#1

PERSAMAAN 2 AL MARHUM

>> Sabtu, September 28, 2013

Hanya ada 2 Wakil Rakyat Pas pada Pilihanraya Umum 1995.
Hanya 2 Kerusi yang mampu dimenangi oleh Pas Kedah.
Hanya 2 Pemimpin Pas bergelar Yang Berhormat waktu itu.
Hanya 2 sahaja iaitu Kerusi DUN Bukit Raya & DUN Sala. (sekarang Tokai & Sg. Limau)..
Kedua-dua ADUNnya ialah YB Ustaz Hj Fadzil Nor & YB Ustaz Azizan Razak.

Kedua-dua YB ini mengorak langkah, berganding bahu, bergembeling tenaga membangun, memandu & memacu perjalanan PAS Kedah hingga berjaya mengecap kejayaan demi kejayaan. Kedua2 YB ini juga berupaya mematahkan hujah dan mampu menghadapi 34 ADUN BN dalam persidangan DUN Kedah.

Kedua2 mereka adalah pendidik, kedua2nya juga adalah bekas pensyarah.. kedua2nya juga merupakan tokoh agamawan...kedua2nya umpama abang & adik yang saling memerlukan, mempunyai impian dan hasrat yang sama, memimpin jemaah tanpa jemu & tanpa pedulikan penat lelah atau keuzuran.. Hidup Kedua2 mereka hanya sebagai rakyat biasa, tiada rumah besar, tiada kereta besar.. bergaul mesra tanpa pedulikan status dan darjat..

Hari ini kedua2 mereka disemadikan berhampiran, di tanah yang sama, dibumi yang sama.. Bumi yang subur dengan ilmu & pengajian.. bumi muassasah darul ulum pokok sena...
Al-Fatihah untuk kedua2nya... mereka lah pemimpin, mereka lah bapa...
Moga Allah cucuri Rahmat-NYA buat Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak & Allahyarham Dato' Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP