#1

KERANGKA UNTUK PERUBAHAN

>> Selasa, Februari 23, 2010

PERTAHANAN TERAKHIR UMNO
       Setelah berlaku perubahan landskap politik negara dalam PRU 12, benteng terakhir UMNO sekarang hanya tinggal satu iaitu kampung.  Kampung dalam erti kata kampung yang sebenar atau kampung yang berada di pinggir bandar.  Modus operandi yang dibuat antaranya ialah membuat penguasaan dalam institusi Masjid.  Yang menjadi JK masjid adalah mereka yangtidak datang masjid berjemaah, berseluar pendek, duduk diluar kawasan qaryah.  Pendeknya mereka yang tidak komited dengan masjid dilantik memegang jawatan dalam masjid.

       Masjid adalah pusat aktiviti masyarakat.  Masjid selalunya diikat dengan majlis pengajian ilmu.  Masjid yang dikuasai oleh mereka yang tidak komited dengan Islam, majlis pengajian adalah terhad.  Ada satu masjid dalam DUN Manjoi  sebagai contoh jumlah majlis ilmu sekitar 12 kali sebulan.  Jumlah kutipan bulanan masjid berkenaan hampir RM 10,000 sebulan.  Apakah yang menghalang JK masjid daripada melaksanakan pengajian yang lebih banyak?  Ini tidak lain ialah hasrat JK masjid tidak mahu melihat ahli Qaryah yang lebih berilmu dan mampu membuat perubahan.

       Berbanding dengan satu masjid yang lain dalam DUN Manjoi,  JK masjid tersebut adalah komited dengan perjuangan Islam, jumlah pengajian bulanan 38 kali sebulan.  Setiap malam ada majlis pengajian.  Setiap Subuh Sabtu dan Ahad ada kuliah subuh.  Ada juga kuliah untuk muslimat.  Kebebasan berkuliah ini telah menambah momentum perubahan dalam politik umat.  Ahli Qaryah lebih rasional dalam membuat keputusan berdasarkan keilmuan yang diperolehi.  Inilah perubahan yang berlaku apabila majlis ilmu menjadi teras dalam membuat perubahan.

     Kesimpulan,  JK masjid sengaja diatur dengan mereka yang sangat jauh daripada Islam supaya kejahilan ahli qaryah akan terus berkekalan.  Apabila ahli qaryah kekal dengan kejahilan maka ahli qaryah tersebut akan membuat pertimbangan yang salah 

- ma'ruf dikatakan mungkar dan mungkar dikatakan ma'ruf
- rampasan kuasa haram (rasuah dan seks)  di Perak dikatakan peralihan kuasa
- perbuatan daripada Al-Qur'an dikatakan kolot
- perbuatan jahat disanjung

   Teras dalam konteks perubahan ialah keilmuan.  Inilah usaha yang sedang dilenyapkan oleh pemerintah pada hari ini sama ada kerajaan negeri ataupun pusat.  Kejahilan umat bermakna kekallah pemerintahan.  Umat yang berilmu akan sedia membuat perubahan berdasarkan keilmuan yang ada.  Wahai para pembaca segeralah mencari majlis ilmu agar perubahan yang dibuat adalah lebih kekal dan sentiasa dalam zon ma'ruf

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP