#1

ANUGERAH ALLAH - KETUANAN ISLAM

>> Selasa, November 30, 2010

KETUANAN ISLAM VS KETUANAN MELAYU

Bertitahlah seorang sultan sedih dirinya terhadap golongan yang memperkecilkan ketuanan Melayu dan mempersoalkan hak melayu bumiputera.

Dari sudut Islam apakah ketuanan Melayu boleh dipertahankan dihadapan Allah?  Adalah diketahui bahawa seluruh manusia akan ditanya dihadapan Allah.  Termasuk yang akan ditanya adalah sultan. Sultan tidak ada kekebalan dihadapan Allah. Menurut perlembagaan Malaysia,  Sultan adalah pemegang kuasa agama di negeri. Apakah sultan tidak akan ditanya dihadapan Allah?  Pertanyaan tentang hukum hudud, qisas, dan lain-lain kepentingan Islam apakah sultan akan bebas dari pertanyaan?

Di Dunia di mana sahaja sultan berada dia mendapat layanan Istimewa.  Tetap[i di akhirat sultan dan rakyat biasa sama sahaja.  Pertanyaan apabila masuk kubur sesiapapun akan ditanya oleh Malaikat Munkar
"siapakah Tuhan kamu,  Apakah agama kamu dan siapakah Nabi kamu?"  Salah jawaban maka sesiapa pun akan disebat oleh Malaikat Nankir.  Apakah mana-mana sultan tidak gerun dengan keadaan ini?

Daripada bersedih sultan terhadap ketuanan Melayu yang semakin hari ditinggalkan, lebih baiklah setiap daripada sultan dan seluruh mereka yang beriman mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan suatu hari yang pasti datang iaitu kematian.

JAUHI UMNO.  UMNO MEROSAKKAN KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG ADA PADA HARI INI.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP