MH 370 disorok di kapal perang USA
>> Isnin, Mac 17, 2014
Pesawat MH370 ‘disorok’ Amerika di Diego Garcia?
SHAH ALAM 17 MAC: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang masuk hari kesepuluh hari ini didakwa ‘disembunyikan’ di Diego Garcia, pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.Menurut portal Cabal Times, sekiranya spekulasi pesawat itu terbang ke pangkalan tentera AS di Diego Gracia adalah benar, radar Indonesia sudah pasti mengesan kedudukan pesawat tersebut.
Menurut portal itu, sekiranya pesawat mengalami masalah teknikal, juruterbang seboleh-bolehnya akan cuba mendarat dengan selamat di laut dan tidak akan berpatah balik ke Malaysia.
Cabal Times dalam laporannya mendakwa AS melakukan ‘rampasan pesawat’ itu adalah kerana MH370 membawa sejumlah besar rakyat China dan AS mahu mengeruhkan hubungan Kuala Lumpur dan Beijing.
Diego Garcia adalah pangkalan tentera Amerika Syarikat yang mempunyai landasan kapal terbang yang membolehkan pesawat besar mendarat dan mempunyai kemudahan untuk ‘menyorokkan’ daripada pandangan satelit.
Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia di Lautan Hindi.
Beliau berkata setakat ini tidak ada mana-mana pihak menuntut wang tebusan.
“Tidak ada. Ini amat menyukarkan kami untuk mengesahkan sama ada ia dirampas atau tindakan pengganas. Kami melihat segala kemungkinan. Kami tidak mengambil mudah sebarang kemungkinan,” katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri Australia Tony Abbott memaklumkan beliau tidak ada maklumat tentang kemungkinan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 terbang dekat dengan negara benua itu.
Beliau yang ditanya apakah pihak berkuasa ada mengesan pesawat itu dekat dengan Australia memandangkan pesisir pantai baratnya bersempadan dengan Lautan Hindi, Abbott berkata: “Saya tidak ada maklumat seperti itu.”
“Tetapi semua agensi yang boleh membantu sedang menyemak data mereka untuk melihat apakah ada apa-apa maklumat yang boleh membantu (kita) memahami misteri ini,” katanya seperti dipetik oleh AFP.
Sebelum ini, pegawai penerbangan di Pakistan dan India juga menafikan pesawat MH370 ada memasuki ruang udara dua negara itu dan jika ada sekalipun, ia sudah pasti dapat dikesan oleh radar tentera.
Pakistan mengesahkan radar negara itu tidak mengesan pesawat penerbangan MH370 yang hilang 8 Mac lalu dan bersedia untuk berkongsi segala maklumat yang diperoleh.
Jurucakap Kementerian Luar, Tasnim Aslam berkata, pihak berkuasa Malaysia meminta bantuan seperti data satelit dan radar yang mungkin membantu mencari pesawat berkenaan.
Beliau berkata demikian selepas kerajaan Malaysia mengumumkan 25 negara kini terlibat dalam Operasi Mencari dan Menyelamat, termasuk Pakistan.
Selain negara itu, kerajaan Malaysia turut membuat permohonan sama ke atas Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Kemboja, Thailand dan Australia.
0 komen:
Catat Ulasan