PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

KERISAUAN ULAMA SU'-MELAYU BERPECAH

>> Sabtu, November 27, 2010

Inilah akhir zaman.  Ulama' sudah tidak lagi memperdulikan kezaliman.  Tetapi beriya-iya dengan perpecahan bangsanya.  Apa ada pada bangsa.  Bangsa adalah terdiri daripada manusia yang banyak.  Ada macam-macam bangsa.  Al-Qur'an dengan tegas bahawa bangsa adalah wahana perkenalan sahaja.  Bangsa yang berguna ialah bangsa yang bertaqwa kepada Allah.

Bangsa 'Ad adalah bangsa yang dihapuskan Allah
Bangsa Samud juga bangsa yang sudah dihapuskan Allah
Bangsa dan keturunan Fir'aun juga dihapuskan Allah
Bani Abu Jahal juga dihapuskan Allah

Demikianlah bangsa yang tidak beriman dengan Allah.  Bangsa yang hidup kemudiannya dihapuskan Allah.  Bangsa Melayu?  Juga akan menerima nasib yang sama.

Apakah mufti Harusani tidak bimbang yang bangsanya akan dihumban dalam neraka Allah?  Harusani lebih bimbang perpecahan Melayu daripada bangsanya nanti diakhirat dihumban dalam neraka.  Yang manakah lebih dirisaukan oleh mufti Perak?

Mestilah ditanya apa pasal berlaku perpecahan?  Jawapan pendek kerana ada kezaliman dan kemungkaran.  Kezaliman dan kemungkaran tidak dapat bersama dengan Al-Qur'an dan Sunnah.  Itu sebab ada perpecahan.  Perpecahan yang seperti ini dibenarkan Islam.  Yang Beriman tidak mahu bersama dengan kemungkaran.  Tanggungjawab yang beriman ialah mencegah mungkar.  Mufti Perak macamana?  Tanya dan tepuk iman.

Jauhi UMNO.  UMNO dikelilingi oleh ulama yang jahat.

Read more...

KES LIWAT ANWAR II - BENAR SABDA NABI - 2 HAKIM MASUK NERAKA

>> Jumaat, November 26, 2010

Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud

" 1 qadi (hakim)  masuk syurga dan 2 jenis qadi (hakim) masuk neraka.  Qadi (hakim) yang masuk syurga ialah Qadi (hakim yang tahu kebenaran dan memutuskan keputusan berdasarkan yang hak dan benar itu. Qadi (hakim ) yang masuk neraka ialah seorang Qadi (hakim) yang tahu kebenaran tetapi memutuskan berdasarkan kepalsuan, dia dalam neraka dan Qadi (hakim) yang memutuskan perkara berdasarkan kejahilannya, dia dalam neraka"

Benarlah kata Nabi Muhammad saw.  Ini jelas dalam banyak isu yang berlaku kini

1)  Kes liwat II Anwar Ibrahim
2)  Kes MB Perak
3)  Fatwa Mufti Harusani tentang Zamri Kader yang tidak bersalah dalam kes menacak tiang seri

Pertimbangan dalam apa sahaja mestilah berdasarkan Islam.  Bukan pertimbangan yang lain.  Maka oleh yang demikian apabila pertimbangan dunia dijadikan asas maka kehancuran menunggu di hadapan.  Itu sebab ketika membicarakan anak Saidina Umar,  Saidina Umar menarik diri daripada menjadi Qadi (hakim).  Sudah pasti penarikan diri saidina Umar tidak lain untuk menengakkan keadilan.  Apabila keadilan tertegak maka sudah pasti datang keamanan daripada Allah.

Hari ini UMNO bawa kehancuran.  Badan penting duduk di Jabatan Perdana Menteri (JPM.  Badan Kehakiman, Badan Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pilihanraya duduk di bawah JPM  Ketua JPM ialah PM.  Apa PM kata mereka mesti ikut.

Oleh yang demikian maka perubahan mestilah berlaku.  Badan-badan penting ini mestilah berada di bawah Parlimen.  Baru bebas dari sebarang pengaruh.  Ini hanya boleh dilakukan kalau PR memerintah Malaysia.  Tukar untuk perubahan.

Jauhi UMNO.  UMNO membawa Malaysia kepada kehancuran.  Jangan undi calon UMNO dalam PRU 13.  Wahai Allah Engkaulah yang menguasai hati manusia, lemahkan UMNO dn kalahkan mereka dalam pilihanraya 13 ini wahai Allah.  UMNO tak mahu kepada Al-Qur'an dan Sunnah.  Amin

Read more...

KABINET UMNO- BERAPA KALI KENA TIPU DA?

>> Khamis, November 25, 2010

Terkini kabinet Malaysia ditipu oleh Gani Patail.  Telah dilantik 2 menteri untuk soal siiasat Gani Patail.  Kenapa terjadi begini?

1)  Kabinet UMNO mengamalkan penipuan.  Menteri tak berhenti menipu rakyat.  Bila menteri mengamalkan penipuan maka tidak hairan rakyat juga meneladaninya.  Rakyat juga mengamalkan tabiat menipu.

"siakap senohong gelama ikan duri,
mula cakap bohong lama jadi menteri"

2)  Rakyat yang terdidik dengan pembohongan akan berusaha untuk melakukan pembohongan pula.

Isu PFKZ - Menteri kabinet membohongi Kabinet UMNO.
Isu Mata lebam  - Gani Patail disoal siasat oleh Menteri kabinet UMNO.  Apa le gamaknya hujah nanti.  Pengamal budaya tipu menyoal siasat pembohong?  Apakah akan tertegak kebenaran?  Atau ini satu lagi episod pembohongan yang dibuat oleh UMNO untuk rakyat.

Justeru UMNO jena ditukar.  UMNO beramal dengan pembohongan kerana tidak berpegang dengan Al-Qur'an dan Sunnah.  Jangan undi calun UMNO dalam PRU 13.  Hancur UMNO

Read more...

TIBA DARI ZIARAH DAN IBADAH QURBAN KEMBOJA

>> Rabu, November 24, 2010

UNTUK TAHUN KE 4 ZIARAH DAN IBADAH QURBAN TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA.  Diakhir lawatan Ybhg Ustaz A Rahman, Presiden Kuliah Dhuha Islam Cambodia telah menyampaikan sijil penghargaan dan VCD lawatan kepada setiap peserta.  VCD boleh diperolehi dalam masa yang terdekat.

ibadah qurban di Wilayah Chhenang



Ibadah Qurban di Wilayah Chhnang


Penyampaian bantuan guru kuliah dhuha di Vietnam


Ibadah Qurban di Kg Jero 1, Vietnam,  9 ekor lembu di korbankan di Vietnam 


Tuan Haji Subri Kassim, Timbalan Gabenor Wilayah Cham berucap dalam Ijtima Guru Kuliah Dhuha 
di Kg Cham


Ust Wan memberi tazkirah dan syarahan di Ijtima Guru kuliah Dhuha di Kg Cham


Rombongan menaiki feri mengelilingi Tasek Tonle Sap, Siam Reap

Read more...

LAWATAN SEKITAR SIAM REAP

>> Ahad, November 21, 2010

HARI INI MELAWAT SEKITAR SIAM REAP

1) TASEK TONLE SAP - TASEK TERBESAR DI CAMBODIA. KELUASAN TASEK 10,000 KM PERSEGI. TERDAPAT 300 KELUARGA VIETNAM DAN 200 KELUARGA CAM,BODIA DAN 40 KELUARGA ISLAM.  MEREKA DUDUK DI ATAS AIR.  LENGKAP ADA SEMUA. GELANGGANG BOLA TAMPAR ADA,PASAR, DAN MACAM-MACAM LAGI.  ADA JUGA YANG MENGEMIS MENGGUNAKAN SAMPAN.

2)  LADANG SUTERA - INI ADALAH YANG KEDUA TERBESAR DI DUNIA. PERTAMA LADANG SUTERA TERBESAR IALAH DI THAILAND.  MAKLUMAT YANG DITERIMA SETIAP PEKERJA YANG MENENUN SUTERA TIDAK BOLEH BERCAKAP DAN SETIAP HARI PRODUKSI IALAH SEBANYAK 20 CM SHJ.  KUALITI HEBAT. HARGA JUGA HEBAT. YANG BOLEH BELI HANYA ORANG PEREMPUAN SHJ.

PETANG NI BALIK KE PENOM PENH DAN MENGINAP SEMALAM.  GAMBAR TAK BOLEH UPLOAD KERANA TIADA KEMUDAHAN

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP