#1

terimakasih Hasaan Al banna, anda adalah pejuang sejati zaman moden

>> Isnin, Ogos 19, 2013

Allahu Akbar..
Jika Ikhwan Muslimin diharamkan oleh pemerintah Mesir ia bukan perkara baru kerana mengulangi peristiwa lebih 60 tahun yang lalu atau lebih tepat pada tahun 1948, apabila kerajaan Mesir mengistiharkan “Perang Terbuka” terhadap Ikhwan Muslimin. Ikhwan Muslimin dibubarkan dan kesemua cawangannya di seluruh Mesir yang berjumlah 3,000 cawangan ditutup.

Seramai 4,000 ahli ikhwan Muslimin ditangkap dan dipenjarakan. Ibu pejabat Ikhwan Muslimin diserbu dan dimusnahkan. Semua harta Ikhwan Muslimin dibekukan. Kemuncaknya Hasan Al Banna ditembak dari jarak dekat.

Adakah selepas itu Ikhwan Muslimin berkubur?. Jawapannya tidak. Mereka terus bergerak secara rahsia. Para pemimpinnya dilantik silih berganti dan mereka terus bergerak sehingga zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasser.

Kemudian pada 1954, Ikhwan Muslimin dituduh terlibat dalam pakatan mahu membunuh Jamal Nasser. Akibatnya beribu-ribu anggotanya ditangkap. Enam orang dihukum gantung. Mereka dituduh perubuhan pengganas.

Mereka terus bergerak sehingga pada tahun 1961, sekali lagi Ikhwan Muslimin dituduh sebagai penyebab kegagalan dan kemunduran Negara Mesir. Tekanan terus dikenakan pada tahun 1965 dan 1981. Ramai pemimpinnya ditangkap, di hukum penjara malah dihukum gantung.

Walaupun beberapa kali ditekan Ikhwan Muslimin terus bergerak sehingga pengaruhnya tersebar keseluruh pelusuk dunia. Cawangan Ikhwan Muslimin ditubuhkan Negara-negara Arab, Turki, India, Pakistan Bangladesh, di Malaysia, Indonesia, Palestin dan banyak Negara lagi.

Benih yang disemai oleh Hasan Al Banna itu sudah bercambah dan tidak dapat dihapuskan kerana doktrin Ikhwan Muslimin ialah:

"Allah adalah objektif kami. Nabi adalah pemimpin kami. Quran adalah undang-undang kami. Jihad adalah jalan kami. Mati di jalan Allah adalah matlamat kami."

Hasan Al Banna mengasaskan Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928 bertujuan mempraktikkan prinsip-prinsip Islam dalam seluruh aspek kehidupan, termasuk politik, ekonomi, dan sosial.

Setiap anggota diminta melakukan baiah atau sumpah setia. Mereka bersumpah untuk melindungi saudara-saudara sekalipun dengan mengorbankan nyawa mereka sendiri, di samping meletakkan kepercayaan dan ketaatan dengan lapang dada terhadap pemimpin mereka, selama sejalan dengan Alquran dan Sunnah.

Mereka diminta melaksanakan beberapa amalan termasuk hafalan Al-Quran, sembahyang berjamaah, serta berbagai pelajaran agama dan sebagainya.

Hasan Al Banna berkata, “Kami mengajak Anda kepada ajaran Islam, undang-undang Islam dan petunjuk Islam. Kalau ini Anda anggap politik, maka inilah politik yang kami perjuangkan.”

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP