#1

SIRI 20- UMNO=FIR'AUN MENGEJEK RISALAH NABI

>> Rabu, Oktober 13, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 185

FIR'AUN DAN AGENSI KERAJAANNYA - TAK MAHU BERIMAN DENGAN NABI MUSA/HARUN
UMNO-BN DAN AGENSI KERAJAAN - MENOLAK ISLAM

Allah Taala berfirman dalam surah Al-Mukminun ayat 45-47


Kemudian Kami mengutus Nabi Musa dan saudaranya: Nabi Harun, dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami, dan bukti (mukjizat) yang nyata, 

Kepada Firaun dan kaumnya; lalu mereka menentang (seruan Nabi-nabi Allah itu) dengan sombong takbur, serta menjadi kaum yang membesarkan diri.  

 Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya): "Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedang kaum mereka menjadi orang-orang suruhan kita?"

Dalam ayat ini Allah Taala mendedahkan kesombongan Fir'aun dan agensi kerajaannya.  Mereka semua tidak mahu beriman dengan risalah Taurat.  Mereka mengeji Nabi Musa dan Harun yang dikatakan sama dengan tahap mereka.  Penolakan ini jelas bertentangan dengan fitrah manusia yang mahu kepada agama.

     Kaum fir'aun merasakan bahawa mereka lebih layak ditaati.  Bukan Nabi Musa dan nabi Harun.  Lagak mereka sangat sombong dan angkuh.  Kaum fir'aun merasakan bahawa mereka lebih moden dan terkehadapan.  Berbanding dengan Nabi Musa dan Harun.

    UMNO ada penyakit yang sa,ma dengan fir'aun.  Apakah kitab Al-Qur'an yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw mesti ditaati? UMNO berasa bahawa mentaati Al-Qur'an dan Sunnah suatu yang kolot dan terkebelakang.  Sedangkan formula Al-Qur'an itulah yang terbaik untuk manusia.

    Tanpa mengira bangsa dan agama maka formula Al-Qur'an adalah sesuai.  Dalam Al-Qur'an seruan ayat "wahai sekelian manusia" adalah 15 ayat yang berkaitannya.  Antara seruan utama ayat ini ialah seruan seluruh manusia gerun dan takut kepada Allah.  Menuruti syariat Allah adalah suatu ketetapan yang azali.  Selamat seluruh manusia apabila pendampingnya adalah Islam.

    Jauhi UMNO dan jangan undi calon UMNO di Galas dan Pru 13.  TOLAK UMNO SELURUHNYA DALAM PRU 13.

    UNDILAH CALON PAS DI GALAS DAN PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP