BANGKIT RAKYAT MALAYSIA HAPUSKAN KEZALIMAN
>> Sabtu, April 13, 2013
Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjelang PRU 13
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit
dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat
faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut
Putrajaya.
Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi
bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah
ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil
keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa
saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.
Saya
pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya
tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk
itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup
dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan
lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan
‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota
polis yang sering mengiringi saya ketika itu.
Saya telah
meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar
tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan
sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa
meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan
saya dan keluarga ketika itu?
Sebaik keluar dari penjara,
setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan
keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir
mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja
mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya
berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah
menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat
pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/
Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa
kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah
bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan.
Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau
bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun
dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah
nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan
dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.
Saya
ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan
yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk
melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk
menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut
dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN.
Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat
jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak
pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di
mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar!
Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya
oleh ‘orang’ yang berkuasa.
Saya menolak untuk bersumpah kerana
bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa
diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan
biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang
bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA
QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit
memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula
yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA
pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah
punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya
bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA
terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.
Andaikata
benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek
jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah
Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya
ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan
sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan
perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya
berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai.
Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat
berat buat saya dan keluarga.
Justeru itu saya berazam untuk
menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak
berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya
dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat
kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan
memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana
saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya
akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa
dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya
sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.
Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya
memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun
di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang
berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk
'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya
boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya
sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat
Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat
seperti itu kepada rakyat Malaysia.
Kami, pemimpin Pakatan
Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan
dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya
beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya
mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita
jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah
'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah
Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari
mereka. Syukur Alhamdulillah!
Baiklah, setakat itu sahaja yang
dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama
ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup
membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda
sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa
bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana
‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan
bukti-bukti di bawah ini:-
PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan
kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara
manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah
kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela
orang-orang yang khianat (lagi berdusta),
Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:
Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa
Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan
Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan
Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.
Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.
Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.
Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).
Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas
Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak
Lah nanti.
Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.
Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.
Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.
Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia
di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan
arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.
Zahid
Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya
terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak
memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan
sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan
siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?
Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:
Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan
Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah
mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung
mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua
mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan
kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua
akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan
dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah
'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung
'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.
Abdul Razak
Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau
dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan
kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah
'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan
kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah
difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima
komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui
Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan
pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut
Malaysia.
Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati
tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh
kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes,
yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk
melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai
kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa
nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat
rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda
sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi'
permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.
Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak
Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah
siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK
(Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta
Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang
berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan
Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT
BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah
pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar
nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu
untuk telahan fakta berikutnya.
Dato Seri Mohd Najib
kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada
kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan
umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah
Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan
pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib
'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu
'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong
kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang
berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam
skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.
Menambah buruk
persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg
mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi
keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib
dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya
lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak
dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya.
Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah
'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan
hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR
disebalik semua itu.
Baiklah, sekarang amati pula dari sudut
berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau
hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan
jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion
(Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu
amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali
lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk
membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah
beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi
mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah,
Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas
'pembersihan' itu.
C4 adalah bom milik Angkatan Tentera
Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa
penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua
fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui
siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi
survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa
dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.
Apakah
anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan
tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah
orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa
sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua
tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan
sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?
Nyatanya,
semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan
kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa
menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan
kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang
zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah
mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali
berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa
'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan
Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh
'orang yang zalim' ini.
Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang
yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas
menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka
terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau
sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan
tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk
melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di
antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang
masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi
yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.
Kehidupan
dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada
akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di
pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka
baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan
penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka
bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai
rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari
ciptaan-Nya.
Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu
sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang
kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka
dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya
'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat
Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari
kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa
rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang
jahat itu.
Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/
Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali
mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap
suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai'
dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi
hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan
(amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)
Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang
yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka
adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu
mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk
golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim.
Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan
bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa
pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang
membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan
mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan
bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke
telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.
Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang
berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung
aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama
terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang
bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah
mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka
jahannam?".
Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka
akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla
sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka
nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus
faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua.
Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana
Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat
arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua
khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada
orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para
ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya
sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian
mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.
Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di
dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan
menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan
kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis
yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali
akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-
1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?
Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh
dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana
kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi,
memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya
rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu
istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih
dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin
berkenaan seterusnya.
Akhirkata, saya menyeru kepada semua
rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians'
dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan
mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau
mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat
ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh
pemimpin-pemimpin tertentu.
Jika bukan saya serta
pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan
nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama
demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh!
Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi.
Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini
kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda
berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih yang tidak terhingga.
Berilah peluang kepada
Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan
pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk
Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga
RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan
ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak
membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal
NFC di bawa ke muka pengadilan.
Janganlah 'terpedaya' atau
'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan
beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh
pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang
diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil
tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang
itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah
Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan
mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu
menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka
lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.
Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!
Oleh : DS Anwar Ibrahim
0 komen:
Catat Ulasan