UMNO-BN SEDANG GALI KUBUR sendiri
>> Rabu, Disember 15, 2010
B.END (B.berakhir) sedang menggali kubur sendiri. Dengan menggunakan pendedahan laman web berpangkalan di Singapura untuk kes sodomi DS Anwar Ibrahim, sebenarnya BN sedang menuju B.END. Pendedahan ini sebenarnya menambah kesayangan rakyat Malaysia kepada DS Anwar IBrahim dan Pakatan Rakyat. Dalam konteks psikologi BN sedang menggunakan kaedah "over killing" terhadap DS Anwar Ibrahim.
"Over killing" ini akan menyebabkan bukan kebencian. Tetapi terus menambahkan kesayangan rakyat terhadap DS Anwar Ibrahim. Mana mungkin seorang pemimpin luar negara berminat melihat satu orang rakyat Malaysia? Jadi ini adalah reka-rekaan belaka. Kalau benar pemimpin luar negara itu tahu akan hal ini maka jadikanlah dia saksi utama pendakwaraya. Lawan le dalam mahkamah. Kenapa dimalukan DS Anwar di luar mahkamah?
Inilah kaedah yahudi "membunuh karekter" (caracter acessination). Kenapa datang kaedah "membunuh karekter". Ini bermakna pilihanraya ke - 13 adalah sangat hampir. B.END berusaha untuk membunuh karekter DS Anwar Ibrahim pada pandangan umum masyarakat. B.END berpandangan bahawa pada ketika ini ada dua calon bakal PM - ANWAR dan Najib. Pada kajian B.END rakyat mesti memilih DS Anwar sebagai PM dalam PRU 13. Ini bermakna kerajaan baru PR akan mentadbir Putrajaya.
Gelombang ini semakin kuat. Oleh itu kaedah "membunuh karekter" dibuat oleh B.END. B.END tidak akan menggunakan kaedah memenjara DS Anwar kerana kesan lebih tinggi dan buruk kepada B.END sendiri. Rupa-rupanya kaedah "over killing" mendatangkan kebaikan kepada DS Anwar dan PR. Lebih ramai masyarakat mahu mendengar DS Anwar Ibrahim. Polis buat sekatan, orang ramai tak hirau. Inilah kerja B.END sedang menggali kubur sendiri. Talkinkan B.END dalam PRU 13
0 komen:
Catat Ulasan