#1

fatwa ulama umno tak boleh pakai

>> Jumaat, Ogos 30, 2013

.
Dr. Asri Bantai Lagi Ulama Belaan Umno...

SHAH ALAM – Mana-mana pihak yang cuba menentang kerajaan yang sah boleh dianggap sebagai penderhaka kepada negara.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan melakukan demonstrasi di jalan raya.

“Sebarang usaha untuk menentang kerajaan yang sah, itu namanya penderhaka. Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara.

“Apatah lagi, jika ada yang mahu melakukannya dengan keganasan. Kalau tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk perasaan?” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sekumpulan NGO pro-pembangkang yang mahu mengadakan protes jalanan besar-besaran sekiranya pegawai kanan SPR tidak meletak jawatan.

Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505' untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.

Katanya, gerakan itu akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan badan tersebut.

Beliau turut mendakwa, selagi kedua-dua pentadbir tertinggi SPR tidak meletak jawatan, rakyat akan terus bersama PR membuat tuntutan tersebut melalui himpunan.

Menurut Harussani, mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan keras sekiranya ia ke tahap menggugat ketenteraman awam.

“Kalau sampai mengancam nyawa orang lain, itu sudah tergolong dalam dosa besar. Mereka perlu bertaubat segera,” katanya.

Read more...

Sidang Dun: Ucapan Nizar yang panaskan BN

Read more...

Addin: Eksekutif Air Asia X Mati Di Bunuh Ketika Kerajaan...

Addin: Eksekutif Air Asia X Mati Di Bunuh Ketika Kerajaan...: Perompak bersenjata membunuh seorang eksekutif syarikat penerbangan AirAsia X berhampiran kediamannya di Ampang malam tadi ketika Putraja...

Read more...

Addin: Abdul Ghani Salleh Di Lantik Setiausaha SPR Yang B...

>> Khamis, Ogos 29, 2013

Addin: Abdul Ghani Salleh Di Lantik Setiausaha SPR Yang B...: Pengarah di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Abdul Ghani Salleh (gambar) dilantik Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (...

Read more...

Erti Kemerdekaan - Ustaz Azhar (TH Filem)

>> Selasa, Ogos 27, 2013

Read more...

GAMBAR MENYAYAT HATI PARA SYUHADA

>> Ahad, Ogos 25, 2013

Prihatin Mesir | Medan Nahdhah | Syuhada' dibakar.

Gambar paling menyayat hati, seorang syahid rentung dibakar regim As-sisi.

Semasa pasukan polis dan tentera merempuh medan Nahdhah, 14 Ogos lalu, mereka turut membakar khemah-khemah dan jenazah syuhada.
Tidak cukup dengan menembak rakyat, nafsu kebinatangan mereka membuak-buak dengan membakar jasad syuhada'

Read more...

doa qardawiy

>> Khamis, Ogos 22, 2013

Prihatin Mesir | Peringatan Oleh Dr Yusuf al-Qardhawi

"Tuhan Akan Membalas Perbuatan Kamu"

Ketua Kesatuan Ulama Se-Dunia sekali lagi menegaskan bahawa rampasan kuasa di Mesir merupakan jenayah yang berat. Bahkan beliau menyifatkan ia lebih berat dan teruk dari jenayah yang dilakukan oleh musuh Islam iaitu Israel.

Ia ekoran pembunuhan secara zalim pihak tentera k atas rakyat Mesir yang ebrhimpun secara aman tanpa sebarang senjata walau sebiji batu.

Beliau memberikan janji buruk bahawa perbuatan zalim akan dibalas dengan dahsyat oleh Allah.

"Sesungguhnya orang yang sedang kamu bunuh adalah dari kalangan bapa-bapa kamu, ibu-ibu kamu, saudara mara kamu, yang tiada dosa yang mereka lakukan...kami memberi amaran kepada kamu dari menurut perintah pihak zalim." - Dr Yusuf al-Qaradhawi

sumber : qaradawi.ne

Read more...

Addin: Tuan Guru Nik Aziz Tempelak Penguasa Arab Saudi Da...

Addin: Tuan Guru Nik Aziz Tempelak Penguasa Arab Saudi Da...: Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar ...

Read more...

Kekejaman tentera Mesir, Ya Allah hancurkan mereka

>> Rabu, Ogos 21, 2013

Read more...

surat dari PAS mohon sidang khas Parlimen

>> Selasa, Ogos 20, 2013

Sidang Khas Mesir: PAS serah surat kepada PM

Salmiyah Harun, 20 Ogs 2013
PUTRAJAYA: PAS hari ini menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar memanggil sidang khas Parlimen untuk mengecam pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang dilakukan oleh rejim haram yang dipimpin oleh Jeneral Abdul Fatah Al Sisi.

Surat yang ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memohon agar mesyuarat kabinet yang akan diadakan esok dapat membuat ketetapan rasmi supaya Kerajaan Malaysia memanggil sidang khas Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat ini.

Kedua-dua Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menyerahkan surat berkenaan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Khairun Asieh di sini jam 11.25 pagi.

Menurut Salahuddin, PAS akan memberi komitmen untuk menyokong penuh sidang yang dipanggil beserta dengan sebarang resolusi mengutuk kezaliman tentera Mesir serta menyokong demokrasi dipulihkan dengan kerajaan awam serta Presiden Morsi dikembalikan kuasanya.

"Atas premis inilah kita melihat bahawa Malaysia perlu mengambil sikap yang jelas mengutuk rampasan kuasa dan pembunuhan kejam oleh tentera Mesir ke atas ribuan rakyatnya bagi memberi tekanan kepada rejim," katanya.

Bahkan jelas Salahuddin, langkah ini juga sebagai isyarat kepada masyarakat dunia bagi menggerakkan mereka untuk sama-sama bersolidariti dengan rakyat Mesir yang sedang dizalimi.

Apa yang perlu disedari katanya, ada tanda-tanda pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk terus mewujudkan kestabilan dunia Umat Islam dengan mencipta peperangan yang tidak berkesudahan.

"Ini dapat dikesan dengan laporan berita bahawa terdapat kumpulan pengganas dipercayai dari kelompol Al-Qaeda yang ditaja pihak berkenaan mula masuk ke Mesir atas alasan untuk membalas dendam kejatahan rejim tentera padahal niat mereka adalah untuk mencetuskan perang, akhirnya pergerakan yang memilih jalan demokrasi seperti Ikhwanul Muslimin terus dimangsakan atas alasan keselamatan negara," katanya.

PAS juga percaya Jeneral Al Sisi berani bertindak hingga ke tahap melakukan 'mass killing' tanpa memikirkan sebarang risiko adalah kerana rampasan kuasa yang dilakukan ke atas Presiden Morsi mendapat sokongan dan restu secara tidak langsung oleh Amerika Syarikat untuk kepentingan strategiknya di Timur Tengah.

Turut bersama dalam menghantar surat berkenaan, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahamud, Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairudin Aman Razali, dan Ajk Muslimat Aiman Athirah Al Jundi

Read more...

mursydul am ikhwanul musmilim kini, dr m badie ditahan

Dr Mahmoud Ezzat dilantik Mursyidul Am sementara IM

Harakahdaily, 20 Ogs 2013
MESIR: Jemaah Ikhwan Muslimin hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Dr Mahmoud Ezzat (gambar) dilantik sebagai Mursyidul Am sementara gerakan Islam itu.

Pengumuman itu dibuat selepas pihak keselamatan mengumumkan penahanan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Mohammed Badie.

Mohammed Badie dilaporkan telah ditahan kira-kira jam 2 pagi di sebuah kediaman flat di Madinah Nasr yang terletak di Timur Laut Kaherah.

Penahanan tersebut turut disahkan Kementerian Dalam Negeri yang memaparkan gambar Mohammed Badie dengan keterangan mengesahkan penahanannya.

Beliau antara pemimpin Ikhwan yang paling dikehendaki pihak tentera Mesir.

Al-Jazeera melaporkan, kerajaan sementara Mesir melabelkan pemimpin Ikhwan sebagai pengganas.

Bagaimanapun, Mohammed Badie tidak bersenjata atau mempunyai pengawal ketika penahanan dibuat.

Sementara itu, Peguam Ikhwanul Muslimin, Ali Kamal menyifatkan penangkapan Dr Mohammed Badie sebagai balas dendam oleh tentera dan kerajaan sementara.

"Sudah diketahui bahawa semua tuduhan ke atas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) serta pemimpin Anti-Kudeta dan Pakatan Kebangsaan Pro-Demokrasi adalah palsu dan tanpa bukti yang boleh diterima.

"Apa yang mereka hadapi adalah rekaan tuduhan politik yang dicat dengan warna jenayah," katanya

Read more...

mesir - as cc bunuh rakyat, malaysia - belasah wang rakyat

Addin: Berita Cemas Buat Warga Pekerja..: Hutang Negara semakin membengkak... Wang Rakyat Jadi Habuan... BN Kata Kewangan Negara Mantap... Rakyat Tertipu Lagi....

Read more...

TGHH - tamsilan bergolak negara Islam

“..Sesungguhnya darah yang sedang mengalir di Mesir, Syria dan bumi umat Islam yang lain, umpama ibu yang sakit nak bersalin, kesakitan dan keluar darah, kemudian akan lahirlah anak yang akan menegakkan Islam..”

Khutbah Jumaat | 16 Ogos 2013

Read more...

seruan Qardawiy - Ust wan sokong 100%

SERUAN DR YUSUF AL-QARADHAWI

"Tiada Yang Akan Mati Melainkan Sampai Ajalnya"

Ketua Kesatuan Ulama Se-Dunia, Dr Yusuf al-Qaradhawi menyeru sekali lagi ke atas semua rakyat Mesir untuk keluar berhimpun bagi meneruskan tuntutan hak dan membantu saudara-saudara mereka.

Selain itu, beliau turut menggesa pihak luar bagi membantu untuk memberhentikan kezaliman yang berlaku di Mesir.

Beliau juga menyifatkan bahawa apa yang berlaku di Mesir khusunya di medan Rab'ah dan Nahdah adalah perkara yang tidak pernah berlaku ke atas rakyat Mesir.

Beliau juga menyeru agar semua rakyat berdoa ke atas pihak yang melakukan kezaliman agar Allah membalas segala perbuatan mereka.

Seruan ini merupakan susulan bagi seruan yang dilakukan bagi menjayakan himpunan pada 16 Ogos, Jumaat baru-baru ini.

Di akhr seruannya, beliau menyeru kepada semua umat Islam, penganut Kristian dan para ulama al-Azhar untuk keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk menyertai himpunan tersebut.

"Sesunggunya mana-mana rakyat Mesir tidak akan mati melainkan apabila tiba ajal yang telah ditetapkan." - Dr Yusuf al-Qaradhawi

sumber : qaradawi.ne

Read more...

Tunjuk Perasaan lawan Kudeta Mesir di Pakistan

Perhimpunan menentang kudeta di Pakistan.

Sumber : Twitter Anti-Coup Movemen

Read more...

Prof Reduan Osman - Kajian terhadap politik Mesir kini

Rampasan kuasa tentera Mesir menggulingkan Presiden Morsi memerlukan analisis lebih mendalam, termasuk sejarah panjang pemerintahan diktator negara itu dan latar belakang mengenai liku-liku perit yang dilalui Ikhwanul Muslimin selama hampir 60 tahun.

Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman (gambar), Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dirasakan tokoh akademik dan pengamat politik Timur Tengah yang paling layak memberikan pandangan terhadap krisis di Mesir. Wakil Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Arif Atan menemubual Dr Redzuan di kediamannya, Sungai Ramal, Kajang, pertengahan Julai lalu.

Soalan :
Presiden pertama Mesir yang dipilih rakyat dalam satu pilihan raya yang diakui adil dan bebas telah digulingkan hanya selepas setahun berkuasa. Ada pihak melihat dalang di sebaliknya adalah pihak Barat, terutamanya Amerika Syarikat. Sebagai tokoh akademik yang lama mengikuti politik Mesir, termasuk gerakan Ikhwanul Muslimin, tentu Prof lebih arif tentang apa sebenarnya yang berlaku?

Jawapan :
Barat sebenarnya sudah lama merancang untuk bertindak dan menindas gerakan Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan pada 1928. Kejayaan Ikhwanul Muslimin mengambil alih kuasa selepas ditindas lebih enam puluh tahun menimbulkan kegusaran, termasuklah juga rejim monarki di negara Arab yang turut merasakan kedudukan mereka akan tergugat jika gerakan Islam ini berjaya mengemukakan alternatif kepada pelbagai kemelut yang dihadapi oleh umat Arab.

Untuk memahami apa yang berlaku di Mesir, kita harus meneliti sejarah yang pernah berlaku sebelum ini. Sejarah penindasan ke atas Ikhwanul Muslimin pada 1948-1954 seolah-olah berulang dengan menggunakan skrip sama. Contohnya, pada 13 Julai lalu, berita menyiarkan bahawa Morsi akan disiasat kerana dikatakan terlibat dalam kegiatan yang memcetuskan keganasan. Pendukung Ikhwanul Muslimin yang dibunuh dan dianinya, tetapi mereka pula yang dituduh.

Nasib yang sama pernah menimpa Ustaz Abdul Qadir Audah, pemimpin Ikhwanul Muslimin yang tersohor yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tahun 1954 kerana dituduh mencetuskan keganasan dan terlibat dalam komplot cubaan bunuh ke atas Gamal Abd al-Nasser. Bersama-sama beliau yang turut menjalani hukuman gantung, termasuklah Abd al-Fattah Ismail, Muhammad Al-Faghali, Yusof Talaat, Ibrahim al-Tayyeb dan lain-lain.

Pada 1966 Sayyid Qutb dijatuhi hukuman gantung. Bukti yang digunakan dan digembar-gemburkan ialah Ikhwanul Muslimin terlibat dalam kegiatan bersenjata dan pelbagai jenis senjata ditemui di pejabat gerakan tersebut. Ini juga perkara yang dihebohkan oleh tentera Mesir dengan mengatakan bahawa senjata ditemui di ibu pejabat Ikhwanul Muslimin di Moqattam dan penemuan tersebut adalah bagi mengesahkan gerakan ini menaja keganasan dan wajar ditindas.

Tuduhan yang dikenakan ke atas Ikhwanul Muslimin juga hampir sama seperti enam dekad lalu. Bagi mendapat sokongan rakyat tindakan General Abd al-Fattah al-Sisi sama seperti Gamal Abd al-Nasser pada 1954, iaitu mengembleng rakyat menyatakan sokongan kepada beliau melalui Hubbat al-Ahrar (Liberation Rally).

Atas nama sokong kepada regimnya rakyat berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada Nasser dan mengutuk Ikhwanul Muslimin. Ini yang dilakukan oleh tentera pada hari ini dengan menaja demonstrasi rakyat bagi menyokong regim dan menolak Ikhwanul Muslimin yang dikatakan antinasional.

Sama seperti kira-kira 60 tahun lalu, tentera tidak ada belas kasihan dan bertindak sewenang-wenang ke atas pendukung Ikhwanul Muslimin termasuk melakukan penindasan kejam. Ternyata penindasan tanpa belas kasihan ini memberi impak yang amat besar kepada Ikhwanul Muslimin.

Tahun 1948-1954 merupakan tahun penuh cabaran kepada Ikhwanul Muslimin. Pada Februari 1949, pengasas dan pemimpinnya, Hasan al-Banna mati ditembak. Sejak itu Ikhwanul Muslimin terus ditindas dan seterusnya diharamkan pada 1954 hinggalah selepas Husni Mubarak diturunkan dari jawatan presiden berikutan berlakunya Kebangkitan Arab pada 2011. Ini bermakna Ikhwanul Muslimin telah diharamkan selama 67 tahun dan ribuan anggotanya pernah dipenjarakan dan puluhan yang lain mati di tali gantung.

Dari segi sejarah, tentera menindas Ikhwanul Muslimin selama hampir enam dekad. Tentera memandang Ikhwanul Muslimin dengan penuh curiga. Dengan menggunakan kekuatan senjata dan kuasa yang dimiliki tentera tidak pernah menunjukkan belas kasihan kepada Ikhwanul Muslimin. Melihat rekod lalu tiada perkara yang boleh menghalang mereka untuk terus berusaha menindas Ikhwanul Muslimin.

Soalan :
Maknanya, apa yang berlaku hari ini mengulangi penindasan kejam terhadap Ikhwanul Muslimin 60 tahun lalu. Apakah mungkin ia mengakibatkan Ikhwan sukar untuk bangkit semula?

Jawapan :
Tentera cuba mengulangi pendekatan yang pernah mereka lakukan lebih 60 tahun lalu. Namun begitu, suasana sudah berubah. General Abd al-Fattah al-Sisi tidak sehebat Nasser dan kemajuan dalam teknologi maklumat menjadikan penipuan dan propaganda yang mengelirukan rakyat tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.

Natijah kepada konflik Ikhwanul Muslimin dan tentera banyak bergantung sejauh mana gerakan Islam ini mampu bertahan. Rekod yang dimiliki Ikhwanul Muslimin menunjukkan gerakan tersebut mempunyai daya tahan yang luar biasa.

Walaupun enam dekad ditindas dengan para pemimpin utamanya ramai mati dibunuh dan penindasan dilakukan secara berterusan, namun Ikhwanul Muslimin masih bersisa dan mampu bangkit. Inilah yang berlaku pada 2011, walaupun ditindas rejim Mubarak, namun mampu muncul sebagai organisasi yang paling tersusun dan memberikan alternatif kepada rakyat.

Walaupun tentera dan kumpulan anti-Ikhwanul akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan pengaruhnya, tetapi suasana 2013 tidak sama seperti 1954. Hari ini Ikhwanul Muslimin mampu membawa jutaan penyokongnya di jalan raya dari seluruh 27 Muhafazah (wilayah) di Mesir.

Namun begitu, situasinya masih sama, iaitu bagi kumpulan anti-Ikhwan yang terdiri daripada penyokong sosialis, nasionalis, liberalis, sekularis dan kelompok tariqat tertentu mereka sanggup mengetepikan perbezaan dan permusuhan sesama mereka semata-mata bagi menentang gerakan Islam ini.

Soalan :
Mengimbau sejarah lalu, Ikhwanul Muslimin yang dizalimi seperti tidak mendapat simpati atau sokongan daripada masyarakat antarabangsa termasuk kalangan kumpulan Islam sendiri. Mengapa terjadi begitu?

Jawapan :
Ketika Gamal Abd al-Nasser menjadi Presiden Mesir beliau berjaya menggerakkan jentera propagandanya sehingga menggelap dan menggerhanakan peranan Ikhwanul Muslimin. Pengaruh beliau cukup hebat hingga pelajar Malaysia yang belajar di Universiti al-Azhar, Mesir pada waktu itupun tidak tahu tentang peranan dan sumbangan Ikhwanul dalam memperjuangkan Islam yang syumul.

Nasser yang tampil dengan imej Islam digambarkan sebagai tokoh pemimpin Islam dan tidak hairanlah apabila beliau mati, terdapat madrasah dan kelompok umat Islam di Malaysia menganjurkan solat ghaib sebagai tanpa kasih kepada "pemimpin Islam yang banyak berjasa".

Sentimen anti-Israel yang dilaungkan Nasser menjadikan beliau dikagumi sehingga umat Islam di Malaysia, termasuk mereka yang pernah belajar di Mesir tidak menyedari kezaliman dan penindasannya ke atas Ikhwanul Muslimin. Ini termasuklah apabila Sayyid Qutb dihukum gantung pada 1966, protes hanya disuarakan sekelompok kecil pelajar Malaysia yang belajar di Barat.

Menariknya, kebangkitan Islam di Malaysia pada awal 1970-an bukan digerakkan lulusan Mesir, sebaliknya oleh mereka yang terpengaruh dengan perjuangan dan pemikiran Ikhwanul Muslimin dalam kalangan pelajar dari universiti tempatan dan mereka yang belajar di Barat.

Pengaruh Ikhwanul Muslimin yang disebarkan melalui buku-buku tokoh-tokoh Ikhwanul yang tersohor seperti Hasan al-Banna, Abd al-Kader Audah, Sayyid Qutb dan lain-lain. Buku-buku ini pula bukan dalam bahasa Arab tetapi dalam bahasa Inggeris seperti buku Maalim Fit Tariq oleh Sayyid Qutb yang lebih dahulu dibaca dengan judul Milestones.

Soalan :
Merujuk kebangkitan rakyat Mesir tiga tahun lalu untuk menumbangkan regim Hosni Mubarak, ada pendapat mengatakan pada peringkat awal Ikhwanul seperti menjauhkan diri dan tidak terlibat. Boleh prof jelaskan keadaan sebenarnya?

Jawapan :
Perkara ini sering dijadikan ungkitan penggerak gerakan 25 Januari yang memaksa Husni Mubarak meletakkan jawatan. Mereka mengatakan Ikhwanul Muslimin menanguk di air keruh dengan mengambil kesempatan daripada kebangkitan.

Memang ada kebenarannya kerana ketika rakyat mula turun ke jalan raya, pada peringkat awalnya Ikhwanul Muslimin mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Pada awal Februari 2011 barulah Ikhwanul Muslimin turut mengerahkan pengikutnya ikut serta dalam protes yang dilakukan.

Pendekatan Ikhwanul Muslimin yang terpaksa mengambil pendekatan berhati-hati mudah difahami kerana gerakan ini sudah terlalu lama berusaha mengerakkan kebangkitan tetapi gagal mendapat sambutan meluas. Sebaliknya, kebangkitan yang mereka anjurkan berakhir dengan tragedi apabila ada ahlinya yang dihukum berat, dipenjarakan dan harta disita.

Hal yang sama pernah berlaku pada 1952 apabila berlaku kebangkitan rakyat menentang Raja Farouk dan British, Ikhwanul Muslimin tidak berada berada di barisan hadapan dan tidak terlibat secara langsung. Apabila Gamal Abd al-Nasser melancarkan revolusi dan berjaya menggulingkan Raja Farouk, Ikhwanul Muslimin dianggap tidak berperanan memainkan peranan sebenar.

Dengan pelbagai pengalaman itu, sebagai usaha mempelbagaikan pendekatan Ikhwanul Muslimin pernah terlibat secara langsung dalam pilihan raya Mesir. Ikhwanul Muslimin sudah terlibat dengan pilihan raya sejak 1984 lagi, walaupun bukan sebagai sebuah parti yang bertanding menggunakan nama gerakan tersebut. Ia pernah bergabung dengan parti Buruh, Parti Wafd dan bertanding secara bebas.

Kejayaan terbesar Ikhwanul ialah apabila berjaya meraih hampir 25 peratus undi dalam pilihan raya Mesir tahun 2007. Namun begitu, kejayaan besar ini bukan memberikan manfaat kepada Ikhwanul Muslimin, sebaliknya gerakan Islam ini semakin ditindas. Penindasan yang berterusan ini mendorong lahirnya dua kelompok kepimpinan dalam Ikhwanul Muslimin.

Kumpulan konservatif merasakan Ikhwanul Muslimin perlu kembali fungsinya yang asal iaitu menumpukan kepada dakwah dan tarbiyyah dan tidak terlibat dalam politik bagi memastikan survival gerakan yang tidak putus-putus ditindas. Kumpulan reformis pula mencadangkan Ikhwanul Muslimin perlu melakukan trasformasi dan mengikut contoh AKP di Turki bagi membolehkan perubahan dilakukan di Mesir.

Dalam muktamar Ikhwanul Muslimin pada 2010, kumpulan konservatif yang diketuai Badaei berjaya menguasai kelompok kepimpinan gerakan Islam itu dengan mengetepikan kumpulan reformis yang diketuai Essam al-Erian.

Soalan :
Bagaimana pula dengan pembabitan Ikhwanul dalam proses pemilihan ahli-ahli Parlimen dan jawatan Presiden Mesir?

Jawapan :
Sebagai kumpulan yang dianggap paling tersusun, Ikhwanul Muslimin ternyata lebih bersedia menghadapi pilihan raya dan berjaya memperoleh kemenangan dalam pilihan raya tahun 2012. Setelah berjaya mendapat kemenangan yang amat memberansangkan dalam pilihan raya parlimen, Ikhwanul Muslimin memutuskan untuk bertanding merebut jawatan presiden.
Pada peringkat awal Ikhwanul Muslimin secara tegas menyatakan mereka tidak berminat dengan jawatan itu. Apabila seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, iaitu Moneim Abd al-Futuh menyatakan beliau berhasrat bertanding jawatan presiden, beliau dipecat kerana mengingkari keputusan syura.

Apabila Ikhwanul Muslimin memutuskan untuk merebut jawatan presiden, calon mereka ialah Khayrat Shater. Namun begitu, kelayakan beliau untuk bertanding dibatalkan kerana pernah ditahan di bawah pemerintahan Husni Mubarak. Sebagai gantian Muhammad Morsi dipilih sebagai calon. Hal yang sama juga berlaku kepada calon Parti Nour, iaitu, Hazem Abu Ismail yang tidak layak bertanding.

Akhirnya Morsi yang bertanding menentang mantan Perdana Menteri Mesir di zaman Mubarak, iaitu Ahmad Syafiq. Morsi menang dengan 51 peratus undi, walaupun peratus yang keluar mengundi sekitar 32 peratus sahaja. Morsi merupakan Presiden Mesir yang dilantik secara demokratik.

Soalan :
Soalnya, walaupun bertanding menentang Syafiq, yang dikira mewarisi Husni Mubarak, tetapi Morsi hanya mendapat sekitar 52 peratus, tidakkah itu boleh dianggap sokongan yang berbelah-bagi?

Jawapan :
Walaupun Morsi hanya mendapat 52 peratus undi, namun sebagai pilihan raya yang diiktiraf adil, telus dan bebas, beliau dikira mendapat sokongan majoriti. Jumlah yang keluar mengundi sebanyak 32 peratus juga tidak boleh dijadikan alasan bahawa beliau tidak mendapat legitimasi kerana Husni Mubarak menang pilihan raya dan dilantik sebagai presiden dengan kadar keluar mengundi sekitar 10 peratus sahaja.

Disebabkan rakyat tidak yakin dengan pilihan raya, kerana sudah pasti Husni Mubarak akan menang besar menyebabkan rakyat tidak ambil kisah untuk keluar mengundi. Lagipun di Mesir pilihan raya mengambil masa yang panjang. Pilihan raya Mesir yang melibatkan 27 wilayah mengambil masa selama tiga bulan untuk selesai. Pengundian pula dibahagikan kepada tiga peringkat dengan setiap peringkat melibatkan sembilan wilayah.

Pilihan raya Mesir selepas kejatuhan Mubarak dianggap telus, adil dan bebas kerana dipantau hakim. Parti-parti yang bertanding menggunakan pelbagai pendekatan untuk memenangi hati pengundi. Sebagai pertubuhan yang mempunyai jentera di seluruh negara Ikhwanul Muslimin berjaya menggerakkan penyokongnya untuk ke peti undi dan menyokong partinya.

Selain Parti Nour, hanya Parti al-Karamah yang dipimpin Hamden Sabahi yang mampu memberi saingan. Beliau seorang yang berfahaman sosialis dan pengikut Nasser yang setia. Beliau menggunakan bas dua tingkat sebagai pendekatan kempen untuk membolehnya menjelajah ke seluruh negara. Pendekatannya ternyata berkesan apabila berjaya menduduki tempat ketiga dalam pemilihan jawatan presiden. Hamden Sabbahi merupakan salah seorang pemimpin Tamarrod yang bersekongkol dengan tentera dan kumpulam sekular dalam menjatuhkan kerajaan pimpinan Morsi.

Soalan :
Sejarah Ikhwan menunjukkan ia turut berpecah membabitkan kepemimpinan tertinggi setiap kali berlaku peristiwa besar dalam politik Mesir. Apakah kali ini juga berlaku hal sama?

Jawapan :
Ikhwan gagal menyatukan perpecahan apabila ada pemimpin pertubuhan itu bertindak keluar kerana perbezaan dari segi pendekatan. Dakwaan cubaan Morsi untuk "mengIkhwanulkan" Mesir pula tidak lebih propaganda yang sengaja ditiupkan. Morsi cuba untuk buat yang terbaik tetapi malangnya dia mewarisi suatu sistem yang sesiapa pun tidak boleh pegang. Tumbangnya Morsi minggu lepas, Qatar dan Arab Saudi beri USD12 bilion masuk ke Mesir sebagai bantuan 'soft loan'. Raja Abdullah ucap tahniah kepada tentera.

Soalan :
Morsi juga mendapat kritikan keras daripada sebahagian aktivis Ikhwan?

Terdapat dalam kalangan golongan Islamis yang menuduh Morsi terlalu berlembut dan bersikap liberal kerana tidak tegas laksanakan undang-undang syariah. Pihak sekular pula menolak Morsi kerana dikatakan cuba mengikwankan Mesir. Pemerintahan Morsi depan serangan pelbagai penjuru dan keadaan ini dipersulitkan lagi dengan keadaan ekonomi yang semakin parah sehingga menimbulkan kesulitan kepada rakyat.

Soalan :
Politik Mesir tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh dan pembabitan proaktif pihak tentera...

Jawapan :
Tentera Mesir bukan sahaja terlibat dalam menjaga keselamatan. Mereka juga terlibat dalam pentadbiran dan menguasai ekonomi. Apabila tentera tidak menyokong Mubarak beliau terpaksa meletak jawatan. Morsi juga dijatuhkan oleh tentera. Ini bermakna selepas ini sesiapa sahaja boleh tumbangkan oleh tentera. Tentera Mesir merupakan golongan elit dan kenaikan Mursi dilihat berisiko menggugat dominasi mereka.

Permusuhan Ikhwanul Muslimin dan tentera telah berakar umbi berdekad-dekad lamanya. Dengan sebab itu apabila apabila Amerika Syarikat menyeru kepada pendemokrasian di Mesir, jawapan Husni Mubarak ialah, “Kalau saya (Mubarak) jatuh, Ikhwanul akan berkuasa”. Bila Ikhwanul Muslimin berkuasa Amerika Syarikat amat khuatir dengan perkembangan ini.

Selain berdepan Mubarak dan AS, Ikhwanul Muslimin juga bertembung dengan kumpulan lain. Mereka termasuklah kumpulan Salafi yang dibiayai Arab Saudi yang berfahaman Wahabi. Ketika zaman Mubarak, beliau menggalakkan kumpulan Tarikaq yang tidak menyokong gerakan Islam. Ini merupakan pendekatan halus bagi melemahkan Ikhwanul Muslimin. Walaupun golongan sekular juga berpecah kepada pelbagai kumpulan tetapi mereka bersatu menentang Ikhwanul Muslimin.

Soalan :
Boleh Prof jelaskan kedudukan dan pengaruh pertubuhan dan parti-parti politik Islam di Mesir?

Jawapan :
Ketika mula berlakunya kebangkitan rakyat Mesir kumpulan Nour mengeluarkan fatwa haram hukumnya menentang Mubarak. Namun begitu, apabila Mubarak jatuh kumpulan ini menyokong kebangkitan rakyat. Dalam konteks politik Mesir, kumpulan Nour merupakan kumpulan Islam yang kedua berpengaruh selepas Ikhwanul Muslimin.

Morsi dilihat terlalu berbaik sangka dengan pihak tentera, yang akhirnya menikam balik dirinya.

Morsi tidak mempunyai banyak pilihan. Dalam pentadbiran Morsi mengambil pendekatan terbuka, termasuklah melantik dalam kalangan orang Kristian dan bukan ahli Ikhwanul Muslimin dalam pentadbirannya. Morsi cuba melakukan pelbagai perubahan dalam tempoh 100 hari pemerintahannya, tetapi amat sukar untuk sesiapa sahaja yang memerintah Mesir melakukan perubahan secara drastik.

Morsi mewarisi sistem ekonomi yang lemah dan sistem sosial yang tidak mantap. Ikhwanul Muslimin cuba bersikap baik dengan tentera seperti pada tahun 1952, tetapi tentera tidak pernah bersangka baik dengan Ikhwanul.

Soalan :
Prof juga banyak mengkaji dan mengikuti dari dekat lanskap politik di Turki. Mungkin ada persamaan di antara kedua-dua negara ini dan apakah pengalaman berharga yang dilalui Erdogan dan partinya yang mungkin boleh dikongsi dengan realiti di Mesir?

Jawapan :
Cubaan untuk mempraktikkan politik Islam di Mesir nampaknya lebih sukar berbanding Turki yang tebal dengan amalan sekularisme. Walaupun demikian di Turki terdapat dua parti sekular iaitu Republikan dan Demokrat.

Walaupun kedua-dua parti berfahaman sekular, namun tidak ada titik pertemuan di antara kedua-duanya, dan malahan lebih bersedia untuk bekerjasama dengan parti Islam daripada berpakat sesama mereka. Akhirnya parti Islam itu berjaya memerintah seperti yang berlaku pada 1996 apabila Parti Refah berjaya membentuk kerajaan walaupun dengan sokongan 21 peratus undi sahaja.

Soalan :
Ada pihak bimbang Mesir mungkin mengulangi tragedi berdarah di Syria yang tidak berpenghujung...

Jawapan :
Tidak dapat dinafikan terdapat kebimbangan ini. Namun begitu, situasi di Syria agak berbeza kerana di Mesir masyarakatnya tidak terbahagi kepada puak. Kekhuatiran yang lebih besar ialah Mesir akan kembali kepada zaman 1970-an dan 1980-an apabila kumpulan Islam mengambil pendekatan bersenjata sehingga menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang tiada penghujung.

Bagi pendukung gerakan Islam termasuk Ikhwanul Muslimin kemungkinan untuk terjerumus kepada pendekatan ini tidak boleh ditolak apabila mereka ditindas tanpa belas kasihan. Bagi Ikhwanul Muslimin pengalaman sejarah mengajar mereka untuk berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Dalam kemelut yang berlaku sama ada mereka menang atau pasti ditindas secara berterusan sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

Pengalaman di Algeria juga merupakan iktibar yang amat menjadi keprihatinan kepada aktivis Ikhwanul Muslimin apabila demokrasi yang diwujudkan di negara tersebut menghalang FIS daripada terlibat dalam politik dan bertanding dalam pilihan raya. Pendekatan tentera dan kumpulan sekular hari ini menjurus ke arah tersebut yang berusaha menyisih Ikhwanul Muslimin daripada berperanan dalam proses politik di Mesir.

Realiti hari ini menunjukkan Ikhwanul Muslimin berdepan cabaran hebat untuk menentukan survival masa depannya. Penentuan masa depannya amat bergantung kepada sejauh mana ia dapat terus bertahan dan konsisten dalam perjuangan serta dengan strategi yang lebih baik daripada pihak lain yang menjadi musuh politiknya.

Ikhwanul Muslimin bukan sahaja berdepan musuh politik dalam negeri, tetapi juga daripada AS dan Israel yang mempunyai kepentingan dan tidak mahu melihat gerakan Islam ini berpengaruh. Walaupun AS menjuarai demokrasi, tetapi negara kuasa besar itu bersifat hipokrit dalam isu pergolakan politik di Mesir yang menyebabkan Morsi dilucutkan jawatan. AS dan negara barat tidak bersuara lantang apabila tentera “merampas kuasa” di Mesir, tetapi memprotes apabila berlakunya rampasan kuasa di Fiji, Maldive dan lain-lain.

Anehnya, rampasan kuasa di Mesir bukannya dikutuk, tetapi sebaliknya dijanjikan dengan bantuan kewangan. Arab Saudi dan beberapa negara Teluk yang merupakan sekutu kuat AS dan amat khuatir dengan perluasan pengaruh Ikhwanul Muslimin menjanjikan bantuan sebanyak USD 12 billion kepada Mesir sebaik-baik sahaja Morsi dilucutkan jawatan oleh tentera.

Perkembangan di Mesir memperlihatkan manifestasi sikap “double standard” Barat terhadap Islam. Walaupun Morsi dilantik secara demokrasi, tetapi cara beliau diturunkan tidak bersifat demokratik.

Jika demonstrasi jalanan dijadikan tanda aras bagi mengukur populariti bukannya melalui sokongan peti undi, demokrasi di Mesir bukan maju ke hadapan. Sebaliknya, Mesir masih terus berada pada zaman gelap seperti rejim-rejim lalu dan hasrat generasi muda negara itu untuk mewujudkan masyarat yang mampu bersaing dengan negara lain akan terus tinggal impian semata-mata.

Sumber : HarakahDaily

Read more...

terimakasih Hasaan Al banna, anda adalah pejuang sejati zaman moden

>> Isnin, Ogos 19, 2013

Allahu Akbar..
Jika Ikhwan Muslimin diharamkan oleh pemerintah Mesir ia bukan perkara baru kerana mengulangi peristiwa lebih 60 tahun yang lalu atau lebih tepat pada tahun 1948, apabila kerajaan Mesir mengistiharkan “Perang Terbuka” terhadap Ikhwan Muslimin. Ikhwan Muslimin dibubarkan dan kesemua cawangannya di seluruh Mesir yang berjumlah 3,000 cawangan ditutup.

Seramai 4,000 ahli ikhwan Muslimin ditangkap dan dipenjarakan. Ibu pejabat Ikhwan Muslimin diserbu dan dimusnahkan. Semua harta Ikhwan Muslimin dibekukan. Kemuncaknya Hasan Al Banna ditembak dari jarak dekat.

Adakah selepas itu Ikhwan Muslimin berkubur?. Jawapannya tidak. Mereka terus bergerak secara rahsia. Para pemimpinnya dilantik silih berganti dan mereka terus bergerak sehingga zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasser.

Kemudian pada 1954, Ikhwan Muslimin dituduh terlibat dalam pakatan mahu membunuh Jamal Nasser. Akibatnya beribu-ribu anggotanya ditangkap. Enam orang dihukum gantung. Mereka dituduh perubuhan pengganas.

Mereka terus bergerak sehingga pada tahun 1961, sekali lagi Ikhwan Muslimin dituduh sebagai penyebab kegagalan dan kemunduran Negara Mesir. Tekanan terus dikenakan pada tahun 1965 dan 1981. Ramai pemimpinnya ditangkap, di hukum penjara malah dihukum gantung.

Walaupun beberapa kali ditekan Ikhwan Muslimin terus bergerak sehingga pengaruhnya tersebar keseluruh pelusuk dunia. Cawangan Ikhwan Muslimin ditubuhkan Negara-negara Arab, Turki, India, Pakistan Bangladesh, di Malaysia, Indonesia, Palestin dan banyak Negara lagi.

Benih yang disemai oleh Hasan Al Banna itu sudah bercambah dan tidak dapat dihapuskan kerana doktrin Ikhwan Muslimin ialah:

"Allah adalah objektif kami. Nabi adalah pemimpin kami. Quran adalah undang-undang kami. Jihad adalah jalan kami. Mati di jalan Allah adalah matlamat kami."

Hasan Al Banna mengasaskan Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928 bertujuan mempraktikkan prinsip-prinsip Islam dalam seluruh aspek kehidupan, termasuk politik, ekonomi, dan sosial.

Setiap anggota diminta melakukan baiah atau sumpah setia. Mereka bersumpah untuk melindungi saudara-saudara sekalipun dengan mengorbankan nyawa mereka sendiri, di samping meletakkan kepercayaan dan ketaatan dengan lapang dada terhadap pemimpin mereka, selama sejalan dengan Alquran dan Sunnah.

Mereka diminta melaksanakan beberapa amalan termasuk hafalan Al-Quran, sembahyang berjamaah, serta berbagai pelajaran agama dan sebagainya.

Hasan Al Banna berkata, “Kami mengajak Anda kepada ajaran Islam, undang-undang Islam dan petunjuk Islam. Kalau ini Anda anggap politik, maka inilah politik yang kami perjuangkan.”

Read more...

SIAPA KHAWARIJ WAHAI FATHUL BARI???

Read more...

MESIR TERKINI 19/8

Situasi Mesir
Isnin - 19/Ogos/2013:12/Syawal/1434
PASCA JUMAAT KEMARAHAN KE-2
Tragedi Kudeta.

Berdasarkan twitter Parti FJP, gambar yang dimuatnaik ini merupakan 3 mangsa tahanan politik ketika dalam perjalanan menuju ke penjara Abu Za'bal. Mereka dibunuh (sesak nafas akibat gas & tembakan peluru hidup) kemudian dibakar.

Menurut Osama Elmahdy, bilangan kesemua kejadian Abu Za'bal seramai 37 mangsa. 32 jenazah telah diserahkan kepada ahli keluarga mereka, manakala 5 lagi jenazah enggan diterima oleh ahli keluarga.

Read more...

cerita terkeni dari mesir

Ni whatsapp dr isteri Ust Nasaie,K.Amirah Munirah.Br ni je dia share -

Perintah berkurung 7mlm-7ptg. Kami duk di rmh je. Slmt insyaallah. Bahaya mlm. Tentera mengganas. Diberitahu kwn di sabi' 4km dari rubuah sekatan jalanraya waktu mlm byk sgt. Hampir xda kete lalu.
Pg depa x tutup jalan tapi kete kebal kete polis penuh di tepi jalan standby je. Mlm lebih2 lg lah berpesta depa puak ni. Ada 1 kete lalu di check habis2an. Mlm semua org x keluar. Sape keluar digeledah habis.

Penembak tepat kebanyakannya target tembak isteri2@ank2 pimpinan. Suami sebahagian sembunyi. Depa ugut dgn bunuh. Kes ramadan lps 4 syuhada. 3 org isteri pimpinan. 1 org lg pelajar u asma x tahan gas.

Ribuan jenazah di rubuah bwh kawalan depa. Dpt curi 300 jenazah dilarikan ke masjid iman. Kaum keluarga pakai dtg nak urus. Tentera buat tembakan smlm belah mlm di masjid tu. Baki jenazah di rubuah rasenya bakar gitu je nak hapus kesan.

Smlm rmh kdh dpn rmh kami kecurian. 2 pencuri ditangkap dan belasah siap2. Dh dihantar polis. X caye mane puak polis ni geng tamarud belaka. Pelajar dan pegawai belasah siap2. Ikat dari jam 11 mlm smpi pg. 6 pg tadi baru hantar.

Lps maghrib smlm rmh kami ada org ketuk lama gak. Tgk kat luar lampu padam x cam sape. Kami memang x buka buat tak tau je. Penjenayah target pelajar mlysia nak rompak. Tgk2 riuh kat luar anjing menyalak pkl 11 pencuri ditangkap. Depa panjat blkg asrama. Risau panjat asrama putri. Ada kes dh dulu. Kebetulan depa masuk asrama putera.

Khair insyaallah. Hasbunallah wa nikmal wakil. Tajdid niat utk syahid peluru hidup tersasar byk. Hebat tarbiah shbt2 kita jamaah islam, Allah turunkan ujian dlm bentuk ini. Spiritual dan ukhuwah sgt hebat. Kami sgt bangga dgn mereka.
nangis duk dpn tv sebak sokmo tak tahan tgk live. Penembak bkn sembunyi2 shj. Ada yg tgh org awam mcm tembak tembak anjing liar bertalu-talu. Rakyat yg ada tv boleh tgk live serangan, keadaan kucar lanar di hospital dsb.

Kami sempat tgk ada yg nazak. Mcm tersekat nak nafas. Dr usaha sungguh2 sambil ucap zikir. Tak dpt slmt dia tarik nafas panjang lps tu mati. Dr menangis. Mereka saling membantu dgn kasih syg.

Sewaktu kalut tembakan masing2 lari bawa diri ke hulu hilir. Laungan azan, takbir raya dan zikir di mana2. Ada shbt tu lari tiba2 blkg dia ada kena tembak jatuh terkulai, dia patah balik angkat dokong shbt yg cedera. Tgh2 dia lari x smpi 3 saat org yg dokong pulak kena tembak. Dua2 jatuh terkulai. Kwn2 lain pulak sambut. Akk tgk ya Allah hebatnya ukhuwah depa. Tak tahan sebak.

Senjata mereka hanya Quran dan laungan zikir. Teringat kisah shbt nabi berkongsi air yg sedikit. Ithar kasihkan shbt lebih dari diri sendiri akhirnya semua meninggal. Tlg bace qunut nazilah tiap waktu dlm solat. Mg2 Allah turunkan tentera2Nya yg luar biasa. Diberi kemenangan dan kemuliaan syahid. Ok thanks shbt

Read more...

100 hari Najib jenayah berleluasa

Read more...

Prfesor Ilmu hadis Azhar berdoa

Dr Abdul Rahman Al-Barr menerusi laman facebooknya :

Bismillahirrahmanirrahim

Kepada semua ahli keluarga para tentera dan polis,

Daripada Prof Dr Abdul Rahman Al- Barr, Professor Ilmu Hadith di Universiti Al-Azhar dan ahli Maktab Al Irshad, jemaah Ikhwanul Muslimin

Wahai rakyat Mesir, wahai para ibu bapa dan anak-anak polis dan tentera yang terlibat dalam pembunuhan dan menyebabkan kecederaan ribuan rakyat Mesir yang (berhimpun) secara aman di Medan Raba'ah dan Nahdhah, di hadapan bangunan pengawal republik, di hadapan tugu peringatan, di Ramsis, di Masjid Al-Fath dan seluruh wilayah di Mesir :

Adakah kamu melihat apa yang telah dilakukan oleh ahli keluarga kamu (yang terdiri daripada polis dan tentera) terhadap saudara-saudara kamu sesama rakyat Mesir?

Adakah kamu melihat bagaimana mereka melepaskan tembakan kepada kanak-kanak, para wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda?

Adakah kamu mengetahui berapa ramaikah wanita yang telah menjadi janda apabila ahli keluarga dan suami-suami mereka dibunuh?

Adakah kamu menghitung berapa ramaikah para ibu yang telah kehilangan anak mereka di tangan ahli keluarga kamu?

Adakah kamu menghitung berapa ramaikah anak yatim yang telah kehilangan ayah-ayah mereka di tangan ahli keluarga kamu?

Adakah kamu melihat bagaimana ahli keluarga kamu (yang terdiri daripada tentera dan polis) telah masuk ke dalam kereta perisai dan jentolak kemudian menggilis para wanita dan kanak-kanak yang masih hidup?

Dan bagaimana mereka membakar khemah-khemah sehingga rentung mayat-mayat yang dibakar sedangkan mereka (yang berada di dalam khemah) masih hidup?

Dan bagaimana mereka telah membakar hospital lapangan yang terdapat di dalamnya para syuhada’ dan orang-orang yang cedera, tanpa belas kasihan?

Dan bagaimana mereka menembak orang-orang yang terluka dan cedera serta orang-orang yang cuba untuk menolong mereka (yang cedera) di pusat perubatan tanpa rasa simpati?

Dan bagaimana mereka telah membakar masjid yang di dalamnya terdapat orang yang terluka dan tercedera serta jenazah para syuhada’?

Dan bagaimana mereka membiarkan jenazah para syuhada’ untuk satu jangka masa yang lama di jalan-jalan, di hadapan dan dalam bangunan dengan kekejaman yang melampau?

Adakah telah sampai kepada kamu (berita) bahawa seorang polis telah melepaskan tembakan kepada seorang wanita yang berada di samping suaminya yang cedera untuk merawatnya, dan polis itu mahu membunuhnya di depan mata suaminya?

Adakah telah sampai kepada kamu (berita) bahawa seorang polis telah melihat seorang pemuda membawa mangsa yang cedera dan kemudiannya dia (polis) telah menembak orang yang cedera itu?

Adakah kamu mengetahui bahawa polis dan tentera telah memukul para wanita dan kanak-kanak di dalam masjid dan memaki mereka dengan kata-kata kesat?

Adakah kamu mengetahui bahawa (kisah) ini dan berpuluh-puluh serta beratus-ratus kisah yang memalukan dan mengaibkan, membuktikan bahawa telah hilang segenap makna kemanusiaan daripada hati pelaku-pelakunya?

Adakah kamu redha dengan semua ini?

Dan bagaimana kamu boleh hidup bersama semua binatang buas ini?

Dan adakah kamu beriman dengan balasan Allah kepada mereka di atas jenayah mereka dan sikap berdiam diri kamu daripada menasihati, melarang, dan mengingatkan mereka?

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. [Al Anfal : 25]

Sumber : Akaun Facebook Abdulrahman Albarr

Read more...

Krisis Mesir, Doakan Keamanan Kembali

Read more...

mesej ikhwan kepada Amerika

MESEJ IKHWAN MUSLIMIN KEPADA OBAMA : RAKYAT MESIR MAMPU TUMBANGKAN RAMPASAN KUASA

Dr Ahmad Aref, jurucakap Ikhwan Muslimin, telah menghantar mesej terbuka kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Beliau menegaskan bahawa rakyat Mesir sendiri akan dapat menumbangkan rampasan kuasa tentera.

"Dan kami akan melakukannya secara aman." tegas Dr Ahmed Aref.

Beliau yang juga seorang pemimpin Gabungan Kebangsaan Menyokong Legitimasi memberitahu agensi berita rasmi Anadolu Turki, "Amerika Syarikat secara jelas telah terlibat dalam susunan rancangan rampasan kuasa tentera tetapi kami dalam gabungan ini ingin meyakinkan rakyat tentang keselamatan Mesir."

Beliau menegaskan bahawa gabungan itu tidak perlu bergantung kepada kerajaan antarabangsa. "Kami harapkan hanya pada negara-negara bebas dan orang yang bebas di dunia yang mempertahankan prinsip-prinsip kemanusiaan dan menyokong Mesir semasa tragedi pahit ini."

Beliau menambah, kerajaan kudeta sedang menerima tekanan yang hebat.
MESEJ IKHWAN MUSLIMIN KEPADA OBAMA : RAKYAT MESIR MAMPU TUMBANGKAN RAMPASAN KUASA

Dr Ahmad Aref, jurucakap Ikhwan Muslimin, telah menghantar mesej terbuka kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Beliau menegaskan bahawa rakyat Mesir sendiri akan dapat menumbangkan rampasan kuasa tentera.

"Dan kami akan melakukannya secara aman." tegas Dr Ahmed Aref.

Beliau yang juga seorang pemimpin Gabungan Kebangsaan Menyokong Legitimasi memberitahu agensi berita rasmi Anadolu Turki, "Amerika Syarikat secara jelas telah terlibat dalam susunan rancangan rampasan kuasa tentera tetapi kami dalam gabungan ini ingin meyakinkan rakyat tentang keselamatan Mesir."

Beliau menegaskan bahawa gabungan itu tidak perlu bergantung kepada kerajaan antarabangsa. "Kami harapkan hanya pada negara-negara bebas dan orang yang bebas di dunia yang mempertahankan prinsip-prinsip kemanusiaan dan menyokong Mesir semasa tragedi pahit ini."

Beliau menambah, kerajaan kudeta sedang menerima tekanan yang hebat.

Read more...

Addin: Ku Li Hampir Pasti bertanding Presiden Umno

Addin: Ku Li Hampir Pasti bertanding Presiden Umno: Menjelang pemilihan Umno pada 19 Oktober depan, kedudukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terus menjadi sebutan sama ada b...

Read more...

Doubts emerge over Egypt's protester numbers

Read more...

Himpunan Bantah Kekejaman Kudeta Mesir

Read more...

توثيقي مذبحة فض اعتصام رابعة

>> Jumaat, Ogos 16, 2013

Read more...

Pesanan terakhir Syeikh Mutawalli Sha'rawi

Read more...

لحظات صعود روح شهيد برابعه +18

Read more...

Addin: Kedudukan Najib Makin Tergugat.. Ini Bukti Terbaru...

Addin: Kedudukan Najib Makin Tergugat.. Ini Bukti Terbaru...: Permusuhan terhadap Datuk Seri Najib Razak (gambar) dijangka menular dalam Umno bagi tempoh beberapa minggu akan datang selepas Datuk Seri A...

Read more...

mesir kini

[Terkini : Sehingga jam 5 petang 15 Ogos]

1. Demonstrasi mega di Yaman mengutuk jenayah meleraikan demonstrasi aman di Rabiatul Adawiyah dan Nahdhah secara ganas dan menumpahkan darah.

2. Presiden Amerika, Obama membuat keputusan membatalkan latihan bersama "Bintang Bersinar" antara tentera Amerika dan Mesir.

3. Denmark menggantung bantuannya kepada Mesir dan German memanggil Duta Mesir untuk menyatakan bantahan terhadap pembunuhan terhadap demonstran aman di Mesir.

4. Demonstran menyerbu bangunan Gabenor Giza. Perarakan aman berlaku di Iskandariah, Fayyoum, Tanta dan Aswan.

5. Gehad el Haddad (Jurucakap Rasmi Ikhwan Muslimin) : Kami akan meneruskan perjuangan ini sehingga dikembalikan semula legitimasi yang dicabuli.

6. Menteri Dalam Negeri Mesir (Kerajaan haram Kudeta) : Kami tidak akan membenarkan sama sekali sebarang perhimpunan di semua medan utama di seluruh Mesir dan akan bertindak tegas tanpa mengira kesan yang bakal berlaku.

7. Esam Eryan, Timbalan Presiden FJP menafikan menerusi Twitternya dia ditahan, begitu menafikan adanya kepimpinan Tahaluf Wathani yang ditahan.

8. Obama menyeru segera dihentikan penguatkuasaan undang- undang darurat di Mesir dan memulakan usaha mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut di Mesir.

9. Erdogan meminta Majlis Keselamatan PBB segera mengadakan msyuarat tergempar bagi membincangkan kegawatan di Mesir.

Sumber: FJP dan Jazeera dan TV Al Quds
#mesirkin

Read more...

Addin: Punca El-Baradei Letak Jawatan Tersebar

Addin: Punca El-Baradei Letak Jawatan Tersebar: Naib Presiden Mesir Mohammad ElBaradei meletak jawatan pada hari Rabu. Beliau berkata beliau tidak dapat menanggung tanggungjawab terhada...

Read more...

10 fakta penting situasi di Mesir

>> Khamis, Ogos 15, 2013

10 FAKTA TRAGEDI
Mesir Berdarah

1. Mesir diishtihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4ptg td.

2. Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK semua penyokong Dr Morsi.

3. Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU org telah MATI SYAHID & lebih 10 ribu org yg tercedera, termasuk dari klgn kanak2, ibu2, & wanita2.

4. Semua yg dibunuh adalah mereka yg tidak bersenjata.

5. Ambulan & bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kwsn himpunan & TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kpd mangsa.

6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.

7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yg dirahsiakan.

8. Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan para penyokong Morsi.

9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akn terus BUNUH mana2 rakyat yg menyokong Dr Morsi.

10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah & kampung masing menuju medan perang utk menyokong Morsi & mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.

Ayuh kita DOAKAN KEHANCURAN MUSUH ISLAM & KEMENANGAN ISLAM

Moga Allah LAKNAT & HANCURKAN kerajaan HARAM Mesir!

>>Sesungguhnya KEMENANGAN ISLAM sangat hampir!<<

-Lidya

Read more...

Addin: Berita Menyedihkan Dari Mesir.. Saksikanlah

Addin: Berita Menyedihkan Dari Mesir.. Saksikanlah: 450 penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi terkorban sehingga kini manakala lebih 10,000 cedera apabila tentera dan polis Mesir menyerb...

Read more...

sejarah syuhada berulang di Mesir

>> Rabu, Ogos 14, 2013

Kini sejarah as syahid al banna berulang.... Maka kebangkitn rakyat tdk akn berhenti & bernoktah; andai seribu nyawa terkorban maka akn bangkit pemuda2 yg cintakn syahid.. Jgn d tanya siapa tetapi ia adlh tentera allah.. Nahnu ansorullah..
Saksi dari Medan Nahdhah:

Hospital lapangan di Nahdhah telah dibakar sepenuhnya menjadi abu. Ramai pro demokrasi dikepung di dalam Fakulti Kejuruteraan di Universiti Kaherah dan peluru-peluru hidup dilepaskan kepada mereka. Ramai yang terbunuh dan cedera dan tiada bantuan perubatan atau pengangkutan dilaporkan. Suasana medan kosong kecuali 'pihak keselamatan' yang sedang merampas barang-barang peribadi milik penunjuk perasaan pro demokrasi dari khemah-khemah.

Jalan Universiti (Gamiah street) dikatakan adalah jalan keluar yang selamat, tetapi dilaporkan mereka yang berada di jalan itu telah dan masih ditangkap oleh 'pihak keselamatan'.

Sumber : RabaahToday
#mesirkin

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP