hal dakwat kekal yang tak kekal - penipuan SPR
>> Selasa, April 30, 2013
Dakwat kekal hilang, dapatkan bantuan peguam
Harakahdaily, | 30 Apr 2013 |
Oleh itu, katanya petugas parti khususnya Paca (polling agent dan counting agent) yang bertugas jika mendapati kejadian itu berlaku di tempat para pengundi dipersilakan membuat laporan polis segera.
“Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagai respons kepada pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera hari ini.
Katanya, laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.
Beliau juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi.
Justeru, ujarnya sila ambil perhatian bahawa kaedah pengundian awal adalah sama dengan kaedah mengundi biasa kecuali hanya pengiraan kertas undi dibuat pada hari mengundi 5 Mei nanti.
Oleh itu, jelas beliau amalan menulis nama mengikut giliran mengundi adalah perbuatan salah di sisi undang-undang dan mencemarkan konsep kerahsiaan undi.
“Peguam kami di Sabah telah membuat bantahan kepada SPR dan bantahan itu diterima dan kertas yang ditulis senarai nama itu telah dikoyakkan.
“Masalahnya, kami difahamkan bahawa amalan menulis nama di senarai selepas mengundi itu adalah arahan daripada peringkat atasan dan arahan itu diberikan kepada semua polis di seluruh negara,” ujarnya lagi.
Justeru, beliau memohon agar para petugas parti untuk memerhatikan hal ini dan jika ini berlaku sila buat bantahan segera supaya senarai nama itu dimusnahkan segera.
Jika SPR enggan, ujarnya maka suatu laporan polis dan aduan rasmi kepada SPR negeri/pegawai pengurus hendaklah dibuat.
“Sila berhubung dengan peguam di parlimen masing-masing untuk pertanyaan lanjut,” katanya
0 komen:
Catat Ulasan