laluan sulit putrajaya
>> Sabtu, Mac 29, 2014
Laluan Terowong Rahsia Di Putrajaya Terbongkar?
1. Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2. Susah hendak percaya? tetapi “Urban Legend”
atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya
Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di
bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang
Malaysia pun mampu juga.
3.
Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit
di lokasi bangunan xxx. Ketika itu saya ketagih rokok, malangnya
bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok.
4. Sebagai jalan ringkas, saya
memasuki salah satu pintu “Keluar” atau “Kecemasan”, untuk berasap dan
ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh.
5. Tak payahlah fikir bangunan
mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini
hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk.
6. Saya mungkin berada di
tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga
kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat.
7. Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta “basement”, paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja.
8. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.
9. Kisah terowong ini sebenarnya sudah lama saya dengar ketika Putrajaya baru siap dibina tetapi saya tolak ke tepi, mengarut kata saya.
10. Mana mungkin orang Melayu, berkemampuan membina terowong yang panjangnya lebih dari 30 kilometer tanpa dapat dikesan.
11.Baru-baru ini saya ke KLIA
untuk menghantar sepupu saya ke Amerika Syarikat, saya menjalankan
penyiasatan saya sendiri dan berbual dengan sumber-sumber saya di
lapangan terbang terbabit.
12.Alangkah terkejutnya saya
apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri
menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong
dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri.
13.Saya mula mengumpul maklumat
intel, di sini saya menyedari kelemahan saya, saya lupa rakyat negara
ini sudah mula menunjukkan kebolehan membina terowong yang terhebat di
dunia iaitu terowong SMART.
14.Saya sendiri pernah turun ke
dalam terowong SMART semasa ia sedang dibina dan menyaksikan pertemuan
dua terowong ditembusi masuk oleh jentera pengorek, satu pengalaman yang
mengkagumkan yang bukan semua orang boleh lihat.
15.Seorang lagi rakan saya,
bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya
ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu
termasuk bunker-bunker perlindungan.
16.Terowong itu menghubung tiga
tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat,
maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini.
17.Terowong itu mempunyai point
hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik
yang terletak di Putrajaya.
18.Beliau mencabar saya satu
perkara…”Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa
yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?”.
19.Memang hebat Putrajaya…visi
Tun Dr Mahathir Mohamad, selain dari bangunan yang cantik ia menyimpan
seribu rahsia tersembunyi.
20.Ada sesuatu yang Tun sediakan untuk satu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang.
21.Mengelilingi Putrajaya adalah
meriam anti-pesawat yang terletak di beberapa zon keselamatan ketat
yang berbentuk berlian jika kita lihat dari pelannya.
22.Zon penempatan meriam
anti-pesawat merupakan kawasan ketat dan dikawal rapi, patutlah di
sesetengah kawasan xxx, orangramai dilarang masuk dan ada masa tertentu
sahaja ianya dibuka secara terhad.
23.Meriam-meriam ini, lengkap
dengan sistem elektronik dan radar tersimpan dalam kontena khas dalam
zon keselamatan yang mengelilingi Putrajaya itu sendiri.
24.Kepada pembaca…tolonglah
jangan jadikan maklumat ini isu politik dengan beranggapan, ini
merupakan satu lagi bukti pembaziran wang rakyat dan untuk apa semua ini
diwujudkan.
25.Jangan melihat sesuatu yang
anda tidak tahu melalui pemikiran sempit anda…ada sesuatu yang sedang
ditunggu oleh negara ini dan para pemimpinnya.
26.Ini merupakan persediaan masa
depan negara ini, saya tidak boleh membuka semua maklumat secara
terang-terangan kerana anda mungkin belum bersedia untuk menerima
hakikat sebenar.
27.Kebangkitan akan bermula dari sini… ~isupanaz/militaryofmalaysia
0 komen:
Catat Ulasan