#1

batal saman kepada TGHH

>> Sabtu, Julai 27, 2013

PKR nasihat Shamsul batal hasrat saman

Anis Nazri, 25 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menasihatkan bekas calon PKR di Dun Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin agar membatalkan hasrat menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atas tuduhan memfitnah.

Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan tindakan itu tidak akan menyelesaikan masalah dan sewajarnya diselesaikan dengan cara lain yang lebih harmoni.

Sambil menjelaskan tindakan itu merupakan keputusan peribadi Shamsul, Tian  juga berkata PKR berpandangan tidak bersetuju dengan tindakan itu.

"Masih banyak cara lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah itu dan kami harap ia membatalkan hasratnya dan tidak perlu membawanya ke mahkamah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Batu itu, sudah terdapat beberapa pimpinan PKR yang menasihati Shamsul secara tidak langsung untuk tidak meneruskan hasratnya itu, namun masih belum pasti perkembangan mengenainya kerana Shamsul dikatakan masih beremosi.

"Namun, apa yang kita harapkan jananlah sampai perkara ini di bawa ke mahkamah. Banyak lagi saluran di luar mahkamah yang boleh digunakan dan kami akan terus menasihatinya untuk tidak meneruskan hasrat tersebut," kata Tian lagi.

Shamsul dilaporkan berkata saman itu dibuat ekoran kenyataan Abdul Hadi ketika berceramah di Tebakang Alor Limbat, Marang baru-baru ini yang mendakwa 'ada calon PKR tukang edar pil kuda dan sokong komunis'

Read more...

Apa nak jadi dgn Islam di Malaysia?

GEMPAR!!! Apa nak jadi Tanahairku...4 gadis Islam finalis Miss Malaysia World 2013 berkemungkinan akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh JAWI...
Astaghfirullah, nampaknya Pengarah JAWI lebih TAKUT kpd Penganjur Miss Malaysia berbanding Allah S.W.T.

# ISLAM cara UMNO Semua Boleh.!!!....~Arabi

Read more...

pro morsi di serang waktu sahur

Pro Sisi dijamu makan, pro Morsi dijamu peluru

Harakahdaily, 27 Jul 2013

(Serangan di Masjid Qaid Ibrahim, Iskandariah malam tadi yang menyaksikan 7 terkorban)

MESIR: Ikhwan Muslimin mengecam tindakan 'double standard' pihak tentera yang menyerang penyokong Morsi dibeberapa kawasan awal pagi tadi sehingga mengakibatkan puluhan lagi terkorban.

Sebaliknya, penyokong Al-Sisi yang diarah berkumpul di Dataran Tahrir diberi layanan lima bintang.

Pemimpin Ikhwan, Dr.Mohammed El-Beltaji dalam temubual secara langsung sebentar tadi dengan stesen Al-Jazeera berkata, pihaknya tidak akan berganjak biarpun berdepan pelbagai ancaman.

"Kami bangga menjadi antara mereka yang dipilih untuk berkata "Tidak" kepada perampas kuasa.

"Kami diperlakukan begini sedang penyokong As-Sisi dan tentera di Tahrir dijamu dengan makanan yang disediakan oleh pasukan tentera dengan biayai wang rakyat, dicetak poster dan diedar gambar Sisi dan dijaga keselamatan mereka oleh polis sedang kami 'dihujani' dengan peluru hidup menjelang sahur tadi," katanya ketika ditemubual di Hospital Raba'ah pagi tadi.

Dalam kejadian menjelang sahur pagi tadi, kumpulan penyokong Morsi di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat diserang dengan peluru hidup.

(Samseng upahan mengepung Masjid Qaid Ibrahim, ratusan penyokong Morsi terperangkap)

Sekurang-kurangnya 10 telah dilaporkan terkorban termasuk lebih 300 lagi cedera. Angka korban dijangka terus meningkat ekoran ramai mengalami cedera parah.

"Jika anda melihat, lokasi himpunan kami di Raba'ah ini terletak tidak jauh dengan Pejabat Perisikan Perang Askar, bersebelahan ini bangunan Unit Kewangan Majlis Tentera, hanya beberapa meter terletaknya Bilik Operasi Majlis Tentera.

"Jika kami inginkan keganasan sudah lama kami kepung dan ceroboh bangunan-bangunan tentera tersebut dengan jumlah kami yang mencecah jutaan tapi kami tidak lakukannnya. Sudah hampir 30 hari kami berhimpun, jika kami inginkan keganasan maka hari pertama kami berhimpun sudah kami rempuh bangunan milik tentera ini," katanya lagi.

Sementara itu, seorang doktor perubatan yang bertugas di Hospital Raba'ah, Dr.Hisyam Ismail melalui Al-Jazeera sebentar tadi berkata, setiap detik akan tiba di hospital itu mangsa yang cedera dan sehingga kini sudah 700 orang.

7 terkorban di Iskandariah


Dalam perkembangan berkaitan, tujuh lagi penyokong Morsi terkorban dalam serangan di Masjid Qaid Ibrahim di Iskandariah malam tadi.

Difahamkan, polis mengepung peserta yang berada di dalam masjid sebelum melepaskan gas pemedih mata.

Menurut web Ahram, pasukan tentera menembakkan gas air mata di sekitar lokasi himpunan untuk menyuraikan para peserta himpunan.

Dalam kejadian itu,seorang kanak-kanak 14 tahun didakwa turut terkorban akibat ditusuk dengan senjata tajam di perutnya.

Read more...

KELAB GREENBOC: 65% Rakyat Mesir Tolak Rampasan Kuasa Tentera

KELAB GREENBOC: 65% Rakyat Mesir Tolak Rampasan Kuasa Tentera: K aherah - Mesir. Kira-kira 65 peratus masyarakat Mesir menolak rampasan kuasa tentera apabila masih enggan bersurai dari berhimpun jalanan ...

Read more...

yes morsi no cc

.
NO CC, YES MORSI

Read more...

Addin: Strategi BN Untuk Hapuskan Pakatan Rakyat Tersebar...

Addin: Strategi BN Untuk Hapuskan Pakatan Rakyat Tersebar...: Apakah tindakan di bawah ini strategi pihak tertentu untuk mematikan Pakatan Rakyat??? 1. Cubaan mengharamkan DAP menerusi manipula...

Read more...

Addin: Rupanya Ini Punca Sebenar Kenapa Harga Ayam Naik M...

Addin: Rupanya Ini Punca Sebenar Kenapa Harga Ayam Naik M...: Harga ayam yang mencatatkan peningkatan baru-baru ini disebabkan susut nilai ringgit, peningkatan gaji dan peningkatan kos makanan ayam. ...

Read more...

ucapan As Sisi yang merbahaya

>> Jumaat, Julai 26, 2013

Sangat bahaya ucapan Ketua Tentera Mesir Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi "...bagi memberikan kuasa kepada saya"..Maksudnya jika Tahrir mampu menghimpunkan angka jutaan Jumaat ini maka ia akan memberi isyarat sokongan kepada tentera untuk meleraikan himpunan di Raba'ah dan Nahdhah yang memasuki minggu ketiga walaupun terpaksa dibunuh dan diceroboh mereka yang berada di Raba'ah maka ia bakal menyaksikan lebih banyak korban. Himpunan di Tahrir kelak sebagai "lesen besar" bagi Sisi bertindak lebih kasar kepada rakyat di Raba'ah. Matlamat utama tentera kini hanya mahu meleraikan himpunan di Raba'ah dan Nahdhah kerana imej Sisi jatuh di mata dunia waktu ini dengan kewujudan rakyat di dua lokasi ini. .......WAJIB UMAT ISLAM DI MALAYSIA DOAKAN AGAR SAUDARA KITA DI SANA DIBERI KEKUATAN DAN KESABARAN MENGHADAPINYA

Read more...

Addin: NGO Antarabangsa Sahkan Umno BN Salah Guna Undang-...

Addin: NGO Antarabangsa Sahkan Umno BN Salah Guna Undang-...: Pertubuhan hak asasi manusia serantau, Asian Forum for Human Rights and Development (Forum Asia) yang dalam misi pencarian fakta hari ini m...

Read more...

Addin: Berita Menggemparkan Buat Rakyat Malaysia..

Addin: Berita Menggemparkan Buat Rakyat Malaysia..: SHAH ALAM – Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 telah menarik balik kebenaran mengamalkan mazhab Syiah aliran Al–Zaidiyah dan Jaafariah di Ma...

Read more...

As-Sisi laknatullah tertekan

>> Khamis, Julai 25, 2013

Jenderal As-Sisi dan Adli Mansour Siap-siap Kabur


Keluarga besar junta militer As-Sisi dan Presiden Mesir ilegal Adli Mansour telah berada di komplek Bandara. Tepatnya komplek Al-Mazhah dekat bandara Kairo, lapor koran Mesir Asy-Sya'ab.

Asy-Sya'ab menambahkan, anak pertama Mansour bahkan telah berangkat ke Dubai sejak dua hari yang lalu dalam rangka mempersiapkan kedatangan ayahnya yang akan kabur dari Mesir.

Sedangkan Letjen As-Sisi, hari ini telah memerintahkan PM (Polisi Militer) untuk memindahkan keluarga besarnya ke komplek Al-Mazhah.

Menurut sumber militer yang tidak mau disebutkan namanya, saat ini As-Sisi berada di ruang bawah tanah Markaz Intelejen Mesir. Ia tidak bisa keluar, sebab jalanan sudah dikepung demonstran. Ia pun sudah tidak memiliki power lagi untuk berkoordinasi dengan Divisi Pasukan I dan II, bahkan dengan Garda Republik.

Mengomentari berita itu, pemerhati Dunia Islam dan Timur Tengah Nandang Burhanudin memprediksi tumbangnya As-Sisi dan Mansour.

"As-Sisi dan Mansour berada dalam tekanan psikologis. Terutama setelah berjatuhannya korban jiwa demonstran damai dan 4 muslimah yang dibantai, serta ayah dan anaknya yang diikat seperti kerbau mau disembelih" tulisnya di akun facebook.

"Darah dan air mata membuat As-Sisi dan Adli Mansour kecut. Mereka mempersiapkan diri lari dari gelanggang tempur yang dibuatnya sendiri. Mereka menunggu hukuman massa. Jika bisa lari, hukuman Allah sudah pasti menanti. Mari menjadi saksi sejarah, tumbangnya junta militer dan para pendukungnya!" pungkasnya. [AM/esh/fb

Read more...

TGHH dipertahan

Saman Pil Kuda : Pemuda PAS Gombak Pertahankan Presiden

Sekali lagi Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diserang oleh rakan PR tanpa pembelaan oleh pimpinan dan ahli.

Saya menunggu-nunggu respon daripada pimpinan PAS Pusat serta seluruh ahli berhubung tindakan saman yang cuba di buat oleh rakan PR terhadap Tuan Guru Presiden PAS yg diumum untuk dilakukan menjelang PRK Kuala Besut baru-baru ni sepertimana yang di lapor oleh media.

Tidak kira sama ada dia menarik balik atau tidak, ternyata pengumuman saman di saat-saat getir PRK memberi modal kepada Umno BN dan menjejaskan hubungan sesama PR.

Saya ternanti-nanti dan menunggu respon daripada pimpinan PAS yang banyak pengalaman berlatarbelakangkan perundangan dan peguam beserta lajnah dan jabatan yg berkaitan undang-undang di dalam PAS, namun setakat ini belum ada.

Saya juga menunggu kenyataan pimpinan PAS yg selalunya lantang dalam mempertahankan PR dan menentang sebarang usaha yang menjejaskan PR untuk mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan pengumuman saman tersebut kerana ia jelas menjejaskan PR dan menguntungkan Umno BN.

Jika dilihat pada isu yang dibangkitkan ternyata Tuan Guru Presiden tidak menyebutkan nama mana-mana individu. Sebaliknya mengulangi prinsip yang perlu dipelihara agar ahli-ahli Pas bekerja dalam suasana yang baik juga bagi memenangkan calon yang tidak bermasalah. Cuba selami hati ahli-ahli Pas yang bertungkus lumus berkerja tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran akan tetapi diletakkan individu yang bermasalah.Di sinilah saya melihat Tuan Guru Presiden terpaksa mengambil tindakan tidak popular untuk bertegas agar keharmonian dalam melaksanakan tugas ini dapat di capai.

Saya amat yakin pimpinanan tertinggi PAS banyak kali mengulangi prinsip dan akhlak yang ada dalam PAS yang perlu di rai oleh rakan PR. Begitulah sebaliknya.

Saya yakin pimpinan dan ahli amat memahami prinsip yang ada dalam PAS yang memungkinkan sesuatu keputusan itu di buat. Kita ada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Pas Pusat yang senantiasa memantau perjalanan parti. Paling kurang Pas ada dua tapisan yang perlu di buat berbanding dengan organisasi lain yang hanya ada Ajk Pusatnya dan silap-silap keputusan sesuatu perkara hanya diputus oleh peribadi tertentu.

Justeru, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Gombak menyeru agar pimpinan dan ahli agar sama-sama kita memahami bagaimana kewajipan kita memelihara prinsip parti disamping keutuhan jalinan perjuangan suci ini yang dipimpin oleh para ulama.

Begitu juga saya ulangi seperti kenyataan saya sebelum ini bahawa Pemuda Pas mengisytiharkan akan mempertahankan Presiden kami dalam apa sahaja bentuk cubaan yang menggugat selagimana ianya tidak bercanggah dengan prinsip dan syariat.

Ustaz Syarhan Humaizi Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak

Read more...

KENYATAAN sheikh Ahmad Tayyib alazhar

Kenyataan Al-Azhar As-Syarif tentang keadaan semasa Mesir.

Sesungguhnya Al-Azhar As-Syarif sebagai sebuah institusi ilmu dan nasional,amat mengambil berat persoalan nilai,berusaha untuk menyatupadukan anak-anak negaranya kesemuanya,sepanjang tarikhnya yang lamanya.

Al-Azhar As-Syarif menujukan seruan ini kepada seluruh warganegara kesemuanya : individu dan kumpulan,pihak penguasa dan aktivis,parti-parti politik dan kumpulan-kumpulan bebas,Al-Azhar As-Syarif menujukan sepuluh nasihat ini :

1. Telah bersepakat seluruh aliran perkumpulan dalam negara Mesir : samada perkumpulan Politik,Pemikiran dan Agama terhadap kandungan deklarasi Al-Azhar selepas Revolusi 25 Januari - bahawasanya bentuk negara yang diinginkan oleh semua warga Mesir dan disokong oleh Syariah Islamiah - adalah sebuah negara Moden Nasional,Berpelembagaan dan Demokratik.

Keadaan sementara yang bermula dari 4 Julai yang lalu,yang terhasil dari gerakan terakhir rakyat dan dinilai oleh kebanyakan perkumpulan nasional keperluan untuk diambil keputusan sebegitu - akan tetapi perlu diingatkan bahawasanya 'dhorurat itu dinilai dengan kadarnya' - maka dingatkan dan ditegaskan bahawasanya tempoh peralihan sementara ini tidak boleh melebihi kadar yang diperlukan sahaja - untuk pindaan perlembagaan,dan untuk dijalankan pilihanraya parlimen dan pilihanraya Presiden dengan telus dan bersih,supaya dapat segera kembali kepada keadaan asal biasa yang demokratik dan berpelembagaan yang diredhai rakyat.

2. Al-Azhar mendesak dan menuntut agar dibebaskan dengan kadar segera kesemua tahanan politik,para aktivis siyasah,dan kepimpinan parti-parti politik Mesir.
Al-Azhar juga mendesak agar segera dibayar gantirugi kepada ahli keluarga para Syuhada' yang telah meningggal dunia diseluruh medan-medan di Mesir dari kedua-dua belah pihak (penyokong dan pembangkang),atas dasar kedua-dua belah pihak adalah warganegara dan anak Mesir,walau sejauh mana berbezanya pendapat dan sudut pandang politik mereka.

3. Tidak boleh tidak,bagi sebarang plan damai nasional yang hakiki antara aliran-aliran politik dan pemikiran - untuk dibina dan ditegakkan pendamaian itu di atas asas - Mesir adalah hakmilik semua warganegara Mesir,tanpa dipencil dikecualikan mana-mana pihak.

Begitu juga,mestilah kesemua Media untuk berpegang teguh dengan 'etika',dan segera berhenti dari menimbulkan kebencian dan permusuhan,dan mencetus perbalahan.

Al-Azhar juga mengutuk penutupan sebahagian saluran TV keagamaan atau selainnya - walaupun ada perbezaan sudut pandang Al-Azhar dengan kaedah penyampain mereka.

Mestilah segera dijalankan dakawaan dan siasatan perundangan ke atas mana-mana pihak yang cuai yang telah menjadi punca syahidnya 20 lebih mangsa dikawasan tugu di dataran An-Nahdhah Mesir semata-mata kerana mereka keluar untuk menyatakan pandangan mereka secara aman - yang mana Al-Azhar menyatakan kebenaran perhimpunan aman kepada semua rakyat.

Begitu juga dengan mangsa-mangsa yang telah terkorban diseluruh negeri di Mesir dan bandar-bandarnya,walau apa sahaja aliran dan keterlibatan mereka.

4. Al-Azhar As-Syarif juga ingin menyatakan kekecewaan yang amat dalam terhadap tindakan sebahagian pihak yang menyeleweng yang telah menyerang pihak yang berjanggut dan wanita-wanita yang memakai niqab diibu negara Mesir,pusat Islam,yang memiliki seribu menara azan dan tanah tempat Al-Azhar As-Syarif.

Al-Azhar juga menyatakan kekecewaannya atas serangan ke atas tentera dan anggota keselamatan Mesir.

Kita mesti membezakan antara mengamalkan ajaran Agama - dan semua warga Mesir beramal dengan ajaran Agama - Alhamdulillah - ianya mestilah dibezakan dengan memilih kaedah keganasan dan jenayah untuk berhadapan dengan rakyat dalam negara.

5. Tidak wujud sebarang tempat dan keperluan terhadap tindakan-tindakan pengecualian (seperti tangkapan khas dan lain-lain : pent) dalam Negara Mesir setelah Revolusi,dalam keadaan seluruh dunia diisi dengan Demokrasi,bahkan negara-negara yang menikmati hak demokrasi di Eropah dan Amerika menyaksikan gerakan membangun,dan Mesir setelah revolusi tidak boleh dikecualikan darinya.

Hasil terbesar dari Revolusi kita adalah ianya telah berjaya memecahkan tembok ketakutan rakyat.

Menjadi kemestian buat semua untuk meletakkan perkara ini dalam penilaian mereka.
Rakyat kita adalah rakyat yang terpuji,yang tidak kurang sedikitpun dalam memelihara kebebasan dan demokrasi berbanding bangsa-bangsa selainnya.

6. Al-Azhar As-Syarif menegaskan bahawasanya ketuanan adalah milik rakyat,dalam linkungan perlembagaan dan undang-undang.

Dan Tentera Nasional kita mengetahui tanggungjawabnya dan risalahnya yang tinggi - iaitu memelihara sempadan negara.

Bagi Politik dan pengurusan negara orangnya,begitu juga bagi perang ada orangnya,dan bagi perundangan dan kehakiman itu ada orangnya,begitu juga bagi Ilmu itu ada pakarnya.

Kita meletakkan tangan sokongan kita terhadap tentera Mesir yang patriotik yang bersungguh-sungguh dan berterusannya mereka untuk menjauhi aktiviti politik,walaupun wujud sebahagian pihak yang cuba menarik mereka untuk melibatkan diri padanya. Bahkan tentera kita terus menjauhinya.

7. Al-Azhar menegaskan hak bagi setiap parti politik Mesir termasuklah Parti Al-Hurriyah Wal 'Adalah untuk terus terlibat dalam aktiviti politik secara terbuka.

Pihak Kerajaan bertanggungjawab untuk menjaga dan memelihara hak ini bagi semua pihak,dan memadamkan setiap tindakan yang mencetus dan membina kebencian antara semua kuasa politik rakyat dan setiap aliran pemikiran,demi untuk menjamin keamanan sosial dan menjamin kebebasan.

8. Mestilah diumumkan segera nama-nama anggota suruhanjaya plan damai nasional,dan kesemua jawatankuasa yang wujud padanya kepada seluruh rakyat,dengan kadar seberapa segera dan penuh ketelusan,agar rakyat dapat menyatakan pandangan mereka sejauh manakah anggota-anggota itu memiliki sifat telus dan berkecuali.

Begitu juga,inisiatif untuk mendirikan kerajaan (Perdana Menteri dan Jemaah Menteri) 'teknokrat' yang tidak berparti,untuk menggerakkan semula roda pelaburan,dan menegakkan undang-undang dan perlaksanaan hukuman,supaya tersebarnya demokrasi dan madani disegenap pentas Politik tanahair.

9. Mestilah pembentukan lajnah untuk mengkaji semula pindaan beberapa kandungan perlembagaan,yang disepakati untuk diubah dan dibaiki, menggambarkan kehendak seluruh warga Mesir dari pelbagai bentuk aliran dan pemikiran mereka,tanpa dikecualikan dan diasingkan mana-mana pihak.

Tidak boleh dibiarkan kepada individu tertentu sahaja. Kita sedang berada pada zaman Demokrasi dan Ketelusan,dan diperingat dan ditegaskan supaya kandungan perlembagaan yang menyatakan jatidiri negara khususnya bahagian berkaitan Syariah Islamiah dan bahagian saudara dari bukan Muslim tidak - tidak disentuh dan diganggu sama sekali.

10. Wajib ke atas semua pihak untuk segera menghentikan sebarang tindakan ganas dari semua pihak.

Mestilah dijauhi tuduhan mengkafirkan pihak lain,atau dakwaan khianat terhadap pihak lain,dan mestilah dihormati darah seluruh warga Mesir yang bersih,dan digunakan uslub politik sahaja dalam menyelesaikan segala perbalahan politik. Ini semua agar tidak terhasil kesan darinya bahaya yang boleh menghancurkan maslahah negara.

Ini adalah pendirian Al-Azhar dan kalimahnya,yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan seluruh rakyat Mesir,agak dapat terlaksana tugas yang ditanggungnya,dan menegakkan peranan kenegaraannya yang selama ini dipegangnya sepanjang sejarah,dan Al-Azhar sama sekali tidak akan berpaling dari tugasnya ini.

Allah S.W.T menyatakan Al-Haq,dan Allah S.W.T lah yang menunjukkan jalan.

Dikeluarkan pada : 25 Syaaban 1434
Bersamaan : 4 Julai 2013

Syaikhul Azhar - Ahmad At-Tayyi

Read more...

Addin: Timbalan Pengerusi Masih Trauma, Kecut Perut..

Addin: Timbalan Pengerusi Masih Trauma, Kecut Perut..: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui trauma apabila kereta yang dinaikinya ditahan penyo...

Read more...

Addin: Ini Punca Sebenar Kenapa PAS Tewas Di Kuala Besut ...

Addin: Ini Punca Sebenar Kenapa PAS Tewas Di Kuala Besut ...: Sebagaimana diramal, Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dengan meningkatkan jumlah majoritinya dari 2,434...

Read more...

Mesir - berlaku pertembungn

Mesir cuba diheret ke kancah lebih parah

Nasaie Ismail, 24 Jul 2013
Ketika ini dua penyokong Dr Mursi maut ditembak di Jalan Solah Salim sebelum waktu sahur sebentar tadi. Hari ini sudah 27 hari penyokong Presiden pilihan rakyat itu berkubu di Dataran Rubu'ah dan Dataran An Nahdah di Kaherah. Melihatkan persiapan mereka menampakkan mereka sedia untuk duduk di dataran tersebut sehingga dua ke tiga bulan lamanya. Sebuah hospital sementara didirikan bagi merawat mangsa-mangsa tembakan. Ribuan khemah didirikan sepanjang jalan empat persimpangan di Rubu'ah tersebut. Manakala sesekali ada sebahagian penyokong Mursi berarak di merata tempat seperti ke Dataran Ramsis, Jalan Solah Salim dan lain-lain kawasan. Kumpulan ini biasanya diganggu dengan serangan dan tembakan. Manakala keadaan di Rubu'ah masih selamat.

Ikhwan Muslimin bersama kumpulan Islam lain termasuk Dakwah Salafi dan Jemaah Islamiah Mesir memilih jalan damai melalui himpunan-himpunan mereka sehingga dikembalikan Presiden pilihan rakyat Dr Muhammad Mursi ke tempat asalnya. Walaupun sudah ratusan penyokong mereka dibunuh dan ribuan lagi tercedera, mereka tidak membalas dengan jalan kekerasan dan kekal di Dataran Rubu'ah sehingga ke saat ini. Tekanan yang mereka berikan menyebabkan kerajaan baru hasil rampasan yang didirikan dan juga pihak tentera tidak berada di laluan yang selesa. Sehingga ke hari ini sudah beberapa kali usaha cuba dibuat untuk mengajak Ikhwan kembali berunding dengan mereka, bahkan menawarkan beberapa jawatan menteri kabinet kepada Ikhwan. Menandakan mereka tertekan.

Manakala dipihak Tamarrud kumpulan yang menganjurkan Himpunan 30 Jun untuk menggulingkan Mursi berpecah. Malah sebilangan mereka mengistiharkan bersama penyokong Mursi. Ini kerana bukan semua penyokong Tamarrud itu penyokong bekas Presiden Mubarak. Sebahagian besar mereka hanya mahu menjatuhkan Mursi sahaja dan bukan mencabut demokrasi serta kebebasan media. Malangnya kabinet baru yang dibentuk dipenuhi orang Mubarak. Perdana Menteri yang dilantik membuat kenyataan akan mengundi Jamal Mubarak anak kepada Hosni Mubarak jika berlaku pilihanraya Presiden. Manakala pendedahan hubungan Muhammad Barda'ie sebagai Timbalan Presiden kerajaan perampas ini dengan Israel mendatangkan kemarahan rakyat. Hal inilah yang menyebabkan Tamarrud berpecah. Cubaan mereka untuk menganjurkan himpunan lagi di Dataran Tahrir gagal sebanyak dua kali dengan kehadiran yang sangat minima setelah berminggu Tahrir kosong daripada penyokong.

Apatah lagi rakyat yang merasa tertipu menyokong Tamarrud sebelum ini amat marah apabila isu yang mereka bangkitkan seperti masalah letrik dan petrol yang kerap terganggu tiba-tiba segera selesai sejurus Mursi dijatuhkan. Menandakan wujudnya sebotaj dikalangan penggerak Tamarrud juga kroni bekas Presiden Mubarak. Selama ini rakyat percaya masalah letrik dan petrol ini benar-benar datang daripada Mursi. Masakan dalam tempoh sehari sahaja masalah ini selesai. Sehingga ke hari ini hanya lima kerajaan luar termasuk Israel, Saudi dan UAE sahaja yang secara terang mengiktiraf kerajaan haram ini. Negara lain ada yang menolak mengiktiraf dan banyaknya menanti dan lihat sahaja. Ada yang menyangka sejurus Mursi digulingkan, situasi akan menjadi seperti zaman Mubarak dan sebelumnya. Rakyat akan didiamkan dan gerakan penyokong Mursi akan segera beransur padam selepas beberapa pimpinan utamanya ditangkap. Ternyata telahan itu silap. Pasca 25 Januari 2011 ketakutan rakyat Mesir sudah hilang. Hari ini di rumah-rumah, kedai dan kenderaan penyokong Mursi secara terang-terangan meletakkan tanda sokongan berbentuk gambar atau tulisan. Slogan-slogan menolak Abdul Fatah Sisi Jeneral Tentera dipaparkan secara terbuka. Akhbar Hurriah Wal Adalah yang diharamkan tetap dicetak dan dijual di jalanan. Rakyat tidak takut lagi menyuarakan bantahan. Menandakan untuk kembali ke zaman Mubarak dan sebelumnya yang penuh kegelapan tidak lagi berlaku. Ia juga petanda kerajaan perampas yang dibina tidak akan selesa. Sebab itu berkali keli mereka memujuk Ikhwan untuk berunding.

Apabila rakyat mula menyuarakan kemungkinan Mursi di penjara, semalam Naib Am, Ketua Hakim Besar Mesir keluarkan kenyataan Mursi tidak di penjara tetapi disimpan di rumah yang tidak dimaklumkan lokasinya. Dengan kehadiran rakyat yang sangat besar khususnya setiap hari Isnin dan Jumaat di dataran-dataran seluruh Mesir, ia akan memberi tekanan yang kuat supaya Mursi dikembalikan ke tampuk kerajaan sebagai Presiden yang sah. InsyaAllah jika hal ini berlarutan Mesir akan kembali ditadbir oleh Presiden pilihan rakyat.

Walaubagaimanapun kebimbangan tetap berlaku. Kuasa-kuasa barat dibantu agen-agen mereka di negara Arab terus memainkan peranan untuk mengheret Mesir ke kancah lebih parah. Nama seperti Putera Sultan bin Bandar, bekas Duta Saudi di Amerika yang terkenal dengan skandal Play Boy merupakan antara perancang di sebalik rampasan kuasa yang berlaku. Sebagaimana individu yang sama yang memainkan peranan di Syria menaja kumpulan-kumpulan bersenjata dikala rakyat Syria pada awalnya bangkit secara aman di jalan-jalan raya untuk menjatuhkan Basyar Asaad yang zalim. Namun dibalas dengan peluru hidup dan berkahir dengan peperangan yang memusnahkan negara dan sukar untuk dibina dalam masa yang singkat.

Begitulah halnya dengan Mesir. Setelah rancangan merampas kuasa dilihat tidak berjaya sepenuhnya dan masih tergugat, mereka merancang untuk mengheret Mesir ke kancah lebih parah. Dikala Ikhwan dan Pakatan kumpulan Islam berbagai aliran menolak jalan kekerasan, terdapat satu kumpulan yang ditaja kuasa besar melalui permainan Putera Sultan bin Bandar dengan cuba diberikan bantuan senjata supaya mengangkat senjata yang akan berakhir dengan perang yang memusnahkan. Mereka juga mengheret penyokong Mursi untuk masuk ke kancah ini. Namun kebijaksanaan rakan-rakan kita di sini insyaAllah boleh mengelakkan hal ini terjadi. Kerana bagi mereka jika tidak dapat kekuasaan di Mesir lebih baik Mesir musnah dengan peperangan daripada ditadbir oleh Ikhwan. Sama-sama kita berdoa pada Allah moga perancangan mereka gagal dan Mesir kembali damai dibawah Presiden pilihan rakyat

Read more...

Miracle Boy

Read more...

Selangor umum bonus raya sebulan gaji - Sinar Harian

Selangor umum bonus raya sebulan gaji - Sinar Harian

Read more...

أول صلاة للصوت الشجي الشيخ الدكتور بندر بليله بالمسجد الحرام ليل الثلاثا...

>> Rabu, Julai 24, 2013

Read more...

Main duit dlm PRK

Beratur ambil duit selepas mengundi?

Harakahdaily, 24 Jul 2013


(Pandangan dari jauh kelihatan orang ramai beratur di perkarangan sebuah rumah.)

KUALA BESUT: Peristiwa berpuluh-puluh orang beratur di sebuah rumah ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Kampung Tok Saboh dekat sini menimbulkan pelbagai andaian.

Ia berlaku kira-kira jam 10.30 tadi ketika kebanyakan pengundi di Kuala Besut sudah keluar mengundi.


(Orang ramai beratur di depan satu rumah yang menempatkan "Rumah DUN Kota Putera".)


Rumah itu bertulis di depan "Rumah DUN Kota Putera" untuk BN.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Aljundi berkata, salah seorang pengundi muda yang beliau temui berkata, mereka beratur untuk ambil duit.

"Ramai beratur ambil duit RM250," kata pengundi muda itu kepada beliau

Read more...

Addin: Calon BN Belajar Tinggi Tapi Tidak Bijak.. Ini Buk...

Addin: Calon BN Belajar Tinggi Tapi Tidak Bijak.. Ini Buk...: Mungkin disebabkan terlalu bangga beliau terlupa tindakannya ini jika disabitkan kesalahan berkemungkinan menyebabkan beliau hilang kela...

Read more...

masukkan kami dalam golongan ni

Yang duduk belah kiri tu,Imam Masjid an-Nabawi,Syeikh Ali Huzaifi tengah mengulang juzuk yang nak bawak malam ni dalam solat terawih sambil disemak oleh Syeikh lain..

Semoga ALLAH kurniakan zuriat yang soleh dan hafiz Al-Quran buat kita. Insyaallah

Aamiin Ya Rabb.

Via : Ustaz Haniff Abu Talib

Read more...

Puasa Tapi Tak Solat - Ustaz Azhar Idrus

Read more...

Ustaz Syeikh Nazrul Nasir : Tanyalah Ulama Dahulu

Read more...

ulama saudi yang terpenjara

Read more...

Ya Thoybah _ Haddad Alwi & Sulis

Read more...

Geng Tidak Solat - Ustaz Azhar (TH Filem)

Read more...

Cari ilmu - Ustaz Azhar (TH Filem)

Read more...

Akhir zaman mereka dijulang - Ustaz Azhar (TH Filem)

Read more...

Manjung Mari: Daripada jawatan menteri pergi ke Pengerusi Mara p...

Manjung Mari: Daripada jawatan menteri pergi ke Pengerusi Mara p...: Atas faktor apa Najib masih melantik ahli-ahli politik umno yang juga ahli Parlimen sebagai pengerusi sesuatu syarikat GLC dan sebagainya......

Read more...

5 petisyen PRU di kelantan ditolak

>> Selasa, Julai 23, 2013

Mahkamah P’raya tolak 5 petisyen di Kelantan

Aslani M, 23 Jul 2013
KOTA BHARU: Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk John Louis O’hara hari ini mengekalkan Dun Air Lanas, Dun Kok Lanas, Dun Manek Urai, Dun Mengkebang dan parlimen Ketereh sebagaimana keputusan pilihan raya umujm ke-13 pada 5 Mei lalu.

Dun Air Lanas, Kok Lanas dan parlimen Ketereh dimenangi BN, manakala Dun Mengkebang dan Manek Urai pula kekal di tangan PAS.

Sebelum itu pada prosiding Dun Air Lanas yang dimenangi Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan 47 undi, hakim tidak menyifatkan rasuah dilakukan agen calon BN memandangkan agen tidak dilantik secara bertulis.

Pada perbicaraan minggu lepas, peguam pempetisyen Dun Air Lanas, Hisham Fauzi menjelaskan segala butiran lengkap mengenai kejadian rasuah disediakan.

Katanya, butiran itu mengandungi tarikh, tempat, masa dan jawatan agen berkenaan dalam politik, yang mana ia sudah dianggap relevan ketika mengemukakan petisyen tersebut.

Kata beliau perlakuan agen berkenaan secara jelas termasuk dalam senarai kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Hakim menolak setiap petisyen peringkat dengan kos RM30,000 perlu dibayar pempetisyen kepada responden pertama. Manakala parlimen Ketereh pula ditolak dengan kos RM40,000.

Pada pilihan raya umum lalu Dun Dun Kok Lanas dimenangi Datuk Mohd Alwi Che Ahmad BN dengan majoriti 169 undi dan parlimen Ketereh dimenangi Tan Sri Annuar Musa (BN) - 974 undi.

Manakala Dun Mengkebang dimenangi Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS) dengan majoriti 1,072 undi) dan Manek Urai – Mohd Fauzi Abdullah (PAS) – 1,633 undi).

