#1

Azan Maghrib berduet di masjid India Kuala lumpur ,Terbaeeekkk...

>> Selasa, Jun 24, 2014

Read more...

Tribute Allahyarham Ustaz Abu Bakar Chik

Read more...

Omak Kau!!!!: 3 FOTO YANG SUNGGUH MENYAYAT HATI ... BEKAS NAIB K...

>> Rabu, Jun 18, 2014

Omak Kau!!!!: 3 FOTO YANG SUNGGUH MENYAYAT HATI ... BEKAS NAIB K...: RAHMAH OTHMAN DIMASUKKAN KERUMAH JAGAAN ORANG TUA Omak Kau diberitahu melalui mesej inbox bahawa Datuk Paduka Rahmah Othman bekas Naib...

Read more...

Dunia Konspirasi: 10 Bandar dengan Kos Sara Hidup Paling Mahal di Ma...

>> Isnin, Jun 16, 2014

Dunia Konspirasi: 10 Bandar dengan Kos Sara Hidup Paling Mahal di Ma...: Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh  The Malaysian Insider , berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi ...

Read more...

TG Syeikh Nuruddin "Q&A: Istihalah & Isu DNA Babi?" 11.06.14

>> Ahad, Jun 15, 2014

Read more...

Ustaz Azhar Idrus - Malam Nisfu Syaaban

>> Khamis, Jun 12, 2014

Read more...

memahami istihalah


Istihalah Dan gelatin

istihalah sudah diperbincangkan oleh kebanyakan ulamak baik dahulu ataupun zaman sekarang.
Perbincangan hari ini tertumpu kepada gelatine yang diperbuat dari lemak babi.
ada fuqaha yg memutuskan halal gelatin yg diperbuat dari lemak babi kerana ia telah mengalami perubahan yg dinamakan sbg istihalah.
Dr Muhammad Harawi menguatkan hal ini: “bahawa bahan ini telah berubah secara kimiawi. misalnya, bermcm2 jenis sabun, ubat gigi dan sbgnya yg asalnya dari khinzir dan telah lenyap darinya sifat kebabian.” (fatwa muasirah li yusuf al-qaradhawi, jilid 3, dar al-qalam 2001)
Syeikh Muhammad Ali Al-hanooti, Dr Taha Jabir alwani, bbrp orang ulamak berpendapat harus. mereka berpendapat demikian kerana fiqh silam telah membahaskan bahawa khamar yg bertukar menjadi tukar menjadi halal utk dimakan.
walaubagaimana pun, Lajnah Fatwa daimah arab saudi, pimpinan syeikh salih munajjid , mengharamkan selama mana ia berasal dari babi (والراجح تحريمه ولو تحوّل ما دام أصله من الخنزير المحرّم) walaupun ia telah berubah sifat menjadi garam.
tarjih antara kedua pendapat ini, kebanyakan mereka yg berpendapat bolehnya berbuat demikian, dan mengeluarkan fatwa sedemikian ketika ditanyakan oleh umat islam yg berada di luar negara spt di US, Europe, japan dsb yg mana umat islam adalah penduduk minority. kebanyakan makanan yg diproduce mengandungi gelatine dan agak sukar. sesuai dgn kondisi semasa, ia memperbolehkan melainkan apabila umat islam mempunyai kekuatan utk mengelakkan darinya. bagi umat islam di negara umat islam yg kaya dgn sumber2 makanan, tidak memerlukan fatwa sedemikian. kerana dharurat diukur dgn tingkatannya

Read more...

memahami istihalal



Istihalah dan unsur babi: Terma teknikal dan kaedah fiqh – Prof Azizi Ayob


Prof Azizi Ayob
Penulis rasa terpanggil untuk memberi sedikit pendapat berkenaan isu terkini yang diperkatakan oleh golongan ulama’ dan para cendiakawan tersohor berkenaan ‘istihalah’ dan unsur babi dalam makanan dan gelatin. Ini juga rentetan daripada isu coklat Cadbury yang pada awalnya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan 2 sampel coklat tersebut telah disahkan positif mengandungi DNA babi.

Penulis terlibat secara langsung dalam menjalankan kajian penyembelihan halal dan pembuatan halal gelatin di New Zealand pada 2008. Semenjak itu, penulis juga terlibat sebagai ketua penyelidik farmaseutikal produk halal dan diskusi halal bersama JAKIM serta HDC yang dijalankan di negara kita.
Penulis tidak berniat ‘menyanggah’ fatwa Dr Yusuf Al-Qaradawi, dan secara jujur dan rendah diri akan merujuk keputusan Majlis Fatwa Malaysia, dan cuba melihat di mana logik dan teori sains berperanan dalam isu ini.
Di akhir tulisan ini, sangat diharapkan, pihak umum akan memahami ‘terma teknikal dan kaedah fiqh itu’ dan contoh-contoh bahan dan aplikasi konsep ‘istihalah’ yang sangat berkait rapat.
Istihalah dan perkembangan sains dan teknologi
Perkembangan sains dan teknologi dalam pembuatan makanan dan ubat-ubatan secara tidak langsung menyebabkan para cendiakwan serta saintis Islam lebih bersikap progresif dan peka dengan perkembangan yang ada. Sesuatu ketetapan hukum terutama yang berkaitan soal sains dan teknikal, mahu ataupun tidak, perlu mendapat ‘input’ yang tepat daripada pihak saintis.
Konsep istihalah ini sebenarnya datang dari sumber Al-Quran, di mana Allah SWT berfirman dalam surah al-Nahl ayat 66:
“Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pengajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.” (al-Nahl: 66)
Konsep istihalah dapat dilihat dalam ayat ini (al-Nahl 66), iaitu aspek bahawa susu yang dihasilkan oleh binatang ternakan adalah halal walaupun ia berada di antara najis dan darah haiwan berkenaan. Susu itu terhasil daripada makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut yang kemudiannya dicernakan di dalam perut di mana sebahagiannya menjadi darah, daging dan susu, manakala selebihnya menjadi najis yang dikeluarkan apabila tiba masanya. Berdasarkan ayat ini juga, para ulamak merumuskan, perubahan tabi’e darah yang haram dimakan kepada susu dan daging yang suci dan halal dimakan adalah proses istihalah yang diterima1. Dari konsep ini juga cuba diaplikasikan kepada beberapa proses perubahan bahan seperti najis kepada yang dibenarkan untuk dikonsumpsi oleh manusia.
Sesuatu yang perlu difahami bahawa, aplikasi konsep istihalah walaupun disebut dalam banyak karya fiqh silam, masih menjadi sesuatu topik perbincangan yang tidak disepakati di kalangan ulama’. Ini saling berkait-rapat tentang pemahaman dan hujah pada sudut yang berbeza. Walaubagaimanapun, konsep istihalah diterima pakai secara ittifaq dalam beberapa kes sahaja, manakala sejumlah besar lain menjadi pegangan dalam mazhab-mazhab tertentu sahaja.
Secara mudahnya, ‘istihalah’ daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘berubah’ atau perkataan seertinya iaitu perubahan atau pertukaran. Manakala istilah sains yang hampir dengan maksud istihalah ialah ‘transformation’ atau ‘chemical/physical decomposition’. Umumnya, isu ini timbul apabila umat Islam sangat sensitif atas status ‘halal atau haram’ sesuatu produk untuk dimakan. Justeru, aplikasi istilah ini perlu difahami sewajarnya.
Apabila definisi istihalah dalamproses pembuatan makanan dan ubat-ubatan digunapakai, ianya menyentuh empat elemen asas2. Pertama, bahan asal atau bahan mentah. Kedua, agen perubahan yang berlaku. Ketiga, bahan akhir atau bahan baru yang terhasil. Keempat, tujuan pembuatan dan pemprosesan bahan akhir tersebut. Adapun tujuan pembuatan atau pemprosesan, kita melihat sejauh mana ‘design methodology’ digunapakai untuk menghasilkan sesuatu produk akhir tersebut. Di bawah ialah ringkasan konsep ini:
Rajah konsep Istihalah
Selain daripada definisi yang disebutkan di atas, konsep istihalah jugaboleh juga dirumuskan sebagai perubahan sifat jirim atau zat bagi sesuatu bahan yang boleh menyebabkan perubahan hukumnya yang asal. Berdasarkan penjelasan ini, bahan najis yang haram boleh berubah menjadi suci dan halal apabila zatnya berubah menjadi bahan lain yang berbeza sama ada dari segi nama, kriteria dan juga sifatnya3.  Juga pandangan lain berkenaan istihalah iaitu Wahbah al-Zuhayli dalam karya agungnya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh ketika menghuraikan kaedah penyucian najis menyebut bahawa istihalah adalah “proses perubahan sesuatu benda yang najis (`ayn najasah) kepada sesuatu yang suci sama ada secara tabi’e atau melalui perantaraan.4
Aplikasi konsep istihalah dalam pembuatan gelatin
Penulis merasa bertuah kerana berkesempatan membuat penyelidikan secara terperinci dari awal hingga akhir proses pembuatan gelatin halal dari sumber lembu di New Zealand. Daripada pengalaman tersebut, secara mudah kita akan faham sejauh manakah gelatin tersebut boleh disahkan halal atau sebaliknya. Mari kita lihat dalam proses pembuatan gelatin tersebut dan cuba kita aplikasikan konsep ini dan sejauh mana gelatin babi boleh dikategorikan sebagai ‘halal’ ataupun tidak.
Langkah 1: Bahan asas/mentah itu mestilah daripada sumber halal. Ini bermula daripada sembelihan lembu itu menurut kaedah syarak dan disembelih oleh seorang muslim. Kebanyakan bahagian yang digunakan ialah kulit lembu dan terutamanya kulit dan lemak di sekeliling tengkuk lembu. Kadang-kadang juga digunakan tulang, tendon, tisu-tisu serta bahagian lain. Jika lembu tersebut disembelih tidak mengikut kaedah Islam, sebagai contoh lembu itu mati sebelum sembelihan, maka bahan kulit itu akan dibuang dan tidak akan diambil untuk proses seterusnya. Semua bahan asas daripada lembu itu tadi akan diasingkan ke bahagian halal sahaja. Bahan-bahan tersebut akan dipotong mengikut saiz kecil untuk proses seterusnya.
Langkah 2: Penggunaan agen perubahan di sini termasuklah ‘degreasing and roasting’ pada tempoh waktu dan suhu tertentu, rawatan dengan acid dan alkali untuk beberapa hari, seterusnya pemanasan pada suhu tinggi, dan akhirnya proses penyejatan dan pemotongan kepada saiz tertentu. Proses pengasingan juga berlaku pada tahap ini.
Langkah 3: Bahan akhir gelatin tergantung kepada penggunaannya. Ini termasuk mencampurkan pewarna serta bahan additive lain.
Langkah 4: Tujuan asalnya ialah menghasilkan gelatin daripada sumber lembu yang telah disembelih mengikut kaedah syarak. Semua 3 proses di atas adalah halal dan mematuhi standard GMP (Good Manufacturing Practice) dan patuh syariah. 
Sudah pasti daripada salah satu 4 langkah di atas, telah berlaku istihalah atau perubahan pada fizikal sehinggalah gelatin terhasil. Tetapi secara teknikalnya, gelatin ini masih mempunyai unsur-unsur protein atau struktur kimia yang bersumberkan daripada lembu. Proses penghasilan gelatin ini halal kerana setiap langkah di atas mematuhi kriteria halal menurut GMP dan patuh syariah.
Nah cuba kita aplikasikan konsep di atas dan kita gunakan babi sebagai bahan asas pembuatan gelatin. Sebagai seorang saintis, penulis masih memikirkan sejauh mana proses istihalah boleh membenarkan unsur babi tersebut dikategorikan sebagai halal. Adapun mungkin di peringkat akhir iaitu gelatin dan struktur kimia yang baru di mana berlaku perubahan fizikal daripada asalnya unsur babi. Namun sumbernya masih dikategorikan haram dan tidak patuh syariah. Sekalipun babi itu disembelih menurut cara Islam dan patuh syariah, tidak mungkin status kulit, tulang, tendon dan tisu daripada babi itu boleh bertukar status halal. Penulis masih berpendapat, walaupun 3 peringkat yang lain disahkan halal termasuk tujuan pembuatan gelatin, ianya tidak memadai walaupun proses istihalah digunapakai di sini.     
Beberapa pandangan mazhab
Beberapa pandangan mazhab termasuklah yang agak terbuka dan ketat dalam aplikasi istihalah kepada aspek tertentu sahaja. Pandangan ini didokong oleh ulama’ dari kalangan mazhab Syafi‘i dan salah satu pandangan mazhab Hanbali. Mazhab Syafi‘i berpendapat bahawa sesuatu bahan yang najis tidak boleh menjadi suci dengan berubah sifatnya kecuali dalam tiga keadaan. Pertama, arak yang bertukar menjadi cuka dengan sendirinya. Kedua, kulit binatang yang mati selain daripada anjing dan babi menjadi suci apabila disamak. Ketiga adalah sesuatu yang berubah menjadi haiwan seperti bangkai berubah menjadi ulat kerana berlaku suatu kehidupan yang baru. Berdasarkan pendapat tersebut, sesuatu yang berubah dari segi bentuknya tetap dikira najis kerana ia berasal dari sumber yang najis melainkan tiga pengecualian yang dinyatakan.
Kesimpulan
Sewajarnya kita memahami definisi dan aplikasi istihalah dan perbahasan ulama’ silam serta beberapa fatwa kontemporari untuk mematangkan kita. Termasuklah juga penerangan teknikal dan terma sains untuk memudahkan kita memahami konsep istihalah ini. Pengalaman penulis terlibat secara langsung dalam proses pembuatan gelatin dan aplikasi Halal, sangat memberi kelebihan di mana titik tolak ketidakfahaman para pembaca dan umum perlu dirungkai. Peranan dan gabungan pihak berwajib seperti JAKIM, Majlis Fatwa dan para saintis muslim sangat penting dalam menangani isu sebegini supaya umum akan faham apabila sesuatu fatwa itu dikeluarkan. Umum berhak mengetahui dan diberi penjelasan sewajarnya. Sekali lagi penulis ingin tekankan, penerangan di atas untuk memberi kefahaman kepada pihak umum dan aplikasi istihalah itu mempunyai skop dan limitasinya. Jauh sama sekali untuk menyanggah mana-mana fatwa. Semoga bermanfaat. Ameen.    
Rujukan:
1Pendekatan istihalah dalam produk yang berunsurkan babiOleh:Dr Saadan ManJabatan Fiqh & Usul,Akademi Pengajian IslamUniversiti Malaya
2Rujukan dan sedikit penambahan: Teori istihalah menurut perspektif islam dan Sains: Aplikasi terhadap beberapa penghasilan produk makanan oleh Mohammad Aizat Jamaludin dan Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi
3Anisah Ab. Ghani, Jurnal Halal 2008: 45-46,: Muhammad Safiri Makanan Ubahsuai GenetiK: Satu Analisis Hukum, 2008: 78.
4 Wahbah al-Zuhayli, sumber dari al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh

Read more...

Orang ni: Proses Bihun Cap Masjid yang menjijikan..!!!!! [ 1...

>> Selasa, Jun 10, 2014

Orang ni: Proses Bihun Cap Masjid yang menjijikan..!!!!! [ 1...: Agak2 ada tak bihun cap masjid ni kat rumah korang.??? Kalau ada mintak tolong buang la... ayam iti...

Read more...

AAM 1434H; Cara & Kaifiat Qadha Puasa Yang Ditinggalkan BeberapaTahun Ya...

>> Isnin, Jun 09, 2014

Read more...

hak isteri pertama berbanding 2,3,4

Seorang lelaki mempunyai 4 orang ISTERI
Isteri Pertama : Tidak diberi perhatian
Isteri Kedua dan Ketiga : Selalu di beri perhatian
Isteri ke empat : Terlalu diberi perhatian dan kasih sayang
Ketika lelaki itu mahu meninggal, dia memanggil ke empat-empat isterinya.
‘Mahukah kalian menemaniku di alam kubur?’
Isteri ke-4 : ‘Sorry! Sampai sini sahaja aku mengikutmu.’
Isteri ke-2 dan ke-3 : ‘Kami akan menemanimu tapi hanya sampai ke liang kubur sahaja.’
Lelaki itu kecewa. Lalu ditanya pula pada isteri pertama. Isteri pertama menjawab :
‘Aku akan menemanimu ke mana saja kamu pergi dan akan selalu mendampingimu.’
Siapa isteri pertama hingga ke empat?
Isteri ke 4 - Adalah harta dan kekayaan kita
Isteri ke 3 - Teman-teman kita
Isteri ke 2 - Keluarga kita
Isteri Pertama - Merupakan AMALAN kita selama kita hidup di dunia

Read more...

jgn berlaku zalim

>> Ahad, Jun 08, 2014

MESTI TENGOK! Nasib Muhammad Ahmad 'Isawa, Pemusnah,Perusuh & Pembunuh Ikhwanul Muslimin

Jika anda semua membaca kisah ini pasti anda merasa terkejut. Kisah seorang pemuda yang mengkhianat negara sendiri. NILAH NASIB YANG MENIMPA ORANG YANG BERSUBAHAT MEMUSNAHKAN PEJABAT IKHWAN DI MESIR SEBELUM RAMPASAN KUASA KEATAS PRESIDEN DR MURSI. Jom kita ikuti plot kisah ini di bawah
  • Muhammad Ahmad 'Isawa seorang pemuda berusia 28 tahun yang terkenal dengan kekuatan tubuh badannya kerana pernah membunuh singa, boleh memikul bebanan ribuan kilo dan boleh menarik lori serta kenderaan berat. 
  • Dia juga boleh memakan serpihan kaca dan tak lut tikaman pisau.
  • Muhammad Ahmad 'Isawa juga terlibat dengan kegiatan merusuh dan memusnahkan pejabat Ikhwan sebelum rampasan kuasa ke atas Dr Mursi. 
  • Selepas rampasan kuasa dia digunakan pihak polis untuk mengganas terhadap peserta anti rampasan kuasa dan dia telah membunuh 4 orang wanita.
  • Kesudahannya ketika mengganas di satu demo anti kudeta pihak polis tertembak pemuda ini di kepala, perut dan dada.
  •  Akibatnya beliau telah cacat, lumpuh dan tak boleh bangun. 


Mungkin inilah doa orang dizalimi yang dimakbulkan Allah SWT. Jangan lah kita berbuat perangai sedemikian kerana Allah maha mengetahui dan adil

Read more...

World Cup is coming!

>> Khamis, Jun 05, 2014

Read more...

sejarah kerabat perak


Monday, June 2, 2014

Pewaris Tahta Negeri Perak


01 Jun 2014, Ahad :-

Bila bercakap mengenai Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah kita terbayangkan baginda sebagai seorang lelaki yang kacak, berpelajaran tinggi, berpengalaman dalam bidang pentadbiran serta menjadi tumpuan ramai dimana juga baginda berada. Keputusan Dewan Negara Perak memilih baginda sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-35 merupakan satu keputusan yang bijak bagi meneruskan legasi pemerintahan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah yang kita sedia maklum merupakan Ketua Hakim Negara ke-5. Perlantikan ini nampak gangil dan tidak pernah berlaku sebelum ini dimana seorang Sultan Perak yang dimasyhurkan sebagai Sultan yang baru adalah anak kepada Sultan yang mangkat kerana sistem pengganti Raja di Perak agak unik iaitu mengikut giliran diantara Raja-Raja Bergelar dan bukannya diturunkan dari ayah kepada anaknya seperti yang berlaku di negeri-negeri beraja di Malaysia kecuali Negeri Sembilan

Pepatah Melayu ada menyebut, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tidak siapa yang tahu (melainkan Allah). Ini adalah suratan takdir yang telah ditentukan oleh yang Maha Esa. Apabila berlaku perkara luar biasa seperti ini ada diantara kita beranggapan terdapatnya sesuatu yang tidak kena terhadap perlantikan baginda sebagai Raja Muda Perak seperti yang tersebar di media sosial dan elektronik baru-baru ini. Malahan sebelum ini juga ada desas-desus yang mempersoalkan kedudukan Tuanku Nazrin sebagai Raja Muda Perak dimana Sultan Perak adalah ayahanda baginda sendiri. Berbagai tomahan yang tidak berasas telah dilemparkan berhubung isu tetapi ternyata iannya tidak benarl sama sekali.  Seperkara lagi, jika Tuanku Nazrin tidak dimasyhurkan sebagai Sultan Perak oleh Dewan Negara Perak, ini juga merupakan sesuatu yang aneh dimana Raja Mudah tidak diangkat sebagai Sultan.

Mari kita lihat kedudukan pewaris-pewaris tahta negeri Perak bagi memahami perkara sebenar berhubung isu ini.



Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah ketika itu dikenali sebagai Raja Nazrin Shah dilantik sebagai Raja Kecil Besar pada 16 Februari 1984 ketika berusia 28 tahun.  Gambar ini diambil pada tahun 1984 sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan buat pertama kalinya. Sultan Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuak ke-34 pada 03 Februari 1984.  Kelihatan Raja Nazrin Shah bergambar bersama-sama Raja-Raja Bergelar yang lainnya iaitu dari kiri sekali Raja Kecil Tengah, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa ; Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Sulong, Raja Izzuddin ibni Almarhum Sultan Idris Shah ; Raja Kecil Besar , Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah dan Raja Kecil Bongsu, Raja Iskandar Zulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Shah.

Kedudukan Raja-Raja Bergelar sebagai Pewaris Tahta Negeri Perak Darul Ridzuan mengikut turutan adalah seperti berikut :-
  1. Sultan Perak
  2. Raja Muda Perak
  3. Raja Di Hilir
  4. Raja Kecil Besar
  5. Raja Kecil Sulong
  6. Raja Kecil Tengah
  7. Raja Kecil Bongsu
Apabila Sultan Azlan Syah dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-34 pada 03 Februari 1984 kedudukan Pewaris tahta pada ketika itu adalah seperti berikut :-
  1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah(03 Feb 1984)
  2. Raja Muda Perak - Raja Ahmad Saifuddin (03 Feb 1984)
  3. Raja Di Hilir - Raja Ahmad Hisham (01 Ogos 1978)
  4. Raja Kecil Besar - Raja Nazrin Shah (16 Feb 1984)
  5. Raja Kecil Sulong - Raja Izzuddin (01 July 1983)
  6. Raja Kecil Tengah- Raja Jaafar (03 Feb 1984)
  7. Raja Kecil Bongsu - Raja Iskandar Dzulkarnain (03 Feb 1984)
Nota :- Tarikh dalam kurungan adalah tarikh lantikan Raja Bergelar / Sultan


Raja Nazrin Shah menandatangani watikah perlantikan sebagai Raja Muda Perak 11 Mei 1987 ketika berusia 31 tahun.



Istiadat Menjunjung Duli Sempena Perlantikan Raja Nazrin Shah sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.


Apabila Raja Muda Raja Ahmad Saifuddin mangkat pada 12 April 1987 dalam usia 57 tahun kedudukan Raja-Raja Bergelar sepatutnya naik satu anak tangga tetapi keadaan tidak berlaku sedemikian. 
  1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
  2. Raja Muda Perak - Raja Ahmad Saifuddin
  3. Raja Di Hilir - Raja Ahmad Hisham (01 Ogos 1978)
  4. Raja Kecil Besar - Raja Nazrin Shah (16 Feb 1984)
  5. Raja Kecil Sulong - Raja Izzuddin (01 July 1983)
  6. Raja Kecil Tengah- Raja Jaafar (03 Feb 1984)
  7. Raja Kecil Bongsu - Raja Iskandar Dzulkarnain(03 Feb 1984)
Sepatutnya Raja Ahmad Hisham yang ketika itu merupakan Raja Di Hilir akan dilantik sebagai Raja Muda dan Raja Nazrin Shah akan naik satu tangga menjadi Raja Di Hilir dan begitulah yang lain-lainnya.  Walau bagaimanapun Raja Ahmad Hisham telah menolak tawaran untuk naik sebagai Raja Muda diatas faktor usia baginda yang telah lanjut dan telah memberi laluan kepada Raja Kecil Besar iaitu Raja Nazrin Shah untuk menjadi Raja Muda manakala beliau kekal sebagai Raja Di Hilir. Kedudukan pewais tahta adalah seperti berikut :-
  1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
  2. Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah(15 April 1987)
  3. Raja Di Hilir - Raja Ahmad Hisham (01 Ogos 1978)
  4. Raja Kecil Besar - Raja Izzuddin (11 May 1987)
  5. Raja Kecil Sulong - Raja Jaafar (1988)
  6. Raja Kecil Tengah- Raja Iskandar Dzulkarnain (11 May 1987)
  7. Raja Kecil Bongsu - Raja Ashaman Shah (11 May 1987)
Kedudukan Raja Kecil Bongsu yang kosong telah diisi oleh Raja Ashaman Shah (Allahyarham Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah). 

Raja Ahmad  Hisham ini agak unik sedikit dimana sebelum ini beliau telah memberi laluan kepada  tiga orang individu untuk menjadi Raja Muda dan mengekalkan kedudukan beliau sebagai Raja Di Hilir iaitu Raja Tun Azlan Shah (Sultan Azlan Shah), Raja Ahmad Saifuddin dan Raja Nazrin Shah. Perkara ini dilakukan kerana faktor usia beliau yang sudah lanjut dan tahap kesihatan beliau yang tidak begitu baik.

Apabila Raja Nazrin menjadi Raja Muda dan Sultan yang memerintah pada ketika itu adalah ayahanda baginda sendiri, keadaan ini merupakan satu perkara yang agak luar biasa  dan tidak pernah berlaku di Perak sebelum ini dimana sistem pengganti Raja adalah secara giliran dan bukan turun temurun dari ayah kepada anaknya seperti kelaziman yang berlaku di negeri-negeri beraja di Malaysia kecuali Negeri Sembilan.

Sebab itulah ada yang membuat rumusan bahawa terdapat ketidak adilan terhadap sistem giliran pengganti raja di Perak semasa pemerintahan Sultan Azlan Shah kerana mereka tidak tahu apa yang sebenarnya yang terjadi. Diharap anda dapat memahami perkara ini seperti penerangan diatas dan tidak mudah mempercayai sebarang kontroversi  terhadap isu ini.


Raja Nazrin Shah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak pada 26 April 1989 untuk tempoh lima tahun apabila paduka ayahanda baginda ditabalkan Sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-9. Beberapa tahun kebelakangan ini sehinggalah kemangkatan Sultan Azlan Shah pada 28 May 2014, Raja Nazrin Shah sekali lagi menjadi Pemangku Raja Perak disebabkan tahap kesihatan Sultan Azlan Shah tidak begitu mengizinkan untuk baginda menjalankan tugas-tugas rasmi.

Selepas kemangkatan Raja Di Hilir, Raja Ahmad Hisham  pada 21 September 1997  dalam usia 91 tahun, kedudukan pewaris tahta negeri Perak Darul Ridzuan adalah seperti berikut :-

  1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
  2. Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah (15 April 1987)
  3. Raja Di Hilir - Raja Jaafar (10 Mac 1998)
  4. Raja Kecil Besar - Raja Izzuddin (11 May 1987)
  5. Raja Kecil Sulong - Raja Iskandar Dzulkarnain (10 Mac 1998)
  6. Raja Kecil Tengah- Raja Ashaman Shah (10 Mac 1998)
  7. Raja Kecil Bongsu -  Kosong
Pada masa ini Raja Jaafar telah mendahului Raja Izzuddin sebagai Raja Di Hilir dan Raja Izzuddin kekal sebagai Raja Kecil Besar.  Raja Izzuddin dilantik sebagai Raja Kecil Bongsu pada 1963 ketika berusia 9 tahun. Selepas Sultan Azlan Shah menjadi Sultan Perak pada 1984, Ahli Dewan Negara Perak dan Sultan telah melantik Raja Nazrin Shah, Raja Jaafar dan Raja Iskandar Dzulkarnain sebagai pewaris tahta (lihat senarai diatas sekali). Raja Nazrin Shah dilantik sebagai Raja Kecil Besar mengatasi Raja Izzuddin yang kekal sebagai Raja Kecil Sulong ketika itu. Raja Izzuddin tidak dinaikkan ke jawatan Raja Kecil Besar kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Ayahanda beliau, Sultan Idris II juga pernah menarik semula gelaran Raja Bergelar kepada Raja Izzuddin tetapi gelaran itu diberikan semula kepada Raja Izzuddin. Walau bagamanapun kedudukan pewaris tahta Perak berubah berikutan perlucutan jawatan Raja Izzuddin sebagai Raja Kecil Besar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 
  1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
  2. Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah (15 April 1987)
  3. Raja Di Hilir - Raja Jaafar (10 Mac 1998)
  4. Raja Kecil Besar - Raja Iskandar Dzulkarnain (18 Mac 2010)
  5. Raja Kecil Sulong - Raja Ashaman Shah(16 Mac 2010)
  6. Raja Kecil Tengah- Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (18 Mac 2010)
  7. Raja Kecil Bongsu -  Kosong
Senarai pewaris tahta kemudiannya berubah  setelah kemangkatan Raja Ashaman pada 30 Mac 2012 dimana jawatan Raja Kecil Sulong dikosongkan.
  1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
  2. Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah (15 April 1987)
  3. Raja Di Hilir - Raja Jaafar (10 Mac 1998)
  4. Raja Kecil Besar - Raja Iskandar Dzulkarnain (18 Mac 2010)
  5. Raja Kecil Sulong - Kosong
  6. Raja Kecil Tengah- Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (18 Mac 2010)
  7. Raja Kecil Bongsu -  Kosong

Berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah pada 28 May 2014 dalam usia 86 tahun, Dewan Negara Perak telah bermesyuarat pada lewat petang 28 May 2014 di Istana Iskandariah untuk melantik Sultan Perak yang baru. Sebelum pengisytiharan dibuat pada 29 May 2014, rakyat tertunggu-tunggu siapakah yang bakal menjadi Sultan Perak yang baru berikutan ada desas-desus yang menyatakan bahawa Raja Nazrin Shah tidak akan dipilih oleh Dewan Negara Perak sebagai Sultan yang baru. Teka teki berkenaan terjawap apabila Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumaman mengisytiharkan Raja Nazrin Shah sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak sebelum jenazah Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah dimakamkan. 

Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 dalam usia 58 tahun, baginda menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.

Diharap entry ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memahami mengapa Sultan Nazrin menggantikan paduka ayahanda baginda sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan dan segala tomahan yang dilemparkan terhadap perlantikan baginda sebagai Raja Muda selama ini adalah tidak benar sama sekali.

Read more...

Must See: 9/11 and flight 175

>> Ahad, Jun 01, 2014

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP