#1

Britain batal lesen ekspot barang ke Mesir

>> Sabtu, Julai 20, 2013

Britain telah membatalkan lima lesen eksport ke Mesir disebabkan berlakunya kematian para penunjuk perasaan yang ingin menaikkan kembali presiden yang digulingkan, Muhammad Mursi.

Setiausaha Perniagaan Vince Cable berkata beliau telah mengambil keputusan untuk menarik balik lima lesen eksport individu setelah mendapatkan nasihat daripada Pejabat Luar.

"Kami amat bimbang akan keadaan yang berlaku di Mesir dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kematian penunjuk perasaan."

"Semua lesen untuk mengeksport barangan kawalan ke Mesir telah dinilai kes demi kes berdasarkan apa yang telah dipersetujui oleh peringkat antarabangsa, kriteria yang ketat juga telah diambil kira semasa permohonan lesen itu dibuat."

"Bagaimanapun, akibat daripada keadaan yang berubah-ubah di Mesir, kami telah menjalankan kajian terhadap lesen-lesen eksport UK ke negara ini."

"Walaupun kita tidak mempunyai laporan peralatan British digunakan dalam rusuhan di Mesir, kami telah mengambil keputusan untuk membatalkan lima lesen tersebut."

Sumber : ITV News , AlJazeera
#mesirkin

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP