PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

PERINGATAN kepada PARA PENGUNDI  PRU-14 di SELURUH NEGARA. TOLAK BN !!!

ILMU ASAS PERUBAHAN

>> Rabu, Februari 24, 2010

     Dalam kontek untuk berhadapan dengan perubahan di era kehidupan maka Islam datang dengan benteng yang mantap iaitu ilmu yang hak dan benar berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah.  Nilai yang ditetapkan Al-Qur'an dan Sunnah adalah nilai yang tetap dan tidak pernah berubah.  Inilah yang membezakan Kitab ini dengan lain-lain kitab.  Lain-lain kitab adalah mengikut kehendak manusia dan bergantung kepada suasana semasa.

      Adapun nilai yang ada dalam kitab Al-Qur'an dan Sunnah

1)    sesuai dengan fitrah kemanusiaan
2)    sesuai dengan mana-mana zaman dan masa
3)    nilai Al-Qur'an tidak ada kepentingan manusia.  Sesiapa yang mahukan keredhaan Allah dan balasan syurga akan terus berusaha menegakkan nilai yang dikehendaki Kitab Allah
4)    Nilai Al-Qur'an membenci rasuah, kezaliman, fitmah, penganiayaan

     Untuk menghayati nilai yang baik ini tiada lain dan pilihan melainkan melalui tradisi menuntut ilmu dan proses tazkirah yang berterusan. Tidak cukup dengan bekalan semangat yang berkobar-kobar.  Mengtafakkuhkan diri dengan proses kedalaman ilmu Islami akan siap melonjakkan diri menuju keredhaan Allah. Barulah keputusan yang dibuat akan tepat.  Menyokong parti yang hendak menegakkan hukum Allah.  Sama sekali mereka yang berilmu Islami tidak akan menyokong parti mungkar yang rasuah, menyebar fitnah, menyokong perkauman,  isteri pemimpin parti tidak bertudung dan pelbagai jenis mungkar.

   Wahai warga emas dan generasi muda bersegeralah menuntut ilmu sehingga dapat dibezakan dengan jelas yang hak dan mungkar.

Read more...

KERANGKA UNTUK PERUBAHAN

>> Selasa, Februari 23, 2010

PERTAHANAN TERAKHIR UMNO
       Setelah berlaku perubahan landskap politik negara dalam PRU 12, benteng terakhir UMNO sekarang hanya tinggal satu iaitu kampung.  Kampung dalam erti kata kampung yang sebenar atau kampung yang berada di pinggir bandar.  Modus operandi yang dibuat antaranya ialah membuat penguasaan dalam institusi Masjid.  Yang menjadi JK masjid adalah mereka yangtidak datang masjid berjemaah, berseluar pendek, duduk diluar kawasan qaryah.  Pendeknya mereka yang tidak komited dengan masjid dilantik memegang jawatan dalam masjid.

       Masjid adalah pusat aktiviti masyarakat.  Masjid selalunya diikat dengan majlis pengajian ilmu.  Masjid yang dikuasai oleh mereka yang tidak komited dengan Islam, majlis pengajian adalah terhad.  Ada satu masjid dalam DUN Manjoi  sebagai contoh jumlah majlis ilmu sekitar 12 kali sebulan.  Jumlah kutipan bulanan masjid berkenaan hampir RM 10,000 sebulan.  Apakah yang menghalang JK masjid daripada melaksanakan pengajian yang lebih banyak?  Ini tidak lain ialah hasrat JK masjid tidak mahu melihat ahli Qaryah yang lebih berilmu dan mampu membuat perubahan.

       Berbanding dengan satu masjid yang lain dalam DUN Manjoi,  JK masjid tersebut adalah komited dengan perjuangan Islam, jumlah pengajian bulanan 38 kali sebulan.  Setiap malam ada majlis pengajian.  Setiap Subuh Sabtu dan Ahad ada kuliah subuh.  Ada juga kuliah untuk muslimat.  Kebebasan berkuliah ini telah menambah momentum perubahan dalam politik umat.  Ahli Qaryah lebih rasional dalam membuat keputusan berdasarkan keilmuan yang diperolehi.  Inilah perubahan yang berlaku apabila majlis ilmu menjadi teras dalam membuat perubahan.

     Kesimpulan,  JK masjid sengaja diatur dengan mereka yang sangat jauh daripada Islam supaya kejahilan ahli qaryah akan terus berkekalan.  Apabila ahli qaryah kekal dengan kejahilan maka ahli qaryah tersebut akan membuat pertimbangan yang salah 

- ma'ruf dikatakan mungkar dan mungkar dikatakan ma'ruf
- rampasan kuasa haram (rasuah dan seks)  di Perak dikatakan peralihan kuasa
- perbuatan daripada Al-Qur'an dikatakan kolot
- perbuatan jahat disanjung

   Teras dalam konteks perubahan ialah keilmuan.  Inilah usaha yang sedang dilenyapkan oleh pemerintah pada hari ini sama ada kerajaan negeri ataupun pusat.  Kejahilan umat bermakna kekallah pemerintahan.  Umat yang berilmu akan sedia membuat perubahan berdasarkan keilmuan yang ada.  Wahai para pembaca segeralah mencari majlis ilmu agar perubahan yang dibuat adalah lebih kekal dan sentiasa dalam zon ma'ruf

Read more...

KONSERT MEGA MENJUNJUNG KASIH

KONSERT MEGA MENJUNJUNG KASIH
RASULLULLAH SAW

TARIKH :  5 MAC 2010
TEMPAT : DEWAN BULAN SABIT MERAH, IPOH
ARTIS JEMPUTAN
MUADZUL, HMS ABU BAKAR,
RADZI, DAN KUMPULAN NASYID KONTEMPORARI
HARGA TIKET : RM 6.00

ORANG MUDA DIJEMPUT HADIR

Read more...

MAJLIS RAMAH MESRA PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

>> Isnin, Februari 22, 2010

 MAJLIS RAMAH MESRA VETERAN PAS 
DAN PENYOKONG PAS BERSAMA 
PEMIMPIN RAKYAT DATO SERI NIZAR JAMALUDDIN

TARIKH : 28 FEBRUARI 2010
TEMPAT : PADANG TAMAN MERU 1B
JAM : 3.00 PTG

DATANG BERAMAI=RAMAI YOB. JANGAN TAK DATANG. 
AJAK TEMAN LAIN

Read more...

MAJLIS BERBUKA PUASA SUNAT HARI KHAMIS 4 MAC 2010

TARIKH : 4 MAC 2010
TEMPAT : PUSAT TARBIYAH PAS PEKAN CHEMOR
ATURCARA 
6.30 PTG - BACAAN YASIN DAN ALMA'THURAT
7.30 MLM - IFTAR, SOLAT MAGHRIB, SUNAT MAGHRIB
8.00 MLM - KULIAH AYAT MUKMININ (UST WAN)
KULIAH HADIS IMAM BUKHARI (UST ZAKI AL-MISRI)
9.30 MLM - SOLAT ISYA

9.30 MLM - CERAMAH POLITIK 
Ust Wan Ahmad Tarmizi b Abdul Aziz - Ketua Urusan Ulama Tambun
DR Khairuddin Dato Abdul Malik- YDP Pas Tambun
Ust Mustafa Shaari- Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak

muslimin dan muslimat dijemput hadir. moh datang yob!!!!!


Read more...

MUKADIMAH/PEMBUKA BICARA

SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB.  Alhamdulillah bersyukur kepada Allah akhirnya hajat dan cita-cita untuk berda'wah secara maya dikabulkan juga.  Diucapkan jutaan terima kasih kepada pembuat laman web ini mudah-mudahan Allah jualah yang membalas segala kebaikan yang telah dibuat.

Laman web ini akan digunakan sepenuhnya sebagai platform untuk berda'wah secara maya.  Pelayar laman web ini akan insya Allah akan dapat maklumat yang tepat berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah.  Laman Web ini insya Allah akan memaparkan citra Islami yang bebas daripada segala bentuk kemungkaran.  Kalimah yang benar akan tetap menjadi idaman laman ini sebagai pembimbing kepada seluruh anggota masyarakat.  Keredhaan Allah kita cari melalui pertemuan maya sehingga akhirnya bertemu Allah dalam menegakkan kebenaran.

Selamat melayari laman ini dan memperolehi maklumat baik dan diamalkan dalam kehidupan.  AMIN.

Read more...

Mukadimah

>> Ahad, Februari 21, 2010

Alhamdulillah, segala pujian hanya milik Allah.Selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW pemimpin kepada seluruh manusia hingga Hari Qiyamat.

Kepada pengunjung blog ini ,selamat melayarinya........

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto Saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP