dr zahazan jawab fatul bari (umno)
>> Rabu, September 11, 2013
Jawapan Dr Zaharuddin terhadap Fathul Bari
http://kerabubersuara.blogspot.com, | 09 Sep 2013 |
JAWAPAN USTAZ DR ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN TERHADAP UFB
September 9, 2013
Memang benar, ketentuan harga adalah dari Allah swt, malah semua perkara juga demikian. Namun mengajak beriman dan pasrah terus sambil mengabaikan arahan Allah dan RasulNya agar berusaha membanteras unsur kezaliman , ketidakstabilan dan kelemahan yang mengganggu proses harga adalah kaedah berfikir yang SALAH. Lihat Allah swt mengharamkan Riba.
Begitu juga haramnya BAI’ AN-NAJASH kerana manipulasi harga sebenar secara terancang oleh rakan penjual, HARAMNYA Jualan TALAQQI AL-RUKBAN kerana menganggu harga pasaran, DIHARAMKAN juga IHTIKAR (simpanan barangan asasi agar naik harga kerana demand secara paksaan dicipta). Justeru, fahamilah hadis berkaitan 'harga adalah ketetapan Allah' beserta hadis-hadis yang berkaitannya. Jika tidak, anda mungkin melencong dari kefahaman yang betul.
Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam tidak membenarkan kawalan harga dibuat oleh kerajaan pada masa yang TIDAK TERDESAK. Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam juga menolak permintaan sahabat baginda untuk melakukan 'ceiling' harga di ketika pasaran tidak diserapi unsur zalim oleh peniaga dan tiada campurtangan dalam ketetapan harga, tiada gangguan pada permintaan serta penawaran Sebagaimana respon dan jawapan Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam kepada sahabat baginda :
بل الله يخفض ويرفع , وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال
Ertinya : Bahkan Allah SWT adalah yang menaik dan menurunkan harga, dan sesungguhnya akhu berharap untuk bertemu Allah dan tiada seorang pun dari kalangan kamu menuntut dariku akibat sebarang kezaliman ( yang aku lakukan) samada berkaitan darah atau harta" ( Riwayat Abu Daud ; hlm 385 ; Al-Bayhaqi, 6/29 ; Sohih menurut Albani)
Namun kemudiannya, ulama terulung dari kalangan Tabi’en seperti Imam Sa’id Musayyab, Yahya Sa’id Ansari, Imam Malik dan ramai lagi ulama tabien sezaman dan yang selepasnya bersetuju ia dilaksanakan dalam suasana peniaga sengaja menyekat barangan bertujuan untuk memaksa harga naik disebabkan permintaan meningkat mendadak. Sebagai jalan menghalang kezaliman dari berlaku.
Sheikhuna Prof. Dr. Fathi Al-Durayni menjelaskan tas’ir diterima kemudian oleh para ulama mujtahidin tabien bagi mencapai maqasid atau objektif yang disasarkan oleh Nabi s.a.w sendiri semasa baginda menolak tas’ir. Iaitu Baginda menolak kerana tidak mahu berlaku kezaliman kepada pengguna dan peniaga. (Manahij Al-Ijtihad, Dr Fathi Ad-Durayni, hlm 159)
Ulama tabien pula membenarkan tas’ir kerana berubahnya suasana dan keperluan di ketika zaman mereka, lalu mereka menerima tasi’r. Jelas dari isu ini, objektif adalah sama cuma bentuknya berbeza.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
9 Sept 2013
0 komen:
Catat Ulasan