KERISAUAN ULAMA SU'-MELAYU BERPECAH
>> Sabtu, November 27, 2010
Inilah akhir zaman. Ulama' sudah tidak lagi memperdulikan kezaliman. Tetapi beriya-iya dengan perpecahan bangsanya. Apa ada pada bangsa. Bangsa adalah terdiri daripada manusia yang banyak. Ada macam-macam bangsa. Al-Qur'an dengan tegas bahawa bangsa adalah wahana perkenalan sahaja. Bangsa yang berguna ialah bangsa yang bertaqwa kepada Allah.
Bangsa 'Ad adalah bangsa yang dihapuskan Allah
Bangsa Samud juga bangsa yang sudah dihapuskan Allah
Bangsa dan keturunan Fir'aun juga dihapuskan Allah
Bani Abu Jahal juga dihapuskan Allah
Demikianlah bangsa yang tidak beriman dengan Allah. Bangsa yang hidup kemudiannya dihapuskan Allah. Bangsa Melayu? Juga akan menerima nasib yang sama.
Apakah mufti Harusani tidak bimbang yang bangsanya akan dihumban dalam neraka Allah? Harusani lebih bimbang perpecahan Melayu daripada bangsanya nanti diakhirat dihumban dalam neraka. Yang manakah lebih dirisaukan oleh mufti Perak?
Mestilah ditanya apa pasal berlaku perpecahan? Jawapan pendek kerana ada kezaliman dan kemungkaran. Kezaliman dan kemungkaran tidak dapat bersama dengan Al-Qur'an dan Sunnah. Itu sebab ada perpecahan. Perpecahan yang seperti ini dibenarkan Islam. Yang Beriman tidak mahu bersama dengan kemungkaran. Tanggungjawab yang beriman ialah mencegah mungkar. Mufti Perak macamana? Tanya dan tepuk iman.
Jauhi UMNO. UMNO dikelilingi oleh ulama yang jahat.
0 komen:
Catat Ulasan