UMNO - HIDUP UNTUK MAKAN DAN MAKAN UNTUK HIDUP
>> Selasa, Jun 29, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 113
ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH BAQARAH AYAT 172
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.
Makanan boleh didapati bukan sahaja dengan cara makan gaji. Makanan boleh dicari secara halal di dalam hutan dan bekerja sendiri. Terlalu banyak pekerjaan untuk mendapatkan makanan. Manusia boleh menanam pokok makanan dan menunggu hasilnya seperti pokok pisang dan sayuran yang lain. Ikan boleh diperolehi dengan cara menjala, mengail dan memukat. Binatang boleh diperolehi dengan cara memburu. Makanan yang diperolehi adalah UNTUK BERIBADAH DAN MELAKUKAN KETAATAN KEPADA ALLAH. Inilah cara orang beriman makan. Mereka makan dengan makna mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.
Falsafah makan orang UMNO ialah makan untuk hidup dan hidup untuk makan. Orang UMNO makan bukan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Bagaimanakah cara orang UMNO makan? Sumbernya
1) Rasuah
2) Hasil Judi/casino
3) Hasil penyelewengan duit rakyat
4) Hasil komisyen beli barang
5) Kontrak yang diberikan kepada kroni
6) Penyelewengan PFKZ (UMNO-MCA)
7) Mengelak bayaran royalti RM 20 juta kepada Kelantan
8) Rampasan Kuasa di Perak
Ini adalah antara orang UMNO makan. Itu sebab falsafah makan orang UMNO ialah makan untuk hidup dan hidup untuk makan. UMNO tak nak hudud dan qisas. Ulama muda yang diagungkan UMNO pun makan untuk makan dan hidup adalah untuk makan. Perjuangan UMNO tak de lain adalah untuk makan sahaja.
UMNO bukan berjuang untuk melayu - Yang paling kaya ialah bangsa Cina. UMNO bukan berjuang untuk agama - Judi dihalalkan. UMNO kata tiada judi pasal rakyat nak berarak Masjid negara ke Istana negara.. Menteri Kewangan atas nama Kabinet belum tarik lesen judi bola. Yang mana satu betul? UMNO bukan berjuang untuk negara - tanah KTMB di Singapura diserahkan kepada Singapura, Blok L/M minyak milik negara diberikan kepada Brunei, Pulau batu Putih serah pada Singapura. UMNO bukan berjuang untuk rakyat - krisis gula yang mudahpun tak sanggup diselesaikan kerana pemimpin UMNO bergantung dengan tauke-tauke gulan untuk mengkayakan mereka.
Apa perjuangan UMNO? Perjuangan UMNO adalah makan untuk hidup dan hidup untuk makan. Tinggalkan UMNO. Tinggalkan UMNO. Tinggalkan UMNO. Perjuangan UMNO sia-sia. Read more...