DITUDUH MEMBOHONGI KABINET UMNO-BN?



     Inilah kerja menteri kabinet UMNO-BN.  Masa jadi menteri pengangkutan tak di tangkap.  Bila pencen baru nak di tangkap.  Habis wang rakyat? diguna untuk keputusan menteri tersebut.  Kalau kabinet Tun Ling tipu? rakyat lagi le kabinet akan terus tipu.

    Jangan undi lagi calon UMNO-BN.  Mereka tipu?  Rakyat juga mesti merasa tertipu.  Oleh yang demikian PRU-13 jangan lagi undi pemimpin UMNO-BN.   


    Kenaikan harga barang kita tentang.  Gula naik 25 sen.  Yang diperolehi oleh peniaga ialah 2.5 sen.  Mana lagi 22.5 sen.?  Kerajaan mesti beri jawaban.  Ini satu lagi kerja jahat UMNO-BN terus perah dan cekik rakyat.  Orang Melayu jangan undi UMNO lagi.

Read more...

PEMIMPIN UTAMA UMNO CABUT LARI

>> Jumaat, Julai 30, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 137

PEMIMPIN UTAMA UMNO CABUT LARI - NAJIB CUTI HINGGA 10 OGOS

     Allah taala berfirman dalam Al-Qur'an (makar-perancangan manusia dan perancangan Allah) Surah An Naml ayat 50


Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya.

Surah Ibrahim ayat 46


Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.



Dalam ayat di atas Allah Taala menjelaskan bahawa untuk terjadi sesuatu takdir maka ada dua perancangan.  1) -  perancangan manusia..  Manusia merancang.  Macamana manusia merancang.  Antara cara manusia

1.   Mesyuarat - membuat perancangan.  Biasanya melibatkan ramai
2.  membuat perancangan sulit - sekurangnya dua orang atau lebih supaya maklumat tak bocor

2) - Perancangan Allah.  Sehebat mana perancangan manusia tidak dapat mengatasi perancangan Allah.  Barulah datang kebenaran dan kekuasaan Allah.

Hakikat perancangan kedua ini biasanya tidak diambil hirau oleh manusia.  Sedangkan yang akan terlaksana ialah perancangan Allah swt.  Apa pun yang dirancang manusia, ia adalah tertakluk dengan kehendak Allah.

Manusia cuba menutup apa sahaja kesalahan.  Tetapi apabila kesalahan itu sudah tidak dapat ditutup lagi atau kesalahan yang ditutup itu sudah menyebabkan UMNO hilang sokongan rakyat maka UMNO mula bertindak menangkap pemimpin yang dikatakan mempunyai kekebalan seperti TUN LING.  Pemimpin UMNO cabut lari.  PM bercuti. Kenapa PM bercuti?  Sebab tak nak jawab soal penangkapan TUN LING.

Piawaian perundangan negara sudah diketahui umum.  Ini semua adalah silap mata mainan UMNO untuk mendapat kembali sokongan masyarakat.  Kalau benar perundangan berintegriti maka kes Dato Seri ANWAR mestilah segera digugurkan. 

Ini semua adalah topeng.  Kalau benar perundangan Malaysia ada integriti macam mana dengan

TUN MUSA HITAM - KES MEMALI
TUN MAHATHIR - KES RASUAH

Itu sebab kerja yang dibuat UMNO semuanya sudah tidak mendatangkan manfaat lagi.  Satu sahaja tindakan untuk UMNO iaitu Melayu jangan lagi mengundi calon daripada UMNO.  Mengundi calon UMNO dalam PRU 13 bermakna mengekalkan kezaliman UMNO dengan terus-menerus menganiayai manusia termasuk kes memali dan lain-lain.  JANGAN UNDI CALON DARI UMNO.

Read more...

UMNO MENYESATKAN MANUSIA MELALUI POLITIK

>> Khamis, Julai 29, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 136

DULU TAK BOLEH AKTIF POLITIK - SEKARANG BOLEH
BUKTI UMNO SEMAKIN LEMAH

   Inilah kesesatan UMNO. Dulu melarang cikgu aktif politik.  UMNO letak satu doktrin bahawa politik hendaklah dipisahkan daripada kehidupan.  Inilah kejahatan UMNO.

    Hari ini UMNO kata cikgu boleh aktif politik.  Guru UMNO berpolitik tak tukar tempat kerja.  Apa jadi dengan guru yang cenderung dengan Pakatan Rakyat.  Maka Guru ini akan ditukar ke Sabah, Serawak dan lain-lain tempat.

    Guru yang sokong UMNO terus naik pangkat.  Guru yang sokong PR belum tentu.  Inilah kejahatan UMNO yang mesti diberhentikan.  Macamana nak memberhentikan kezaliman UMNO, tak de jalan lain orang melayu mesti bersatu tidak mengundi calon UMNO dalam pilihanraya ke 13.  Bila UMNO bukan lagi memerintah maka akta zalim ISA, OSA, KRONI DAN RASUAH akan dihapuskan.

    Undi UMNO bermakna orang Melayu merela dirinya dizalimi oleh sistem politik UMNO.  Maka jangan undi lagi calon UMNO dalam pilihanraya ke 13.

    Negeri yang diperintah oleh PR berusaha untuk mengembalikan kekayaan negeri kepada rakyat.  Contoh Negeri Selangor

Tabung Anak Kelahiran Selangor
yang mendapat faedah 13,424 orang atau jumlah perbelanjaan RM 1.3 billion

Air Percuma 20 meter kubik
yang mendapat faedah seramai 3.343 billion atau jumlah perbelanjaan RM0.234 billion

Inilah contoh bila berubah pemerintahan negeri. Maka orang Melayu mesti mengundi calon dari PR (Pas, Keadilan dan DAP) supaya kekayaan negeri segera dapat dimanfaatkan oleh rakyat.

      UMNO pasal apa tak boleh buat sebab UMNO kayakan kroni sahaja dan lupakan rakyat yang mengundinya.  Negeri mana yang UMNO perintah dapat air percuma 20 meter kubik?  Negeri yang UMNO perintah yang manakah dapat wang kelahiran anak baru peringkat negeri?  UMNO tak bagi apa-apa pada rakyat yang mengundinya.  Mahukah anda mengundi lagi calon UMNO?

Read more...

APA HUKUM UMNO RAMPAS KUASA KAT PERAK - HARUSANI BAGAIMANA?

>> Rabu, Julai 28, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 135

APA HUKUM UMNO BUAT RAMPASAN KUASA DI PERAK? 
APAKAH UMNO YANG RAMPAS KUASA DI PERAK NAK BERSATU?  APA FATWA HARUSANI? HALAL/HARAM?

     Harusani sibuk nak jadi orang tengah.  Sebelum nak jadi orang tengah kita mahu tanya Harusani, apa hukum rampasan kuasa di Perak?  Adakah Halal atau haram?  Yang mana satu?

     Harusani kena jawab soalan ini.  Soalan ini penting untuk menentukan kategori manusia yang nak disatukan. 

Apakah boleh orang yang baik disatukan dengan penjahat (UMNO- Perampas kuasa di Perak)?

Apakah boleh orang yang baik disatukan dengan pencuri (UMNO - Perampas kuasa di Perak)?

Apakah boleh orang yang baik disatukan dengan penceroboh (UMNO - Perampas kuasa di Perak)?

Apakah orang yang baik hendak disatukan dengan penyamun (UMNO) - Perampas kuasa di Perak)?

Apakah orang yang baik hendak disatukan dengan penyagak (UMNO - Perampas kuasa di Perak)?

Apakah orang yang baik hendak disatukan dengan perompak (UMNO - Perampas kuasa di Perak)?


    Apa fatwa Mufti Harusani?  Kalau mufti kata kita lupakan kisah yang lalu, maka kenapa mufti melenting bila orang memanggilnya dengan bermacam panggilan.  Orang panggil Harusani dengan bermacam panggilan sahaja, Harusani mengeluarkan fatwa orang itu fasik.  Hukum RAMPASAN KUASA DI PERAK,  APA HUKUMNYA WAHAI MUFTI YANG BIJAKSANA?

    Kalau soalan ini Harusani tak boleh jawab, berwibawakah Harusani nak jadi orang tengah menyatukan UMNO dan PAS.  Soalan dalam rumahtangga UMNO Harusani gagal memberi fatwa.

   Oleh yang demikian jangan undi calon BN.  Undi calon BN dalam PRU 13 bermakna anda mengekalkan UMNO terus melaksanakan dasar pemerintahan yang zalim. Dasar ISA, KRONI, RASUAH.  Negeri yang di perintah UMNO-BN dapat apa?  Habuk pun takde.

    Maka undilah calon dari Pakatan Rakyat (PAS, DAP, KEADILAN) untuk kesejahteraan umat.  Dasar yang zalim akan dihapuskan. Kewangan negara akan lebih telus. Kebajikan rakyat diutamakan.  Orang Melayu seluruhnya boleh membuat perubahan. Negeri PR terus mengembalikan kekayaan negeri kepada RAKYAT.  KUASA RAKYAT KUASA YANG MEMERINTAH.
  

Read more...

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP