#1

UMNO ZALIMI RAKYAT - NAIK HARGA MINYAK DAN GANTUNG TUGAS KETUA PEMBANGKANG

>> Sabtu, Disember 04, 2010

Inilah strategi UMNO-BN menaikkan harga minyak dan menggantung tugas Ketua Pembangkang.  Ini kena dibaca sekali dan tidak terpisah.

Menggantung tugas Ketua Pembangkang di Parlimen selama 6 bulan bermakna isu kenaikan tidak boleh dibahas di Parlimen secara yang terbaik.  Memang boleh MP Pakatan Rakyat bincang dan bahas.  Yang UMNO tak larat dengar dengan DS Anwar ialah pengalaman beliau sebagai Menteri Kewangan Kerajaan Malaysia selama 8 tahun dan rekad selam 8 tahun itu tiada kenaikan harga minyak.  Ini yang UMNO-BN tak larat dengar.

Menteri yang ada hari ini kerja mudah, tak da duit maka kenaikan barangan dibuat.  Hari ini UMNO-BN hadiah kepada seluruh rakyat dengan kenaikan harga minyak, gas dan gula.  Sudah pasti malam tadi merupakan malam yang sibuk bagi rakyat Malaysia.  Mereka beli gula yang banyak, gas bertong-tong dan minyak dipenuhkan tangkinya.

Wahai seluruh rakyat Malaysia berapalah gamaknya dapat bertahan dengan tindakan yang sedemikian?  1 hari, 2 hari, 3 hari adalah paling banyak.  Apakah kita hidup hanya untuk 3 hari?  Apakah perjuangan kita hanya untuk 3 hari?  Untuk itu jangan undi BN dalam PRU 13.  Jangan sokong UMNO-BN dalam PRU 13.  Sekiranya mereka berkuasa harga barangan akan terus naik dan menyusahkan hidup rakyat.

JAUHI UMNO.  PEMIMPIN UMNO TAK HABIS-HABIS MENYUSAHKAN RAKYAT

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP