MERLIMAU DAN KERDAU - UMNO KENA MENANG UTK KEKAL KERAKUSAN KUASA
>> Isnin, Februari 28, 2011
Pilihanraya adalah lambang sokongan, kata UMNO. Oleh itu mereka berusaha sedayanya untuk memenangkan BN dalam 2 PRK serentak - Merlimau dan Kerdau. SPR sudah tidak berkecuali. SPR menyebelahi parti pemerintah. Oleh kerana kedua-dua kerusi adalah UMNO punya maka SPR ternyata berat sebe;ah. Bukti hari penamaan calon - Sabtu, mengundi dalam PRK Ahad. Semuanya berjalan dalam suasana yang meragukan.
Polis juga bersikap tidak profesional. Tempoh kempen adalah 7 hari, Ceramah mesti ada permit. Apa jenis negara ini. Sudah diumumkan pilihanraya tetapi ceramah mesti ada permit. Sekadar ingatan, jangan ada banyak sekatan kerana sekatan akan menyebabkan rakyat bangkit.