Pada petisyen tersebut Hisham turut dibantu peguam Abdul Rashid Yah dan empat lagi peguam. Manakala responden pertama diketuai Dato’ Mohd Hafarizam Harun disertai Ilias Mohd Noor dan Nor Azli Ahmed.

Pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya diwakili peguam kanan persekutuan, Azizan Md Arshad dan dibantu Najib Zakaria.

Berikutan perkembangan itu petisyen di Kelantan hanya tinggal membabitkan parlimen Bachok, Dun Gaal dan Dun Jelawat. Pada 5 Mei lalu kesemua kerusi tersebut dimenangi PAS.

Pembicaraan petisyen parlimen Bachok dan Dun Jelawat sebelum ini ditetapkan pada 12 hingga 15 dan 18 hingga 22 Ogos hadapan. Manakala bagi Dun Gaal pula pada 1 hingga 5 September.

Petisyen parlimen Machang ditolak pada prosiding sebelum ini

Read more...

الساعة القاسمة (مقطع يمكن أن يغيّر حياتك !)

Read more...

Ust Azhar Idrus- Ahlu Bait ' Syiah ' | Solat : Tapi Panas Baran | Tukar ...

Read more...

Addin: Rafizi Bikin Panas Lagi..

Addin: Rafizi Bikin Panas Lagi..: PETALING JAYA - PKR mendakwa penganugerahan kontrak dakwat kekal kepada syarikat milik Mohamed Salleh Alli pada PRU13 lalu turut membekal...

Read more...

What Happened At Bukit Bintang On The 20th Of July?

Read more...

Addin: Gani Patail Kena Belasah.. Saksikanlah!!

Addin: Gani Patail Kena Belasah.. Saksikanlah!!: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) mempertahankan keputusannya melantik peguam Umno Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah sebaga...

Read more...

mapim kutuk tindakan ke atas pemimpin jamaet Islami Bangladesh

>> Isnin, Julai 22, 2013

MAPIM KUTUK HUKUMAN KE ATAS PIMPINAN JAMAAT ISLAMI BANGLADESH

Kenyataan Media MAPIM
18hb Julai 2013
MAPIM mengutuk sekerasnya hukuman yang telah dijatuhkan ke atas kepimpinan Jamaat Islami Bangladesh oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa yang ditubuh oleh kerajaan  melalui penyalahgunaan undang-undang untuk memenuhi agenda politik kerajaan Bangladesh.
Kerajaan Bangladesh dibawah regim Syekh Hasina telah mengguna Tribunal tersebut  untuk mendakwa mereka yang dituduh. Sedangkan tribunal tersebut dipersoalkan oleh banyak pihak diperingkat antarabangsa mengenai kelayakannya melaksanakan pembicaraan yang adil  ke atas pimpinan Jamaat Islami.
1354387774-former-jamaat-ameer-ghulam-azam-released-on-parole_1647449
Mursyidul Am Jamaat Islami Ghulam Azam
Mahkamah Tribunal itu , tidak seperti mahkamah yang lain , tidak diperakui oleh PBB. Malah Human Rights Watch menyatakan mahkamah tribunal tersebut tidak memenuhi piawaian antarabangsa.
Sehingga kini beberapa,kepimpinan Jamaat Islami telah dihukum mati dan ada yang dihukum penjara seumur hidup dan ada yang dihukum penjara sehingga 90 tahun.
Terkini  Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara 90 tahun ke atas Mursyidul Am  Jamaat Islami Ghulam Azam .yang sudah pun berumur 91 tahun .
Hakim juga telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Setiausha Agung Jamaat Islami  Ali Ahsan Mohammad Mojaheed.
Setakat ini 6 orang pemimpin Jamaat Islami itu telah dijatuhkan hukuman oleh Tribunal tersebut  termasuk  Abul Kalam Azad dan Muhammad Kamaruzzaman, Jamaat iaitu Penolong Setiausaha Agung Jamaat Islami yang juga dihukum mati.
Penentangan rakyat Bangladesh terhadap keputusan  pembicaraan tersebut memuncak sehingga  kini , hampir 100 orang awam  terbunuh dalam rusuhan yang berlaku di Dhaka.
Mapim melihat ada agenda politik yang sangat kuat dalam pembicaraan tersebut memandangkan parti pemerintah Liga  Awami telah berjanji dalam pilihanraya yang dahulu untuk menghukum mereka yang terlibat dalam perang  kemerdekaan Bangladesh pada 1971.
Tindakan ini dilihat sebagai memenuhi janji tersebut menjelang Plihanraya Umum yang akan diadakan hujung tahun ini.
Mengikut peguam bela , para Hakim Tribunal tersebut terlibat dalam konspirasi untuk menghukum pemimpin Jamaat Islami kerana Jamaat Islami dilihat sebagai pertubuhan Islam yang sangat berpengaruh dan mengancam agenda sekularisasi yang didokong oleh parti Liga Awami pimpinan Syekh Hasina.
Malah pembicaraan itu secara paling jelas telah bergantung hanya kepada “here say” (cakap-cakap) sebagai asas untuk menjatuhkan hukum. Dalam laporan seorang peguam bela , lebih mengejutkan Hakim telah menghadkan saksi pembela hanya seramai 3 orang sahaja untuk kes Mojaheed , manakala pendakwa telah dizinkan membawa puluhan saksi.
Mapim melihat ini adalah suatu lagi tindakan kelompok penentang Islam di Bangladesh yang mahu menghapuskan gerakan Islam di Bangladesh.
Kami yakin bahawa ada kuasa luar turut mendokong agenda penghapusan pengaruh gerakan Islam di negara tersebut dan ia pasti akan membangkitkan kemarahan rakyat yang sudah muak dengan pentadbiran Hasina yang sarat dengan salahguna kuasa dan rasuah.
Sementara Hasina bersungguh mahu menekan penentangnya , rakyat Bangladesh maseh terus berada dalam keadaan kemiskinan dan kemunduran yang ketara.
Mapim mengecam kerajaan Bangladesh regim Hasina yang nampaknya mengambil sikap bersekongkol dengan anasir anti Islam dari dalam dan juga luar Bangladesh.
Tindakan beliau akan dilihat bukan sahaja sebagai pengkhianat terhadap Islam malah terhadap seluruh rakyat Bangladesh yang mahu keluar dari krisis kemiskinan dan kemunduran yang terus dideritai oleh negara itu sejak kewujudannya pada tahun 1971.
Mapim menuntut supaya kerajaan Bangladesh  menggugurkan  semua tuduhan dan hukuman ke atas pemimpin Jamaat Islami  dan mereka yang ditahan dibebaskan.
Bangladesh memerlukan sebuah kerajaan yang lebih waras dalam mengendalikan kemajuan sosio-ekonomi negara tersebut yang termasuk antara yang termiskin didunia.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Mapim

Read more...

Perkembangan di Mesir

لف فى مسيرة للتنديد بمجزرة المنصورة ودعم الشرعية

Updated 6 hours ago
250 الف من مؤيدى الرئيس محمد مرسى والرافضين للإنقلاب العسكرى بمدينة المنصورة شاركوا فى مسيرة حاشدة للتنديد بمجزرة شارع الترعة التى وقعت مساء الجمعة الماضية وراح ضحيتها ثلاثة اخوات و200 مصاب وجابت المسيرة شارع جيهان وشارع الجمهورية والمشاية السفلية والمشاية العلوية وإنتهت بالقرب من نادى الحوار وإنطلقت بعد صلاة العشاء والتراويح اليوم الأحد وسط تفاعل الاهالى الذين خرجوا من الشرفات رافعين صور مرسى وشهيدات المنصورة .

