#1

anwar tarik balik nasional konsensus

>> Selasa, Mac 11, 2014


    • Anwar tarik balik tawaran Konsensus Nasional
    • Farah Noor Samat | 8:51AM Mac 11 2014
    • Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik tawaran Konsensus Nasional yang dihulurkan kepada BN sebelum ini ekoran keputusan mahkamah yang tidak memihak padanya dalam kes Liwat II.

      Selain mengisytiharkan “perang dasar” kepada pemimpin BN yang didakwa menyalahgunakan kuasa, ketua umum PKR itu juga mendakwa badan kehakiman diperalatkan.

      "Sekarang sudah tiada lagi dialog. Tiada lagi Konsensus Nasional. Kita lawan! Kerana apa? (Kerana mereka) biadab!” katanya dalam ceramah pada sebuah karnival keusahawanan di Kajang malam tadi.

      Anwar juga mendakwa panel hakim yang mendengar kesnya tidak mempedulikan fakta sebaliknya hanya bersetuju dengan hujah peguam pihak pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah.

      "Tiga orang (panel hakim) sama sahaja dengan Shafee. Jatuh hukum tak peduli fakta,” dakwanya.

      Ucapan Anwar itu mendapat sorakan ratusan penyokong Pakatan yang kemudiannya melaungkan perkataan “lawan”.

      Anwar sebelum ini mengajak BN berdialog demi mencapai konsensus nasional antaranya bagi mengatasi unsur menggugat perpaduan dan kebencian antara agama yang makin meningkat.

      Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

      Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas mendapati beliau bersalah.
        
      Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dan memerintahkan Anwar membayar ikat jamin RM10,000.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP