#1

TGNA - TGHH kekal Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS kalangan ulama

>> Sabtu, September 07, 2013

07 September, 2013

Tuan Guru Nik Aziz Saran Tuan Guru Hj. Hadi Di Kekalkan, Timbalan Pilih Di Kalangan Ulama

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berpendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang patut dikekalkan sebagai Presiden PAS dan timbalannya pula dipilih di kalangan ulama.

Semua pemimpin PAS mempunyai ciri-ciri ulama, namun apa yang membezakan mereka adalah ilmu agama yang dituntut, kata Nik Aziz sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 yang mempunyai agenda pemilihan pucuk pimpinannya akan diadakan November ini di Shah Alam, Selangor.

Kenyataan Nik Aziz sekali gus memberi signal kepada perwakilan supaya jawatan Presiden PAS itu tidak dipertandingkan.

“Saya berdoa dan minta Haji Hadi yang banyak pengalaman dan ilmu, kalau boleh, biar dia teruskan jadi Presiden, tetapi timbalan atas undi dan tentulah saya nak orang ulama jadi timbalan beliau,”katanya selepas kuliah mingguan di Dataran Ilmu, Shah Alam, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan portal berita yang memetik Twitter Yang Dipertua PAS Padang Serai, Fauzi Tahir mahu menawarkan diri bagi mencabar Abdul Hadi merebut jawatan nombor satu itu pada muktamar kali ini.

Fauzi berkata, penawarannya itu bukan ingin berlawan atau mencabar Abdul Hadi tetapi adalah untuk menguji ahli PAS seluruh Malaysia tentang kefahaman mereka terhadap perlembagaan parti.

Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan itu mengakui mempunyai calon pilihan sebagai timbalan presiden, namun tidak mahu mendedahkan sebaliknya menyerahkan kepada ahli PAS untuk membuat keputusan terbaik.

"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi timbalan kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," katanya.

Dalam pada itu, desas desus yang mengatakan Nik Aziz berada keadaan kritikal akibat penyakitnya terungkai apabila dia membuat kejutan muncul dalam kuliah itu setelah beberapa minggu tidak hadir

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP