ILMU ASAS PERUBAHAN
>> Rabu, Februari 24, 2010
Dalam kontek untuk berhadapan dengan perubahan di era kehidupan maka Islam datang dengan benteng yang mantap iaitu ilmu yang hak dan benar berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah. Nilai yang ditetapkan Al-Qur'an dan Sunnah adalah nilai yang tetap dan tidak pernah berubah. Inilah yang membezakan Kitab ini dengan lain-lain kitab. Lain-lain kitab adalah mengikut kehendak manusia dan bergantung kepada suasana semasa.
Adapun nilai yang ada dalam kitab Al-Qur'an dan Sunnah
1) sesuai dengan fitrah kemanusiaan
2) sesuai dengan mana-mana zaman dan masa
3) nilai Al-Qur'an tidak ada kepentingan manusia. Sesiapa yang mahukan keredhaan Allah dan balasan syurga akan terus berusaha menegakkan nilai yang dikehendaki Kitab Allah
4) Nilai Al-Qur'an membenci rasuah, kezaliman, fitmah, penganiayaan
Untuk menghayati nilai yang baik ini tiada lain dan pilihan melainkan melalui tradisi menuntut ilmu dan proses tazkirah yang berterusan. Tidak cukup dengan bekalan semangat yang berkobar-kobar. Mengtafakkuhkan diri dengan proses kedalaman ilmu Islami akan siap melonjakkan diri menuju keredhaan Allah. Barulah keputusan yang dibuat akan tepat. Menyokong parti yang hendak menegakkan hukum Allah. Sama sekali mereka yang berilmu Islami tidak akan menyokong parti mungkar yang rasuah, menyebar fitnah, menyokong perkauman, isteri pemimpin parti tidak bertudung dan pelbagai jenis mungkar.
Wahai warga emas dan generasi muda bersegeralah menuntut ilmu sehingga dapat dibezakan dengan jelas yang hak dan mungkar.
0 komen:
Catat Ulasan