sejarah kerabat perak
>> Khamis, Jun 05, 2014
Monday, June 2, 2014
Pewaris Tahta Negeri Perak
01 Jun 2014, Ahad :-
Bila bercakap mengenai Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-lah kita terbayangkan baginda sebagai seorang lelaki yang
kacak, berpelajaran tinggi, berpengalaman dalam bidang pentadbiran serta
menjadi tumpuan ramai dimana juga baginda berada. Keputusan Dewan
Negara Perak memilih baginda sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-35
merupakan satu keputusan yang bijak bagi meneruskan legasi pemerintahan
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah yang kita sedia
maklum merupakan Ketua Hakim Negara ke-5. Perlantikan ini
nampak gangil dan tidak pernah berlaku sebelum ini dimana seorang
Sultan Perak yang dimasyhurkan sebagai Sultan yang baru adalah anak
kepada Sultan yang mangkat kerana sistem pengganti Raja di Perak agak
unik iaitu mengikut giliran diantara Raja-Raja Bergelar dan bukannya
diturunkan dari ayah kepada anaknya seperti yang berlaku di
negeri-negeri beraja di Malaysia kecuali Negeri Sembilan.
Pepatah Melayu
ada menyebut, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tidak siapa yang
tahu (melainkan Allah). Ini adalah suratan takdir yang telah ditentukan
oleh yang Maha Esa. Apabila berlaku perkara luar
biasa seperti ini ada diantara kita beranggapan terdapatnya sesuatu
yang tidak kena terhadap perlantikan baginda sebagai Raja Muda Perak
seperti yang tersebar di media sosial dan elektronik
baru-baru ini. Malahan sebelum ini juga ada desas-desus yang
mempersoalkan kedudukan Tuanku Nazrin sebagai Raja Muda Perak dimana
Sultan Perak adalah ayahanda baginda sendiri. Berbagai tomahan yang
tidak berasas telah dilemparkan berhubung isu tetapi ternyata iannya
tidak benarl sama sekali. Seperkara lagi, jika Tuanku Nazrin tidak
dimasyhurkan sebagai Sultan Perak oleh Dewan Negara Perak, ini juga
merupakan sesuatu yang aneh dimana Raja Mudah tidak diangkat sebagai
Sultan.
Mari kita lihat kedudukan pewaris-pewaris tahta negeri Perak bagi memahami perkara sebenar berhubung isu ini.
Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan
Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah ketika itu dikenali sebagai Raja
Nazrin Shah dilantik sebagai Raja Kecil Besar pada 16 Februari 1984 ketika berusia 28 tahun. Gambar
ini diambil pada tahun 1984 sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan
Azlan Shah sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan buat pertama
kalinya. Sultan Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak
Darul Ridzuak ke-34 pada 03 Februari 1984. Kelihatan Raja Nazrin Shah
bergambar bersama-sama Raja-Raja Bergelar yang lainnya iaitu dari kiri
sekali Raja Kecil Tengah, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa ;
Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Sulong, Raja Izzuddin ibni Almarhum Sultan
Idris Shah ; Raja Kecil Besar , Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah
dan Raja Kecil Bongsu, Raja Iskandar Zulkarnain ibni Almarhum Sultan
Idris Shah.
Kedudukan Raja-Raja Bergelar sebagai Pewaris Tahta Negeri Perak Darul Ridzuan mengikut turutan adalah seperti berikut :-
- Sultan Perak
- Raja Muda Perak
- Raja Di Hilir
- Raja Kecil Besar
- Raja Kecil Sulong
- Raja Kecil Tengah
- Raja Kecil Bongsu
Apabila Sultan
Azlan Syah dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-34 pada 03
Februari 1984 kedudukan Pewaris tahta pada ketika itu adalah seperti
berikut :-
- Sultan Perak - Sultan Azlan Shah(03 Feb 1984)
- Raja Muda Perak - Raja Ahmad Saifuddin (03 Feb 1984)
- Raja Di Hilir - Raja Ahmad Hisham (01 Ogos 1978)
- Raja Kecil Besar - Raja Nazrin Shah (16 Feb 1984)
- Raja Kecil Sulong - Raja Izzuddin (01 July 1983)
- Raja Kecil Tengah- Raja Jaafar (03 Feb 1984)
- Raja Kecil Bongsu - Raja Iskandar Dzulkarnain (03 Feb 1984)
Nota :- Tarikh dalam kurungan adalah tarikh lantikan Raja Bergelar / Sultan
Raja Nazrin Shah menandatangani watikah perlantikan sebagai Raja Muda Perak 11 Mei 1987 ketika berusia 31 tahun.
Istiadat Menjunjung Duli Sempena Perlantikan Raja Nazrin Shah sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
Apabila Raja Muda
Raja Ahmad Saifuddin mangkat pada 12 April 1987 dalam usia 57 tahun
kedudukan Raja-Raja Bergelar sepatutnya naik satu anak tangga tetapi
keadaan tidak berlaku sedemikian.
- Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
- Raja Muda Perak -
Raja Ahmad Saifuddin - Raja Di Hilir - Raja Ahmad Hisham (01 Ogos 1978)
- Raja Kecil Besar - Raja Nazrin Shah (16 Feb 1984)
- Raja Kecil Sulong - Raja Izzuddin (01 July 1983)
- Raja Kecil Tengah- Raja Jaafar (03 Feb 1984)
- Raja Kecil Bongsu - Raja Iskandar Dzulkarnain(03 Feb 1984)
Sepatutnya Raja
Ahmad Hisham yang ketika itu merupakan Raja Di Hilir akan dilantik
sebagai Raja Muda dan Raja Nazrin Shah akan naik satu tangga menjadi Raja
Di Hilir dan begitulah yang lain-lainnya. Walau bagaimanapun Raja
Ahmad Hisham telah menolak tawaran untuk naik sebagai Raja Muda diatas faktor
usia baginda yang telah lanjut dan telah memberi laluan kepada Raja
Kecil Besar iaitu Raja Nazrin Shah untuk menjadi Raja Muda manakala
beliau kekal sebagai Raja Di Hilir. Kedudukan pewais tahta adalah
seperti berikut :-
- Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
- Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah(15 April 1987)
- Raja Di Hilir - Raja Ahmad Hisham (01 Ogos 1978)
- Raja Kecil Besar - Raja Izzuddin (11 May 1987)
- Raja Kecil Sulong - Raja Jaafar (1988)
- Raja Kecil Tengah- Raja Iskandar Dzulkarnain (11 May 1987)
- Raja Kecil Bongsu - Raja Ashaman Shah (11 May 1987)
Kedudukan Raja Kecil Bongsu yang kosong telah diisi oleh Raja Ashaman Shah (Allahyarham Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah).
Raja Ahmad Hisham ini agak unik sedikit dimana sebelum ini beliau telah memberi laluan kepada tiga orang individu untuk menjadi Raja Muda dan mengekalkan kedudukan beliau sebagai Raja Di Hilir iaitu Raja Tun Azlan Shah (Sultan Azlan Shah), Raja Ahmad Saifuddin dan Raja Nazrin Shah. Perkara ini dilakukan kerana faktor usia beliau yang sudah lanjut dan tahap kesihatan beliau yang tidak begitu baik.
Apabila Raja Nazrin menjadi Raja Muda dan Sultan yang memerintah pada ketika itu adalah ayahanda baginda sendiri, keadaan ini merupakan satu perkara yang agak luar biasa dan tidak pernah berlaku di Perak sebelum ini dimana sistem pengganti Raja adalah secara giliran dan bukan turun temurun dari ayah kepada anaknya seperti kelaziman yang berlaku di negeri-negeri beraja di Malaysia kecuali Negeri Sembilan.
Raja Ahmad Hisham ini agak unik sedikit dimana sebelum ini beliau telah memberi laluan kepada tiga orang individu untuk menjadi Raja Muda dan mengekalkan kedudukan beliau sebagai Raja Di Hilir iaitu Raja Tun Azlan Shah (Sultan Azlan Shah), Raja Ahmad Saifuddin dan Raja Nazrin Shah. Perkara ini dilakukan kerana faktor usia beliau yang sudah lanjut dan tahap kesihatan beliau yang tidak begitu baik.
Apabila Raja Nazrin menjadi Raja Muda dan Sultan yang memerintah pada ketika itu adalah ayahanda baginda sendiri, keadaan ini merupakan satu perkara yang agak luar biasa dan tidak pernah berlaku di Perak sebelum ini dimana sistem pengganti Raja adalah secara giliran dan bukan turun temurun dari ayah kepada anaknya seperti kelaziman yang berlaku di negeri-negeri beraja di Malaysia kecuali Negeri Sembilan.
Sebab itulah ada
yang membuat rumusan bahawa terdapat ketidak adilan terhadap sistem
giliran pengganti raja di Perak semasa pemerintahan Sultan Azlan Shah
kerana mereka tidak tahu apa yang sebenarnya yang terjadi. Diharap anda
dapat memahami perkara ini seperti penerangan diatas dan tidak mudah
mempercayai sebarang kontroversi terhadap isu ini.
Raja Nazrin Shah
dilantik sebagai Pemangku Raja Perak pada 26 April 1989 untuk tempoh
lima tahun apabila paduka ayahanda baginda ditabalkan Sebagai Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-9. Beberapa tahun kebelakangan
ini sehinggalah kemangkatan Sultan Azlan Shah pada 28 May 2014, Raja
Nazrin Shah sekali lagi menjadi Pemangku Raja Perak disebabkan tahap
kesihatan Sultan Azlan Shah tidak begitu mengizinkan untuk baginda
menjalankan tugas-tugas rasmi.
Selepas kemangkatan Raja Di Hilir, Raja Ahmad Hisham pada 21 September 1997 dalam usia 91 tahun, kedudukan pewaris tahta negeri Perak Darul Ridzuan adalah seperti berikut :-
- Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
- Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah (15 April 1987)
- Raja Di Hilir - Raja Jaafar (10 Mac 1998)
- Raja Kecil Besar - Raja Izzuddin (11 May 1987)
- Raja Kecil Sulong - Raja Iskandar Dzulkarnain (10 Mac 1998)
- Raja Kecil Tengah- Raja Ashaman Shah (10 Mac 1998)
- Raja Kecil Bongsu - Kosong
Pada masa ini Raja
Jaafar telah mendahului Raja Izzuddin sebagai Raja Di Hilir dan Raja
Izzuddin kekal sebagai Raja Kecil Besar. Raja Izzuddin dilantik sebagai
Raja Kecil Bongsu pada 1963 ketika berusia 9 tahun. Selepas Sultan
Azlan Shah menjadi Sultan Perak pada 1984, Ahli Dewan Negara
Perak dan Sultan telah melantik Raja Nazrin Shah, Raja Jaafar dan Raja
Iskandar Dzulkarnain sebagai pewaris tahta (lihat senarai diatas
sekali). Raja Nazrin Shah dilantik sebagai Raja Kecil Besar mengatasi
Raja Izzuddin yang kekal sebagai Raja Kecil Sulong ketika itu. Raja
Izzuddin tidak dinaikkan ke jawatan Raja Kecil Besar kerana sebab-sebab
yang tidak dapat dielakkan. Ayahanda beliau, Sultan Idris II juga pernah
menarik semula gelaran Raja Bergelar kepada Raja Izzuddin tetapi
gelaran itu diberikan semula kepada Raja Izzuddin. Walau bagamanapun
kedudukan pewaris tahta Perak berubah berikutan perlucutan jawatan Raja
Izzuddin sebagai Raja Kecil Besar atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan.
- Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
- Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah (15 April 1987)
- Raja Di Hilir - Raja Jaafar (10 Mac 1998)
- Raja Kecil Besar - Raja Iskandar Dzulkarnain (18 Mac 2010)
- Raja Kecil Sulong - Raja Ashaman Shah(16 Mac 2010)
- Raja Kecil Tengah- Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (18 Mac 2010)
- Raja Kecil Bongsu - Kosong
Senarai pewaris tahta kemudiannya berubah setelah kemangkatan Raja
Ashaman pada 30 Mac 2012 dimana jawatan Raja Kecil Sulong dikosongkan.
- Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
- Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah (15 April 1987)
- Raja Di Hilir - Raja Jaafar (10 Mac 1998)
- Raja Kecil Besar - Raja Iskandar Dzulkarnain (18 Mac 2010)
- Raja Kecil Sulong - Kosong
- Raja Kecil Tengah- Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (18 Mac 2010)
- Raja Kecil Bongsu - Kosong
Berikutan
kemangkatan Sultan Azlan Shah pada 28 May 2014 dalam usia 86 tahun,
Dewan Negara Perak telah bermesyuarat pada lewat petang 28 May 2014 di
Istana Iskandariah untuk melantik Sultan Perak yang baru. Sebelum
pengisytiharan dibuat pada 29 May 2014, rakyat tertunggu-tunggu siapakah
yang bakal menjadi Sultan Perak yang baru berikutan ada desas-desus
yang menyatakan bahawa Raja Nazrin Shah tidak akan dipilih oleh Dewan
Negara Perak sebagai Sultan yang baru. Teka teki berkenaan terjawap
apabila Orang
Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin
membuat pengumaman mengisytiharkan Raja Nazrin Shah sebagai Sultan Perak
Darul Ridzuan ke-35 di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit
Chandan, Kuala Kangsar, Perak sebelum jenazah Almarhum Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah dimakamkan.
Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 dalam usia 58 tahun, baginda menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.
Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 dalam usia 58 tahun, baginda menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.
Diharap entry ini
sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memahami mengapa Sultan
Nazrin menggantikan paduka ayahanda baginda sebagai Sultan Perak Darul
Ridzuan dan segala tomahan yang dilemparkan terhadap perlantikan baginda
sebagai Raja Muda selama ini adalah tidak benar sama sekali.
0 komen:
Catat Ulasan