#1

KENYATAAN sheikh Ahmad Tayyib alazhar

>> Khamis, Julai 25, 2013

Kenyataan Al-Azhar As-Syarif tentang keadaan semasa Mesir.

Sesungguhnya Al-Azhar As-Syarif sebagai sebuah institusi ilmu dan nasional,amat mengambil berat persoalan nilai,berusaha untuk menyatupadukan anak-anak negaranya kesemuanya,sepanjang tarikhnya yang lamanya.

Al-Azhar As-Syarif menujukan seruan ini kepada seluruh warganegara kesemuanya : individu dan kumpulan,pihak penguasa dan aktivis,parti-parti politik dan kumpulan-kumpulan bebas,Al-Azhar As-Syarif menujukan sepuluh nasihat ini :

1. Telah bersepakat seluruh aliran perkumpulan dalam negara Mesir : samada perkumpulan Politik,Pemikiran dan Agama terhadap kandungan deklarasi Al-Azhar selepas Revolusi 25 Januari - bahawasanya bentuk negara yang diinginkan oleh semua warga Mesir dan disokong oleh Syariah Islamiah - adalah sebuah negara Moden Nasional,Berpelembagaan dan Demokratik.

Keadaan sementara yang bermula dari 4 Julai yang lalu,yang terhasil dari gerakan terakhir rakyat dan dinilai oleh kebanyakan perkumpulan nasional keperluan untuk diambil keputusan sebegitu - akan tetapi perlu diingatkan bahawasanya 'dhorurat itu dinilai dengan kadarnya' - maka dingatkan dan ditegaskan bahawasanya tempoh peralihan sementara ini tidak boleh melebihi kadar yang diperlukan sahaja - untuk pindaan perlembagaan,dan untuk dijalankan pilihanraya parlimen dan pilihanraya Presiden dengan telus dan bersih,supaya dapat segera kembali kepada keadaan asal biasa yang demokratik dan berpelembagaan yang diredhai rakyat.

2. Al-Azhar mendesak dan menuntut agar dibebaskan dengan kadar segera kesemua tahanan politik,para aktivis siyasah,dan kepimpinan parti-parti politik Mesir.
Al-Azhar juga mendesak agar segera dibayar gantirugi kepada ahli keluarga para Syuhada' yang telah meningggal dunia diseluruh medan-medan di Mesir dari kedua-dua belah pihak (penyokong dan pembangkang),atas dasar kedua-dua belah pihak adalah warganegara dan anak Mesir,walau sejauh mana berbezanya pendapat dan sudut pandang politik mereka.

3. Tidak boleh tidak,bagi sebarang plan damai nasional yang hakiki antara aliran-aliran politik dan pemikiran - untuk dibina dan ditegakkan pendamaian itu di atas asas - Mesir adalah hakmilik semua warganegara Mesir,tanpa dipencil dikecualikan mana-mana pihak.

Begitu juga,mestilah kesemua Media untuk berpegang teguh dengan 'etika',dan segera berhenti dari menimbulkan kebencian dan permusuhan,dan mencetus perbalahan.

Al-Azhar juga mengutuk penutupan sebahagian saluran TV keagamaan atau selainnya - walaupun ada perbezaan sudut pandang Al-Azhar dengan kaedah penyampain mereka.

Mestilah segera dijalankan dakawaan dan siasatan perundangan ke atas mana-mana pihak yang cuai yang telah menjadi punca syahidnya 20 lebih mangsa dikawasan tugu di dataran An-Nahdhah Mesir semata-mata kerana mereka keluar untuk menyatakan pandangan mereka secara aman - yang mana Al-Azhar menyatakan kebenaran perhimpunan aman kepada semua rakyat.

Begitu juga dengan mangsa-mangsa yang telah terkorban diseluruh negeri di Mesir dan bandar-bandarnya,walau apa sahaja aliran dan keterlibatan mereka.

4. Al-Azhar As-Syarif juga ingin menyatakan kekecewaan yang amat dalam terhadap tindakan sebahagian pihak yang menyeleweng yang telah menyerang pihak yang berjanggut dan wanita-wanita yang memakai niqab diibu negara Mesir,pusat Islam,yang memiliki seribu menara azan dan tanah tempat Al-Azhar As-Syarif.

Al-Azhar juga menyatakan kekecewaannya atas serangan ke atas tentera dan anggota keselamatan Mesir.

Kita mesti membezakan antara mengamalkan ajaran Agama - dan semua warga Mesir beramal dengan ajaran Agama - Alhamdulillah - ianya mestilah dibezakan dengan memilih kaedah keganasan dan jenayah untuk berhadapan dengan rakyat dalam negara.

5. Tidak wujud sebarang tempat dan keperluan terhadap tindakan-tindakan pengecualian (seperti tangkapan khas dan lain-lain : pent) dalam Negara Mesir setelah Revolusi,dalam keadaan seluruh dunia diisi dengan Demokrasi,bahkan negara-negara yang menikmati hak demokrasi di Eropah dan Amerika menyaksikan gerakan membangun,dan Mesir setelah revolusi tidak boleh dikecualikan darinya.

Hasil terbesar dari Revolusi kita adalah ianya telah berjaya memecahkan tembok ketakutan rakyat.

Menjadi kemestian buat semua untuk meletakkan perkara ini dalam penilaian mereka.
Rakyat kita adalah rakyat yang terpuji,yang tidak kurang sedikitpun dalam memelihara kebebasan dan demokrasi berbanding bangsa-bangsa selainnya.

6. Al-Azhar As-Syarif menegaskan bahawasanya ketuanan adalah milik rakyat,dalam linkungan perlembagaan dan undang-undang.

Dan Tentera Nasional kita mengetahui tanggungjawabnya dan risalahnya yang tinggi - iaitu memelihara sempadan negara.

Bagi Politik dan pengurusan negara orangnya,begitu juga bagi perang ada orangnya,dan bagi perundangan dan kehakiman itu ada orangnya,begitu juga bagi Ilmu itu ada pakarnya.

Kita meletakkan tangan sokongan kita terhadap tentera Mesir yang patriotik yang bersungguh-sungguh dan berterusannya mereka untuk menjauhi aktiviti politik,walaupun wujud sebahagian pihak yang cuba menarik mereka untuk melibatkan diri padanya. Bahkan tentera kita terus menjauhinya.

7. Al-Azhar menegaskan hak bagi setiap parti politik Mesir termasuklah Parti Al-Hurriyah Wal 'Adalah untuk terus terlibat dalam aktiviti politik secara terbuka.

Pihak Kerajaan bertanggungjawab untuk menjaga dan memelihara hak ini bagi semua pihak,dan memadamkan setiap tindakan yang mencetus dan membina kebencian antara semua kuasa politik rakyat dan setiap aliran pemikiran,demi untuk menjamin keamanan sosial dan menjamin kebebasan.

8. Mestilah diumumkan segera nama-nama anggota suruhanjaya plan damai nasional,dan kesemua jawatankuasa yang wujud padanya kepada seluruh rakyat,dengan kadar seberapa segera dan penuh ketelusan,agar rakyat dapat menyatakan pandangan mereka sejauh manakah anggota-anggota itu memiliki sifat telus dan berkecuali.

Begitu juga,inisiatif untuk mendirikan kerajaan (Perdana Menteri dan Jemaah Menteri) 'teknokrat' yang tidak berparti,untuk menggerakkan semula roda pelaburan,dan menegakkan undang-undang dan perlaksanaan hukuman,supaya tersebarnya demokrasi dan madani disegenap pentas Politik tanahair.

9. Mestilah pembentukan lajnah untuk mengkaji semula pindaan beberapa kandungan perlembagaan,yang disepakati untuk diubah dan dibaiki, menggambarkan kehendak seluruh warga Mesir dari pelbagai bentuk aliran dan pemikiran mereka,tanpa dikecualikan dan diasingkan mana-mana pihak.

Tidak boleh dibiarkan kepada individu tertentu sahaja. Kita sedang berada pada zaman Demokrasi dan Ketelusan,dan diperingat dan ditegaskan supaya kandungan perlembagaan yang menyatakan jatidiri negara khususnya bahagian berkaitan Syariah Islamiah dan bahagian saudara dari bukan Muslim tidak - tidak disentuh dan diganggu sama sekali.

10. Wajib ke atas semua pihak untuk segera menghentikan sebarang tindakan ganas dari semua pihak.

Mestilah dijauhi tuduhan mengkafirkan pihak lain,atau dakwaan khianat terhadap pihak lain,dan mestilah dihormati darah seluruh warga Mesir yang bersih,dan digunakan uslub politik sahaja dalam menyelesaikan segala perbalahan politik. Ini semua agar tidak terhasil kesan darinya bahaya yang boleh menghancurkan maslahah negara.

Ini adalah pendirian Al-Azhar dan kalimahnya,yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan seluruh rakyat Mesir,agak dapat terlaksana tugas yang ditanggungnya,dan menegakkan peranan kenegaraannya yang selama ini dipegangnya sepanjang sejarah,dan Al-Azhar sama sekali tidak akan berpaling dari tugasnya ini.

Allah S.W.T menyatakan Al-Haq,dan Allah S.W.T lah yang menunjukkan jalan.

Dikeluarkan pada : 25 Syaaban 1434
Bersamaan : 4 Julai 2013

Syaikhul Azhar - Ahmad At-Tayyi

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP