#1

MP PAS Pasir Mas Bahas RUU Penjara (No. 2) (Pindaan) 2014

>> Jumaat, Oktober 17, 2014

Read more...

Ketua Pembangkang Bahas Belanjawan 2015

Read more...

UMNO Akan Berkubur Seperti MH17 - Timb. MB Kelantan

>> Selasa, September 02, 2014

Read more...

PAS tak sama dengan Parti lain

Jangan anggap PAS sama dengan parti lain

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan menganggap parti itu sama dengan parti yang lain.

Ini, katanya kerana ada dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa PAS sama dengan PKR dan DAP.

"Kita dalam jamaah kita yang benar, yang betul, tegak Islam yang sempurna. Jangan anggap serupa, ini tak betul, tak sama," tegasnya ketika merasmikan Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD) anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, pagi ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan para pendakwah supaya sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas termasuk pungutan derma.
Justeru, tegasnya para pendakwah jangan berbohong dan menipu dengan pungutan derma.
"Pendakwah jangan bohong, penipu, pungut derma jangan salah guna untuk diri, bukan untuk Islam," ujar beliau di hadapan kira-kira 1,000 peserta.
Jelasnya, duit hendaklah dijalankan alat dalam berdakwah, bukannya matlamat.
Beliau menekankan bahawa pendakwah perlu mempunyai sifat bijaksana dan jangan menjadi pendakwah yang bodoh.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan iaitu Duat: Mengangkat Izzah Islam dan Jamaah oleh AJK PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki dan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Azhar Yaacob, Duat: Membugar Fikrah dan Menyebar Risalah oleh Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr Khairudin Aman Razali at-Takiri dan Duat: Mendepani Cabaran Perang Cyber oleh Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Pidato Am bertajuk Duat: Agen Jamaah akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi 4 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Dr Ridhuan Mohd Nor dan AJK DUPP merangkap Ketua DUPN Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.

Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan merasmikan majlis penutup pada jam 5.00 petang. - HARAKAHDAILY 1/9/2014

Read more...

Tujuh Keajaiban Pada Perang Gaza, 20 Juli 2014

Read more...

Ustaz Abdul Hadi Awang DI TENGAH JUTAAN RAKYAT TURKEY ( ISU MESIR )

>> Isnin, September 01, 2014

Read more...

18 agenda bertindak NGO Islam Malaysia

>> Jumaat, Ogos 29, 2014

Read more...

Penduduk Gaza rai kemenangan

Read more...

Naib Ketua Ulama Sedunia

>> Isnin, Ogos 25, 2014

Read more...

siapa PAS dalam krisis MB sgor

>> Rabu, Ogos 20, 2014

Krisis MB Selangor dedah siapa Pas sebenarnya
  • Isu MB Selangor
1 / 1
WALAUPUN Pakatan Rakyat (PR) hampir berpecah di Selangor, tapi Umno Selangor masih tidak dapat mengambil kesempatan.

Ini tidak lain, tidak bukan kerana Umno terlalu lemah di Selangor.

Yang menarik ialah kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang krisis MB Selangor boleh menjadi pengajaran kepada BN sejurus pendirian Pas diketahui semalam.

Meskipun diapi-api Utusan sejak seminggu yang lepas, Pas dan presidennya Abdul Hadi Awang membuat pendirian memberikan pilihan kepada PR dan Sultan Selangor untuk memilih antara Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pendirian bijak itu tersebut mengejutkan lawan Pas iaitu Umno, dan juga mengkagumkan rakannya DAP dan PKR.

Dakwaaan Pas menolak Dr Wan Azizah kerana beliau seorang wanita seperti yang didakwa pelbagai pihak termasuk PKR terbukti fitnah semata-mata dengan pendirian Pas semalam.

Dakwaan bahawa Pas berniat bekerjasama dengan Umno juga jauh meleset.

Geng yang menuduh Pas tidak pandai berpolitik dan tidak tahu bertahaluf juga tak benar.

Meskipun dihentam kiri kanan oleh rakan-rakan di Pakatan kerana hanya ingin bermesyuarat pada 17 Ogos, Pas tetap dengan komitmen bersama PR.

Pas tidak bersikap seperti pihak-pihak lain yang suka “force the issue” (memaksa sesuatu isu) apabila ada perbezaan pendapat.

Kerana ingin mencapai konsensus atas terma sendiri, mereka suka menggunakan frasa-frasa seperti “24 jam yang kritikal”, “peluang terakhir”, “tindakan segera” dan “buktikan sekarang” untuk memaksa rakan-rakan untuk membuat keputusan. Tindakan-tindakan sedemikian langsung tidak membantu dalam menguatkan talian persahabatan.

Ada pula yang suka “buat dulu”, lepas itu maklum. Mereka tidak berminat bertanya sama ada rakan lain suka makan nasi mahupun bubur, yang mereka nak sampaikan ialah “dah jadi bubur, kau telanlah sahaja.” Mereka bukan sahaja bersikap begitu pada rakan, malah pada pihak istana.

Terdapat juga golongan yang amat gopoh sehingga sanggup melangkau ke hadapan dahulu dalam keputusan mereka tanpa memikirkan perasaan dan perkiraan pemimpin sendiri. Ini menunjukkan mereka sudah kurang berkeyakinan atau termakan fitnah bahawa parti mereka sendiri tidak berupaya menyelesaikan kemelut ini dengan baik.

Pas menjaga perasaan semua pihak – rakan-rakannya dan juga pihak istana. Pas pastikan hati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terguris dengan memastikan nama Dr Wan Azizah adalah antara calon yang disokong Pas, meskipun istana menolak permintaan pertama beliau untuk mengadap.

Pas menjaga hati istana dengan membiarkan lebih satu pilihan untuk dipilih menggantikan Khalid. Pas tidak mahu istana terasa Pakatan ada sikap “forcing the issue” – di mana kena mati-mati terima calon yang dicadang Pakatan. Bagi Pas, istana ialah satu institusi yang perlu dihormati dalam kerangka demokrasi negara.

Akan tetapi, selepas mesyuarat di sebuah hotel di Subang Jaya semalam, PR tetap memutuskan untuk menghantar nama Dr Wan Azizah seorang sahaja untuk diperkenan istana. Jika istana menolak, Pas bolehlah bagi tahu nanti – “I have told you so.” Kalau terjadi pembubaran Dun pada masa itu, ingatlah ia bukan salah Pas lagi.

Pengerusi Umno Selangor Noh Omar menyifatkan apa yang berlaku di Selangor sebagai ‘luar tabie’. Bahasa melambangkan watak, jadi penulis tidak perlu mengulas lanjut mengenai perwatakan beliau.

Tapi Noh Omar sedar tak, yang lebih luar biasa di Selangor ialah ketidakmampuan Umno Selangor untuk melakukan apa-apa untuk mengocak situasi dan mengambil kesempatan politik yang begitu meruncing di antara parti-parti komponen PR.

Dengan berbekalkan 12 kerusi Dun, yang Umno boleh buat hanyalah bermain batu api. Tapi itu pun tidak menjadi, apabila exco Selangor daripada Pas Sallehin Mukhyi membuat pendirian tegas akan keluar daripada kerajaan Khalid jika ada Adun Umno yang dilantik menjadi exco.

Kenyataan Sallehin adalah satu langkah cermat menutup segala lubang untuk Umno melakukan sabotaj. Ia adalah langkah “checkmate” kepada Umno Selangor, cuma rakan-rakan Pakatan tidak faham kerana dibutai oleh kemarahan kepada Khalid yang baru memecat exco-exco daripada DAP dan PKR.

Perkara yang paling besar untuk disedari Umno-BN di dalam episod di Selangor ini ialah jangan pandang lemah pada kredibiliti dan komitmen Pas, dan jangan lagi cuba menangguk di air keruh setiap kali berlaku perbezaan pendapat di kalangan pemimpin Pas.

Barangkali itulah pengajaran yang dimaksudkan oleh Muhyiddin – bagaimana tertekan sekalipun, jangan harap Pas mengkhianati sahabat mereka. Sejarah membuktikannya. Dan pada 17 Ogos 2014, Pas membuktikannya sekali lagi.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online

Read more...

Kekal atau Ubah MB Selangor? Orang Selangor Wajib Tonton!!

Read more...

kami bersamamu TG

>> Selasa, Ogos 19, 2014

Kami Bersama Mu Tuan Guru.
Tuan Guru kami tidak akan biarkan kamu bersendirian,
Kami sayang dan kasih pada mu,
Kami hormat dan setia pada mu.
Kami bersedia membantu dan berkorban untuk mu,

Kami sentiasa bersama mu,
Kami tahu kau pewaris anbiya' di zaman mu,
kami istiqamah bersama mu,
Seperti aliran air sungai sentiasa mengalir walaupun terpaksa membelok dan menerjah halangan
Kami tak rela kau bersendirian,
Ketika kau lemah kami membantu mu.
Ketika kau rebah kami memapah mu.
Kegagahan mu kebanggaan kami sekalian,
kami tidak akan biarkan kau menangis bersendirian,
Tubuh dan jiwa kami bersama mu kerana yang maha esa tuhan,
Kau tidak bersendirian,
Kami tetap bersama mu.
Kami tetap bersama mu.
Kami tetap bersama mu
ALLAH AKBAR !!!.
Arman Yusop
Maahad al Iman Kg Menderang Sungkai.
12.45 am Selasa 19/8/14

Read more...

keputusan mesy JK Pas PUSAT

Tidak timbul lagi soal sokong Khalid - Presiden PAS

KOTA BHARU: Presiden PAS menjelaskan Majlis Syura sebelum ini menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandangkan ketika itu Menteri Besar Selangor masih lagi sebagai ahli PKR.
“Maka masalah itu sekarang tidak timbul lagi,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ditanya tuduhan penyelewengan terhadap Khalid belum lagi dapat dibuktikan kata beliau itu adalah perkara lain.
Jawatankuasa PAS Pusat semalam memutuskan PAS menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.
Selain itu mesyuarat itu juga menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengisi jawatan tersebut.
Bercakap pada sidang media bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini katanya, ketika keputusan Majlis Syura menyokong Khalid masih lagi sebagai ahli PKR, namun sekarang tidak lagi. Hadir sama pada sidang media itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. (Foto atas oleh UKMB)
“Malah Khalid dilaporkan menghargai keputusan dibuat PAS semalam,” ujarnya.
Ditanya apa nasihat PAS kepada Khalid, katanya beliau hanya menyatakan pandangannya apabila dapat berjumpa dengan Menteri Besar nanti dan bukan kenyataan melalui media.
Mengenai cadangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hanya mencadang nama Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kata Presiden PAS, Majlis Presiden Pakatan menghargai pencalonan dibuat PAS menggantikan Khalid.
“Majlis Pimpinan mengambil maklum Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali diputuskan sebagai cadangan mengisi jawatan menteri besar.
“Sebaliknya Azmin menghormati keputusan partinya, ini maknanya kita serah kepada Sultan untuk putuskan dengan satu nama nama yang diangkat,” ujarnya.
Oleh itu kata beliau tidak ada percanggahan dengan keputusan sebelum ini, dan terpulang kepada Sultan menamakan sesiapa sahaja termasuk Wan Azizah.
Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat turut menghargai pendirian PAS kekal bersama Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Ditanya kemungkinan Khalid membubarkan Dun, katanya itu terpulang kepada rakyat kerana kuasa membubar Dun hak sultan.
“Kita tidak boleh campur tangan. Kalau tuanku bubar maka kita terima realiti. Namun kita harap tidak berlaku begitu,” katanya.
Presiden PAS juga menolak persepsi nepotisme berlaku bagi mengisi jawatan Meneri Besar Selangor.
Manakala, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak dakwaan PAS sering berubah pendirian. Ini kerana kata beliau perubahan itu berlaku ketika sebelum ada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.
“Dan apabila ada keputusan ia tidak lagi berubah kerana telah dibuat (Jawatankuasa PAS Pusat) dengan bilangan yang ramai,” katanya.
Beliau juga menyokong penuh keputusan dibuah Jawatnkuasa PAS Pusat untuk PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.
Menurutnya kekal dalam Pakatan adalah perkara paling penting sebagai seorang beragama Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat.
“Islam agama tauhid. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah saw hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita panggil tahaluf siyasi.
“Syukur kepada Allah Taala dengan keputusan dibuat semalam kekal dengan Pakatan. Saya sokong keputusan dibuat jawatankuasa PAS Pusat, siapa jadi menteri besar itu soal lain,” tambahnya. - HARAKAHDAILY 18/8/2014

Read more...

inilah kekuatan ulama

>> Sabtu, Ogos 16, 2014

Read more...

hakikat perjuangan, pengkhianat parti

Read more...

bai'ah orang yang bertanding dalam PRU

Bai'ah ahli pas yg masuk pru...
"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini."Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."

Read more...

TSKI kekal MB

>> Isnin, Ogos 11, 2014

Sultan Selangor perkenan Khalid kekal, pertimbang sertai PAS

Oleh Nasaruddin Parzi dan Huzaimi A Ghafar. Cetak
Sultan Selangor perkenan Khalid kekal, pertimbang sertai PAS TAN Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengumumkan beliau masih Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa. Perkara itu dimaklumkan beliau sendiri pada sidang media di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam pertemuan beliau dengannya di Istana Alam Shah, Klang pagi tadi. - Foto Aizuddin Saad
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengumumkan beliau masih Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Perkara itu dimaklumkan beliau sendiri dalam satu sidang media di pejabatnya di sini selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam pertemuan beliau dengannya di Istana Alam Shah, Klang pagi tadi.
Dalam pertemuan itu juga, beliau juga memaklumkan masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Abdul Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang akan mengadakan pertemuan dengan semua EXCO terutama dari DAP dan PKR untuk bertanyakan sokongan mereka terhadapnya, esok, selain memaklumkam 4 EXCO PAS sebelum ini sudah membuat ketetapan menyokong beliau.

Abdul Khalid pagi tadi juga menghadiri mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang berlangsung lebih dua jam.

Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor mencapai tahap kronik selepas PKR mengumumkan mahu menggugurkan Abdul Khalid dan diganti dengan Presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Cadangan itu mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi parti DAP dan PKR, namun PAS mengambil pendirian berbeza, mahu Abdul Khalid dikekalkan.
Kelmarin, Abdul Khalid dipecat keahliannya dalam PKR oleh Lembaga Disiplin parti itu.

Beliau berkata, kerajaan Selangor boleh berfungsi dengan empat EXCO dari Pas yang menyokong dirinya tanpa wakil DAP dan PKR.

Katanya, peraturan di negeri Selangor membenarkan minumum empat EXCO dan maksimum 10 orang dilantik untuk mentadbir kerajaan neger itu.

Selain itu, Khalid turut mempertimbang untuk menyertai PAS namun perlu diteliti sebelum keputusan muktamad dibuat.

"Perkara itu (masuk PAS) akan dipertimbangkan tapi saya kena bersihkan terlebih dahulu segala tohmahan buruk yang dilemparkan PKR," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, sebentar tadi.

Read more...

jawapan TSKI 3

>> Khamis, Ogos 07, 2014

Read more...

jawapan TSKI 2

Read more...

jawapan TSKI

Read more...

Que Achmad menulis...: [EKSKLUSIF] GAMBAR Keadaan Palestin Pada Tahun 190...

>> Rabu, Ogos 06, 2014

Que Achmad menulis...: [EKSKLUSIF] GAMBAR Keadaan Palestin Pada Tahun 190...: [EKSKLUSIF] GAMBAR Keadaan Palestin Pada Tahun 1900 Sebelum Dijajah Israel | GAMBAR KHAS EKSKLUSIF   | Beginilah keadaan Palestin  pada ta...

Read more...

PAS desak buka sempadan Rafah

>> Selasa, Ogos 05, 2014

Read more...

Allahu Akbar !!! Satu Persatu Tank Israel Berhasil Dilumpuhkan Hamas

>> Isnin, Ogos 04, 2014

Read more...

السلفية الجهادية - -غزة محبي الدولة الاسلامية يقصفون اليهود بالصواريخ

>> Sabtu, Ogos 02, 2014

Read more...

Ceramah Shahul Hamid: Mengapa penganut Hindu marah?

>> Khamis, Julai 31, 2014

Read more...

mh 17

>> Sabtu, Julai 19, 2014

Inilah Punca Kenapa Ukraine Tersalah Tembak MH17


(Putin dilihat turun dari pesawat setelah tiba di Russia daripada Brazil)

Ukraine Tersalah Tembak MH17 !



Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.

Read more...

Dr. Hafidzi Mohd Nor: Kenapa perlu boikot McDonalds ?

>> Isnin, Julai 14, 2014

Read more...

Ulama Sunni Tunisia: Wahabi dicipta dan direkrut oleh Yahudi

>> Khamis, Julai 10, 2014

Read more...

دعاء بصوت الشيخ عبد الرحمن السديس يريح القلب

Read more...

Omak Kau!!!!: KETUA MENTERI PULAU PINANG YAB LIM GUAN ENG TIDAK ...

>> Rabu, Julai 09, 2014

Omak Kau!!!!: KETUA MENTERI PULAU PINANG YAB LIM GUAN ENG TIDAK ...: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada pusat sehenti The Lighthouse di sini bagi membantu pusat i...

Read more...

Azan Maghrib berduet di masjid India Kuala lumpur ,Terbaeeekkk...

>> Selasa, Jun 24, 2014

Read more...

Tribute Allahyarham Ustaz Abu Bakar Chik

Read more...

Omak Kau!!!!: 3 FOTO YANG SUNGGUH MENYAYAT HATI ... BEKAS NAIB K...

>> Rabu, Jun 18, 2014

Omak Kau!!!!: 3 FOTO YANG SUNGGUH MENYAYAT HATI ... BEKAS NAIB K...: RAHMAH OTHMAN DIMASUKKAN KERUMAH JAGAAN ORANG TUA Omak Kau diberitahu melalui mesej inbox bahawa Datuk Paduka Rahmah Othman bekas Naib...

Read more...

Dunia Konspirasi: 10 Bandar dengan Kos Sara Hidup Paling Mahal di Ma...

>> Isnin, Jun 16, 2014

Dunia Konspirasi: 10 Bandar dengan Kos Sara Hidup Paling Mahal di Ma...: Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh  The Malaysian Insider , berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi ...

Read more...

TG Syeikh Nuruddin "Q&A: Istihalah & Isu DNA Babi?" 11.06.14

>> Ahad, Jun 15, 2014

Read more...

Ustaz Azhar Idrus - Malam Nisfu Syaaban

>> Khamis, Jun 12, 2014

Read more...

memahami istihalah


Istihalah Dan gelatin

istihalah sudah diperbincangkan oleh kebanyakan ulamak baik dahulu ataupun zaman sekarang.
Perbincangan hari ini tertumpu kepada gelatine yang diperbuat dari lemak babi.
ada fuqaha yg memutuskan halal gelatin yg diperbuat dari lemak babi kerana ia telah mengalami perubahan yg dinamakan sbg istihalah.
Dr Muhammad Harawi menguatkan hal ini: “bahawa bahan ini telah berubah secara kimiawi. misalnya, bermcm2 jenis sabun, ubat gigi dan sbgnya yg asalnya dari khinzir dan telah lenyap darinya sifat kebabian.” (fatwa muasirah li yusuf al-qaradhawi, jilid 3, dar al-qalam 2001)
Syeikh Muhammad Ali Al-hanooti, Dr Taha Jabir alwani, bbrp orang ulamak berpendapat harus. mereka berpendapat demikian kerana fiqh silam telah membahaskan bahawa khamar yg bertukar menjadi tukar menjadi halal utk dimakan.
walaubagaimana pun, Lajnah Fatwa daimah arab saudi, pimpinan syeikh salih munajjid , mengharamkan selama mana ia berasal dari babi (والراجح تحريمه ولو تحوّل ما دام أصله من الخنزير المحرّم) walaupun ia telah berubah sifat menjadi garam.
tarjih antara kedua pendapat ini, kebanyakan mereka yg berpendapat bolehnya berbuat demikian, dan mengeluarkan fatwa sedemikian ketika ditanyakan oleh umat islam yg berada di luar negara spt di US, Europe, japan dsb yg mana umat islam adalah penduduk minority. kebanyakan makanan yg diproduce mengandungi gelatine dan agak sukar. sesuai dgn kondisi semasa, ia memperbolehkan melainkan apabila umat islam mempunyai kekuatan utk mengelakkan darinya. bagi umat islam di negara umat islam yg kaya dgn sumber2 makanan, tidak memerlukan fatwa sedemikian. kerana dharurat diukur dgn tingkatannya

Read more...

memahami istihalal



Istihalah dan unsur babi: Terma teknikal dan kaedah fiqh – Prof Azizi Ayob


Prof Azizi Ayob
Penulis rasa terpanggil untuk memberi sedikit pendapat berkenaan isu terkini yang diperkatakan oleh golongan ulama’ dan para cendiakawan tersohor berkenaan ‘istihalah’ dan unsur babi dalam makanan dan gelatin. Ini juga rentetan daripada isu coklat Cadbury yang pada awalnya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan 2 sampel coklat tersebut telah disahkan positif mengandungi DNA babi.

Penulis terlibat secara langsung dalam menjalankan kajian penyembelihan halal dan pembuatan halal gelatin di New Zealand pada 2008. Semenjak itu, penulis juga terlibat sebagai ketua penyelidik farmaseutikal produk halal dan diskusi halal bersama JAKIM serta HDC yang dijalankan di negara kita.
Penulis tidak berniat ‘menyanggah’ fatwa Dr Yusuf Al-Qaradawi, dan secara jujur dan rendah diri akan merujuk keputusan Majlis Fatwa Malaysia, dan cuba melihat di mana logik dan teori sains berperanan dalam isu ini.
Di akhir tulisan ini, sangat diharapkan, pihak umum akan memahami ‘terma teknikal dan kaedah fiqh itu’ dan contoh-contoh bahan dan aplikasi konsep ‘istihalah’ yang sangat berkait rapat.
Istihalah dan perkembangan sains dan teknologi
Perkembangan sains dan teknologi dalam pembuatan makanan dan ubat-ubatan secara tidak langsung menyebabkan para cendiakwan serta saintis Islam lebih bersikap progresif dan peka dengan perkembangan yang ada. Sesuatu ketetapan hukum terutama yang berkaitan soal sains dan teknikal, mahu ataupun tidak, perlu mendapat ‘input’ yang tepat daripada pihak saintis.
Konsep istihalah ini sebenarnya datang dari sumber Al-Quran, di mana Allah SWT berfirman dalam surah al-Nahl ayat 66:
“Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pengajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.” (al-Nahl: 66)
Konsep istihalah dapat dilihat dalam ayat ini (al-Nahl 66), iaitu aspek bahawa susu yang dihasilkan oleh binatang ternakan adalah halal walaupun ia berada di antara najis dan darah haiwan berkenaan. Susu itu terhasil daripada makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut yang kemudiannya dicernakan di dalam perut di mana sebahagiannya menjadi darah, daging dan susu, manakala selebihnya menjadi najis yang dikeluarkan apabila tiba masanya. Berdasarkan ayat ini juga, para ulamak merumuskan, perubahan tabi’e darah yang haram dimakan kepada susu dan daging yang suci dan halal dimakan adalah proses istihalah yang diterima1. Dari konsep ini juga cuba diaplikasikan kepada beberapa proses perubahan bahan seperti najis kepada yang dibenarkan untuk dikonsumpsi oleh manusia.
Sesuatu yang perlu difahami bahawa, aplikasi konsep istihalah walaupun disebut dalam banyak karya fiqh silam, masih menjadi sesuatu topik perbincangan yang tidak disepakati di kalangan ulama’. Ini saling berkait-rapat tentang pemahaman dan hujah pada sudut yang berbeza. Walaubagaimanapun, konsep istihalah diterima pakai secara ittifaq dalam beberapa kes sahaja, manakala sejumlah besar lain menjadi pegangan dalam mazhab-mazhab tertentu sahaja.
Secara mudahnya, ‘istihalah’ daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘berubah’ atau perkataan seertinya iaitu perubahan atau pertukaran. Manakala istilah sains yang hampir dengan maksud istihalah ialah ‘transformation’ atau ‘chemical/physical decomposition’. Umumnya, isu ini timbul apabila umat Islam sangat sensitif atas status ‘halal atau haram’ sesuatu produk untuk dimakan. Justeru, aplikasi istilah ini perlu difahami sewajarnya.
Apabila definisi istihalah dalamproses pembuatan makanan dan ubat-ubatan digunapakai, ianya menyentuh empat elemen asas2. Pertama, bahan asal atau bahan mentah. Kedua, agen perubahan yang berlaku. Ketiga, bahan akhir atau bahan baru yang terhasil. Keempat, tujuan pembuatan dan pemprosesan bahan akhir tersebut. Adapun tujuan pembuatan atau pemprosesan, kita melihat sejauh mana ‘design methodology’ digunapakai untuk menghasilkan sesuatu produk akhir tersebut. Di bawah ialah ringkasan konsep ini:
Rajah konsep Istihalah
Selain daripada definisi yang disebutkan di atas, konsep istihalah jugaboleh juga dirumuskan sebagai perubahan sifat jirim atau zat bagi sesuatu bahan yang boleh menyebabkan perubahan hukumnya yang asal. Berdasarkan penjelasan ini, bahan najis yang haram boleh berubah menjadi suci dan halal apabila zatnya berubah menjadi bahan lain yang berbeza sama ada dari segi nama, kriteria dan juga sifatnya3.  Juga pandangan lain berkenaan istihalah iaitu Wahbah al-Zuhayli dalam karya agungnya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh ketika menghuraikan kaedah penyucian najis menyebut bahawa istihalah adalah “proses perubahan sesuatu benda yang najis (`ayn najasah) kepada sesuatu yang suci sama ada secara tabi’e atau melalui perantaraan.4
Aplikasi konsep istihalah dalam pembuatan gelatin
Penulis merasa bertuah kerana berkesempatan membuat penyelidikan secara terperinci dari awal hingga akhir proses pembuatan gelatin halal dari sumber lembu di New Zealand. Daripada pengalaman tersebut, secara mudah kita akan faham sejauh manakah gelatin tersebut boleh disahkan halal atau sebaliknya. Mari kita lihat dalam proses pembuatan gelatin tersebut dan cuba kita aplikasikan konsep ini dan sejauh mana gelatin babi boleh dikategorikan sebagai ‘halal’ ataupun tidak.
Langkah 1: Bahan asas/mentah itu mestilah daripada sumber halal. Ini bermula daripada sembelihan lembu itu menurut kaedah syarak dan disembelih oleh seorang muslim. Kebanyakan bahagian yang digunakan ialah kulit lembu dan terutamanya kulit dan lemak di sekeliling tengkuk lembu. Kadang-kadang juga digunakan tulang, tendon, tisu-tisu serta bahagian lain. Jika lembu tersebut disembelih tidak mengikut kaedah Islam, sebagai contoh lembu itu mati sebelum sembelihan, maka bahan kulit itu akan dibuang dan tidak akan diambil untuk proses seterusnya. Semua bahan asas daripada lembu itu tadi akan diasingkan ke bahagian halal sahaja. Bahan-bahan tersebut akan dipotong mengikut saiz kecil untuk proses seterusnya.
Langkah 2: Penggunaan agen perubahan di sini termasuklah ‘degreasing and roasting’ pada tempoh waktu dan suhu tertentu, rawatan dengan acid dan alkali untuk beberapa hari, seterusnya pemanasan pada suhu tinggi, dan akhirnya proses penyejatan dan pemotongan kepada saiz tertentu. Proses pengasingan juga berlaku pada tahap ini.
Langkah 3: Bahan akhir gelatin tergantung kepada penggunaannya. Ini termasuk mencampurkan pewarna serta bahan additive lain.
Langkah 4: Tujuan asalnya ialah menghasilkan gelatin daripada sumber lembu yang telah disembelih mengikut kaedah syarak. Semua 3 proses di atas adalah halal dan mematuhi standard GMP (Good Manufacturing Practice) dan patuh syariah. 
Sudah pasti daripada salah satu 4 langkah di atas, telah berlaku istihalah atau perubahan pada fizikal sehinggalah gelatin terhasil. Tetapi secara teknikalnya, gelatin ini masih mempunyai unsur-unsur protein atau struktur kimia yang bersumberkan daripada lembu. Proses penghasilan gelatin ini halal kerana setiap langkah di atas mematuhi kriteria halal menurut GMP dan patuh syariah.
Nah cuba kita aplikasikan konsep di atas dan kita gunakan babi sebagai bahan asas pembuatan gelatin. Sebagai seorang saintis, penulis masih memikirkan sejauh mana proses istihalah boleh membenarkan unsur babi tersebut dikategorikan sebagai halal. Adapun mungkin di peringkat akhir iaitu gelatin dan struktur kimia yang baru di mana berlaku perubahan fizikal daripada asalnya unsur babi. Namun sumbernya masih dikategorikan haram dan tidak patuh syariah. Sekalipun babi itu disembelih menurut cara Islam dan patuh syariah, tidak mungkin status kulit, tulang, tendon dan tisu daripada babi itu boleh bertukar status halal. Penulis masih berpendapat, walaupun 3 peringkat yang lain disahkan halal termasuk tujuan pembuatan gelatin, ianya tidak memadai walaupun proses istihalah digunapakai di sini.     
Beberapa pandangan mazhab
Beberapa pandangan mazhab termasuklah yang agak terbuka dan ketat dalam aplikasi istihalah kepada aspek tertentu sahaja. Pandangan ini didokong oleh ulama’ dari kalangan mazhab Syafi‘i dan salah satu pandangan mazhab Hanbali. Mazhab Syafi‘i berpendapat bahawa sesuatu bahan yang najis tidak boleh menjadi suci dengan berubah sifatnya kecuali dalam tiga keadaan. Pertama, arak yang bertukar menjadi cuka dengan sendirinya. Kedua, kulit binatang yang mati selain daripada anjing dan babi menjadi suci apabila disamak. Ketiga adalah sesuatu yang berubah menjadi haiwan seperti bangkai berubah menjadi ulat kerana berlaku suatu kehidupan yang baru. Berdasarkan pendapat tersebut, sesuatu yang berubah dari segi bentuknya tetap dikira najis kerana ia berasal dari sumber yang najis melainkan tiga pengecualian yang dinyatakan.
Kesimpulan
Sewajarnya kita memahami definisi dan aplikasi istihalah dan perbahasan ulama’ silam serta beberapa fatwa kontemporari untuk mematangkan kita. Termasuklah juga penerangan teknikal dan terma sains untuk memudahkan kita memahami konsep istihalah ini. Pengalaman penulis terlibat secara langsung dalam proses pembuatan gelatin dan aplikasi Halal, sangat memberi kelebihan di mana titik tolak ketidakfahaman para pembaca dan umum perlu dirungkai. Peranan dan gabungan pihak berwajib seperti JAKIM, Majlis Fatwa dan para saintis muslim sangat penting dalam menangani isu sebegini supaya umum akan faham apabila sesuatu fatwa itu dikeluarkan. Umum berhak mengetahui dan diberi penjelasan sewajarnya. Sekali lagi penulis ingin tekankan, penerangan di atas untuk memberi kefahaman kepada pihak umum dan aplikasi istihalah itu mempunyai skop dan limitasinya. Jauh sama sekali untuk menyanggah mana-mana fatwa. Semoga bermanfaat. Ameen.    
Rujukan:
1Pendekatan istihalah dalam produk yang berunsurkan babiOleh:Dr Saadan ManJabatan Fiqh & Usul,Akademi Pengajian IslamUniversiti Malaya
2Rujukan dan sedikit penambahan: Teori istihalah menurut perspektif islam dan Sains: Aplikasi terhadap beberapa penghasilan produk makanan oleh Mohammad Aizat Jamaludin dan Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi
3Anisah Ab. Ghani, Jurnal Halal 2008: 45-46,: Muhammad Safiri Makanan Ubahsuai GenetiK: Satu Analisis Hukum, 2008: 78.
4 Wahbah al-Zuhayli, sumber dari al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh

Read more...

Orang ni: Proses Bihun Cap Masjid yang menjijikan..!!!!! [ 1...

>> Selasa, Jun 10, 2014

Orang ni: Proses Bihun Cap Masjid yang menjijikan..!!!!! [ 1...: Agak2 ada tak bihun cap masjid ni kat rumah korang.??? Kalau ada mintak tolong buang la... ayam iti...

Read more...

AAM 1434H; Cara & Kaifiat Qadha Puasa Yang Ditinggalkan BeberapaTahun Ya...

>> Isnin, Jun 09, 2014

Read more...

hak isteri pertama berbanding 2,3,4

Seorang lelaki mempunyai 4 orang ISTERI
Isteri Pertama : Tidak diberi perhatian
Isteri Kedua dan Ketiga : Selalu di beri perhatian
Isteri ke empat : Terlalu diberi perhatian dan kasih sayang
Ketika lelaki itu mahu meninggal, dia memanggil ke empat-empat isterinya.
‘Mahukah kalian menemaniku di alam kubur?’
Isteri ke-4 : ‘Sorry! Sampai sini sahaja aku mengikutmu.’
Isteri ke-2 dan ke-3 : ‘Kami akan menemanimu tapi hanya sampai ke liang kubur sahaja.’
Lelaki itu kecewa. Lalu ditanya pula pada isteri pertama. Isteri pertama menjawab :
‘Aku akan menemanimu ke mana saja kamu pergi dan akan selalu mendampingimu.’
Siapa isteri pertama hingga ke empat?
Isteri ke 4 - Adalah harta dan kekayaan kita
Isteri ke 3 - Teman-teman kita
Isteri ke 2 - Keluarga kita
Isteri Pertama - Merupakan AMALAN kita selama kita hidup di dunia

Read more...

jgn berlaku zalim

>> Ahad, Jun 08, 2014

MESTI TENGOK! Nasib Muhammad Ahmad 'Isawa, Pemusnah,Perusuh & Pembunuh Ikhwanul Muslimin

Jika anda semua membaca kisah ini pasti anda merasa terkejut. Kisah seorang pemuda yang mengkhianat negara sendiri. NILAH NASIB YANG MENIMPA ORANG YANG BERSUBAHAT MEMUSNAHKAN PEJABAT IKHWAN DI MESIR SEBELUM RAMPASAN KUASA KEATAS PRESIDEN DR MURSI. Jom kita ikuti plot kisah ini di bawah
  • Muhammad Ahmad 'Isawa seorang pemuda berusia 28 tahun yang terkenal dengan kekuatan tubuh badannya kerana pernah membunuh singa, boleh memikul bebanan ribuan kilo dan boleh menarik lori serta kenderaan berat. 
  • Dia juga boleh memakan serpihan kaca dan tak lut tikaman pisau.
  • Muhammad Ahmad 'Isawa juga terlibat dengan kegiatan merusuh dan memusnahkan pejabat Ikhwan sebelum rampasan kuasa ke atas Dr Mursi. 
  • Selepas rampasan kuasa dia digunakan pihak polis untuk mengganas terhadap peserta anti rampasan kuasa dan dia telah membunuh 4 orang wanita.
  • Kesudahannya ketika mengganas di satu demo anti kudeta pihak polis tertembak pemuda ini di kepala, perut dan dada.
  •  Akibatnya beliau telah cacat, lumpuh dan tak boleh bangun. 


Mungkin inilah doa orang dizalimi yang dimakbulkan Allah SWT. Jangan lah kita berbuat perangai sedemikian kerana Allah maha mengetahui dan adil

Read more...

World Cup is coming!

>> Khamis, Jun 05, 2014

Read more...

sejarah kerabat perak


Monday, June 2, 2014

Pewaris Tahta Negeri Perak


01 Jun 2014, Ahad :-

Bila bercakap mengenai Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah kita terbayangkan baginda sebagai seorang lelaki yang kacak, berpelajaran tinggi, berpengalaman dalam bidang pentadbiran serta menjadi tumpuan ramai dimana juga baginda berada. Keputusan Dewan Negara Perak memilih baginda sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-35 merupakan satu keputusan yang bijak bagi meneruskan legasi pemerintahan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah yang kita sedia maklum merupakan Ketua Hakim Negara ke-5. Perlantikan ini nampak gangil dan tidak pernah berlaku sebelum ini dimana seorang Sultan Perak yang dimasyhurkan sebagai Sultan yang baru adalah anak kepada Sultan yang mangkat kerana sistem pengganti Raja di Perak agak unik iaitu mengikut giliran diantara Raja-Raja Bergelar dan bukannya diturunkan dari ayah kepada anaknya seperti yang berlaku di negeri-negeri beraja di Malaysia kecuali Negeri Sembilan

Pepatah Melayu ada menyebut, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tidak siapa yang tahu (melainkan Allah). Ini adalah suratan takdir yang telah ditentukan oleh yang Maha Esa. Apabila berlaku perkara luar biasa seperti ini ada diantara kita beranggapan terdapatnya sesuatu yang tidak kena terhadap perlantikan baginda sebagai Raja Muda Perak seperti yang tersebar di media sosial dan elektronik baru-baru ini. Malahan sebelum ini juga ada desas-desus yang mempersoalkan kedudukan Tuanku Nazrin sebagai Raja Muda Perak dimana Sultan Perak adalah ayahanda baginda sendiri. Berbagai tomahan yang tidak berasas telah dilemparkan berhubung isu tetapi ternyata iannya tidak benarl sama sekali.  Seperkara lagi, jika Tuanku Nazrin tidak dimasyhurkan sebagai Sultan Perak oleh Dewan Negara Perak, ini juga merupakan sesuatu yang aneh dimana Raja Mudah tidak diangkat sebagai Sultan.

Mari kita lihat kedudukan pewaris-pewaris tahta negeri Perak bagi memahami perkara sebenar berhubung isu ini.



Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah ketika itu dikenali sebagai Raja Nazrin Shah dilantik sebagai Raja Kecil Besar pada 16 Februari 1984 ketika berusia 28 tahun.  Gambar ini diambil pada tahun 1984 sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan buat pertama kalinya. Sultan Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuak ke-34 pada 03 Februari 1984.  Kelihatan Raja Nazrin Shah bergambar bersama-sama Raja-Raja Bergelar yang lainnya iaitu dari kiri sekali Raja Kecil Tengah, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa ; Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Sulong, Raja Izzuddin ibni Almarhum Sultan Idris Shah ; Raja Kecil Besar , Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah dan Raja Kecil Bongsu, Raja Iskandar Zulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Shah.

Kedudukan Raja-Raja Bergelar sebagai Pewaris Tahta Negeri Perak Darul Ridzuan mengikut turutan adalah seperti berikut :-
  1. Sultan Perak
  2. Raja Muda Perak
  3. Raja Di Hilir
  4. Raja Kecil Besar
  5. Raja Kecil Sulong
  6. Raja Kecil Tengah
  7. Raja Kecil Bongsu
Apabila Sultan Azlan Syah dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-34 pada 03 Februari 1984 kedudukan Pewaris tahta pada ketika itu adalah seperti berikut :-
  1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah(03 Feb 1984)
  2. Raja Muda Perak - Raja Ahmad Saifuddin (03 Feb 1984)
  3. Raja Di Hilir - Raja Ahmad Hisham (01 Ogos 1978)
  4. Raja Kecil Besar - Raja Nazrin Shah (16 Feb 1984)
  5. Raja Kecil Sulong - Raja Izzuddin (01 July 1983)
  6. Raja Kecil Tengah- Raja Jaafar (03 Feb 1984)
  7. Raja Kecil Bongsu - Raja Iskandar Dzulkarnain (03 Feb 1984)
Nota :- Tarikh dalam kurungan adalah tarikh lantikan Raja Bergelar / Sultan


Raja Nazrin Shah menandatangani watikah perlantikan sebagai Raja Muda Perak 11 Mei 1987 ketika berusia 31 tahun.



Istiadat Menjunjung Duli Sempena Perlantikan Raja Nazrin Shah sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.


Apabila Raja Muda Raja Ahmad Saifuddin mangkat pada 12 April 1987 dalam usia 57 tahun kedudukan Raja-Raja Bergelar sepatutnya naik satu anak tangga tetapi keadaan tidak berlaku sedemikian. 
  1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
  2. Raja Muda Perak - Raja Ahmad Saifuddin
  3. Raja Di Hilir - Raja Ahmad Hisham (01 Ogos 1978)
  4. Raja Kecil Besar - Raja Nazrin Shah (16 Feb 1984)
  5. Raja Kecil Sulong - Raja Izzuddin (01 July 1983)
  6. Raja Kecil Tengah- Raja Jaafar (03 Feb 1984)
  7. Raja Kecil Bongsu - Raja Iskandar Dzulkarnain(03 Feb 1984)
Sepatutnya Raja Ahmad Hisham yang ketika itu merupakan Raja Di Hilir akan dilantik sebagai Raja Muda dan Raja Nazrin Shah akan naik satu tangga menjadi Raja Di Hilir dan begitulah yang lain-lainnya.  Walau bagaimanapun Raja Ahmad Hisham telah menolak tawaran untuk naik sebagai Raja Muda diatas faktor usia baginda yang telah lanjut dan telah memberi laluan kepada Raja Kecil Besar iaitu Raja Nazrin Shah untuk menjadi Raja Muda manakala beliau kekal sebagai Raja Di Hilir. Kedudukan pewais tahta adalah seperti berikut :-
  1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
  2. Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah(15 April 1987)
  3. Raja Di Hilir - Raja Ahmad Hisham (01 Ogos 1978)
  4. Raja Kecil Besar - Raja Izzuddin (11 May 1987)
  5. Raja Kecil Sulong - Raja Jaafar (1988)
  6. Raja Kecil Tengah- Raja Iskandar Dzulkarnain (11 May 1987)
  7. Raja Kecil Bongsu - Raja Ashaman Shah (11 May 1987)
Kedudukan Raja Kecil Bongsu yang kosong telah diisi oleh Raja Ashaman Shah (Allahyarham Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah). 

Raja Ahmad  Hisham ini agak unik sedikit dimana sebelum ini beliau telah memberi laluan kepada  tiga orang individu untuk menjadi Raja Muda dan mengekalkan kedudukan beliau sebagai Raja Di Hilir iaitu Raja Tun Azlan Shah (Sultan Azlan Shah), Raja Ahmad Saifuddin dan Raja Nazrin Shah. Perkara ini dilakukan kerana faktor usia beliau yang sudah lanjut dan tahap kesihatan beliau yang tidak begitu baik.

Apabila Raja Nazrin menjadi Raja Muda dan Sultan yang memerintah pada ketika itu adalah ayahanda baginda sendiri, keadaan ini merupakan satu perkara yang agak luar biasa  dan tidak pernah berlaku di Perak sebelum ini dimana sistem pengganti Raja adalah secara giliran dan bukan turun temurun dari ayah kepada anaknya seperti kelaziman yang berlaku di negeri-negeri beraja di Malaysia kecuali Negeri Sembilan.

Sebab itulah ada yang membuat rumusan bahawa terdapat ketidak adilan terhadap sistem giliran pengganti raja di Perak semasa pemerintahan Sultan Azlan Shah kerana mereka tidak tahu apa yang sebenarnya yang terjadi. Diharap anda dapat memahami perkara ini seperti penerangan diatas dan tidak mudah mempercayai sebarang kontroversi  terhadap isu ini.


Raja Nazrin Shah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak pada 26 April 1989 untuk tempoh lima tahun apabila paduka ayahanda baginda ditabalkan Sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-9. Beberapa tahun kebelakangan ini sehinggalah kemangkatan Sultan Azlan Shah pada 28 May 2014, Raja Nazrin Shah sekali lagi menjadi Pemangku Raja Perak disebabkan tahap kesihatan Sultan Azlan Shah tidak begitu mengizinkan untuk baginda menjalankan tugas-tugas rasmi.

Selepas kemangkatan Raja Di Hilir, Raja Ahmad Hisham  pada 21 September 1997  dalam usia 91 tahun, kedudukan pewaris tahta negeri Perak Darul Ridzuan adalah seperti berikut :-

  1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
  2. Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah (15 April 1987)
  3. Raja Di Hilir - Raja Jaafar (10 Mac 1998)
  4. Raja Kecil Besar - Raja Izzuddin (11 May 1987)
  5. Raja Kecil Sulong - Raja Iskandar Dzulkarnain (10 Mac 1998)
  6. Raja Kecil Tengah- Raja Ashaman Shah (10 Mac 1998)
  7. Raja Kecil Bongsu -  Kosong
Pada masa ini Raja Jaafar telah mendahului Raja Izzuddin sebagai Raja Di Hilir dan Raja Izzuddin kekal sebagai Raja Kecil Besar.  Raja Izzuddin dilantik sebagai Raja Kecil Bongsu pada 1963 ketika berusia 9 tahun. Selepas Sultan Azlan Shah menjadi Sultan Perak pada 1984, Ahli Dewan Negara Perak dan Sultan telah melantik Raja Nazrin Shah, Raja Jaafar dan Raja Iskandar Dzulkarnain sebagai pewaris tahta (lihat senarai diatas sekali). Raja Nazrin Shah dilantik sebagai Raja Kecil Besar mengatasi Raja Izzuddin yang kekal sebagai Raja Kecil Sulong ketika itu. Raja Izzuddin tidak dinaikkan ke jawatan Raja Kecil Besar kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Ayahanda beliau, Sultan Idris II juga pernah menarik semula gelaran Raja Bergelar kepada Raja Izzuddin tetapi gelaran itu diberikan semula kepada Raja Izzuddin. Walau bagamanapun kedudukan pewaris tahta Perak berubah berikutan perlucutan jawatan Raja Izzuddin sebagai Raja Kecil Besar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 
  1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
  2. Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah (15 April 1987)
  3. Raja Di Hilir - Raja Jaafar (10 Mac 1998)
  4. Raja Kecil Besar - Raja Iskandar Dzulkarnain (18 Mac 2010)
  5. Raja Kecil Sulong - Raja Ashaman Shah(16 Mac 2010)
  6. Raja Kecil Tengah- Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (18 Mac 2010)
  7. Raja Kecil Bongsu -  Kosong
Senarai pewaris tahta kemudiannya berubah  setelah kemangkatan Raja Ashaman pada 30 Mac 2012 dimana jawatan Raja Kecil Sulong dikosongkan.
  1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
  2. Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah (15 April 1987)
  3. Raja Di Hilir - Raja Jaafar (10 Mac 1998)
  4. Raja Kecil Besar - Raja Iskandar Dzulkarnain (18 Mac 2010)
  5. Raja Kecil Sulong - Kosong
  6. Raja Kecil Tengah- Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (18 Mac 2010)
  7. Raja Kecil Bongsu -  Kosong

Berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah pada 28 May 2014 dalam usia 86 tahun, Dewan Negara Perak telah bermesyuarat pada lewat petang 28 May 2014 di Istana Iskandariah untuk melantik Sultan Perak yang baru. Sebelum pengisytiharan dibuat pada 29 May 2014, rakyat tertunggu-tunggu siapakah yang bakal menjadi Sultan Perak yang baru berikutan ada desas-desus yang menyatakan bahawa Raja Nazrin Shah tidak akan dipilih oleh Dewan Negara Perak sebagai Sultan yang baru. Teka teki berkenaan terjawap apabila Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumaman mengisytiharkan Raja Nazrin Shah sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak sebelum jenazah Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah dimakamkan. 

Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 dalam usia 58 tahun, baginda menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.

Diharap entry ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memahami mengapa Sultan Nazrin menggantikan paduka ayahanda baginda sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan dan segala tomahan yang dilemparkan terhadap perlantikan baginda sebagai Raja Muda selama ini adalah tidak benar sama sekali.

Read more...

Must See: 9/11 and flight 175

>> Ahad, Jun 01, 2014

Read more...

AP20140525 Hudud: Teguran Hadi kepada Dyana tepat, kata penganalisis

>> Sabtu, Mei 31, 2014

Read more...

Cadbury: Jakim patut saman

Read more...

Panda: Perjanjian paling tolol

Read more...

mh 370

>> Jumaat, Mei 30, 2014

Pendahuluan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam serta seluruh Itrah Ahli Baitnya dari awal dan akhir. Semoga dengan mereka kita mendapat lebih banyak ilmu dan akan menerima payung syafaat Baginda Rasulullah di hari akhirat kelak, insyaALLAH.

"Wamakaru WamakaraALLAH, WALLAHu Khairul Maakirin. Dan mereka melaksanakan rencana dan ALLAH juga merencana, dan perencanaan ALLAH itulah sebaik-baik perencanaan." QS Ali Imrah: 54.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayatNYA, saya berjaya juga menyiapkan artikel "Grand Finale" ini disini pada malam ini, iaitu tepat jam 2.58 pagi waktu Malaysia diteratak saya tempat saya sering berfikir dan menganalisa. Setelah lebih 20 hari saya meneliti dan menganalisa, akhirnya saya temui jawapan mengenai misteri MH370 ini. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana, daripada DIA jualah saya mendapat ilham dan juga jalan untuk menyelesaikan misi pencarian saya mengenai MH370 ini.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam misi saya ini dan kepada semua yang pernah bersama saya sepanjang saya mencari jawapan tentang MH370 ini, SYABAS dan TAHNIAH saya ucapkan kepada anda semua kerana telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pembaca yang setia menanti artikel saya ini diterbitkan. Terima kasih tak terhingga kepada semua authorized person yang telah banyak membantu saya dalam misi saya.
Akhirnya, selesai juga artikel saya tentang MH370. Semoga dengan tertutupnya cerita ini di blog saya dapat merungkaikan kesulitan dan juga keanehan yang terjadi sepanjang hilangnya MH370. Untuk makluman, saya telah menganalisa hampir kesemua berita semasa daripada 9 Mac 2014 sehingga semalam (29 Mei 2014), iaitu lebih kurang selama 81 hari. Saya telah meneliti hampir kesemua teori dan juga rumours berkenaan MH370 termasuklah hal Diego Garcia, Kazakhstan, Mongolia, teori Philips Wood, teori berpatah balik, teori rampasan, teori teroris, dan pelbagai lagi yang tak dapat saya nyatakan kesemuanya disini.
Sejujurnya, pada 27 Mac 2014 lagi jawapan sudah ada, namun tidak dapat diterbitkan atas beberapa sebab. Akhirnya, selepas rasa bersalah saya menyimpan kebenaran daripada pengetahuan orang membuak-buak, maka pada malam ini terbitlah artikel terakhir ini sebagai menutup kesemua teori dan juga kajian yang telah saya lakukan. Saya amat berharap artikel ini mendapat perhatian dunia baik rakyat biasa waima pihak berwajib. Saya yakin, ramai yang sudah tahu perkara yang sama dengan yang saya bentangkan ini, namun tidak ada yang bersuara dengan menulis artikel panjang lebar seperti ini.
Saya berharap, setelah anda semua membacanya, sebarkanlah agar lebih ramai yang tahu mengenai misteri ini dan supaya ia tidak ditutup begitu sahaja ditelan masa dan waktu. Saya amat berharap agar MH370 ini dibongkarkan juga dimedia massa dengan mana-mana pihak berwajib tampil untuk menunjukkan bukti bergambarnya.
Saya memohon maaf kerana TIADA bukti bergambar mengenai MH370 yang dapat saya paparkan dalam artikel ini kecuali bukti bertulis dan juga bukti yang saya dapat melalui cross-referencing.
Tanpa melengahkan masa, ayuh sama-sama kita baca artikel tergempar ini...
Selamat menelaah. Semoga beroleh jawapan !

MH370: Grand Finale

Jangan lupa LIKE fan page ini :
  
*Artikel ini ditulis berdasarkan penelitian dan juga pemerhatian oleh Brado Kapak sendiri dan team members nya selama lebih 40 hari. Sila baca dengan tenang untuk mengelakkan anda menjadi keliru. Ini artikel terakhir berkenaan MH370 oleh Brado Kapak. Sekiranya ia tepat, maka ia hanya kebetulan sahaja. Sekiranya ia tidak benar, maka ia berpunca dari kelemahan kami menganalisa dan meneliti. Bacalah dengan hati yang terbuka....

1. Pada 8 Mac 2014, sebuah pesawat kepunyaan MAS Airlines, Boeing 777-200ER penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menuju ke Beijing telah dilaporkan hilang daripada radar. Pesawat ini disahkan hilang oleh menara kawalan pada sekitar jam 8 pagi hari yang sama sedangkan ping radar terakhir yang dikesan adalah pada jam 2.37 pagi waktu Malaysia.

2. MH370 menghantar isyarat komunikasi kepada Air Traffic Control (ATC) menara kawalan di KLIA ialah pada jam 1.19 pagi waktu Malaysia. Sila rujuk gambar ini. Manakala MH370 telahpun melakukan 'handshake' dengan Vietnam melalui Immarsat dan menghubungi menara kawalan udara bandar Ho Chi Minh City adalah pada sekitar jam 1.16 pagi waktu Malaysia. Ketika itu MH370 sedang memasuki perairan Vietnam.

3. Itu adalah laporan terakhir MH370 yang berjaya dicatatkan dalam mana-mana media antarabangsa. Selepas itu tiada lagi laporan isyarat komunikasi antara MH370 dengan mana-mana menara kawalan udara atau dengan mana-mana radar. Hanya ping radar terakhir yang berjaya dikesan adalah sekitar jam 2.37 pagi sahaja. Rujuk gambar ini untuk melihat data radar terakhir pesawat. Abaikan kesilapan PM dan AM yang tertera pada gambar tersebut. Artikel ini telah mengesahkan bahawa komunikasi radar terakhir dengan MH370 adalah sekitar jam 2.30 ke atas, iaitu lebih kurang jam 2.40 atau 2.50 pagi waktu Malaysia.

4. Sekitar jam 2.50 pagi waktu Malaysia, MH370 sudah tidak lagi menghantar ping kepada radar dan data radar mengesahkan bahawa pesawat telah turun menjunah kepada satu ketinggian yang tidak dapat dikesan radar.

5. Saya sifatkan sebenarnya, pada ketika itulah MH370 sudahpun jatuh tenggelam ke dasar lautan. Iaitu kira-kira beberapa minit sebelum jam 3 pagi.

6. Satu letupan kecil telahpun berlaku diudara yang mengakibatkan kokpit pesawat terputus hubungan dengan mana-mana menara radar terdekat dan kesemua sambungan elektronik dalam badan pesawat terputus. Rujuk artikel ini dan ini.

7. Saya tidak tahu bagaimana letupan itu terjadi dan mengapa pesawat masih terus terbang dalam tempoh beberapa minit sebelum ia terhempas. Perlu diingatkan, kesemua pesawat Boeing sebenarnya mempunyai satu sistem kawalan jarak jauh yang boleh dikawal oleh pusat kawalan pesawat Boeing yang berada di luar negara. Rujuk artikel ini dan ini untuk mengesahkan bahawa kesemua pesawat Boeing telahpun dipasang dengan satu sistem kawalan jarak jauh bertujuan kononnya untuk mengelakkan sebarang tindakan terorisme atau rampasan kapal.

8. Saya sifatkan sebenarnya pemasangan sistem ini bertujuan bukanlah untuk mengalihkan atau mengelakkan terorisme dan rampasan kapal semata-mata, namun ia boleh berdwi-fungsi iaitu melaksanakan arahan dari orang tertentu demi kepentingan tertentu. Contoh paling mudah adalah MH370.

9. Berdasarkan artikel ini, mereka telah mendengar satu dentuman yang kuat di udara pada sekitar jam 1.30 pagi ke atas waktu Malaysia namun tidak melihat apa-apa di udara. Mereka hanya melihat cahaya putih dan juga lampu kuning sekitar jam 2.30 pagi ke atas waktu Malaysia.

10. Saya telah meneliti dan menganalisa hampir kesemua berita, rumours, diversi informasi, info risikan, sumber-sumber tertutup, data-data bertulis dan juga pelbagai gambar sebelum menulis artikel ini.

11. Berdasarkan penelitian dan juga penganalisaan saya, MH370 telahpun diletupkan diudara yang mana ia telah mengakibatkan kokpit dalam pesawat malfunction ataupun failure dan pesawat telah dikawal dari jarak jauh dengan menghalakannya ke arah Laut China Selatan dalam perairan Spratly.

12. Berdasarkan penelitian dan juga penganalisaan saya, MH370 telahpun jatuh dalam kawasan bulatan merah (rujuk gambar bawah, abaikan kesilapan ejaan yang terjadi).

(Klik gambar untuk perbesar imej)

13. Gambar di atas adalah gambar yang saya sendiri tandakannya berdasarkan pemerhatian dan juga penelitian saya. MH370 telahpun jatuh tenggelam dalam kawasan bertanda bulatan merah di dalam perairan 3 buah negara, iaitu Vietnam, Filipina dan juga Malaysia.

14. MH370 TIDAK boleh terhempas dalam perairan China kerana pesawat tersebut sedang membawa kargo berharga yang hendak dihantar ke China melalui lapangan terbang Beijing.

15. Penerbangan MH370 sebenarnya telahpun dirancang awal dan tarikh penerbangan serta rampasan yang terjadi pun telah dilakukan dengan teliti.

16. Saya sifatkan rampasan MH370 bukan bersifat terorisme atau rampasan hendak berebutkan harta. Pada saya, rampasan tersebut adalah bagi menghalang negara kuasa besar daripada memperluaskan kekuasaannya dan kargo di dalam MH370 harus disekat daripada terus dihantar kepada China.

17. Sebelum saya terlupa, sekitar jam 1.30 pagi, MH370 telahpun menutup sambungan isyarat komunikasinya dengan menara kawalan udara di KLIA dan TIADA isyarat komunikasi daripada MH370 yang berjaya dirakamkan selepas jam 1.30 pagi. Rujuk artikel ini untuk pengesahan.

18. Untuk makluman semua, Kapten Zaharie, pilot MH370 adalah merupakan orang pertama yang pernah membawa pesawat Boeing 777 daripada Malaysia menuju ke Afghanistan. Rujuk artikel ini dan ini. Penerbangan itu juga merupakan penerbangan pertama di dunia yang merentasi pergunungan besar dalam wilayah Afghanistan. Ketika itu kalau tidak silap saya, Kapten Zahari terbang ke sana dengan membawa kargo yang sama dengan kargo di dalam MH370. (Apakah isi kargo itu?)

19. Namun, TIADA satupun media yang berani melaporkan, apakah dan mengapakah penerbangan itu dilakukan oleh Malaysia ke Afghanistan???

20. Untuk makluman semua, menurut maklumat risikan saya, Kapten Zaharie pernah mengikuti satu misi ke Afghanistan lama dahulu dalam membantu para Mujahidin di Afghanistan berperang disana.

21. Kapten Afghanistan mempunyai hubungan dengan para pejuang Afghanistan walaupun dia sudah lama tidak ke sana dan telahpun berkhidmat dengan MAS Airlines selama lebih 20 tahun.

22. Sila betulkan informasi ini sekiranya saya salah mencatatkan datanya.

23. Untuk makluman semua, selepas saya melakukan banyak analisa, MH370 membawa satu khazanah berharga yang disimpan di dalam sebuah kargo yang besar.

24. Maklumat berkenaan khazanah tersebut telahpun saya dedahkan dalam banyak artikel saya yang terdahulu. Sila rujuk ini dan ini.

25. Khazanah tersebut sebenarnya adalah Drone Command and Controller (CNC) milik sebuah negara kuasa besar yang telah ditembak jatuh di Afghanistan.

26. Sebanyak 8 buah Drone milik negara kuasa besar tersebut telah ditembak jatuh dan beberapa alat CNCnya telahpun dirampas oleh para pejuang Mujahidin Afghanistan. Maafkan saya, kerana tidak ingat pada tahun berapakah Drone tersebut ditembak jatuh, kalau tidak silap saya iaitu pada tahun 2006.

27. Alat tersebut telahpun dibongkar dan dibuka satu persatu komponennya untuk tujuan penelitian dan juga pengubahsuaian.

28. Menurut data risikan, alat tersebut hendak dijual kepada negara-negara jiran namun tiada buyer yang sanggup membelinya. Pihak Afghanistan hendak menjual kepada Russia namun, memandangkan Afghanistan pernah berperang lama dengan Russia pada tahun 70-an dahulu, maka mereka telah menjualnya kepada negara China.

29. Presicous Cargo yang dibawa di dalam MH370 telahpun diangkut berulang kali dari Afghanistan menuju ke Malaysia sebelum ia terbang ke China.

(Klik gambar untuk perbesar. Ini data softcopy mengenai precious cargo tersebut)
(Ini pula ayat daripada orang yang mendedahkan informasi ini kepada saya)


30. Saya tidak ingat berapa jumlah kesemua CNC dan juga Drone yang telah dijual oleh Afghanistan kepada China dan berapakah jumlah tepat CNC dan Drone yang berada di dalam MH370.

31. Apapun, itu tidak penting. Yang perlu kita ketahui disini sebenarnya, kehilangan MH370 BUKAN disebabkan oleh rampasan pemberontak, pengganas, berpatah balik, tenggelam di lautan Hindi, dan apa jua karut marut yang sengaja disebarkan bagi mengalih perhatian dunia daripada memfokuskan terhadap isu utama MH370 ini hilang.

32. Isu utama MH370 hilang adalah...

a. Mengapa pesawat itu hilang dan langsung tidak dapat dikesan oleh mana-mana menara kawalan waima pusat kawalan Boeing, Rolls-Royce, Joint Agency Coordination Center (JACC) dan juga Immarsat??

b. Apakah kargo yang dibawa di dalam MH370 yang sengaja disembunyikan oleh pihak MAS dan juga Boeing??

c. Siapakah 4 orang billionair yang terdapat di dalam MH370 dan mengapa mereka menaiki pesawat tersebut dan tidak menaiki jet peribadi sendiri?

d. Mengapa pihak Boeing, Rolls-Royce berdiam diri dalam isu ini sedangkan Amerika Syarikat adalah negara yang paling kecoh mahu membantu Malaysia??

e. Mengapakah Vietnam dan Filipina sangat mendiamkan diri pada awal MH370 hilang??

f. Mengapakah media antarabangsa menyatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi namun TIADA satupun yang memfokuskan bagaimana dan mengapa ia jatuh di Lautan Hindi?

33. Ini jawapan saya berdasarkan analisa fakta yang saya lakukan...

a. Pesawat itu TIDAK terputus hubungan dengan Boeing, Rolls-Royce dan juga JACC serta Immarsat sehinggalah pesawat itu tenggelam di Laut China Selatan dalam perairan Spratly. Buktinya, JACC telahpun mengesahkan bahawa ping di Lautan Hindi adalah TIDAK BENAR. Rujuk disini.

b. Kargo yang dibawa di dalam MH370 sebenarnya adalah alat perang yang berkualiti tinggi milik Amerika Syarikat yang telah dirampas oleh Mujahidin Afghanistan. TIADA manggis daripada Muar di dalam MH370. Saya telah ke Muar dan disana tak banyak pun manggis berbuah ketika itu. Hal ini telah disahkan oleh berita ini dan gambar ini.

c. Empat orang Billionaire daripada China itu sebenarnya adalah pemilik syarikat mengelola alatan teknikal untuk negara China dan merekalah pembeli alat CNC tersebut yang telah ditransitkan di Malaysia. Mengapa ditransitkan di negara kita? Jawapannya dibawah.

d. Pihak Boeing, Rolls-Royce dan seangkatan dengannya saya sifatkan sebagai terlibat secara langsung dan juga tidak langsung untuk mencipta suasana vanish dalam kehilangan MH370. Mereka juga terlibat dalam mengalih perhatian dunia dan juga mengubah laluan MH370 daripada jatuh ditengah-tengah bandar Ho Chi Minh City.

e. Vietnam dan Filipina telah menjadi negara bertindak dalam menghapuskan bukti MH370 di perairan yang saya tandakan merah dalam gambar ini. Bulatan merah itu sebenarnya adalah radius keluasan bangkai dan juga serpihan MH370 berselerak yang mana pihak kedua-dua negara ini telahpun mengawalnya lebih awal sebelum MH370 hilang. Jawapan lebih lengkap dibawah.

f. Media antarabangsa telah diarahkan berpandukan dengan kenyataan media oleh Dato Seri Hishamuddin dan juga Dato Seri Najib Razak. Rujuk artikel ini dan ini pada point ke-14.

34. Ada banyak persoalan yang akan dikemukakan apabila bercerita mengenai MH370. Antara yang paling kerap ditanya kepada saya adalah, "Apakah nasib mangsa dalam MH370?"

35. Jawapan saya berdasarkan analisa fakta dan juga cross-referencing yang saya buat, kesemua mereka sudah TIADA.

36. Hal ini berpandukan dengan teori mudah saya, "Siapakah yang sanggup memberi makan 239 orang selama lebih 80 hari dan menjaga kesemua mereka???" dan juga teori ini, "Untuk menjaga 239 orang memerlukan tenaga manusia yang besar dan TAKKAN kesemua mereka tidak pernah membuka mulut selama ini sedangkan kita dizaman informasi serba boleh, hampir semua orang ada smartphone!" dan juga teori ini, "Ada ke lokasi yang sesuai menempatkan tebusan seramai 239 orang dan kalau mereka masih hidup, MENGAPA TIADA DEMAND DARIPADA PERAMPAS???"

37. Saya sifatkan ura-ura mengatakan penumpang masih hidup sebenarnya adalah jalan untuk menenangkan keadaan dan juga mengelak daripada soalan, "Kalau dah mati, mana mayatnya???"

38. Saya memohon berjuta-juta kemaafan seandainya saya salah dalam menyatakan nasib mangsa. Sekiranya tiba-tiba satu masa nanti mereka pulang ke rumah dalam keadaan baik, maka bersyukurlah kerana mereka masih hidup dan berterima kasihlah kepada Tuhan kerana artikel saya ini kurang tepat dalam analisanya. Sekiranya memang benar mereka telah disahkan tiada oleh pihak berwajib, maka bersabarlah sesungguhnya ini ujian dan dugaan bagi kalian. Al-Fatihah buat mangsa yang berugama Islam....

39. Ramai yang bertanyakan mengenai Diego Garcia. Saya nafikan dengan keras MH370 disembunyikan di sana. MH370 langsung TIDAK mendarat di sana. Sila rujuk artikel ini yang ditulis oleh rakan saya, Shah Paskal. Rujuk aritkel ini juga untuk penafian tentang seorang penumpang MH370 yang kononnya masih hidup di Diego Garcia dan sempat membuat panggilan telefon daripada sana menggunakan iPhone miliknya yang disimpan dalam spendernya. Teori yang amat karut.

40. Jadi, dimanakah sebenarnya lokasi MH370 sedang berada???????????????

41. Bangkai MH370 telahpun dibersihkan lama dahulu iaitu seawal jam 3 pagi waktu tempatan!!!!

42. Ini berdasarkan kaji selidik saya, banyak informasi telahpun mengesahkan bahawa MH370 telahpun jatuh diperairan Laut China Selatan dalam perairan 3 buah negara, Malaysia, Vietnam dan juga Filipina.

43. Sila rujuk artikel ini dan juga gambar dibawah. MH370 telahpun disahkan jatuh oleh pihak Vietnam, namun setelah shake hand dan berbagai siri rundingan antara Malaysia, Vietnam, Filipina dan juga Amerika Syarikat, maka MH370 telah dinafikan terhempas sebaliknya dinyatakan telah berpatah balik dan menghala ke arah Lautan Hindi.

(Lihat tarikh itu, 8 Mac 2014 jam 12.40 tengah hari!!!!! Hanya sekitar 4 jam setelah MH370 disahkan hilang oleh Dato Seri Hishamuddin pada jam 8 pagi, 8 Mac 2014!)

44. Mengapa hal ini terjadi?? Kerana, pihak Amerika Syarikat (US) tidak mahu Search And Rescue (SAR) dilakukan dalam radius lokasi MH370 hilang dan pihak US tidak mahu China menjumpai bangkai pesawat tersebut sekaligus boleh melengahkan cerita MH370 daripada terbongkar!

45. Saya pernah menjelaskan hal ini dalam artikel ini, dan kini saya sekali lagi memberikan penjelasan anda. Di dalam artikel tersebut saya dengan yakin dan pasti menyatakan MH370 masih berada di lokasi perairan Laut Chian Selatan kerana, pada ketika tarikh artikel tersebut ditulis, SAR baru sahaja dipindahkan ke Lautan Hindi. Sekaligus ini mengesahkan bahawa masih ada debris dan juga serpihan pesawat yang masih belum dibersihkan daripada perairan tersebut dan pihak tiga buah negara terlibat tersebut risau jika masih ada serpihan yang ditemui oleh para SAR atau nelayan dan orang awam. Maka kerana itu mereka harus melakukan drama dan mengalihkan SAR ke Selatan dan ke Lautan Hindi. Berbagai teorilah harus dibangkitkan.

46. MH370 telah jatuh sekitar jam 2.40 ke 2.50 pagi dimana ketika itu komunikasi terakhir telahpun dicatatkan dan direkodkan, sesuai dengan laporan berita ini dan juga gambar ini. Ketika itu, MH370 telahpun selamat bersemadi di Laut China Selatan dalam perairan Vietnam dan Filipina yang bercantum dengan perairan Malaysia yang mana penghubungnya adalah Kepulauan Spratly. Rujuk gambar ini sebagai panduan. Rujuk artikel ini dan gambar ini tentang perebutan kepulauan Spratly antara China, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei.

47. Bulatan merah menunjukkan radius perairan yang dikawal oleh Vietnam dan juga Filipina. MH370 TIDAK boleh jatuh dalam radius perairan yang dikawal oleh China bagi mengelakkan MH370 ditemui oleh China. Alangkah ruginya US sekiranya China berjaya mengesan MH370 dan membawa naik ke darat sekaligus berjaya mendapatkan CNC yang ada di dalam kargo berharga tersebut. Ketika misi membersihkan bahan bukti itu jugalah, pihak Vietnam ada melepaskan tembakan amaran kepada pihak China diperairan mereka sebagai tanda marahnya mereka agar China tidak mengganggu radius perimiter fencing yang telah mereka buat. Saya juga menyifatkan bahawa bulatan merah itu adalah radius perimeter fencing yang telah dibuat oleh pihak Vietnam dan Filipina bagi persediaan untuk membersihkan bahan bukti. Sila rujuk artikel ini untuk memahami berkenaan perimeter fencing.

48. Vietnam merupakan negara yang paling senyap selepas 8 Mac 2014. Kerana pihak mereka telah disuruh berdiam diri agar tidak ada apa-apa informasi yang terdedah. Bagaimanapun, masih ada beberapa informasi yang terdedah namun telah berjaya ditutup oleh media massa dengan tersebarnya pelbagai teori yang direkacipta bagi mengalih perhatian dunia. Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui kaitan antara Vietnam dan Filipina menentang China.

49. Sila rujuk artikel ini. Di dalam artikel tersebut, ada banyak info mengenai situasi sebenar yang berlaku dalam MH370. Sebenarnya, kisah hilangnya MH370 yang benar telahpun tersebar lama, namun ia dipecahkan kepada banyak info agar orang awam tidak mengetahuinya. Okay mari saya jelaskan.

50. Berdasarkan analisa saya, MH370 TIDAK berpatah balik dan tidak mendarat di Nanning sebagaimana dakwaan dalam artikel tersebut. Dakwaan itu hanya penyedap cerita dan tokok tambah sahaja.

51. Menurut pengesahan rakan saya, memang ada ejen risik di dalam MH370 seramai 3 orang terdiri daripada 2 orang ejen risik mata helang dan satu orang ejen risik 'Komited Gosudarvetoyt'.

52. Saya boleh menyatakan XXX sebagai ejen risikan negara mata helang, YYY adalah merujuk kepada negara jiran kita, Vietnam dan ZZZ merujuk kepada negara Filipina.

53. Jalan ceritanya agak berterabur. Namun, point utamanya adalah, pesawat tersebut telah membawa satu kargo berharga yang mana jika ia jatuh ketangan China, maka pihak XXX boleh melancarkan perang dunia. Maka, YYY dan ZZZ telahpun diarahkan untuk mengikuti arahan negara XXX dan apabila tiba saat dan masanya MH370 terhempas, maka YYY dan ZZZ harus membersihkan debris dan sisa hempasan tersebut secepat mungkin sebelum SAR dilancarkan.

54. Mujur juga SAR dilancarkan agak lewat, maka ia memberi kelebihan kepada ketenteraan dua buah negara tersebut melaksanakan pembersihan.

55. Dalam dunia ini, hanya ada satu SAHAJA badan berorganisasi yang paling kuat tutup mulut dan tidak pecah amanah, iaitu Tentera serta Risikan.

56. Maka, pihak yang seharusnya menjalankan misi membersihkan bangkai dan juga bekas MH370 haruslah pihak tentera.

57. Mengapa saya katakan MH370 jatuh tepat di antara perairan Vietnam dan juga Filipina?

58. Sila rujuk artikel ini. Di dalam artikel tersebut, sebenarnya saya telah menuliskan beberapa perkara utama dan penting dalam sesuatu misi besar yang hendak dilaksanakan.

59. Sesebuah ejen perisikan itu seharusnya mahir dalam mengira masa dan waktu. Mereka telah meletakkan jangka masa jatuhnya MH370 dan juga jangka masa yang sepatutnya untuk mereka membersihkan bangkai dan sisa MH370 sebelum orang ramai tiba di kawasan terbabit.

60. Maka, pihak yang menjalankan misi menggagalkan CNC daripada dihantar ke China telahpun memberikan laporan kepada pihak pusat kawalannya agar mengarahkan pihak Boeing atau Rolls-Royce atau sesiapa sahaja yang boleh mengawal sebuah Boeing 777-200ER dari jarak jauh untuk melakukan lencongan pesawat tersebut tanpa dapat dikawal oleh pilot dan co-pilot.

61. Mengapa tiada apa-apa hubungan komunikasi antara pilot dan co-pilot antara jam 1.19 dan jam 2.30 pagi??

62. Kerana, setelah komunikasi terakhir itulah, sebuah bom jangka telahpun diletupkan, atau dalam erti kata lain, jangka penggera telah tamat berputar dan ia mengakibatkan keseluruhan sistem dalam MH370 failure dan tidak dapat dikawal oleh pilot waima co-pilot.

63. Saya tidak mensifatkan bom jangka itu sebagai sebuah bom yang boleh detonate tetapi ia boleh jadi berlaku dari menara kawalan Boeing atau Rolls-Royce. Pihak mereka mematikan kesemua sistem dalaman pesawat dan telah memandu dan mengawal pesawat daripada jauh sebelum menghempaskannya.

64. Apa sebab-sebab pesawat terhempas itu tidak dapat dipastikan sehingga ada pihak yang mahu membuka mulut. Sama ada pihak Boeing atau Rolls-Royce, mereka harus dan WAJIB menjawabnya, kerana hanya mereka yang ada rekod tepat apa dan bagaimana enjin pesawat berhenti berfungsi????

65. Kerana, pada sekitar jam 2.37, MH370 masih lagi menghantar ping kepada Immarsat dan juga satelit, radar serta menara kawalan Boeing dan Rolls-Royce.

66. MH370 merupakan sebuah pesawat bersaiz besar yang mana ia sentiasa mempunya hubungan dua hala dengan banyak menara kawalan termasuklah ATC, Immarsat, menara kawalan Boeing dan juga Rolls-Royce. Boeing dan juga Rolls-Royce, kedua-duanya berpusat kawalan di US.

67. B777-200ER merupakan sebuah pesawat yang boleh dikawal dari jarak jauh. B777-200ER juga adalah sebuah pesawat yang paling canggih dalam koleksi pesawat syarikat Boeing. B777-200ER ini juga memang sengaja dipilih bagi memastikan semua rancangan ini berjalan dengan baik dan lancar.

68. Sememangnya, syarikat Boeing dan juga Rolls-Royce harus dan WAJIB dipertanggungjawabkan kerana HANYA mereka sahaja yang mempnyai akses dengan kesemua data lengkap komunikasi dua hala antara MH370 dan kesemua menara kawalan termasuk satelit. Boeing dan Rolls-Royce harus tampil menjelaskan perkara sebenar dan TIDAK boleh berdiam diri.

69. Saya berani menyatakan, berdasarkan analisa fakta dan kesemua data yang telah saya teliti termasuk pelbagai artikel yang telah saya baca, bahawa pihak Boeing dan juga Rolls-Royce sedang menyembunyikan sesuatu di mana ada KEMUNGKINAN yang besar, merekalah yang telah mengalihkan laluan MH370 daripada trackpath sebenar kepada sebuah trackpath yang baru yang mana kalau mengikut trackpath sebenar, MH370 harus melintasi kota Ho Chi Minh City. Namun setelah trackpath diubah, maka MH370 didapati jatuh dalam perairan yang telah berulang kali saya sebutkan. Sila rujuk artikel ini untuk menguatkan lagi analisa saya tentang Boeing dan Rolls-Royce. Terima kasih kepada Tun kerana menjadi orang pertama berani bersuara lantang mempertikaikan Boeing dan Rolls-Royce.

70. Anda juga boleh rujuk artikel ini dan juga gambar ini. Kemudian rujuk semula gambar ini bagaimana seseorang telah mengubah flight path atau trackpath MH370 kepada satu laluan baru. Anda juga boleh menonton video berikut sebagai tamban informasi....





71. Disini sudah jelas memang ada insiden menukar laluan MH370 yang dilakukan oleh pihak yang tidak diketahui. Saya hanya beranggapan bahawa penukaran laluan ini sebenarnya dibuat oleh salah satu pihak sahaja yang telah saya sebutkan diatas yang mana orang yang mengubah laluan ini telahpun mendapat arahan daripada seseorang yang bekerja untuk unit risik sebuah negara mata helang.

72. MH370 telahpun berakhir di Laut China Selatan. Walaupun satu dunia beranggapan ia berakhir di Lautan Hindi, namun saya tetap dengan pendirian saya bahawa ia telahpun tamat di Laut China Selatan.

73. Pada 11 Mac 2014, keseluruhan SAR telah dipindahkan daripada perairan Malaysia di Laut China Selatan ke Lautan Hindi. Hal ini berlaku, agar para negara yang terlibat dalam SAR itu tidak memasuki kawasan berbulatan merah di dalam gambar ini agar mereka tidak menemui apa-apa debris dan juga bahan bukti yang mungkin belum selesai dibersihkan oleh pihak Vietnam dan Filipina.

74. Untuk makluman semua, sejak akhir 2013, Vietnam sudah mula berani bersuara dan menentang China secara terang-terangan. Padahal sebelum ini, Vietnam merupakan sebuah sekutu besar dengan China yang mana mereka mempunyai idealogi yang sama, iaitu Komunisme.

75. Menjadi persoalan saya, mengapakah Vietnam tiba-tiba berani bersuara lantang menentang China?? Rujuk artikel ini bagaimana Vietnam berani menentang China sekarang.

76. Jawapannya kerana US. Vietnam telahpun dibeli dan dipengaruhi oleh US atas dasar-dasar ekonomi dan kemajuannya. Kerana itu juga, dalam isu hilangnya MH370, Vietnam diperhati memihak kepada US bukannya kepada China. Sedangkan, kandungan kargo dalam MH370 itu sedang menjadi rebutan China dan US.

77. US tidak mahu kargo itu jatuh ketangan China yang mana kandungannya adalah CNC dan Drone serta beberapa kargo berisi emas jongkong, yang mana kesemua ini jika jatuh ke tangan China, maka ada potensi untuk menjadikan China kuasa besar nombor satu dunia. Secara tidak langsung, US akan kehilangan kuasanya dan menjadi lemah dibawah China. Pendedahan berkenaan emas jongkong sila rujuk sini, sini, sini dan sini. Kredit kepada Shah Paskal. Mohon maaf saya tak mahu ulas sangat pasal emas dalam artikel ini kerana telah diulas panjang lebar sebelum ini.

78. Oleh kerana US TIDAK berani melancarkan perang secara zahir dengan mengangkat senjata menembak China, begitu juga dengan China, maka mereka telah melancarkan perang strategi dan juga perang teknologi.

79. Sehingga hari ini, satu dunia langsung TIDAK tahu apakah senjata terhebat yang pernah dihasilkan oleh dua negara kuasa besar, China dan Russia. Namun, satu dunia sudah tahu (dunia ketenteraan), bahawa US telah mencipta 3 buah senjata termodennya yang lebih hebat daripada bom nuklear dan juga atom.

80. Tiga senjata itu adalah HAARP, Particle Accelaration dan juga Superstring. Superstring sahaja yang masih belum selesai pembikinan, manakala ujikaji HAARP dan Particle Accelaration sudahpun selesai dan mereka (US) berjaya dalam misi mereka mencipta alat tersebut. Buktinya, anda boleh tonton filem Godzilla, X-Men yang terbaru tu dan juga Transformers 3. Dalam ketiga-tiga filem tersebut, Hollywood telahpun mementaskan ketiga-tiga senjata tersebut secara tidak anda sedari.

81. Untuk makluman, dalam filem Godzilla, sebuah senjata bernama Electro Magnetic Pulse (EMP) telahpun digambarkan dan ia menjadi ancaman dunia. Dalam banyak-banyak negara, ada satu negara di rantau Asia Tenggara yang memiliki senjata EMP tersebut dan negara tersebut terlibat dalam kehilangan MH370 ini.

82. Dan kerana perang teknologi, kuasa serta harta inilah, US tidak mahu precious cargo tersebut jatuh ke tangan China. Jika ia jatuh ke tangan China, sudah pasti kuasa US akan melemah. Jika China memperoleh CNC Controller tersebut, maka dengan mudah kelemahan Drone US itu akan diketahui. Jika China berjaya mendapat emas jongkong itu, maka China dengan mudah mampu membeli dengan banyak apa yang mereka mahu. Hal ini ditakuti oleh mata helang.

83. Kerana itulah, MH370 harus dilenyapkan daripada mata dunia dan cerita disebaliknya harus disenyapkan dan ditutup media.

84. Mengapa pula Kapten Zaharie dipilih untuk membawa MH370?? Kerana, precious cargo yang terdapat di dalamnya datangnya daripada Afghanistan yang mana cargo yang sama telah dibawa dari Afghanistan ke Malaysia menggunakan pesawat Airbus (data ini tidak dapat disahkan secara bertulis) beberapa bulan / minggu sebelum MH370 mahu terbang ke China.

85. Pilotnya juga orang yang sama iaitu Kapten Zaharie, dan kargonya juga sama. Billionaire China itu telah membeli senjata tersebut dari Afghanistan dan ingin membawa pulang ke China. Kargo tersebut tidak mungkin melintasi banyak negara yang ada merentasi laluan dari Afghanistan ke China. Tiada penerbangan terus dari Afghanistan ke China. Kerana itu, Malaysia harus menjadi tempat transit.

86. Kebetulan juga Malaysia adalah sebuah negara yang merupakan hab terrorist. Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui mengenai hab teroris di negara kita. Hal ini disahkan dan diakui dunia.

87. Apa sebab musabab Malaysia menjadi hab teroris? Salah satunya adalah kerana negara kita adalah sebuah negara yang 'acuh tak acuh' dalam sistem keselamatan dan kita dalam kategori negara yang 'sudah terhantuk baru terngadah'. Sebab lain pula, Malaysia adalah "negara paling timur dalam bumi". Kita merupakan TIMUR yang disebut-sebut dalam Hadis Rasulullah SAWAW berkenaan, "Islam akan bangkit dari TIMUR".

88. Bagaimana hendak menjelaskan "Islam akan bangkit dari TIMUR" itu? Bukan sekarang masanya. InsyaALLAH akan datang jika saya dipanjangkan usia akan diceritakan dalam artikel yang lain pula. Sekarang kita harus fokus kepada jalan cerita MH370 sahaja.

89. Okay, sekarang anda semua sudah faham kan bagaimana jalan cerita MH370 hilang?

90. MH370 terbang dari KLIA membawa precious cargo untuk dihantar ke China. Mereka sengaja menggunakan pesawat komersil kerana bagi mengelakkan kargo tersebut dijejaki oleh ejen perisik luar negara dan ia juga perlu bagi memancing Kapten Zaharie menjadi pilotnya. Kalau Billionaire China tu bawa kargo tu guna pesawat biasa, susah la Kapten Zaharie nak pandu, takut bertembung dengan jadualnya. Lagipun, mana ada orang syak kargo berharga dalam pesawat komersil yang membawa penumpang.

91. Kemudian, Kapten Zaharie telah dipanggil waktu terakhir untuk membawa MH370. Ada satu penafian telah dibuat oleh pihak MAS bahawa mereka tidak memanggil Kapten Zaharie saat akhir dan Kapten Zaharie tidak bercuti ketika itu. Saya sifatkan hal ini sebenarnya, bukan pihak MAS itu yang memanggil Kapten Zaharie, tetapi ada individu dalam MAS atau luar MAS yang memanggilnya untuk menjadi juruterbang sekaligus meluluskannya memandu MH370 walaupun hari tersebut dia sepatutnya bercuti. Kapten Zaharie juga saya sifatkan telah dimaklumkan lebih awal tentang penerbangan tersebut namun dia tidak tahu pada tarikh bila kargo itu harus dihantar ke China. Kerana itu, hanya sehari sebelum MH370 hilang baru Kapten Zaharie mengosongkan rumahnya. Ini bukti daripada analisa fakta saya. Anda boleh rujuk artikel ini. Baca juga artikel ini menceritakan bagaimana Kapten Zaharie seakan-akan tahu nyawanya mati tidak bertanda.

92. Sebelum MH370 terbang, perisik dari mata helang telahpun mengenal pasti kargo tersebut akan dihantar ke China pada tarikh 8 Mac 2014 menggunakan pesawat MH370. Sudah pasti seorang ejen risik akan dapat mengetahui informasi ini dengan mudah. Dalam ratusan orang yang terlibat, sudah pasti ada seorang yang akan pecah mulut. Begitu juga dengan rahsia MH370 ini, walaupun cuba ditutup rapat, namun setelah 82 hari akhirnya terbongkar juga.

93. Maka, MH370 pun terbang dengan jayanya pada malam tersebut tanpa ada apa-apa kesangsian. Tidak diduga, sekitar jam 1.30 ke atas, MH370 telahpun diserang dengan 'bom jangka' yang saya tidak dapat pastikan bagaimana situasinya. Sama ada benar-benar ada bom diletakkan di dalam sebuah kotak kasut dan dipasang dibawah pintu kokpit atau tidak, itu saya tidak dapat pastikannya sehingga ada pihak yang berani bersuara mengenai "Bagaimana enjin MH370 berhenti berfungsi?". Sila rujuk gambar ini bagaimana seorang rakan saya menceritakan teorinya tentang bom jangka tersebut.

94. Namun, saya secara peribadinya mengatakan ada KEMUNGKINAN bukan bom jangka dalam kotak kasut yang diletakkan dibawah pintu kokpit, namun ia adalah kerja perisik tersebut dan juga dibantu oleh Boeing dan Rolls-Royce yang mampu mengawal pesawat tersebut dari jauh. Namun, menurut seorang rakan, TIADA perisik di dalam MH370 semasa penerbangan, kerana perisik sudah cabut lari awal-awal keluar daripada pesawat setelah meletakkan bom jangka ditempat tertentu. Kemudian, setelah bom meletup dan kokpit pecah, maka sudah pasti pilot dan co-pilot tidak dapat membuat apa-apa komunikasi setelah itu dan, pufffff..... MH370 dissappeared dan berubah haluan menghala ke lokasi yang saya nyatakan dalam bulatan merah di gambar ini.

95. Analogi yang saya rasakan mungkin lebih tepat, MH370 telah diputuskan komunikasi oleh pihak Boeing dan Rolls-Royce daripada kesemua radar dalam bumi ini kecuali radar mereka sahaja, dan mereka telah mengubah laluan MH370 ke lokasi bulatan merah itu sebelum menjunamkannya jatuh ke bawah. Hal ini amat berkait rapat dengan sistem auto-pilot, sila rujuk artikel Tun M untuk memahaminya.

96. Sejauh mana kesemua analogi ini tepat atau tidak, itu saya tidak pasti. Anda sendiri boleh menanti sehingga ada pihak yang berani bersuara mendedahkan perkara sebenar yang terjadi. Jika tidak ada apa-apa pendedahan, maka anda ada dua pilihan. Sama ada mempercayai cerita ini atau tidak. Itu terpulang kepada anda.

97. Maka, kesemua penumpang dalam MH370 telahpun pergi meninggalkan kita semua ketika saat MH370 terjunam jatuh. Dan kesemua mereka masih lagi terikat di tempat duduk masing-masing seperti normal namun sudah tidak bernyawa. Al-Fatihah kepada semua mangsa yang berugama Islam....

98. Saya sifatkan tragedi hilangnya MH370 merupakan sebuah kes penipuan bertaraf antarabangsa dan kelas A. Kerana ia melibatkan satu dunia dan lebih 26 negara yang terlibat dalam misi SAR. Untuk pendedahan mengenai siapa yang bayar kos SAR yang melebihi USD 600 juta, saya dah jawab dalam artikel ini dan ini, dan untuk makluman, kesemua yang berdiri dalam sidang media setiap hari itu menerima bayaran bukannya berdiri percuma tanpa ada habuan. Kerana itu, tragedi MH370 dikelola oleh Dato Seri Hishamuddin dan tragedi Sulu juga bawah kelolaan dia. Kerana, dia antara Menteri yang berani bersuara dalam keadaan tenang di saat orang lain cemas.

99. Perang teknologi, perang kepercayaan, perang harta dan kekuasaan serta perang strategi atau perang saraf ini masih berterusan antara kuasa besar dunia, US, Russia, China dan kesemua blok kecil yang menyokong paksi mereka, termasuk Blok Zionis - US, blok komunis-syiah dan juga blok negara kelas ketiga atau berkecuali. Semoga dengan terungkainya misteri MH370 ini akan membuatkan anda semua celik mata, apa sebenarnya yang terjadi di depan mata kita dan haruslah bagi kita bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan. Saya sifatkan, pemergian Dato Seri Najib Tun Razak ke China baru-baru ini sebagai satu misi membayar semula kerugian pihak China yang ditangung dalam hilangnya MH370. Rujuk video ini SaveFrom.net. Saya juga menyifatkan kedatangan Obomba ke negara kita baru-baru ini dan ke beberapa lagi negara yang berpihak kepada US adalah satu jalan untuk US memberi habuan kepada semua penyokong setianya dan semua yang telah mengikut telunjuknya. Sila rujuk artikel ini. Selain Malaysia, Obomba telah ke Filipina dan juga Jepun. Selain itu, di Vietnam juga telah bersuara banyak isu yang berkait hal anti-China. Hal ini amat jelas, bahawa Vietnam telah menerima dana yang amat besar dalam sosio-ekonomi dan teknologi mereka daripada US sekaligus menjadikan Vietnam sebuah negara yang lantang berani bersuara melawan China.

100. Untuk makluman terakhir, ini adalah artikel TERAKHIR saya berkenaan MH370 dan saya TIDAK akan lagi menulis tentang MH370. Saya telah berhenti mencari dan menemui jawapan berkenaan MH370 pada tarikh 27 Mac 2014 dimana anda boleh rujuk artikel ini sebagai bukti yang saya tulis sehari setelah hari terakhir saya menemui jawapan yang pasti. Ada banyak sebab mengapa saya tidak menulis lebih awal mengenai hal ini atas sebab-sebab tertentu, maka saya juga harus melengahkan masa demi keselamatan dan privacy saya serta ahli keluarga dan juga team members kami. Saya berharap dengan terbitnya artikel ini dapat memberi satu gambaran baru tentang MH370 kepada dunia dan anda semua dapat mengetahui yang mana benar dan yang mana salah. Seandainya artikel ini banyak salah silapnya, saya memohon jutaan kemaafan kerana itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri dalam menganalisa maklumat. Sekiranya artikel ini banyak yang tepatnya, maka kenanglah saya dalam doa kalian dan ingatlah nama saya sehingga bila-bila dan ketahuilah bahawa kesemua itu hanyalah kebetulan sahaja.

Sebagai konklusi, maka artikel ini adalah konklusi kepada misteri ini dan pencarian MH370 sudahpun berakhir. Hanya menanti masa dan waktu yang sesuai untuk mendapat jawapan daripada pihak kerajaan dan media serta Boeing dan Rolls-Royce. Untuk itu, kita semua yang masih hidup ini, ayuhlah sama-sama kita membina masa depan yang lebih cerah agar tidak lagi dipermainkan seperti ini. Jangan tangguhkan dan lengahkan. Hidup perlu diteruskan, dan segala persiapan untuk bekal kita ke akhirat harus diperkemaskan. Siapa sangka, ajal kita berada sejenak dihadapan?? Seperti hilangnya MH370 secara misterius, begitu juga mati bagi kita semua, juga menjadi tanda tanya, bilakah aku akan mati? Sudahpasti setiap daripada kita mahu ke syurga. Maka, sementara masih ada masa, ayuh sama-sama tambahkan amal dan tingkatkan ibadah kita supaya kelak di Mahsyar kita ada jawapan dihadapan ALLAH atas perbuatan baik kita di dunia.

Jauhkanlah umpat mengumpat, keji mengkeji, memakan rasuah, memakan perkara haram dan menganiaya orang lain. Ayuh, banyakkan membaca surah Al-Kahfi dan bersiap sedialah menghadapai hari akhir zaman dan peristiwa dahsyat yang akan berlaku nanti. Bersiap sedialah, agar kita semua dapat dijauhkan daripada fitnah akhir zaman. Jangan lupa baca doa mengelak fitnah setiap kali lepas solat. Doanya boleh dibaca disini. InsyaALLAH, moga kita semua termasuk dalam kalangan orang-orang yang selamat daripada fitnah Dajjal iaitu fitnah yang menipu.

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua !

JANGAN lupa like dan share artikel ini :


----

Penutup

Saya amat berharap dengan terbitnya artikel ini, anda semua mendapat jawapan dan keluar daripada belenggu misteri serta tipu daya yang sering dimainkan di media arus semasa. Saya juga amat berharap ada pihak yang tampil menjelaskan kepada dunia tentang hilangnya MH370 ini, mengapa, bagaimana dan apakah sebabnya. Hal ini penting kerana di dalam pesawat tersebut ada lebih 200 nyawa penumpang yang tidak bersalah. Mereka semua menjadi mangsa keadaan dan juga ahli keluarga mereka sudah pasti menangisi hal tersebut.

Saya berasa amat simpati dengan kesemua penumpang yang pergi dan juga ahli keluarga mereka. Dengan ini saya mengucapkan Salam Takziah buat kesemua ahli keluarga, semoga anda dan kalian bersabar serta tabah dengan apa yang telah terjadi. Saya berharap anda semua dapat menerimanya dan memaafkan apa yang telah terjadi.

Saya memohon berjuta-juta kemaafan kepada para ahli keluarga mangsa yang terlibat terutama ahli keluarga Kapten Zaharie, sekiranya ada salah silap dan terkasar bahasa, harap diampunkan. Sekiranya analisa saya salah dan silap, harap jua dimaafkan. Sekiranya tiba-tiba ada ahli keluarga anda pulang ke pangkuan anda, bersyukurlah dan abaikan artikel ini.

Saya juga berharap kesemua pembaca agar dapat memperpanjangkan artikel ini kepada semua kenalan anda. Jangan kerana sudah lebih 80 hari kita pun melupakan apa yang terjadi dengan MH370. Jangan lupakan nasib mereka sehingga ada jawapan yang pasti dari pihak berwajib. Segala jasa baik anda semua amatlah saya hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Apapun, sekiranya tiba-tiba pihak berwajib menyatakan informasi yang lain daripada apa yang saya sampaikan, anggaplah bahawa analisa saya lemah dan saya silap dalam menulis dan menganalisa. Sekiranya ia benar-benar terjadi dan tepat, maka itu adalah kebetulan dan ingat serta kenanglah nama saya sebagai sebuah sejarah negara.

Saya berterima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam misi mencari dan menyelamat MH370 serta kesemua pihak media baik arus semasa dan perdana waima media sosial dan blogger. Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan saya 'laluan khusus' dalam apa jua gerakan saya sepanjang awal-awal MH370 hilang dahulu.

Sekian penulisan saya, insyaALLAH artikel seterusnya adalah mengenai Pulau Nangka yang akan ditulis minggu hadapan. Nantikan pendedahan saya mengenai isu yang sudah dilupakan itu. InsyaALLAH, dilain waktu kita akan bertemu lagi dan saya tidak akan berhenti menulis. Ini hanya artikel terakhir saya berkenaan MH370 bukan artikel terakhir dalam kerjaya saya.

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudah membaca artikel ini dan menyebarkannya!

"Sesungguhnya kebenaran itu tetap akan tertegak jua, itu janji ALLAH dan ianya PASTI !"

Sekian.


******************

Jutaan Terima Kasih dan Kredit sepenuhnya diberikan kepada,

1. Kesemua team members saya.
2. Perguruan Tuk Kenali dan Ahlul Bait.
3. Shah Paskal and crew.
4. MiM Bersatu yang terlibat pada awalnya.
5. Rakan-rakan pengkaji.
6. Rakan-rakan konspirator.
7. Informer dalam.
8. Informer MAS.
9. Informer tentera dan risik.
10. Informer media.
11. Sinar Harian.
12. Harian Metro.
13. Utusan.
14. Berita Harian.
15. The Malaysian Insider.
16. The Malay Mail.co.uk
17. Kesemua media semasa yang tak dapat saya senaraikan disini.
18. Kesemua media sosial yang tak dapat saya senaraikan disini.
19. Kesemua geng scanner.
20. Kesemua informer.
21. Kesemua pembaca setia blog ini.
22. Kesemua peminat setia bradokapak.
23. Kesemua yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat kepada saya.
24. Kesemua haters yang banyak memberi pengajaran erti sabar kepada saya.

Dan juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan artikel ini serta artikel-artikel terdahulu.

JazakALLAHu Khairan Katsira. Toche, Shukriya, Thank You, Terima Kasih.

************************

Artikel berkaitan MH370 yang ditulis oleh Brado Kapak.

1. MH370: Suatu Misteri (artikel pertama)
2. Diego Garcia dan Kegoyahan
3. MH370: Suatu Kepercayaan
4. MH370: Siapa Rugi?
5. MH370: Tenggelam di Hindia
6. Pencarian Berakhir
7. MH370: Penutup Episod Pertama
8. Perimeter Fencing
9. MH370: Grand Finale (sambungan kepada artikel nombor 7 dan konklusi kesemua artikel)

Saya amat percaya, sekiranya anda semua telah membaca kesemua artikel di atas ini dengan teliti, maka anda akan mudah memahami konklusi cerita yang saya bentangkan dalam artikel bernombor 9.

Harap anda semua dapat membacanya dan berkongsi artikel ini kepada yang belum membacanya :)

***********************

Sekian,

Terima Kasih.

-bradokapak-
Pengkaji Ilmu Akhir Zaman.
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP