#1

amerika kong ka li kong dengan Mesir

>> Jumaat, Julai 12, 2013

Menarik sekali mengamati ulasan Prof. Datuk Dr. Redzuan Othman, Dekan FSSS-UM yang juga merupakan pakar politik Asia Barat, tentang ugutan Presiden Obama kepada Jeneral as-Sisi akan menarik balik bantuan sebanyak USD 1.5 bill setahun jika pemerintahan rakyat tidak dikembalikan. Fakta-fakta berikut perlu diperhatikan.

A. Kuasa tentera selama hampir 60 tahun di Mesir menguasai 1/3 ekonomi Mesir dan mempunyai kuasa penentu dalam politik dan pentadbiran negara. Bantuan yang disalurkan oleh US kepada Mesir dalam jumlah yang besar itu hanya sampai kepada rakyat sekitar USD 200 j sahaja, sleebihnya adalah untuk kegunaan tentera. Oleh itu ugutan menarik balik bantuan tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada kehidupan rakyat.

B. Bantuan sebanyak USD 1.5 bill itu juga tidak bermakna kepada Mesir kerana US memaksa Mesir membeli senjata dan aset tentera dari US. Sudah pasti sebahagian daripada kos pembelian itu menggunakan 'bantuan' dari US tersebut.

C. Kenyataan Obama tidak merujuk kepada mengembalikan kekuasaan kepada Mursi selaku Presiden yang dipilih secara sah, tetapi hanya kepada kuasa rakyat melalui demokrasi. Kesimpulannya US dan Obama sebenarnya tidak menyokong Mursi.
(Rancangan Global TV1 (11.00 - 11.30 mlm) 7 Julai 2013)

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP