ANUGERAH ALLAH - KETUANAN ISLAM
>> Selasa, November 30, 2010
KETUANAN ISLAM VS KETUANAN MELAYU
Bertitahlah seorang sultan sedih dirinya terhadap golongan yang memperkecilkan ketuanan Melayu dan mempersoalkan hak melayu bumiputera.
Dari sudut Islam apakah ketuanan Melayu boleh dipertahankan dihadapan Allah? Adalah diketahui bahawa seluruh manusia akan ditanya dihadapan Allah. Termasuk yang akan ditanya adalah sultan. Sultan tidak ada kekebalan dihadapan Allah. Menurut perlembagaan Malaysia, Sultan adalah pemegang kuasa agama di negeri. Apakah sultan tidak akan ditanya dihadapan Allah? Pertanyaan tentang hukum hudud, qisas, dan lain-lain kepentingan Islam apakah sultan akan bebas dari pertanyaan?
Di Dunia di mana sahaja sultan berada dia mendapat layanan Istimewa. Tetap[i di akhirat sultan dan rakyat biasa sama sahaja. Pertanyaan apabila masuk kubur sesiapapun akan ditanya oleh Malaikat Munkar
"siapakah Tuhan kamu, Apakah agama kamu dan siapakah Nabi kamu?" Salah jawaban maka sesiapa pun akan disebat oleh Malaikat Nankir. Apakah mana-mana sultan tidak gerun dengan keadaan ini?
Daripada bersedih sultan terhadap ketuanan Melayu yang semakin hari ditinggalkan, lebih baiklah setiap daripada sultan dan seluruh mereka yang beriman mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan suatu hari yang pasti datang iaitu kematian.
JAUHI UMNO. UMNO MEROSAKKAN KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG ADA PADA HARI INI.