وبدأت المسيرة من امام القرية الاوليمبية " إستاد جامعة المنصورة الرياضى " بعد صلاة العشاء والتراويح مؤكدين على انه لابديل عن الشرعية المتمثلة فى الرئيس مرسى والمطالبة بمحاسبة المسؤولين عن الانقلاب الدستورى ومجزرة الحرس ومجزرة الجمعية الشرعية والمجزرة التى حدثت مؤخرًا .


ورددوا هتافات دم هالة مش هيروح دم إسلام مش هيروح دم ودم أمال مش هيروح الثورة لسا فى الميدان مين بيأجر بلطجية إسألوا فودة والداخلية , عسكر عسكر تاني ليه مبارك راجع ولا إيه، سيسى سيسى مرسي رئيسك و رئيسي , يارب انصر ثورتنا يارب تكبير الله أكبر يسقط يسقط حكم العسكر ايوه بنهتف ضد العسكر على صوتك قولها قوية رئيس الجمهورية قادم قادم يا إسلام إرحل ياسيسى ،بالروح بالدم نفديك يا إسلام , الاعتقالات باطل قتل المتظاهرين باطل يسقط يسقط حكم العسكر عدلي منصور باطل، رئيس طرطور باطل , ثوار أحرار حنكمل المشوار مرسى مش هيمشى بنحبك يامرسى الشعب يقرر عودة الرئيس الشعب يقرر عودة الرئيس تكبير الله اكبر كلنا معاك يامرسى يا إعلام كذب وتزوير حسبنا الله ونعم الوكيل ربك فوق الكل كبير ياسيسى ياغدار بعت مصر بكام مليار هم معاهم ضرب النار واحنا معانا عزيز جبار اضرب نار اضرب خرطوش الثوار مابيخفوش الشعب يحى صمود الرئيس دم هالة مش هيروح دم إسلام مش هيروح دم ودم أمال مش هيروح الثورة لسا فى الميدان مين بيأجر بلطجية إسألوا فودة والداخلية دم اخواتنا مش هيروح يارب ارحم شهداءنا ثبت ريسنا اهلك البلطجية والمتآمر م الداخلية إيد واحدة ف كل مكان ضد الظلم والطغيان أهم أهم أهم المصريين أهم بص وطل وشوف الصورة قتلو بناتنا فى المنصورة يا فودة صبرك صبرك احنا جينا نحفر قبرك .

جدير بالذكر أن قوات الامن منعت المسيرة من المرور في شارع البحر ونشرت حواجز وقوات أمن لمنع مرور المتظاهرين من أمام مديرية أمن الدقهلية وقامت أيضًا بعمل حواجز ونشر الجنود وسيارات الانتشار السريع بمدخل شارع الترعة وهتف المشاركين الداخلية بلطجية وقام أحد المقنعين بالوقوف فوق سطح مبنى الدفاع المدنى المجاور للقرية الاوليمبية فهتفوا ضده الداخلية بلطجية وأشاروا عليه فخاف واختفى عن الانظار .

وخلال المسيرة قام بلطجى بقذف احد المشاركين بحجارة من أحد الشوارع الضيقة واصابة بقطع فى راسه فقام الاطباء المرافقين للمسيرة بعمل الاسعافات الاولية وتواجدت كاميرا الحرية والعدالة فى المكان ورصدت صورة للمصاب واسمه هشام محمد من مدينة نبروه واستقل سيارة وذهب الى مستشفى الطوارئ لاجراء خياطة للقطع .

وشارك فى المسيرة شباب الالتراس واشعلوا المسيرة بالهتافات وقاموا بكتابة كلمات منددة بالمجزرة ورفض حكم العسكر .

تصوير : أحمد ماهر سعدالدين
441Like · ·

Read more...

Ya Allah hancurkan perancang-perancang dan gagalkan rancangan mereka

Manjung Mari: PRK ke 2 - Apakah akan berlaku di Parlimen Permata...: Sebagai pembukaan perlawanan perlawanan bermulanya PRK selepas PRU13 berlaku di N01 Kuala Besut,,,  Bagaimana pula untuk kali ke 2 ?.. A...

Read more...

Kerajaan Rakyat: Ahli Parlimen Pandan, Saudara Rafizi Ramli akan di...

Kerajaan Rakyat: Ahli Parlimen Pandan, Saudara Rafizi Ramli akan di...: Berdasarkan kepada rekod kerajaan Umno BN yang penuh dengan penipuan, rasuah dan pengkhianatan, ada kemungkinan ahli parlimen Pandan, ...

Read more...

BURMANIZATION & ROHINGYA GENOCIDE, hancurkan wahai Allah tangan yang membunuh saudara kami di Myanmar

Read more...

اماني كمال مذيعة براديو مصر : استقلت من وظيفتي فور اذاعة بيان الانقلاب

Read more...

Didik rakyat bahaya Syiah - Sinar Harian

>> Ahad, Julai 21, 2013

Didik rakyat bahaya Syiah - Sinar Harian

Read more...

Addin: Umno Hanya Boleh Berubah Apabila Kalah Dalam PRU -...

Addin: Umno Hanya Boleh Berubah Apabila Kalah Dalam PRU -...: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) membayangkan peluang untuk Umno berubah tipis kecuali berlaku perubahan drasti...

Read more...

Addin: Mahathir Betul-Betul Tempelak Najib.. Saksikanlah!...

Addin: Mahathir Betul-Betul Tempelak Najib.. Saksikanlah!...: Pemberian tunai tidak membantu parti pemerintah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana rakyat menganggap mereka berhak memiliki w...

Read more...

tanya pada harusani, halal @ haram

Read more...

Nik Aziz: Umno bela bangsa dapat apa?

Read more...

Nik Aziz: Saya nak sembayang di Gong Kedak pun tak boleh

Read more...

Addin: Berita Yang Menggetarkan Jiwa Najib

Addin: Berita Yang Menggetarkan Jiwa Najib: Peguam kepada mendiang penyiasat persendirian P.Balasubramaniam, Americk Sidhu bersetuju untuk memberikan keterangan dalam satu tribunal ...

Read more...

Britain batal lesen ekspot barang ke Mesir

>> Sabtu, Julai 20, 2013

Britain telah membatalkan lima lesen eksport ke Mesir disebabkan berlakunya kematian para penunjuk perasaan yang ingin menaikkan kembali presiden yang digulingkan, Muhammad Mursi.

Setiausaha Perniagaan Vince Cable berkata beliau telah mengambil keputusan untuk menarik balik lima lesen eksport individu setelah mendapatkan nasihat daripada Pejabat Luar.

"Kami amat bimbang akan keadaan yang berlaku di Mesir dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kematian penunjuk perasaan."

"Semua lesen untuk mengeksport barangan kawalan ke Mesir telah dinilai kes demi kes berdasarkan apa yang telah dipersetujui oleh peringkat antarabangsa, kriteria yang ketat juga telah diambil kira semasa permohonan lesen itu dibuat."

"Bagaimanapun, akibat daripada keadaan yang berubah-ubah di Mesir, kami telah menjalankan kajian terhadap lesen-lesen eksport UK ke negara ini."

"Walaupun kita tidak mempunyai laporan peralatan British digunakan dalam rusuhan di Mesir, kami telah mengambil keputusan untuk membatalkan lima lesen tersebut."

Sumber : ITV News , AlJazeera
#mesirkin

Read more...

gambar syuhada zaman moden

Read more...

mesir kini

Ikhwan: Mesir di ambang perang saudara

20130719-164747.jpg
KAHERAH, 18 Julai 2013. Pertubuhan Ikhwan Muslimin harini menegaskan bahawa krisis yang sedang berlanjutan di Mesir boleh mengudang kepada perang saudara. Krisis ini berpunca dari rampasan kuasa oleh kumpulan komander tentera yang dikatakan telah mengkhianati kepercayaan rakyat. Kumpulan tentera ini didakwa telah mengengkari sumpah yang mereka angkat dengan mencabuli perlembagaan Mesir yang sah serta menculik Komander Tentera Tertinggi iaitu Presiden Morsi sendiri.
Pertubuhan tersebut juga mengutuk tindakan tidak berperi kemanusiaan tentera baru-baru ini kerana telah melepaskan tembakan peluru hidup ke kepala dan dada penunjuk perasaan orang awam yang tidak bersenjata. Kejadian ini telah mendapat liputan meluas media antarabangsa dan video bukti kejadian tersebut sedang hangat diperkatakan.
Rakyat Mesir yang telah membanjiri semua kawasan awam dan jalanan di dalam perhimpunan besar-besaran dan duduk membantah selama tiga minggu itu, didakwa tidak akan mengaku kalah dalam usaha mereka memastikan pemerintahan yang dipilih secara demokrasi dikembalikan oleh pihak tentera.
Kenyataan ini telah dikeluarkan pertubuhan tersebut sempena Ulangtahun 10 Ramadhan.
Berikut adalah kenyataan penuh dari pertubuhan tersebut.
[Kenyataan Ikhwan Muslimin sempena Ulangtahun 10 Ramadan]
Selepas bencana 1967, Mesir dan dunia Arab telah melalui tempoh yang suram dan penuh dengan kesusahan, di mana impaknya masih boleh dirasai pada hari ini. Dalam peperangan tersebut, tentera Mesir menjadi mangsa kepimpinan yang menyimpang dari peranannya, terlibat dalam politik, terganggu dengan kehendak hati dan keinginan, dan mengabaikan tanggungjawab ketenteraannya yang sebenar.
Pada 1973, setelah diterajui oleh kepimpinan tentera baru yang fokus akan misinya, meletakkan prinsip dan etika di tempat yang selayaknya dan tidak melibatkan diri dalam kancah politik, pihak tentera telah berperang dengan penuh bermaruah di dalam bulan Ramadan yang mulia bersama askar-askar yang melaungkan ‘Allah Maha Besar’, menyeberangi Terusan Suez, mengalahkan musuh mereka, memadam perasaan malu silam dan mencapai kejayaan terbesar pada zaman moden ini.
Sambil kita mengingati detik-detik agung itu, Mesir sekarang ini sedang mengalami satu mimpi buruk, satu ancaman serius terhadap keselamatan negaranya, iaitu ancaman peperangan saudara atau perselisihan yang membinasakan di antara rakyat dan tentera yang mereka cintai dan sokongi, atau satu pengkhianatan di dalam barisan tentera sebagai kesan kemunculan semula satu kumpulan komander tentera yang terlibat dalam kancah politik, keinginan mereka untuk mengkuasai kerajaan dan kepimpinan melalui rampasan kuasa terhadap legitimasi perlembangan, menculik Presiden yang merupakan orang awam terpilih, menggantung Perlembangaan yang disahkan oleh pungutan suara orang ramai, membubarkan Parlimen yang dipilih secara demokratik, melakukan pembunuhan beramai-ramai yang telah mengambil nyawa lebih dari seratus orang dan mencederakan lebih seribu pembantah aman apabila mereka turun untuk sujud semasa solat Subuh dan menahan lebih lapan ratus penduduk Mesir.
Kumpulan komander perampas kuasa ini telah mengkhianati kepercayaan rakyat dan sumpah yang mereka angkat apabila mereka mencabul legitimasi perlembagaan, menculik Komander Tentera Tertinggi – Presiden yang dipilih secara sah, menahan beliau daripada berkomunikasi dan di tempat yang tidak diketahui, melepaskan tembakan peluru hidup ke kepala dan dada penunjuk perasaan orang awam yang tidak bersenjata serta tidak melindungi mereka dari bahaya dan keganasan, dan ini merupakan tindakan meninggalkan semangat patriotik ketenteraan yang unggul dan maruah tentera Mesir yang tidak pernah lagi berlaku sebelum ini.
Rakyat Mesir yang telah membanjiri semua kawasan awam dan jalanan di dalam perhimpunan besar-besaran dan duduk membantah selama tiga minggu ini, tidak akan mengaku kalah akan keinginan mereka untuk mengembalikan legitimasi dan menghapuskan semua perintah, tindakan, dan proses perampasan kuasa dengan menggunakan cara yang aman, walau apa saja kesannya.
Kami menghormati tentera kami yang berani, yang melindungi kami dan mempertahankan tanah air. Mereka ialah saudara lelaki dan anak-anak lelaki kami. Jika ada sebarang parti atau individu yang cuba menanam hasutan atau kecelakaan di antara kami sebagai rakyat dan pihak tentera, tolak mereka dengan segera.
Ucapan tahniah kami kepada penduduk Mesir dan tenteranya sempena ulangtahun peristiwa besar ini tercemar oleh ancaman semasa apabila pengkhianat perampas kuasa ini menolak Mesir ke dalam sebuah terowong gelap menuju jurang yang tidak dapat dibayangkan.
Kami menegaskan bahawa penduduk Mesir bertekad untuk mengembalikan revolusi mereka, kedaulatan dan hak kekuasaan mereka dan mencapai kejayaan dengan kuasa mereka sebagai rakyat jelata, dan yakin pihak tentera tidak akan bersetuju dengan perampasan kuasa yang jahat dan perebutan kuasa yang keji.
Justeru, kita mesti menjadikan Jumaat ini, Ramadan kesepuluh, mencapai kemenangan besar dengan keluar beramai-ramai untuk perhimpunan besar-besaran, yang akan memekakkan telinga komander perampas kuasa dan konco-konconya, dan menghapuskan mereka dari akar umbi.
“Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan.” (An-Nahl 16:91)
Ikhwan Muslimin
Kaherah – 18 Julai 2013
Sumber : IkhwanWeb melalui ‪#‎mesirkini

Read more...

gambar TGNA di kuala Besut

>> Jumaat, Julai 19, 2013


Gambar terbaik: Ceramah Tok Guru Nik Aziz sempena PRK Kuala Besut

http://kachipemas.blogspot.com, 19 Jul 2013
Gambar suasana ceramah perdana sempena PRK N.01 Kuala Besut di kampung ambo, Kg Beris Pak Abu. Penceramah 1.YB. Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) 2.Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa pimpinan PAS yang lain...Tintahijau

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP