#1

YANG TAK NAK ISLAM (UMNO) DAN NAK ISLAM (PAS) AKAN TERUS BERTARUNG

>> Isnin, Januari 31, 2011

Allah dengan segala kekuasaannya boleh sahaja menghapuskan segala bentuk kebatilan.  Ini sudah dilakukan oleh Allah sendiri terhadap kaum 'Ad, kaum Thamud, kaum Fir'aun, kaum Namrud dan lain-lain kaum dalam alam ini.  Namun Allah mengekalkan kebatilan adalah sebagai ujian dalam kehidupan manusia.  Allah taala hendak memilih siapakah di kalangan manusia ini yang benar-benar beriman kepadaNya.

Dalam surah Al-Mulk ayat 2 bermaksud " Iaitu yang menciptakan maut dan kehidupan untuk menguji manusia siapakah yang lebih baik amalannya kepada Allah"

Apakah pilihan yang ada pad manusia?  Yang baik akan dibalas oleh Allah dengan pahala, yang memilih kejahatan dan menentang Allah akan di balas oleh Allah dengan dosa dan azab.  Dimanakah tempat anda di akhirat sekiranya memilih kebaikan yang diredai Allah, PAS  (Al-Qur'an dan Sunnah)?  Sudah pasti tempatnya ialah di syurga dan nikmat Allah.  Sekiranya anda memilih nilai jahat dan menentang hukum Allah, BN sudah pasti tempat orang yang memberi undi kepada BN ialah neraka.

Ada yang berhujah PAS pun kerjasama dengan DAP.  Apa beza kerjasama PAS dengan kerjasama BN.  Kerjasama dalam PAS ialah tidak menentang hukum Allah.  Perjuangan PAS dari Al-Qur'an dan Sunnah.  Dalam pilihanraya DUN Tenang, DAP sudah menunjukkan sikap terhadap Islam bahawa yang bukan muhim tidak boleh bersalam.  DAP sudah mula menerima nilai-nilai yang ada dalam Islam.

BN bekerjasama dengan komponen lain ialah untuk menentang hukum Allah.  Dalam pilihanraya DUN Tenang, Presiden MCA jelas menentang nilai Islam.  Beliau tidak boleh menerima nilai bahawa bukan muhrim tidak boleh bersalam dalam Islam. Malahan beliau menentang nilai ini walaupun Mufti Perak menyuruh Presiden MCA memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam.

Inilah perbezaan jelas dalam pilihanraya DUN Tenang.  DAP berusaha menerima Islam manakala MCA semakin jauh dari Islam.  DAP menerima Islam kerana komponennya adalah PAS.  MCA semakin menolak Islam kerana komponennya ialah UMNO yang sekular.  Kalau nilai salam sahaja MCA tidak boleh terima maka apakah hukum Allah boleh diterima oleh MCA?  Fikir-fikirkan wahai penyokong UMNO-BN.  Apakah pilihan anda berada dalam UMNO adalah tepat dan wajar.

Read more...

DOAKAN KEMENANGAN UNTUK PAS DI DUN TENANG

>> Sabtu, Januari 29, 2011

Esok adalah hari mengundi di Tenang.  Marilah sama kita berdoa supaya DUN Tenang, Allah Taala memenangkan calon PAS.  Buatlah solat hajat dan munajat supaya Allah Taala emenangkan PAS.  Tak cukup hanya bertanya khabar.  Mestilah disusuli dengan iltizam munajat demi kemenangan PAS di DUN Tenang.  Waktu yang dimakbulkan doa yang disebut oleh Nabi Muhammad saw ialah

1)   Masjidil Haram, Mekah
2)   Masjidin Nabawi, Madinah
3)   Masjidil Aqsa,  Baitul Maqdis
4)   Waktu antara azan dan iqamah
5)   Waktu pada permulaan hujan
6)   Waktu di hujung malam
7)   Waktu sujud terakhir pasa setiap solat

Mudah-mudahan apabila solat hajat dan munajat yang lebih banyak Allah taala akan mengabulkan seluruh hajat kita iaitu melihat kemenangan kepada PAS di Dun Tenang.  "Wahai Allah menangkan PAS di DUN Tenang". AMIN

Read more...

UMNO KELEMASAN - AWAS TINDAKAN ISA

>> Selasa, Januari 25, 2011

UMNO KELEMASAN - Talian hayat UMNO yang terakhir ialah ISA.  Pelbagai isu yang melanda UMNO.  UMNO sudah tak dapat jawab.  Isu

1)   Debat Anwar-Najib.  Najib kata tak faedah.  Rakyat desak Najib segera jawab mahu debat

2)  Maklumat wikileaks - RM 888 billion wang di keluarkan secara haram - UMNO belum jawab

3)  20 ADUN UMNO Selangor tolak usul mengembalikan kuasa sultan.  Siapakah yang derhaka kepada Sultan - PR atau UMNO-BN.  20 ADUN UMNO tak sokong usul yang dibawa Pakatan Rakyat .  UMNO mesti terkedu.  Kini yang benar-benar menderhaka ialah UMNO.  Ini pasti UMNO tak dapat jawab.

4)   Mufti Perak suruh MCA minta maaf kepada umat Islam kerana cacian dalam isu salam.  Mahyudin suruh MCA hentikan isu salam.  Siapakah yang mempermainkan agama - UMNO atau PR.  Jawabnya UMNO

5)  Isu Rosmah Mansur (RM) tidur di sebuah hotel di Oman dengan bayaran RM140,000 semalam?  Duit ini boleh beli sebuah rumah semi-d, 4 buah rumah kos rendah PPRT,  Isu ini menjerat UMNO.  UMNO Tak dapat jawab

6.)  Isu minyak masak yang tak de dalam pasaran.  -  UMNO juga tak dapat jawab

7)  Isu kenaikan harga barang - UMNO juga tak dapat jawab

8)  Isu taaran 100 hari Pakatan memerintah -  UMNO juga tak dapat jawab

Mampus UMNO.  Tetapi UMNO ada satu jalan iaitu ISAkan semua pemimpin Pakatan Rakyat.

JAUHI UMNO.  UMNO KELEMASAN. UMNO TOLAK RAJA DAAM ISU DI SELANGOR.  UMNO DERHAKA.  UNID PAS DI PRK TENANG

Read more...

ANWAR VS NAJIB : DEBAT UNTUK RAKYAT ATAU DEBAT PERIBADI

>> Ahad, Januari 23, 2011



ISU 100 hari pemerintahan PR nampaknya telah menjerat UMNO-BN.  KIni UMNO-BN mengikuti jejak PR.

Anwar memilih untuk berdebat isu ekonomi rakyat.

Menghurai persoalan - kenapa naik petrol sedang negara Malaysia ialah pengeluar petrol
                                   kenapa naik minyak masak sedang kan Malaysia negara pengeluar kelapa sawit
                                   kenapa komisyen kapa selam RM500 juta
                                   kenapa komisyen sukoi 450 juta
                                

Najib memilih debat soal peribadi - PM Najib pilih soalan remeh.  PM Najib tak dapat jawab soalan Anwar dalam bab ekonomi.  Anwar kata kalau dalam debat peribadi pun, anwar ada soalan iaitu

 1.     siapa bunuh altantuya
2.      siapa yang kena tangkap basah di Port Dickson

Soalan-soalan ni pun PM Najib tak boleh jawab.

JAUHI UMNO. UNDI PAS DI TENANG.
      

Read more...

KERJA SPR BERTAMBAH, TENANG BELUM BERMULA MATI DUN MERLIMAU

>> Jumaat, Januari 21, 2011

PENAMAAN CALON DUN TENANG 22/1/2011.  Belum pun penamaan calon ini bermula mati pula DUN Merlimau.  Zaman Najib sebagai PM ditandai dengan kematian sj.  Najib ambil jawatan PM pun atas kematian orang.  Tuduhan yang belum dibersihkan dalam mahkamah.

Mari berdoa dan bermunajat untuk memenangan PAS/PR di DUN TENANG. Implikasi kalau

PAS/PR menang maka pilihanraya Umum akan terus dilambatkan.  BN-UMNO akan ketiadaan tarikh untuk melaksanakan pilihanraya.  Macam-macam cara dibuat oleh SPR untuk memenangkan UMNO-BN.  Belum sempat pilihanraya kecil DUN TENANG berjalam menunggu SPR untuk merancang pula macamana kaedah untuk memenangkan UMNO-BN di Merlimau.

SPR tidak akan dapat untuk melawan kuasa Allah.  SPR mesti berpegang dengan kebenaran dan kejujuran.  Selagi kejujuran dan kebenaran tidak menjadi pegangan SPR maka selagi itulah SPR akan terus diuji.  SPR gagal melaksanakan pilihanraya di DUN Seputih, Kedah, DUN Klang


Malam ni berangkat ke Tenang.  terimakasih semua penyumbang yang membiayai perjalanan kami ke TENANG.  Semoga sedekah dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang besar.

Read more...

BENARKAH DALAM AL-QUR'AN DIBENARKAN PERKAUMAN (UMNO-KETUANAN MELAYU)

>> Selasa, Januari 18, 2011

Betapa dangkalnya ilmu yang ada mereka yang mengaku Melayu-Islam.  Rujuk surah Ar-Ra'd makna ayat "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".  Kaum dalam ayat ini jelas merujuk kepada bangsa yang sudah sesat.  Kesesatan yang ada pada sesuatu hanya akan pulih bila kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah.

Ada pengikut UMNO menyatakan bahawa ayat ini jelas membenarkan perjuangan Ketuanan Melayu.  Inilah masalah dalam UMNO.  Kontek fahaman ayat dibuat berdasarkan kepada hawa nafsu.  Penafsiran ayat Al-Qur'an menstilah berdasarkan sunnah kerana Nabi muhammad saw sahaja yang selayaknya menafsirkan Al-Qur'an.

Bangsa arab yang sebegitu tidak bertamadun ditukar oleh Allah menjkadi pemimpin kepada tamadun dunia kerana mengikuti Al-Qur'an.Ikut Al-Qur'an sahaja akan datang kemuliaan.  Syariaat Islam membenarkan

1.    mempertahankan agama
2.   mempertahankan nyawa
3.   mempertahankan keturunan - bagaimana mendapatkan zuriat yang baik - pernikahan
4.   mempertahankan aqal
5.   mempertahankan  harta

Dalam konteks ayat surah Ar-Ra'd tiada perkauman.  Begitu juga tentang syariat juga Islam tidak mengamalkan perkauman.  Ada sahabat Nabi yang bernama

Salman Al-Farisi - dari Parsi
Abu Dzar Ghifari - Bani Ghifari
Abu Hurairah - Bani taif

Semua mereka bersatu bersama panji Islam. UMNO sampai Al-Qur'an pun nak di perkaumkan.  Nas yang bukan nas perkauman dikatakan perkauman.  Begitulah usaha UMNO nak mengabsahkan perjuangan mereka yang sudah tidak laku dan tidak mendapat sambutan rakyat.  Tinggalkan UMNO

Read more...

UMNO DIPERINGAT OLEH SULTAN KEDAH

>> Isnin, Januari 17, 2011

SULTAN KEDAH bertitah jangan seret Sultan ke kancah politik.  Demikianlah peringatan Sultan Kedah kepada UMNO.  Ini jelas dalam isu Perak dan Selangor Sultan terus digunakan oleh UMNO untuk meraih sokongan politik dari rakyat.

UMNO seperti biasa terus menggunakan 3 isu yang berkaitan dengan institusi raja, perkauman dan agama.  UMNO sudah tidak ada isu lagi.  Isu azan perlahan atau kuat juga dimainkan oleh UMNO.  Zaman UMNO kuat tak timbul isu kuat azan atau tidak.  namun apabila UMNO sudah terdesak maka isu azan turut juga dimainkan oleh UMNO.  Sekiranya UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan negara maka sudah pasti isu azan kuat diluar tidak menjadi perkara yang diisukan.

Begitu juga kecenderungan yang sudah jelas dilihat oleh Sultan Kedah bahawa UMNO Kedah juga turut akan menggunakan institusi raja untuk meraih sokongan politik bangsa Melayu.  Pada tahun 1993 UMNO mengubah kekebalan raja dan menghapuskannya.  KIni UMNO sudah terdesak.  Strategi UMNO kini sudah makan tuan.  Bila pula Sultan menjadi ketua eksekutif negeri?  Yang menjadi ketua eksekutif Negeri ialah MB.  Tetapi UMNO yang terdesak tidak kira depan siapa sahaja dan siapa sahaja yang mereka boleh gunakan akan tetap mereka gunakan.

JAUHI UMNO.  UMNO PERKAUMAN, UMNO MENGGUNAKAN AGAMA DAN UMNO MENGUNAKAN INSTITUSI RAJA UNTUK MERAIH SOKONGAN DARIPADA RAKYAT

Read more...

BENARKAH UMNO+PAS=MELAYU+ISLAM?

>> Khamis, Januari 13, 2011

UMNO akan terus main isu kaum.  Aziz Deraman kolumnis Sinar beri pandangan
UMNO+PAS=MELAYU+ISLAM

Inilah permainan UMNO.  Siapakah Aziz Deraman? Bekas Pengarah DBP. Orang Kelantan.  Mungkin atas pagar, mungkin condong pada UMNO.  Formula Aziz Deraman

UMNO+PAS - formula ini sama macam 1 + a. ianya tiada jawaban.  Sama juga UMNO+PAS juga tiada jawaban.  Orang sastera tak tahu matematik gamaknya.  UMNO + yang macam UMNO seperti UMNO Melaka, UMNO Perak yang seperti ini mungkin dapat dicampurkan.  sebab asasnya UMNO.

PAS perjuangannya adalah Islam. Tidak mungkin dapat dicampurkan dengan perjuangan yang berasaskan bangsa.  Justeru tidak mungkin dapat bersama perjuangan Islam dengan nasionalisme.

Hasilnya juga adalah kabur.  Melayu + Islam.  Ini lagi karut.  Melayu lebih utama dari Islam atau Islam yang besar dari bangsa.  Aziz Deraman guna Melayu (rujuknya adalah bangsa) yang ini lagi berat.  Ketuanan bangsa tiada dalam Islam.  Yang ada dalam Islam ialah ketuanan Al-Qur'an dan Sunnah Nabi Muhammad saw.  Inilah kakalutan hari ini.

Isu kaum akan terus dimainkan oleh UMNO, Penyokong UMNO dan Simpatisan UMNO.  UMNO selalu bertanya  kenapa PAS tak mahu bekerjasama dengan UMNO.  Jawapan UMNO adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu.

JAUHI UMNO KERANA UMNO ADALAH PERKAUMAN

Read more...

UMNO AKAN TERUS MAIN ISU PERPADUAN UMNO-PAS

>> Selasa, Januari 11, 2011

UMNO menggunakan Agung untuk melaksanakan agenda politiknya.  Pertemuan 24 Disember 2010 terus digunakan UMNO.  Kali ini menggunakan Agung.  Inilah perangai UMNO untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat PAS-PKR-DAP.  Pimpinan 2 Tok Guru jawab iaitu PAS terus setia dengan Pakatan Rakyat.  DS Anwar Ibrahim hari ini dalam sinar menyatakan bahawa isu pertemuan 24 Dis versi UMNO dah selesai.

UMNO bersifat kesyaitanan.  Syaitan suka menimbulkan keraguan.  UMNO mahu menimbulkan keraguan di peringkat rakyat dan penyokong PR supaya dengan keraguan yang banyak akan menimbulkan perpecahan.  Bila PR berpcah maka akan menanglah lagi UMNO.

Rakyat sekelian waspadalah permainan politik machievelle UMNO.  UMNO pragmatik dan jahat.

JAUHI UMNO.  JANGAN UNDI CALON UMNO-BN DALAM PRU 13 SUPAYA HARGA BARANG TURUN.  UNDI LAGI UMNO-BN BARANG AKAN TERUS NAIK.

Read more...

AWAS UMNO AKAN MAIN 3 R - RELIGION, RACE, ROYAL

>> Isnin, Januari 10, 2011

UMNO sudah berada dihujung jalan.  Hanya tinggal pada UMNO 3 isu yang akan terus dipermainkan oleh UMNO iaitu Agama, Perkauman dan Raja. UMNO permainkan isu berikut

1)   YB Teo masuk masjid (agama)
2)  Perlantikan SUK Selangor (Raja)
3)  Apa akan jadi kalau UMNO kalah dan PRU 13? (Perkauman)
4).  Kematian Teo Beng Hock (Perkauman)
5)  Isu duit judi yang diterima warga emas di PP (agama)

  Ini adalah antara perkara yang akan terus di mainkan oleh UMNO.  Kalau UMNO nak bincang hal ekonomi maka UMNO akan menemui jalan  mati.  Rasuah, penyelewengan, harga barang naik, ekonomi menjunam merosot semuanya angkara UMNO.  Maka awas UMNO akan permain sentimen bangsa, agama dan negara

JAUHI UMNO.  HANCURLAH UMNO

Read more...

TEO BENG HOCK (TBH) - UMNO ADALAH PERKAUMAN

>> Jumaat, Januari 07, 2011

Keputusan "open verdict" terhadap TBH jelas menunjukkan bahawa Mahkamah masih mahu membela beberapa kalangan di dalam kerajaan dan parti UMNO-BN.  Yang terlibat adalah SPRM Selngor.  Siapakah mereka?

1.   Mereka adalah penjawat awam yang "high rangking"
2.   Mendahului tindakan mereka ialah fahaman ketunan melayu yang dah sekian lama terdidik.  Mereka dididik oleh BTN.  Falsafah BTN adalah melayu masih terjajah oleh bangsa lain seperti mana dalam lagu BTN
3.  Kejadian berlaku dalam pej SPRM Selangor.

Keputuan ini jelas jauh dari keadilan.  Keadilan adalah kehendak dan naluri manusia.  Tanpa mengira apa bangsa dan keturunan manusia itu ia menghendaki keadilan. Islam jelas dan mampu meletakkan keadilan untuk seluruh manusia.   Keputusan hakim 'open verdict' cenderung

1.  Hakim tidak dapat menentukan kaedah mati TBH untuk melindungi seseorang
2.  Hakim takut menjalankan keadilan.  Tak mungkin kematian pada 2009 itu tak dapat dikesan cara matinya
3.  Mahkamah Malaysia mengamalkan pendakwaan terpilih.  Yang miskin di hukum.  Yang ada kepentingan dengan UMNO-BN terus dipelihara.

Ini semua hipokrasi.  Rakyat marah.  Nyatakan kemarahan anda atas kertas undi.  Jangan pangkah calon UMNO-BN dalam PRU-13

Read more...

UMNO GUNA INSTRUMEN KERAJAAN

>> Khamis, Januari 06, 2011

JELAS kini UMNO guna instrumen kerajaan untuk mengekalkan kuasa.  UMNO telah guna jentera kerajaan selama ini seperti

1)  Media cetak/suratkhabar - yang diberitakan hanyalah UMNO-BN
2)  Media elektronik - TV dan radio.  Yang ditunjukkan hanyalah pemimpin UMNO-BN.  Pemimpin Pakatan Rakyat hanya ditunjuk muka dan tanpa suara
3)  Polis - diguna untuk mengekalkan kuasa termasuk membunuh Altantuya
4).  FRU diguna untuk mencegah demo yang dibuat oleh PR
5)  Terkini - UMNO/BN guna Setiausaha Negara/JPA dengan meletakkan Khusrin sebagai SUK Selangor. Jawatan SUK memerlukan JUSA A, sedangkan Khusrin berada pada JUSA C.  Memang Khusrin tak layak untuk jawatan itu.  Tetapi UMNO/BN redah untuk mengekalkan kasanya.  SUK Perak dikekalkan.
Inilah kerja UMNO/BN

JAUHI UMNO. JANGAN UNDI CALON UMNO BN DALAM PRU 13. UBAH SEKARANG DAN SELAMATKAN MALAYSIA

Read more...

khusrin - UMNO 2 x RUGI

>> Rabu, Januari 05, 2011



Jelas tindakan UMNO meletakkan khusrin sebagai SUK memberi kesan impak 2 x rugi pada UMNO

UMNO rugi 1 - UMNO nak alih isu kenaikan harga barang

UMNO cuba mengalih isu yang sebenar iaitu kenaikan harga barang dalam pasaran.  Kelapa dah naik, petrol ron 95 dah naik, gas dah naik, gula dah naik, minyak masak akan naik.  Rupanya tak menjadi. Rakyat terus marah dengan kenaikan segala jenis barangan.  Kini bawang kecil RM9.00 dan badang bessar RM12.00.  Dan bermacam-macam lagi.

UMNO rugi ke-2 Khusrin bermakna kerugian

UMNO akan rugi kerana nama khusrin adalah dari perkataan khus yang bermakna kerugian.  UMNO akan terus rugi dalam percaturan ini.

HANCUR UMNO.  UMNO MENYUSAHKAN RAKYAT

Read more...

KEBENARAN AKHIRNYA TERTEGAK, KEBATILAN UMNO TERSERLAH

>> Selasa, Januari 04, 2011



Semalam PAS Tambun menyambut wira-wira pejuangnya apabila mereka dibebaskan oleh Mahkamah Majestrit Jawi, Pulau Pinag atas tuduhan menyekat penjawat awam melakukan tugas.  Antara tokoh ialah Md Lazim dan Zairul Azrul b Zainal Abidin (Ketuaa Pemuda PAS Tambun).  Tuduhan ini juga melibatkan tokoh utama PAS Mat Sabu.  Kesemua mereka di bebaskan.  Inilah KEBENARAN.

Tangkapan dibuat 3 tahun lalu ketika Mat Sabu mengahwinkan anaknya di Ulu Kinta.  Selesai sahaja majlis maka datang waran tangkap untuk menangkap Mat Sabu (2007).  Sahabat yang ada pada ketika itu menghalang tangkapan tersebut.  Perbicaraan berjalan 3 tahun lamanya.  Kini mereka dibebaskan dari tuduhan tersebut.

Antara hujah yang wujud KERAGUAN

1.  Dokumen waran tangkap yang tidak jelas.  Dalam waran tangkap polis ada dua pilihan iaitu membuat tangkapan atau saman.  Polis tidak menentukan sama ada mahu tangkap atau saman dalam waran itu.  Bila tiada penentuan maka ada KERAGUAN.

2.  Polis apabila menjalankan tugas mereka mengikut arahan bukan undang-undang.  Inilah yang berlaku dalam kes AlTantuya.  Polis iut arahan bos dan bukan ikur undang-undang.  Undang-undang menetapkan mestilah ditentukan sama ada mahu saman atau tangkapan.  Namun atas arahan maka polis membuat tangkapan.

Maka perbuatan polis ini yang tidak cermat ini beri 3 implikasi

1.   menyusahkan tertuduh Mat sabu dan 9 yang lain.  Imej merka tercalar
2.   terpaksa berulang alik ke Mahkamah Mejistrit Jejawi selama 3 tahun dengan kos yang banyak.  Katalah sekali pergibalik Ipoh-jejawi (RM150 x 10 = RM1,500)
3.  tertuduh diikat jamin RM3,500 seorang. Satu angka yang besar

INILAH KERJA UMNO YANG MAHU MMENYUSAHKAN PERJUANGAN.  JAUHI UMNO.  MEREKA MENGGUNAKAN INSTRUMEN KERAJAAN UNTUK MENGHALANG PERJUANGAN.  HANCURLAH UMNO.

Read more...

BUKA KERTAS PENYIASATAN KES MENTERI ROGOL AMAH

>> Ahad, Januari 02, 2011

Kerjaan Malaysia sepatutnya membuka kertas penyiasatan kes menteri rogol amah.  Inilah yang sepatutnya dibuat.  tetapi kabinet Najib terus membisu.  kenapa membisu?  Ini kerana bukan budaya UMNO menyiasat menteri Kabinetnya sendiri.  Berubahlah wahai UMNO.

kalau Anwar segera siasatan dibuat.  Kertas penyiasatan dibuat.  Polis memanggil saksi dan Peguam Negara membuat segera pendakwaan.

Kes menteri rogol amah sejak 2007.  Kes ini sudah berada pada 2 Perdana Menteri.  Polis diam. Peguam negara membisu.  Saksi tidak dipanggil.  Inilah UMNO.  Hei UMNO siasatlah menteri kabinet kamu yang durjana tu.  Buktikan dalam mahkamah bahawa dia tidak bersalah.  Panggil semua saksi dan lakukan pendakwaan.  UMNO kalau betul bermaruah dan menegakkan keadilan mestilah segera dibuat perkara yang penting ini.  Tapi UMNO tak buat.  Kalau tak buat benarlah UMNO asobiyah.  Geng dia yang bersalah pun dikatakan benar dan baik.Orang yang berfaham asobiyah tak masuk syurga. Na'uzibillah.

Read more...

SAMBUTAN TAHUN HIJRAH ATAU MASEHI? UMAT KELIRU

>> Sabtu, Januari 01, 2011

TAHUN HIJRAH

Tahun yang dikira dari permulaan hijrah nabi Muhammad saw.  Tahun hijraj adalah tahun yang dikira secara fakta iaitu bermula setelah penghijraha nabi Muhammad saw.  Bulan dalam kalender Islam ada disebut dalam Al-Qur'an dan Hadis dan dikaitkan dengan amalan utama dalam Islam.

Puasa wajib - Ramadhan
ibadah haji - Zulhijjah
ulang tahun kelahiran nabi Muhammad - Rabi'ul Awal
Hari Raya Puasa - 1 syawal
Puasa enam - syawal
Bulan disambut semua umat - Muharram (10 Muharram) Hari asyura
Hari raya haji - zulhijjah
Ibadah haji - syawal, zulkaedah dan zulhijjah
Bulan Allah/Nabi/Umat - Rejab, Syaaban, Ramadhan
Nuzul Al-Qur'an - Ramadhan

TAHUN MASIHI



Tahun Masihi dihitung secara agak-agak iaitu diriwayatkan ia mengikut kelahiran Nabi Isa atau wafat Nabi Isa.  Kalender Masihi dikaitkan dengan penipuan

Aprilfool - bulan April
Krismes - 25 Dis (hari agama Natal, umat Islam dilarang menyambutnya)

Dari dua analisis yang ringkas ini apakah jenis tahun yang hendak di sambut?

Tahun Hijrah - diakhiri dengan suatu ceramah kesedaran membincangkan peristiwa hijratul Rasul.  Ceramah mengangkat kesedaran umat untuk kembali kepada Al-Qur'an

Tahun Masehi - menyambutnya hanyalah suatu majlis permainan mercun dan dengan pesta seks bebas dan menambah statistik anak luar nikah.  Inilah kerja UMNO

JAUHI UMNO?  MEREKA MELAKUKAN KERJA YANG JAHAT.

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP