#1

ADHA LAMBANG PENGORBANAN DAN PERJUANGAN

>> Isnin, November 15, 2010

Rabu 10 zulhijjah adalah hari penting untuk umat Islam.  Ia adalah lambang perjuangan para Nabi dan Rasul Allah.  Nabi Ibrahim ketika melaksanakan ibadah qurban berhadapan dengan ujian

1)  diganggu oleh syaitan.  Ketiga insan (Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail) membaling batu ke arah syaitan yang mengganggu ubudiayah mereka kepada Allah

2)   ibadah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar adalah ikhlas kepada Allah

3)  ibadah qurban adalah lambang suatu jihad agung yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim

  Umat Islam mestilah menyambut hari qurban ini dengan menyemarakkan usaha untuk berjihad melawan mungkar.  Terjemahan ini mestilah segera dilaksanakan.  Kehidupan yang di dunia ini hanya akan bermakna apa diterjemah dengan usaha yang berterusan menghadapi dan melawan mungkar.  Usaha melawan mungkar janganlah bermusim.  Usaha melawan mungkar hendaklah terus menerus dan sentiasa ditingkatkan.  Oleh yang demikian daya jihad juga mestilah ditingkatkan.

    Bersempena dengan kedatangan hari raya qurban bermuhasabahlah sejauh mana telah kita qurbankan segala usaha untuk agama Allah?  Sekiranya jawaban adalah banyak maka suburkanlah.  Tetapi sekiranya muhasabah itu di peringkat sederhana maka pertingkatkan.  Sekiranya muhasabah itu berada ditahap yang minima maka suatu usaha yang bersungguh mesti dibuat.

    Qurban yang dilaksanakan bukan pesta membunuh binatang.  Qurban yang dilaksanakan mestilah ikhlas dan bersedia untuk berkorban apa sahaja untuk Allah dan Rasul.  Mudah-mudahan Qurban yang dilaksanakan akan menganjakkan diri untuk memasuki zon mengejar syahid. 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431 H

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP