bongkar MH370
>> Rabu, Mac 26, 2014
BONGKAR !!! Terdapat 5 agen Amerika dan Israel yang matikan transponder pesawat MH370??
Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan
perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk
mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi
pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan
di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2
kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC
yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini
berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan
dalam peristiwa ini. (http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html.)
Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC
tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di
Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika
China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone
Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan
saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas
tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.
Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti
melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini
adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian
disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik.
Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama
merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.
China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut
menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun
penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam
setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan
pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.
Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi
Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi
kemungkinan diantaranya.
Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri
kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat
isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan
juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote
control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba
untuk seketika.
Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas
peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang
dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh
pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh
menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan
untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.
Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat,
mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan
dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau
Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi
sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.
Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan
pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak
balas secara tidak profesional.
Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India
Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung
menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan
penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah
Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam
ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara
semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati
sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan
penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan
kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya
bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan,
dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.
Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka
mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan
padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka
dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan
yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia
memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.
Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat
carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan,
kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini
menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang
awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa
lapan ahli-ahli sains pertahanannya.
0 komen:
Catat Ulasan