#1

Parlimen tolak usul

>> Rabu, September 25, 2013

KUALA LUMPUR: Usul bagi membincangkan pendirian Malaysia terhadap rampasan kuasa dan pergolakan di Mesir yang berlarutan sehingga hari ini, ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Usul tersebut, dikemukakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1).

Ketika membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat hari ini, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mempersoal alasan penolakan yang diberikan kerana didakwa meminta penerangan tentang negara asing dan bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 23 (1) (i).

Menjelas lanjut pada sidang media selepas itu, Mahfuz mendakwa, alasan penolakan yang diberikan speaker tidak tepat kerana beliau bukan meminta penerangan tentang negara Timur Tengah itu.

Menurutnya, usul tersebut hanya mahu meminta pendirian kerajaan atas nama dewan bahawa dewan perlu membuat pendirian tegas atas apa yang berlaku di Mesir.

"Saya agak tidak setuju dengan speaker menggunakan alasan ini untuk katakan kita tidak boleh sentuh negara luar.

"Sebelum ini kerajaan pernah bentang usul berhubung krisis di Iraq dan Afghanistan, kita sentuh prinsip asas yang disepakati antarabangsa dan ini harus difahami kerajaan," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, semua maklum bahawa rampasan kuasa yang berlaku di Mesir adalah didalangi kuasa besar termasuk Amerika Syarikat dan sekutunya Zionis Israel.

Ini kerana katanya, presiden yang dipilih secara sah, Dr Muhammad Morsi telah memberi nafas baru kepada rakyat Palestin di Gaza melalui pintu Rafah yang dibuka setelah ditutup sekian lama ketika zaman Hosni Mubarak.

Kengganan kerajaan Malaysia menyatakan pendirian terhadap rampasan kuasa oleh tentera Mesir katanya, akan dilihat seperti menyokong tindakan kudeta tersebut.

Dalam pada itu, Mahfuz tidak menolak kemungkinan, penolakan usul tersebut ada kaitan dengan kedatangan Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia pada Oktober ini.

"Kami daripada PAS bawa usul ini untuk parlimen buat sidang khas tetapi kerajaan tak mahu bawa.

"Saya percaya (penolakan) ini bukan kehendak speaker, tetapi sebab Obama yang akan datang ke negara ini," katanya

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP